Powered By Blogger

Sunday, August 28, 2011

B.A.L.I.K K.A.M.P.U.N.G

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Akhirnya sampai jgk kampung. Dari kl ke perak. Dari pukul 11am to 5pm. Jauh kan. Nasib baik x jammed. Seronok balik kampung taun ni sbb aku cuti sampai seminggu. Gile ah! Memang gile pn bole aku mkn tido lelama. Balas dendam asyik keje je.


Cukupla. Aku ni bz sikit klu balik kg, besala org penting,hah!

P/s: Oh ya, entry ni spatutnya di post semalam tapi disebabkan kesulitan utk mendapatkan service internet di kampung maka aku terpaksa post sehari slps dh sampai kampung, ples be inform ya :)




Thursday, August 25, 2011

.Moga Cepat Sembuh.

Assalamualaikum.



Just wanna share with u all tentang seorang gadis remaja yang bernama Rara Zikry atau Zarith Nadhira Binti Muhammad Zikri. Kepada yang sedia maklum rara menghadapi penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath. Berpunca daripada kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas. Yang pasti aku rasa ramai yang dah tau macam mana rara bole jadi seperti sekarang sejak kisah rara keluar kt berita.

Sebenarnya, aku x tahu langsung cerita pasal rara ni.. Aku baru tahu pun dari fb wardina yang mana wardina ada letakkan gambar dia dan rara semasa wardina melawat rara di hospital. Maha suci Allah.. Dia lah yang menentukan segala-galanya.. Hari ni kita sihat mampu melakukan apa saja tapi kita x tahu esok lusa diri kita macam mna.. Walaupun aku x kenal rara tapi sebagai saudara semuslim aku doakan rara cepat sembuh dan bole menjalani kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni. Kisah rara sebelum dia jatuh sakit x perlu lah aku kongsikan kt sini sebab ia hanya bole mengundang aib kepada rara. Sama2 kita sedekahkan doa kepada rara supaya dia kuat dan cepat sembuh dari penyakitnya. Semua ni adalah takdir Allah yang Maha Esa, mungkin ada hikmah yang besar disebaliknya.


p/s: Get well soon.. Amin..  

Wednesday, August 24, 2011

S.A.K.I.T H.A.T.I

Assalamualaikum.

Sakit hati sgt. Salah ke kalau kita gemuk? Kalau naik keta bole sampai pancit ke? Ingat lawak ke?X kena tempat langsung. Kalau sikit2 bole tahan lagi tapi kalau dah lebih2 sape yang x sakit hati. Bukan aku mintak gemuk mcm ni. Aku pun xnak la nak pancitkan keta ko!


S.P.A


Peluang rebut sejuta kerja kosong
 
PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Assalamualaikum ;)

Hari ni aku terbaca pasal kerja kosong untuk kerajaan. Memang ni lah peluang yang aku tunggu2. Keje gomen ni byk faedahnya sebab tu ramai yang nak keje sini. Dah banyak aku isi SPA tapi x dapat2 jugak. Belum rezki aku agaknya.. InsyaAllah, aku xkan putus asa isi SPA ni. Doakan aku ye, moga2 dapat aku keje gomen dapatlah bantu family..

p/s: Nak col SPA lah password ada problem,huh

.Drama 'Ramadhan Terakhir'.

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak cerita pasal drama Ramadhan Terakhir. Setiap hari selasa - khamis pukul 10.30pm di tv3. Minggu ni minggu terakhir dan aku harap aku dapatla khatam cerita ni (b, jgn ajak saya keluar dating ye).. Bagi aku cerita ni memang best. Ala-ala keinsafan gitu,wah.. ;)



Kenapa drama ni best? Bagi aku, jalan cerita ni memang lain dari cerita yang lain, kita x expect pun rupanya cerita dia mcm ni.. Ooo.. Sebab tu aku terkinja-kinja nak tengok cerita ni tambah2 dah nak abis kan, kena la tonton, nty kt ofis bole lah berlawan dengan kwn2.. Masing2 nak bercerita padahal cerita tu sama je semua orang tengok saje je nak lawan sapa paling hebat bercerita, sapa yang paling tahu semua. Ppuan kan besa la tu,heh.

