Powered By Blogger

Wednesday, December 26, 2012

.Bila Mau Kurus?.

Assalamualaikum

Aku rasa sapa2 yang follow blog aku dari awai mesti menyampah dengan entry aku ni,bhahaha.. Dah byk kali dah aku post cerita psl nak kurus ni. Dari aku anak dara sampaila dah ada anak cerita ni xkan abes punya kecuali aku dah betui2 kurus.. Kannn..

Kalau dah nama dia ppuan mestila bab2 nk cantik nk kurus dalam list pertama dia,hewhew. Igt aku ni xmau hot ka? Kena jaga oi nty husband lari. Lagpun aku muda lagi baru 24 tahun. Skng ni memang badan toksah ckp la tembam you! Pipi selambak,hahaha.. Perut tak payah cerita la. Kondisi  muka dan bentuk badan aku skng klu org tengok mesti org igt aku ni dalam lingkungan umo 30an. Malu jgk kadang jalan ngn husband. Mcm kakak ngan adik. Dhla husband aku ni jenis badan kecik. Aku badan besar. Nampak x kontra di sitew. Sedih rasa mcm tekanan jiwa ja. Aku penah sembang ngn husband pasal benda ni.

Aku: "B, ayg gemuk dak?"

Husband: "xla.. Biasa je.."

Aku: "tapi ayg rasa ayg gemukla.." (xpyh rasa2 mmg gemuk pn,hewhew)

Husband: "xla.. Tapi klu gemuk pun normal la ayg kan tgh menyusu mmg kena mkn byk nty susu makin byk.."

Aku: "tapi klu gemuk ayg x cantik.. B x malu ka ada wife gemuk?"

Husband: "nak malu apa.."

Susah sembang ngn laki mcm endah x endah ni. Kang betui wife dia makin gemuk ada niat nak p cari lain plak. Kadang saja nak jaga hati wife dia. Bukan kita xtau. Dah faham sgt perangai lelaki ni. Even muka dia suci mcm dilindungi kaabah ka apa perangai tetap sama. So, bini2 kat luar sana kena faham sendiri la. Klu tgk cermin badan tu dah gemok pandai2 la berdiet. Aku ni klu bole teringin nak pakai premium beautiful tu tapi x mampu. Mahai sgt,huhu.. Xpa la, aku slow2 dietla. Harap2 kurusla nty. Utk husband jgk..

Bubye

p/s: lepas bersalin mmg ni la hot issue! Poning kepalo den =_='


Tuesday, December 25, 2012

.Batuk Selsema p la Jauh2 oiii.

Assalamualaikum

Hujung2 tahun ni cuaca kat selangor dan sekitarnya asyik hujan saja. Asal petang mesti gelap. Pagi ok plak. Bila cuaca x menentu ni mula la penyakit dtg. Demamla batukla mcm2. Aku ni pun baru ja baik dari demam, sekali package batuk dgn selsema. Aku agak bkn punca cuaca saja tapi mesti sbb musim buah baru2 ni. Habis smua famili aku kena batuk last2 aku pun sekali kena. Nak kata aku ni hantu buah xdakla sgt. Masa musim buah ritu aku x sentuh buah rambutan pn cuma aku byk makan durian saja ^_^. Tu feveret aku,hewhew. 

Bila dah semua kena demam kecuali husband saja yang steady x demam2,hehe.. Anak2 aku pun x terkecuali kena jgk. Alahai sedih betui bila dua2 kena batuk selsema. Ni 1st time anak2 kena batuk selsema. Batuk dah serupa org tua siap berkahak lg. Hidung tu toksah cakap la asyik meleleh ja hingus. Kadang tu kalau bersin keluar hingus hijau. Kira okla kan xdakla dok simpan kat dalam ja.

Budak2 kecik ni kalau sakit risau sgt. Aku kat tempat keja dok pikir psl anak2. Ok ka x ka. Kakak kalau sakit dia suka merengek sikit. Kena dok peluk sentiasa. Manja sungguh anak ummi ni. Kalau adik plak relax saja. Cool sgt. Sakit ka adik tetap bole gelak kalau org agah dia. Teringat aku masa diorang nak masuk 2 bln, dua2 demam. Time tu kalut jgkla aku. 1st time weh. Dahla dua2 demam rasa nak nangis pun ada. Kakak demam teruk daripada adik. Time tu kami kat kg teluk intan sebab kakak ipar aku nak kawen. Dahla diorang ni nak naik buai. Klu bole xmau la jadi apa2 kan. Kami suami isteri bwkla anak2 p klinik. Bila check ngn doc suhu badan kakak tinggi sungguh. 41°c.. Doc masukkan ubt dalam bontot. Adik ok sikit tapi still ada demam. Esoknya kakak dah ok tapi adik masih ada demam lagi. Nak jaga adik ni time demam aku x kesah sgt sbb dia tido saja. Senang klu nak bela adik ni.

