Powered By Blogger

Tuesday, October 23, 2012

.Lagi 4 ari, senyummm.

Assalamualaikum

x sabar weh lagi 4 ari ja lagi aku dah nak abes pantang! x best asyik dok tahan nak makan mcm2. makan ni x bole makan tu x bole tapi kadang2 tu aku curi2 jugak makan,hehe.. sikit ja pun. time berpantang ni mak aku yang jaga. mak aku la yang larang aku makan segala ni. masa awal2 pantang dulu, kira lepas balik hospital la, mak aku siap buatkan air halia+lada hitam. buweek!! mesti la x sedap. pastu makan lauk ikan haruan ja. sampai lani dok makan ikan haruan, tu keja husband asyik dok beli ikan haruan ja sampai dah naik muak.

Time pantang ni memang la x best, dulu masa tgh pregnant dok bilang ari ja bila la nak cuti berpantang. igt syiok sgt kot tapi bila dah kena time pantang ni adoii tahan jela. nasib baik la 4 ari ja lagi. luka operate aku plak x cantik mana. xtaula apa salah, mcm ada nanah ja tapi still kuat melekat, tu kata husband la.. aku nak rasa guna tangan takut, ngeri.. selalu klu aku berpeluh, cpt2 aku lap luka tu biar kering. dah lebih sebulan pun x elok 100% lagi. ni la beza klu beranak cara operate ngn normal, hmm..

Even time pantang ni sgtlah x best tapi tiap ari aku setkan mind aku, time pantang time aku ngn anak2, x dpt tido lena xpe asal 24/7 aku dgn anak2, tu pun dah cukup heaven dan aku akan igt+rindu saat2 mcm ni lagi. nak lalui time pantang ni lagi? hahaha, tunggu luka baik dulu pastu ON lah! bhahaha.

^__________________________________^


p/s: time pantang x dapat kuruih pong! T_T

Thursday, October 18, 2012

.Aku Zero Bab Anak.

Assalamualaikum

Sekarang ni aku dok gigih cari info pasal baby. dulu masa tengah pregnant malas nak surf internet  pasal ni tapi lepas dah beranak ni, dah tengok muka anak segala baru perasaan tu datang nak tau semua pasal baby. aku kan 1st time jadi ibu, mesti la kena tau semua, xkan nak dok suruh mak je yang buat. lagipun aku nak anak2 aku membesar dengan sempurna, aku nak pastikan diorang ni x tertinggal satu pun sebab tu aku dok giat p terjah blog org, belajar lebih pasal ni. 

Byk yang aku kena tau lagi, skng ni aku rasa level aku pasal baby adala dalam 10%,hahaha.. aku still lagi x reti nak bagi mandi diorang, ntyla kot bila diorang besar sikit baru la aku confident nak pegang. bukan senang nak jadi mak yang tau segala lagi2 jadi mak yang muda mcm aku ni,hehe.. 24 tahun tau aku dah jadi mak. mcm x caya jugak tapi bila dok tenung anak2 yang ada depan mata ni rasa bangga pun ada. akhirnya dapat jugak aku lahirkan zuriat untuk en suami. 

Pasal bab susu plak, skng ni aku dah campur susu utk anak2 aku. klu dua2 menangis, sorang aku bagi nenen sorang lagi aku bagi susu botol, susu fm. aku dah try pam susu badan konon2 nak la letak dalam botol xdela anak2 minum susu fm tapi bila pam je susu sikit,huhu.. paling banyak aku pam pun dapat 4oz je. sedih aku. pasal susu ni nty aku cerita next entry ye. klu pasal susu, diapers, semua en suami yang fikirkan. aku dok hangguk jela, dia yang bayar mampu x mampu dia jela yang tau. kan en suami yang uruskan duet rumahtangga ni,hehe.. ikut dia jela mana yang kami mampu.

Doakan aku eyh supaya rajin cari info pasal baby ni. aku nak jadi mak yang terbaik utk anak2 aku. xmaula hangat2 taik ayam je. aku kena kuat, anak aku dua. dua2 kena jaga leklok, xmaula nty kami suami isteri menyesal.

p/s: nak jadi mak yang tau pasal semua, xla nmpak bodo,hehe..