Lagi satu sebab cerita ni best sebab ada di antara pelakonnya memang terbaik. Ni pada pandangan aku sahaja, klu orang lain tgk dia berlakon over ke tu pendapat masing2. Dalam drama ni dia pegang watak jahat. Memang menjadi la aku tgk pun geram. Meh aku tempek gambar dia ye.. Tgk bwh.



Ha.. ni lah orangnya.. Rupa-rupanya dia ni adik Ogy Datuk Ahmad Daud. Dat's why lakonan dia hebat, ada darah seni rupanya. Mcm kakaknya, multi talented. Nama dia Fazlina Datuk Ahmad Daud. Orang kata sebelum ni dia aktif dalam dunia teater. Patutla lakonan dia hebat, teater ni sebenarnya lagi mencabar dari drama n filem sebab teater secara live, kena berlakon betul2 dan jangan buat silap, klu terbuat silap pun kena pandai cover la kan,heh. Pape pun, aku memang minat cara dia berlakon. Ok, aku nak stop sni dlu, esok nak keje. 
Tata ;)

p/s: Jangan lupa tonton drama ni ya.. Majulah drama Malaysia utk negara. Peace Yo..

Tuesday, August 23, 2011

K.T.M oh K.T.M

Assalamualaikum.



Hah, entry kali ni aku nak cerita sikit pasal seperti gambar di atas. For sure semua dah tahu punye kan. Ni lah public transport tiap2 hari aku guna. Dari rumah abang aku akan htr n drop aku kat putra setiawangsa. Putra ni kira okla.. ;) Setiap 2 min mesti ada tren sampai. So, xdela aku terkejar-kejar sgt. Kalau lambat pun xdelah aku berlari bagai nak rak angkat kain sampai aras peha. Lari-lari manje je,heh. Pagi2 kan xnakla buat peluh kat badan ni ha nty x smpai tempat keje dah berbau mekap dah hilang. Kadang2 putra ni ada jgk problem tapi sgt2 jarangla.

Oh ya, berbalik kepada cerita yang sepatutnya aku nak cerita. Aku naik ktmb kt kl sentral. Maknanya, aku gunakan perkhidmatan putra dari stesen setiawangsa sampaila ke stesen kl sentral. Do you get it? Okay2.. sambung cerita balik. Biasanya klu aku keluar rumah pukul 6.30am aku akan sampai kl sentral dalam pukul 7.02am mcm tu la (agak2la ye) Klu time mcm ni mmg cantek sbb pukul 7.06am ktmb ke Pelabuhan Klang akan sampai di kl sentral. Untuk smpai ke tempat keje, aku kena naik tren Pelabuhan Klang sbb aku nak turun kt stesen Setia Jaya. Tren ke arah ini mmg famous dgn org.. Sesak dan padat. Klu naik jgn mimpi la nak dpt tempat duduk. Sesapa yg dapt tempat duduk mmg bertuah orang itu ;)

Macam kejadian semalam bertarikh 22 Aug 2011 bersamaan dgn hari isnin. ktmb telah mengalami kesulitan kerana 2 buah tren ke laluan Batu Caves telah dicancelkan. Time ni berlaku semasa aku nak balik keje. Bayangkan ye puan2 sekalian, masa utk balik mmg dinantikan oleh pekerja. Mcm aku jgk, seperti hari2 sebelum ni, melompat-lompat aku nak balik mcm budak2 dapat gula2 tapi bila smpai je kt stesen Setia Jaya, tren ke Batu Caves ada problem plak. Membebel jgk la aku tapi dlm hati la sbb nty takut org igt aku ni x betul plak. Tunggu punya tunggu dalam pukul 7.00pm baru aku dapat naik tren. Fuh, terbakar jgkla hati aku ni tapi xpe sbar..