Ni masa demam cukup dua bulan. Risau sungguh ummi =_='

Masa aku balik kg kuala kurau baru2 ni anak2 mmg dh ada batuk n selsema. So aku ngn husband decide bwk anak2 p klinik. Kat klinik tu doc check ckp anak2 aku batuk x teruk sgt. Bila bernafas pun x dgr bunyi kahak even time tu mmg diorang batuk berkahak. Alhamdulillah sgt.. Doc tu ckp lagi dia akn bg ubt batuk n vitamin tp dlm dos yg pling sikit, 0.5ml n doc tu sendiri ckp dia sbnrnya x syorkan baby mkn ubt sbb diorang still kecik lg. Dia lagi suka klu baby lawan sendri biar sistem imun dia kuat. Tapi aku bg jugak anak2 mkn ubt. Kesian tgk asyik dok batuk saja. 

Lepas balik dari kg aku ada baca fb. Ada sorang kakak ni ckp klu baby sakit ka apa jgn bg mkn ubt klinik sbb ada campur bahan kimia. Time baca ni mmg aku gelisah sgtla. Rasa bersalah sgt kat anak2. Aku pun cerita la kat husband. N lastly kami decide bwk anak2 p klinik homeopathy. Ubt homepathy ni xdak dadah dats why aku ajak husband amek ubt kat sini tapi husband prefer bwk anak2 p hospital. Nak sedut kahak anak2. Eii x sanggup la aku. Mau aku nangis tgk anak2 aku kena sedut kahak. Sakit kot.

Skng ni anak2 aku bg mkn ubt homeopathy. Ubt tu ubt titik. Sehari 4 kali kena bg titik kat mulut. Pagi, tgh ari, petang dan malam. Kena 5x titik sekali bagi. Setakat ni Alhamdulillah xdak teruk sgt dah batuk anak2 aku ni. Mmg ubt homepathy ni lambat kesan dia tapi ubt dia xdak dadah langsung sbb tu aku suka. 

Aku selalu berdoa biarla sakit diorang ni dipindahkan kat aku. Aku rela. Aku x sanggup tgk anak2 aku kecik2 lagi dah sakit segala. Semoga anak2 ummi cpt sembuh ya! ^_________^


Bubye

p/s: sambil taip entry sambil batuk koh koh!






Sunday, December 16, 2012

.Tolongla Bayar Hutang Weh.

Assalamualaikum

Aku cukup meluat dgn org yg belagak bila ada duet. Bila xdak duet menggagau kat org lain mintk pinjam duet. NO!! Zaman skng ni memang duet segala galanya. Xdak duet x bole hidup oii. Segala jenis pun guna duet even skng ni nak guna toilet kat luar pn kena pakai duet tapi tulis tandas awam. Bersih x pun kotor ada la tu pun kena bayar =_='

Aku ni bukan org kaya pun. Keja biasa2 saja. Husband pun keja technician ja tapi Alhamdulillah la setakat ni x penah lg la putus makan. Pampers n susu anak2 cukup husband sediakan. Tapi ada sesetengah org ni bila ja dpt gaji abes duet gaji tu beli benda yg merapu rapu. X penah nak pikir langsung nak byr hutang ka byr bil ka. Dia guna buat shopping dulu. Aku masa bujang dulu dpt ja gaji memang aku tolak tepi dulu duet sewa umh, rm200 sbln. Klu ada duet lebih aku hulur jgkla kat kakak aku duet nak beli stok brg dapo. Balance gaji baru aku guna utk beli brg aku. 

Masa ada duet bole la belagak cuba time kering kontang. Cakap pun manis ja nak pinjam duet. Bila mintak byr balik hutang mcm2 alasan bagi. Last2 kita yg kena marah kena tengking. Aik, ni sapa yg pinjam sapa. Memang aku cukup pantang dgn org mcm ni. Sapa yg penah kena memang sakit hati. Kadang kita pun nak guna duet jgk. Nakla jgk merasa duet yg org hutang tu nak beli baju, beli kasut. Apa org yg hutang ni x pikir ka yg kita ni ada anak2? Duet tu penting nak beli susu segala. 