Friday, October 12, 2012

.Aku Mak yang Jahat.

Assalamualaikum

Ari ni babies dah 29 ari. esok genaplah diorang sebulan. cepatnya masa berlalu. sebulan jugakla aku dah bergelar seorang ibu. walaupun dah nak sebulan tapi aku masih lagi terkial2 cmne nak jaga diorang ni. yela, dua kan. kadang2 tu rasa nak nangis je sebab penat sangat jaga dua baby serentak. kalau sorang nangis sorang lagi mesti nangis walaupun diorang ni kembar x seiras. kalau sorang poo poo sorang lagi pn ikut poo poo sama. aiyakk, sampai skng aku still lagi geli nak cuci taik anak2 aku,huhu. ape jenis mak la aku ni. satu lagi, aku x penah mandikan anak2. aku takut nak pegang time bagi mandi, licin..kang terhempas anak tu aku jugak yang susah. nasib baik mak ade,hehe.. ape jenis mak la aku ni.

Tapi yang aku paling menyesal dalam idup aku ni bila aku dah start pandai marahkan anak2 aku. anak2 aku ni bila malam xnak tido sampaila pukul 4 pagi. tambah2 si kakak, bulat je bijik mata dia. aku ni jenis yang cepat naik angin sikit. dahla ari2 x dapat tido lena, anak2 plak xnak tido malam ape lagi aku naik angin la. bila aku marah aku x sedar semua tu. xtaula npe. mcm ptg td, kakak xnak tido dari pagi. bila letak je kat bawah menangis, nak baring atas riba je. bila menangis aku bagi nenen xnak isap. aku dahla ngantuk. last2 aku biar kakak nangis. teruk jugak kakak nangis, aku biarkan je. time tu aku memang x sedar. aku x pandang kakak langsung, aku buat derk je. sampai en suami amek kakak dari aku. terus aku masuk bilik aku menangis. ape jenis mak la aku ni. bila aku dah ok aku dukung kakak. aku cium2 kakak, aku mintak maaf kat kakak., kakak tengok je muka aku. aku rasa bersalah sangat buat kakak mcm tu. aku sedar kakak kecik lagi, kakak xtau pape. aku rasa aku ni jahat sangat. baru sebulan jadi mak dah buat kat anak mcm ni. kalau dah berbulan2 tu xtaula apa jadi. mintak2 dijauhkan lah.

Skang ni anak2 la nyawa aku. aku x bole idup tanpa diorng. bila tgk muka diorang hati ni rasa sejuk je. aku cuba jadi mak yang baik. cuba xnak marahkan diorang lagi. mungkin sebab aku penat sgt kot. aku kan 1st time jadi mak, xde experience lagi tambah2 aku dapat kembar lagi la aku penat. tapi aku selalu igtkan diri aku Allah bagi kami anak kembar sebab Dia tau kami mampu jaga anak2 kami. Ya Allah, aku bersalah padaMu, bersalah pada anak2.. amanah yang Engkau berikan aku sia2 kan. aku akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak2 ku sebab diorang lah permata hati aku. ummi sayang kakak..ummi sayang adik..maafkan ummi..


p/s: cair hati tgk anak2.. ;)

Wednesday, October 10, 2012

.Pengalaman Bersalin.

Assalamualaikum.

Waaa.. lamanya x jenguk blog ni. sejak lepas bersalin ni xde masa nak hudate blog.oh ya! aku dah selamat melahirkan baby girl twin pada 14 sept 2012, ari jumaat. ari ni dah 27 ari dah babies kat dunia ni ;) meh nak cerita cmne la pengalaman aku masa bersalin itu ari.