Hari ni lain pulak ceritanya tapi masih dlm topik yang sama. Aku smpai kl sentral tepat pukul 7.06am. Ha, ni mmg aku betul2 berlari la xde dah manje2. sbb klu x lari nty aku terlepas tren bila terlepas tren, next tren akan smpai pukul 7.36am dan kesimpulannya aku akan smpai lewat ke tempat keje aku. So, aku mmg mengharapkan utk dapat naik tren pukul 7.06am ni. Bila aku turun escalator, mmg tren dah smpai nak xnk aku terpaksa naik coach yang ada lelaki. Korang mesti tau kan pasal ktmb ni ada coach utk wanita tapi aku x boleh naik coach wanita sebab coach ni kt tgh, aku terpaksa naik coach yang paling dkt dgn aku. Masa mula2 masuk mmg ok la x ramai sgt tapi bila tren berenti kt stesen pantai dalam, Ya Allah.. itu sahaja yg mampu aku ungkapkan. Ramai betul pakwe2 indon masuk dan bau badan diorang ni mmg boleh memengsankan aku. Bukan aku je kot. Klu kambing yang busuk tu duduk sebelah diorng ni bukan pengsan mati trus. Begitu busuknya diorng ni. Aku agaklah berapa hari la x mandi klu mandi pun x pakai sabun agaknya. Bukan pakwe indon je bau mcm ni klu pakwe bangla lagila bau ketiak diorng ni ptui!! Busuk sgt2.. Bau keti yg x pnh pkai deodorant. Klu jenis pakwe bangla yang x sedar diri ketiak bau tengik tu siap angkat tangan pegang handle dlm tren.. Perghh!! bau sampai boleh buat perfume utk baju aku. Ape daa...

So, kepada sesapa yg lepas ni klu nak guna ktmb silakan. Mmg sgt berguna utk mereka yg xde transport mcm aku tapi utk kaum wanita sila gunakan coach wanita di bahagian tgh. Mmg dikhaskan utk kaum wanita shj. Walaupun sesak tp sejenis.. x kesahlah rapat2 kan.. Ok, aku nak chow dulu..Ada benda yg ingin dibereskan.. Tata ;)

p/s: Hari ni InsyaAllah balik dgn org yg tersayang :) 


Monday, August 22, 2011

K.U.R.U.S kah?

Assalamualaikum.


 Hari ni mmg hari yang membosankan.. Klu skng ni bkn bulan Ramadhan aku mesti x berenti makan. Yela, asal bosan je aku mesti cari makanan, dat's why aku ni gemuk,hehe.. Oh ya, dulu yes im fat tapi skang ade la turun sikit kg nya, ish.. segan le nak cakap kan.. ;) Dah lame sbnrnya aku gemuk dan gemuk itu sememangnya x menyoronokkan. Kenapa? Salah satu nya adalah susah sgt nak cari baju. 




Klu kita tgk org2 yang kurus pakai baju cantik2 je kan.. Kita yang gems ni pun teringinla jgk nk pakai mcm tu tapi bila try x muat,huhu..  Aku pernah mengalami keadaan seperti itu.. Sedih. Disebabkan ini, aku selalu berazam nak kuruskan badan. Tiap2 minggu la aku berazam nak diet tapi yang hadoo! Asal nak diet ade je yang menghalang, membe2 ajak kluar makan la.. Lagi satu aku ni susah nak control makan.. Nampak je makanan sedap terus aku sapu,hahaha.. X kesahla aku kenyang ke tetap aku sumbat jgk tu yang bdan aku cepat naik tu. Bila dah makan banyak mula la nyesal.