Lain kali tiap kali gaji langsaikan dulu segala hutang jgn dok tggu nty nty. Sampai bila la x terbayar. Makin byk hutang adala. Ni x bila dpt ja gaji shopping bukan main kalah mak datin tambah2 time hujung tahun yg penuh dgn YES ni lagi la kuat shopping. Bila org mintk byr hutang alasannya duet x cukup nak byr. Mana la x cukup duet nak byr hutang p beli brg lain. Bila tgh bulan ternganga xdak duet. Beras minyak abes. Nak mkn apa? Terpaksa la pinjam duet. Cannntttteeeeekkkkk.. Buatla mcm tu tiap2 bulan. Sekali dua xpa tapi bila berkali kali dah kena x byr hutang sapa bole tahan. SORI! Pikir2 la sendiri.

Bubye

p/s: moral of the story, nak pinjam duet xdak masalah tapi jgn lupa byr sudahla. PEACE!


Thursday, December 13, 2012

.Bisnes.

Assalamualaikum

Aku nak meniaga la. Meniaga ni dah mcm jiwa aku. Tapi bila aku aku start meniaga ja mesti x menjadi. Xtau la apa silap. Aku bkn pikir nk untung.  Aku mmg minat dan klu bole aku nak meniaga ja xpyh p keja. Klu meniaga through online lagi bagus. Dapat jaga anak2 sekaligus.

Masa kat poli dulu aku amek course marketing tapi aku ni x berapa nak pandai ckp. Kan klu org marketing ni kena mulut manis sikit baru la brg bole laku tapi aku x.. Setakat nak promote brg bole la tapi  klu nak paksa org beli brg aku x sanggup sbb aku tau mcm mana perasaan org yg kena paksa beli brg walaupun dia xmau,huuiiiii seksa!

Ari tu aku ada p kenanga igt nk survey harga brg kat situ. Dari dulu aku minat nk jual baju baby,heeeee.. Harga kat sana xdakla murah sgt. Maybe aku x survey byk tempat kot sbb time tu aku p masa lunch hour ari jumaat. Lama sikit klu kuar ari jumaat tapi x sempat jgk. Rambang mata la dok tgk baju budak,huuuuuu.. Ntyla bila2 free aku nak p survey lagi. Mudahan ada rezki aku nak meniaga kecil kecilan ^__^.. Pada sapa2 yang sudi bantu aku nak meniaga ni tolongla ya.. Yang nk bg advice ka.. Silakan.. Aku perlukan smua tu.. Tq ^_^

Bubye

p/s: Mudahan ada rezki aku.. Amin..


Tuesday, December 11, 2012

.Susu Apa yang Aku Bagi Anak2 Minum.

Assalamualaikum

Sejak anak2 aku lahir susu aku memang x cukup utk dua org baby. Aku terpaksa campur dengan susu fm. Mula2 dulu husband beli susu anmum tapi x lama aku bagi anak2 minum susu ni sebab bila diorang minum diorang x berak. Mula memang aku ingat bila x berak kira normal sebab aku ada google kat internet ckp klu baby x berak dua tiga ari xdak apa2 xpyh risau. Tapi bila anak2 aku berak, diorang jenuhla dok meneran sampai menangis. Kesian aku tgk. Time ni la aku syak susu anmum ni x serasi ngn anak2 aku. 

Aku ngn husband pakat nak try susu lain walaupun stok susu anmum ada byk lagi. Sbnrnya kwn kat tempat keja aku ada bagi dua kotak susu anmum sebab anak dia dah kena tukar anmum tahap lain dah. Susu anmum tu dia beli byk drpd dia buang dia  sedekahla kat anak2 aku. Tapi syg anak2 aku plak x serasi dengan susu ni. So, kami laki bini try bagi anak2 susu enfalac. Memang susu jenis ni mahai tapi husband kata demi anak2 dia x kesah. Kami beli enfalac biasa saja xdak yg A+ tu. Klu yg ada A+ tu mahai sampai rm66 klu x salah aku la. Enfalac yg biasa ni rm43.65. Ni harga yg kami beli kat speedmart. Klu kat tempat lain mahai sikit. 

