Powered By Blogger

Tuesday, November 26, 2013

.Tu Kan Rezki Allah

Assalamualaikum

Arghhhh tensi sungguh. Mau nya x.. Ada orang pertikai aku dapat anak kembar sebab makan pil hormon. What the $&@?!!! Aku x fahamlah ada jugak bangsa manusia macam ni. Dia cakap pil hormon yang aku makan tu acid folic. Acid folic tu yang menyebabkan aku dapat baby kembar. Bagus betul conclusion yang dia buat tu. Tapi yang aku musykil tu kakak aku pun before pregnant dia consume acid folic x dapat plak baby kembar. Ketahuilah sayang.. Tu semua kerja yang di atas. 

Memang sebelum pregnant dulu aku ada amek acid folic sebab aku ada baca kat internet kalau nak pregnant cepat kena makan acid folic. Well tu kan salah satu cara aku untuk pregnant. Xdak plak aku google acid folic tu bole dapat baby kembar. Aku x penah terpikir sikit pun nak dapat baby kembar. Cukup dapat pregnant dan ada anak aku dah bersyukur. Tapi Allah bagi kami suami isteri lebih daripada tu. Alhamdulillah..

Aku xtau apa masalah dia cakap macam tu kat aku. Adakah dia jeles ke apa aku pun xtau. Xpyh nak jeles sangatlah. Aku ni bukan sesapa pun nak dibandingkan dengan dia. 

Okbai

P/s: tensi tapi nantuk angat.. Nunite sayangness ;p

Friday, November 15, 2013

.Ni Lah Kehidupan.

Assalamualaikum



Screenshot ni aku amek kat group Rumahtangga Bahagia Selamanya kat FB. Kadang tu kalau aku boring ka apa aku selalu jugaklah bukak group ni dan baca. Macam2 sangat masalah yang aku jumpa dalam group ni. Yang x penah terlintas kat fikiran aku pun ada. Takuit aku. Tapi sebenarnya group ni banyak kebaikannya. Banyak info2 yang membantu tambah2 macam aku yang baru setahun jagung jadi isteri. *kelass kauu*

Macam screenshot yang aku tempek kat atas nun. Sedih sangat bila baca kesah macam ni. Muda2 dah kawen dan dapat anak kembar plak tu. Anugerah Allah.. Tapi yang buat rosak rumahtangga tu husband dia. Sedih kot paksa wife gugurkan anak dalam kandungan wife dia. Laki macam ni pun ada ka?? Stress aku.

Masa mula2 aku dapat tau aku pregnant baby kembar, aku rasa takuit jugak. Takuit kalau kewangan x cukup. Yelah.. kitorang kan kawen muda jugaklah. Masa awal2 kawen nak hidup bukan senang. Kewangan x stabil lagi. Mula lah aku pikir mana nak bayar pengasuh lah, nak beli pampers, susu. Kalau sorang baby xpe ni dua baby, kena keluarkan duet 2x ganda. Risau sangat time tu. Tapi nasib husband sentiasa cool. Husband cakap anak2 xkan penah nyusahkan mak ayah dia. Anak2 tu anugerah Allah. Mesti ada rezki kat setiap anak2 tu. Memang betul. Sejak zara's lahir ke dunia ni sikit pun kitorang x penah terbeban. Rezki melimpah ruah. Semua keperluan diorang Alhamdulillah kitorang dapat tunaikan. 

Aku cerita ni bukan sebab aku nak riak tapi aku just nak share kat semua. Kita ni asyik pikir kita yang paling susah. Sebenarnya ada yang lagi susah dari kita. Lagi teruk hidupnya dari kita. Tapi kita x penah nak bersyukur. Selalu x puas hati dengan apa yang kita ada. Padahal kita dah ada segala galanya. Aku la tu..

Aku tertarik dengan kesah yang aku screenshot ni sebab aku dan wanita tu ada persamaan. Kami masing2 dipilih Allah untuk kandungkan dua bayi dalam satu masa. Tapi yang membezakan kami adalah kehidupan masing2. Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Syukur Allah pilih husband untuk aku. 

Kalau nak kehidupan kita lebih baik, kita yang kena berusaha. Tapi doa jangan tinggal. Kitorang ni pun bukan senang sangat. Kitorang cuma ada diploma saja. Tapi Alhamdulillah.. rezki tu Allah dah aturkan. InsyaAllah, kalau ada rezki lebih, husband nak sambung belajar. Tu janji dia kat aku. Husband cakap dia ketua keluarga, dia xnak kami anak beranak susah. Terima kaseh Ya Allah kurniakan suami yang begitu sempurna kepadaku.