Untuk pengetahuan sesape yang baca blog ni, aku dh stop makan nasi since bulan 2 kalau x salah la smpaila sekarang.. Tapi kekadang ade la jgk bocor.. Tambah2 kalau balik kg memang x dapat dietla sebab makcik2 ak rajin masak pastu x tahan dgn masakan kg,hehe.. Orang ckp klu diet x makan nasi lagi cepat kurus dan ia memang betul sebab bila aku x makan nasi memang ramai cakap aku dah makin kempis.. Ehem, malu la ;)






Ha, kat atas ni adalah gambar aku sebelum diet dan selepas diet.. Ade beza x? Ade kan.. Ehem.. malu lagi sekali la.. Best sebenarnya bila dah kurus walaupun sikit la,hehe sebab yang pertama aku dah boleh pakai baju kakak aku, kakpah.. Die memang kurus dari dulu. So, bila kau nak g jenjalan ke msti aku try baju die, lalala.. Kedua nya aku dah boleh pakai baju cantik2.. Biasanya baju cantik2 ni utk org yang badan kecik je kan. Sekarang senang je nak cari baju sbb dh muat, yeay!!!

Dalam bulan puasa ni Alhamdulillah membantu la aku nak berdiet.. Sahur aku amek kurma n minum air kosong je pastuh berbuka plak aku makan bihun sup ke mi bandung ke yang ala-ala berkuah gitu. Aku harap semangat aku x hilang klu x sia2 je usaha aku selama ni.. Nak cantik masa kawen punya pasal,hehe.. Aku akan berusaha sebab kurus tu sebenarnya melambangkan kita ni sihat, betul x? Bila gemuk mcm2 penyakit dtg, so make sure kita kekalkan berat bdan yang ideal. Ni aku nasihat utk diri sendiri jgk sbb kadang2 aku ni pun terleka.. Yela, manusia kan x lari dr melakukan kesilapan. Okay, aku byk keje nak disiapkan ni. Nty bila2 aku akan hupdet lagi aku pnye blog ni, InsyaAllah.. Chow..

p/s: Untuk pengetahuan semua, aku x penah timbang berat aku lagi sejak aku berdiet ni.. Takut nak timbang..huhu 

Friday, August 19, 2011

List for my E-day

Assalamualaikum. 


Aiceh, dah pandai bagi salam ;) Ni entry kali yang ketiga utk ari ni,wakaka.. Gila bebenor aku menghupdet blog ni. Erm.. memandangkan my E-day hanya tinggal 4 minggu, aku nak listkan apa2 yang sudah siap dan yang still pending. Masa mula2 plan nak kawen (awal tahun ni jgkla) very the excited tau, mcm2 dlm kepala hotak aku ni, sampai tiap2 ari la dok google psal kawen ni,hikhik..gatai no. Tapi bila dah nak dekat dgn tarikh ni mcm ada rase malas je nk siapkan smua benda sebab setiap kali aku pikir psl kawen je msti kepala ni pening.. Baru aku tau skang bknnya senang nak kawen ni, byk benda nak kena pkir lepas kawen dah ada tanggungjawab plak. Dat's why sesapa yang nak kawen make sure anda bersedia okeh! 

Back to da point, here the list for my E-day:
                     1. Date - 17th Sept 2011 (Confirmed)
   2. Venue - Rumah kat kg 
 3. Time - Around 12pm
                                                  4. Baju for Engagement - In progress (siap 15th Sept 2011)
                                                                                   - Veil (PENDING)
                                                                                   - Kasut (PENDING)
                                                                                   - Tudung (DONE)
                                                   5. Kenduri - Gotong royong
                                                   6. Doorgift - Gula2 (PENDING)
                                                   7. Hantaran for Him : 
                                                               - Baju melayu nikah+sampin (DONE)
                                                    - Songkok+sejadah (DONE)
                                                         - Body Shop (mandian) (DONE)
                                       - Perfume (DONE)
                                            - Belt +wallet (DONE)
                                                   - Kek (optional) (PENDING)
                                         - Coklat (PENDING)
                                                        - Potpuri (optional) (PENDING)