13 Sept 2012 (Khamis)
Dalam kol 2.30pm, aku ngn en suami pegi klinik desa subang untuk checkup BP sebab doc hosp sg buloh mintak nurse check BP aku selang sehari. nak dijadikan cerita BP aku x berapa nak elok ari tu. dua tiga kali jgkla aku kena check pastu nurse suruh rehat, check balik rehat plak. BP still sama, tinggi dalam 160/100.. doc kt klinik tu pun check aku jgk tapi tetap sama T_T.. bila BP dah tinggi mcm ni jalan penyelesaiannya aku kena heret pegi hosp sg buloh la jwbnya sebab klu dibiarkan aku mungkin akan kena sawan n babies akan meninggal dalam perut. tu dia pnya effect. so, doc pun col ambulans sebab aku kena admit ward,huhu.. ni la 1st time aku kena naik ambulans tau. dahla driver bwk laju, aku bkn kes emergency pun. aku sihat walafiat la bang! sakit perut aku ni bila kena lopak2 tapi yang bestnya doc klinik desa subang tu yang escort aku. mcm beso benor je kes aku ni.

Sampai kat hosp sg buloh terus aku masuk ward bersalin. oh ya,aku lupa..selain BP aku yang tinggi ni, air kencing aku pun ada sikit kotor. tu pun salah satu punca aku kena admit ward. en suami plak kena balik umh sebab nak packing baju2 aku. ni la masalah bila x prepare siap2. baju babies dah lama siap masuk dalam kete tapi baju sendiri buat2 lupa nak pack,huhu.. yela, last checkup kat hosp sg buloh itu ari doc ckp kena bersalin 24hb sebab tu aku lengah2kan pack barang,hehe.. xtau pun nak jadi mcm ni. ampun en suami..

Masa dalam ward tu ada 2 org doc yang check aku. sorang doc senior lagi sorang doc pelatih. ntah apa yang diorng check aku pun xtau.aku serah diri jela.. last doc senior tu bgtau aku besok pagi aku kena bersalin jugak secara czer. lagipun time tu aku dah 36weeks. babies dah cukup matang kalau bersalin time ni. aku redha je sebab memikirkan keadaan aku time tu yang memang dah x larat nak bwk perut. czer pun czer la asalkan babies keluar sihat walafiat. kol 6pm aku diberi suntikan utk matangkan paru2 babies. cucuk kat punggong kot. sakit wooo!! doc pun awal2 dah bgtau injection ni memang sakit,huuu.. bukan sekali tau tapi dua kali. 2nd injection dalam kol 6am besoknya. mungkin sbb aku carried twin kot tu yang kena dua kali injection. 

sakit bila kena masuk ni T_T

14 Sept 2012
Doc pesan suruh aku puasa start pukul 2am. aku memang dah x lalu nak makan, yela takut nak hadapi czer nty tapi aku terkilan sikitla sebab x dapat nak makan aiskrim magnum. aku dah siap cakap kat en suami lepas abes pegi klinik desa checkup BP singgah kedai nak beli aiskrim magnum. tu la makanan terakhir yang aku teringin nak makan tup2 x dapat, naik ambulans dapatla,huhu..

Awal2 pagi doc datang kat katil aku n bgtau aku kena czer skng, doc bedah dah siap tunggu kat bilik OT. time tu aku mcm blur je, yela pagi2 dah suruh aku belah perut mana aku x cuak,bagi la aku sikit masa, en suami pun x datang lagi. aku sempat msge en suami bgtau yg aku dah nak kena bersalin, col pn x sempat sebab nurse dah mintak semua barang2 aku untuk diorng simpan n serahkan kat en suami nty. semua berlaku dengan cepat sangat. tup2 aku dah masuk bilik OT.

Alhamdulillah, tepat jam 9.12am anakku yang pertama lahir ke dunia. si adik plak menyusul pada jam 9.13am. masa dengar diorng nangis air mata ni pun keluar jugak. x sangka aku dah jadi seorang ibu T_T

kakak ;)

adik ;)

Untuk kakak n adik, ummi doakan kakak n adik jadi anak yang baik dan solehah. ummi dan ayah sayangkan kakak n adik sangat2.. ini lah permata hati kami..

p/s: x sangka dah ada anak,ngee..