Dulu masa anak2 kecik susu bole la tahan dalam 14 ari. Dua org minum tau. Dulu diorang minum 2oz ja tapi skng dah x bole 2oz kena buat 3oz baru diorang kenyang. Lagi satu skang diorang dh kuat minum, susu pn tahan x sampai 10 ari. Susu bdn aku plak dh mkin sikit sejak aku start keja. Tension punya psl production susu dh kurang. Nak pump kat tmpt keja x sempat,huuuuu.. Memang dugaan la. Tapi aku dok gigih lagi nak bykkan susu balik, kesian kat anak2. At least bole la jimat sikit nak beli susu. Nty klu dah makin besar makin kuat minum terpaksa la cut off mana yg x penting tu. Kena utamakan susu anak2 dulu. Bila dah jadi mak ni mcm ni la. Pikir kat anak2 ja, heeeeeee.. ^___^


Bubbye

p/s: moga Allah bukakan pintu rezki utk kami sekeluarga. Amin.. ;)


.Buai oh Buai.

Assalamualaikum

Entry kali ni aku nk cite psl buai. Skng ni anak2 aku dh mcm addicted ngn buai. Huuuu, susah jgk bila dh start ajar anak pkai buai ni sbb bila p tdo kt umh org, p holiday ka apa mesti jenuh sikit nk bg tdo. 

Aku start ajar anak2 aku pakai buai x silap ak masa anak2 aku umo sbln stgh, nk masuk dua bulan. Anak2 aku ni jenis susah nk tdo kt atas tilam. Keja nk dok kt riba ja, dahla twin. Cmna cara aku nk jaga diorang? So, aku terpaksala pkai buai. Bkn aku saja2 naa..

Aku beli buai kat manjaku sg buloh. P beli malam2 sbb si adik buat hal x mau tdo. Husband sbnrnya x berapa suka klu anak2 tido pakai buai sbb satu kan klu guna buai ni bila kita goncang x berapa elok utk otak baby n yg kedua susah klu nk p mana2 kena angkut buai sekali. Jenuhla.. Tapi bila dah anak susah nk tido terpaksa jugakla beli lagi pun kami pikir jgk susah klu xdak buai bila nk htr anak kt pengasuh. Klu xdak buai susahla pengasuh nk buat keja dia kan. Nk xnk kena jgk la beli buai. Kat manjaku ada dua jenis buai. Satu harga rm139 n lagi satu harga rm199. Klu nak anak tido guna buai elektrik, kena beli moto dia. Buai dgn moto elektrik ni harga asing tau. Moto elektrik tu saja dah harga rm200. Mahai sungguh... Buai pn kami beli yg murah. Buai ni jenis yg bentuk half u. Klu yg mahai tu bentuk u. Kami beli satu saja x mampu la nk beli dua. Xpa la anak2 faham. Bole ja share2. Aku beli buai tanpa moto tu. X pyhla nk beli moto segala. Aku rajin ja nk goncang buai anak aku,hehe

Bila dah ada buai senang sikitla. Bole la lari2 sat nk p buat keja walaupun ada satu buai ja tp Alhamdulillah, mungkin rezki anak2 kot ada satu mlm tu pengasuh dtg umh aku bagi buai. Dia ckp ada org umh atas nak buang buai ni. Drpd buang baik dia bagi kat aku. Syukur sgt2.. Buai yg dia bagi ni buai jenis bentuk u tu jenis yg mahai. Gembira sungguhla kami,hehe..

Skng ni sejak dua2 dah pakai buai mmg keja dok tido ja. Sempatla klu nak masak segala xdakla kena dok pegang ja. Klu anak2 tido dlm buai aku goncang biasa2 saja bila dah tido aku biar jela. Masa mula2 ada buai dulu aku sibuk goncang buai. Bila dah tido pn aku goncang. Rupanya x bole mcm tu. Klu anak dah tido kita berenti goncang mula la menjerit,huuuuu.. Sama ja x bole buat keja len kena menghadap buai plak. Awal2 dlu aku mcm tu la lpas tu aku cuba train anak2 bila dah tido aku x goncang aku biarkan ja. Mula2 mmgla menangis tapi aku biar ja lpas tu dah ok. Lena ja anak2 tido. Setakat ni mmg buai membantu aku sgt2. Lega bila anak2 syiok tido dlm buai. Tido pn cukup bila bgn asyik gelak ja,hehe rindu btui..


Bubbye

p/s: umh dhla kecik ltk dua buai lg la mkn space -_-'