Okbai

p/s: Aku ni kena selalu motivate diri sendiri. Kalau x hancusss, ptfhh..

Thursday, November 14, 2013

.Gila Gadget.. Amboiiiii.

Assalamualaikum

Hehe.. InsyaAllah.. Hari ni aku berniat nak buat update marathon gittew. Banyak sebenarnya aku nak update tapi tu lah masa tu yang terlalu mencemburui aku. Apsal nth masa ni tetibe je jeles kat aku.. *kau ni dah kenapa*??

Hari ni Zara's dah setahun 2 bulan, yeayyyy!! Alhamdulillah Zara Amalia dah bole berjalan tapi Zara Amani x bole lagi. Amani still takuit2 lagi nak melangkah. Amalia plak dah xnak merangkak dah.. Jalan je keja dia *senyum sampai ke telinga*










Zara's ni sangatlah obses dengan gadget. Tambah2 si Amani. Pantang sangat kalau nampak ipad cepat2 dia datang kat kita. Kalau dah dapat tu susah sangat nak share dengan orang. Macam ipad tu dia punya je. Ni semua ikut perangai husband lah ni. Bapa borek anak rintik gittew. Husband tu kalau sehari x pegang komputer dia memanglah x sah. Ada ja benda dia nak godek dalam komputer tu. Pasal gadget husbandlah no 1. 

Bila dah nampak Amani terlalu gila sangat dengan ipad ni maka kami suami isteri x selalu sangat bagi ipad tu kat diorang. Ada masa2 je yang kami bagi. Bukan tiap2 hari tau. Kalau tiap2 hari tu yang dia jadi ketagih nak main tu. *budak2 tau ka ketagih, hikhik*

Kitorang hanya bagi zara's tengok Alif Baa Taa, ABC, Barneys dan Gwiyomi sahaja. Gwiyomi tu x bole nak halang.. *nangis tersedu sedu*.. Talking Ginger dan Talking Tom still okay.

Bebudak ni kalau bole jangan diajar sangat gadget2 ni takuit nty asyik main benda tu je. Dok la dalam dunia dia sendiri. Tapi kalau sikit2 tu bole la.. Kang nty orang cakap anak kita ketinggalan zaman plak khenn hikhik..

Okbai

p/s: Aku bagi diorang main ipad untuk benda2 yang aku sebut di atas saja.. Lain pada tu SORRY ye anak2. 

.Derma Darahlah Kittew.

Assalamualaikum

Last week punya cerita hokey.. Selesai sudah tanggungjawab aku nak menderma darah. Tahun lepas x dapat nak derma sebab aku pregnant. Alhamdulillah tahun ni lepas jugak hajat aku. Aku dah derma darah ni dah 3 kali.. Bila dah penah derma darah ni, dah macam addicted plak.. Rasa macam best je bila dapat tolong orang kan. Siyes. X payah nak kedekut sangatlah. Bukan abes pun darah tu.. Lepas derma darah kauu makan lah banyak2 for sure nty darah kauu akan banyak balik macam biasa. X payah risau kkkk..







 Lepas abes derma darah, diorang siap2 sediakan milo panas dan roti. Alhamdulillah..




Okbai

p/s: Anda cuba lahhh!!

Thursday, November 7, 2013

.Jalan Jalan Ke Pahang.

Assalamualaikum

Hehehe.. Kena gelak dulu sebab entry ni patut post masa sabtu lepas tapi baru hari ni aku nak up. Well.. Bz memanjang je kan aku ni. Okay, sabtu lepas kami anak beranak p kenduri kawen tqah kawan tempat keja aku. Kenduri dia kat temerloh pahang. Syiok gak sesekali p jalan2 jauh. Selalu weekend dok kat selangor/kl serabut jugak kepala otak ni. Bila sesekali keluar jauh sikit lega la dada ni hahaha *urut dada laju2*.