Aku rase yang ni je kot yang perlu utk majlis E-day aku nty.. Mcm2 perasan ada ni..takut,seronok,hahaha.. Apa2 pun aku mesti kena melalui jgk hari ni kan.. kena kuat semangat, atasi rasa gemuruh tu.. takut nty bakal mak mentua nak sarungkan cincin x terkena jari manis sebab aku ni bila takut mula la satu badan menggigil..Siot tol,hahaha.. Malu ah.. 

p/s: Malu2 kucing.. kucing pon x malu mcm aku,hikhik ;)


today is my S.A.D day


Entry hari ni agak sedih..Bukan agak tp memang sedih pon. Tadi happy sebab hari ni last day keje for dis week tp bila dah masuk ptg mood dh jadi sedih. Rasa mcm x dihargai. Actually almost 2 years im working here, i try my best to be a gud worker but aku redha klu keje yang aku buat selama ni x dihargai. Feel sad right now nasib baik esok cuti dah malas nak pikir pasal keje. After married, aku rase nak cari keje lain, keje yang betul2 aku minat n bukan keje mcm ni lg. Rase mcm dah x guna keje kat sini. Rase mcm nak blah je dari sini tp memandangkan aku nk kawen n kena kumpul duet lagi, so aku kena pendam jela perasaan ni.

Selama ni aku focus dgn keje aku, buat itu buat ini tp sedih sgt bila ada sesetengah pihak yang masih x perlukan aku. It's okay tapi rase sedih sgt.. Hmm,mungkin ade hikmah di sebaliknya kan. Allah selalu menguji kita itu tandanya Dia sayangkan kita.. Dat's why aku kuat. Oh, skang dah pukul 5.33pm.. I need to go home. Lupakan semua sedih2 ni sbb xde makna pn bg aku..Nak balik dah, bubye.. smile ;)

p/s: Kesian x kat ak? ;(

TOMORROW IS SATURDAY


Hyaip..yeah, tomorrow is saturday. Hari yang aku paling nantikan ;) Bukan aku sorang je kot tapi semua orang memang suka la ari cuti ni.. Selama beberapa minggu ni aku banyak sangat keje, terlalu banyak.. Inilah itulah.. Sabar jelakan sbb ni dah memang keje kita. Bulan2 pon dpt duet dari keje ni jgk.. So, motipnye..redha jela ;)

Skang ni dah keluar mood malas nak keje.. Just tgh counting time utk pulang ke rumah n i've already plan for tomorrow.. Nak bangun lambat,yeay!!! (senyum lebar) Oh ya, still tgh cari design nak cantikkan blog ni.. Harap2 misi ni akan berjayalah. Wait n see okeh!

p/s: semangat kan!! :)

Thursday, August 18, 2011

nak T.U.K.A.R

Hi..hehe..dah behabuk rupanya blog aku nih..lama btul x update kan. X rajinla tp skng ni mcm rindu plak nk bukak blog walaupun xde follower kan,hikhik..nevermind,aku x kesah..blog ni sengaja aku cipta untuk luahan diri aku.contoh klu kita ade problem kat sini la tempat utk meluahkan perasaan kan..tp klu ade sape2 yang sudi baca blog aku yang x seberapa ni dialu-alukanlah.. ;)

Entry kali ni xde pape yang best pon just nak lembutkan tgn aku kt keyboard ni sbb dh lama x mengarang,ceewah..Promise,lepas ni nak rajinkan diri update blog ni..And one more thing, aku nak tukar sikit design n background utk blog aku,setuju x?hehe.. harap2 keje aku yang belambak kt ofis tu x mengganggu aku nk berblog ni..currently,dis is my hobby.. update my lovely blog :)

p/s: semoga hobby ni akan kekal smpai bila2..