Pagi tu siap dalam kol 10.30 pg jugaklah kami gerak. Memang plan nak gerak lmbt sebab pikir nty bole tengok pengantin sekali. Alhamdulillah sampai temerloh dalam kol 1 tgh ari camtu lah. Bes sangat tengok menu orang temerloh ni sebab lain dari yang lain. Lainnya kat part ikan patin masak gulai tempoyak lah. Umppphhhhh!!! Sedappp baqq anggg.. Aku x penah makan ikan patin sedap camtu. Biasa kalau makan ikan patin masak gulai tempoyak mesti terkena ikan dia hanyir. Ni lah festime aku makan ikan patin x berbau. 

Lepas dah melantak sampai lupa anak2 khenn, sampailah sudah seisi nak balik. Dah makan balikla kan,hihi.. Jumpa pengantin jap. Kongajo sangat la kan kauu dah makan banyak2 pastu blah macam tu je. Tapi ampunkan aku sebab aku x sempat nak snap gambar. Besa lah bila dah ada anak ni x sempat nak keluarkan handphone lah ipad lah. Berserahhhh jelahh.. Nak tengok muka cantikk ni kena tunggu photographer tiqah lah jawabnya. Kat bawah ni ada jugaklah aku selit2 gamba2 sekitar majlis kawen tiqah. Ni pun aku amek dari kawan aku dan fb tqah. Pape pun tqah nampak sangat gojess time tu.. Semoga rumahtangga yang kalian bina berkekalan hingga ke syurga.




Aku dengan husband dah plan awal2 lepas je balik dari kenduri tqah, aku nak naik bukit tinggi. Dengar2 cerita bukit tinggi ni cantik. Dah alang2 nak balik tu kami singgahlah jap kat bukit tinggi. Nak naik tu xdaklah tinggi macam cameron dan genting. Biasa2 saja. Sejuk pun x.. Sampai je kat atas memang ingat nak tuju ke french village tu tapi rupanya nak masuk kena bayor cik jahh oii. RM12 satu kepala. Idokle teman.. Lagipun time kitorang sampai kat atas tu dah kol 5 ptg. Kalau nak masuk ke french village tu mesti lama kan. Mesti sampai malam kan. So kitorang decide x jadi p sana. Perabeh duet je. Lagipun husband xmau turun malam2.. Bahaya kott..

Demi x menghampakan wife dan anak2 dia, husband bawak gak kitorang jalan2 kat area bukit tinggi tu. Kitorang p animal park. Okay la kan. Kena gak tema bawak anak2 ni. Zara's x penah tengok animal. Yang biasa diorang tengok cat punn. Yang tu pun time balik kampung je bole main dengan cat. Kesiann zara's.. 

Ni kat animal park.. Ummi zara's je yang hover nak tengok animal. Zara's x punnn. Aku memang eksited bab jalan2 ni. Husband sampai x terlayan dengan aku ni. Kuat jalan oiii.. Animal park ni masuk kena bayor gak. Tahan jela beb. Semua kena bayar sekarang ni. Nasib murah.. RM3 sorang. Zara's free sebab kanak2 atas 2 tahun saja yang kena bayar. Harap maklum ye... 



Okay, ni lah environment kat dalam animal park ni. Semua animal diorang kasi bebas..  Yang jinak je ye.. Toksah risau.. Animal dalam ni semua jenis jinak2. Xdak lah harimau ka singa ka.. Yang ada pun rusa, arnab dan 1 lagi ni cam hamster tapi badan dia besor. Xtau la plak apa nama dia. Tu amalia takuit dengan rusa. Time ni amalia tengah nangis. Ummi dia ja yang gigih posing sensorang,hahaha



Amani dengan ayah.. 













Ha.. Nampak x cam hamster kan.. Tapi badan dia besar.. Bunyi dia cam tikus pun ada. Geli aku! Amani tu takuit,hehe.. Budak x penah jumpa animal camnilah.











Ni plak kat bahagian lain. Bahagian ni untuk animal yang dok dalam kandang dan diikat saja. Ada keldai dan horse je punn. Tu punnn menangis2 zara's takuit dengan animal. Ni nak kena bawak p zoo jugak ni.









Tu jela yang aku nak share dengan korang. Even animal park dia kecik tapi puas hatilah sebab ni kan festime kitorang bawak zara's p tengok animal. Lain kali kalau ada masa bole naik lagi. Bole lah p french village tu plak. Tapi kena p pagi2 lah baru bole jelajah french village tu kan.

Okbai

P/s: thanks husband layankan ayg dan anak2. Lurve u so mucheon!!