Powered By Blogger

Wednesday, January 22, 2014

.Bulan Jan 14 Bulan Sakit 1 Famili.

Assalamualaikum

Fuhhhh.. Banyak betul dugaan bulan ni. Dugaan sakit untuk famili aku. Mula2 Amalia sakit. Kak wan col bagitau Amalia demam panas. Kitorang pun amek halfday terus bawak Amalia pegi klinik. Doc check suhu Amalia tinggi 39.7'c! Doc nak bagi ubat bontot tapi dose untuk budak umo Amalia xde stock. Yang ade dose 250 tapi dose tu terlalu tinggi untuk Amalia. So doc mintak kitorang refer ke hosp untuk amek blood test.




Husband terus shoot p SJMC. Amek blood test Amalia dan baru dapat tau Platlet darah putih Amalia tinggi daripada biasa. Nasib baik bukan denggi. Cuma ade jangkitan bakteria saja. Lama jugak tunggu result darah tu. Udah macam hosp gomen dah huh!

Hari rabu dan khamis aku terpaksa amek el sebab Amalia still demam panas lagi tapi xde teruk macam 1st day hari tu. Nak hantar kat kak wan kesian plak kak wan kena jaga dua2. Lagipun anak tengah demam x sampai hati aku nak tinggalkan dia.

Hari khamis malam tu kami balik teluk intan. Wehuuuu!!! Ada duku langsat tengah tunggu weolls kat rumah tu. Tapi masa kat kampung lalat banyak. Ayah cakap sebab durian banyak tu yang lalat ada tu. Sebelum ni x penah plak tengok lalat banyak macam tu. 

Balik kl hari isnin aku plak mc sebab aku demam. Aku start sakit tekak dan selsema kat kampung lagi. Ni mesti berjangkit dengan Amalia. Aku kan jaga dia hari tu. Last2 aku plak yang kena virus dia. Tengah hari tu kak wan col bagitau Amani plak sakit. Muntah dan cirit birit. Minum susu muntah. Makan xnak. Poo poo air je. Amalia pun cirit birit jugak. Husband amek halfday then bawak zara's p klinik. Doc pun pening xtau nak buat apa sebab budak2 umo diorang ni biasa x kena cirit birit,huhu.. Tapi yang paling merisaukan aku, doc check paru2 kanan Amalia macam ade jangkitan kuman sebab ade bunyi crackers. Hari khamis ni kena datang klinik untuk check balik. 


Hari ni aku el lagi sebab Amani plak kena demam panas. Start petang semalam. Biasa la kan kembar x seiras. Kalau demam bukan nak serentak. Memang senang macam ni tapi banyak jugak cuti yang aku nak kena amek. Dahla cuti xde. Potong gaji le jawabnya. Tapi sebab anak aku x kesah. Xkan nak biar anak sakit aku bole p keja plak kan. Idokle..

 Ni muka budak x rela makan ubat. Kena paksa dengan ayah ummi muahaha..

Amani lepas makan ubat.. Lagi teruk daripada Amalia kalau nak bagi ubat.. Semua dia tendang fuhh..

Husband dan kak nis pun terkena cirit birit dan muntah. Rupanya famili husband pun ada yang terkena cirit birit dan muntah. Kak ila pun dapat 2 hari mc sebab cirit birit. So, kitorang suspect zara's terkena keracunan makanan la. Kitorang takut jugak diorang ade penyakit lain. Tapi Alhamdulillah lepas makan ubat klinik x la kerap sangat cirit birit dah. Syukur. 

Harap2 sampai sini jela dugaan sakit untuk kitorang. Aku tau Allah bagi kita sakit sebab Dia sayangkan kita. Dia nak kita selalu ingatkan Dia. Lepas ni kena jaga kesihatan elok2. Zara's pun aku ingat nak bagi makan sumthing untuk kuatkan antibodi diorang since diorang kan x dapat susu badan dulu. Kesian zara's..

Okbai

P/s: time sakit ni iolss x dapat nak teruskan diet atkins sebab selera iolss lebih kepada nasik eh?!! 

Saturday, January 11, 2014

.Syukran Jazilan.

Assalamualaikum

Terima kaseh Ya Allah.. Last week husband pulak dapat gud news. Alhamdulillah. Pembuka tahun 2014 ni nampaknya sangat2 menggembirakan setiap ahli keluarga aku. Lagi bersemangat nak bekerja macam ni. InsyaAllah..

Apa yang kami dapat ni kami anggap Allah beri rezki untuk zara's. Kami kerja untuk kesenangan hidup zara's. Syukur Allah senangkan perjalanan kami membesarkan zara's. Setiap janji Allah itu pasti. Selama ni kami sabar dan nahhh... Allah berikan 3,4 kali ganda dari kesabaran kami ni.


Okbai

NotaKaki: Syukran Ya Allah!

.Hi Atkiners!!.

Assalamualaikum

Hari ni cukup seminggu aku diet atkin. Ye betulll. Itu hari punya cerita semangat post pasal diet atkin. Last2 aku kecundang masa 2nd day induction. X tahan punya pasal. Oh hoiii!!! Sapa yang x tahan?? Diet atkin x bole makan nasik tau. Semua jenis karbo x bole makan. Tahun ni kan azam aku nak kuwus. Itu yang dah sampai seminggu ni. Lagi seminggu induction lepas tu dah bole makan yang lain2 sikit.

Sebenarnya x susah diet atkin ni. Cuma kau kena kuat je. Tengok orang lain makan nasik kau kena tahan kalau x senang2 je diet kau gagal. Aku pun x kuat mana tapi aku cekal kan hati kuatkan iman *ecewah* sebab nak kuwus punya pasal. Lagi satu aku nak jaga kesihatan. Sebab bila badan dah gemuk penyakit senang datang kan. So tepuk dada tanya lah iman. Badan kita, kita lah yang kena buat keputusan kan. 

Dalam seminggu ni aku ada jugak cheat. Iman x kuat lagi. Tapi kalau aku rasa macam down aku bukak fb kelab diet atkin. Kat dalam tu macam2 ada. Resepi atkin, gambar atkiners before n after.. Macam2 lagi lah. Bila dah baca tu rasa semangat balik. Kadang tu rasa bosan jugak asyik makan benda yang sama tapi husband selalu bagi support kat aku. Dia belikan sayur. Macam2 sayur dia belikan. Macam dia plak yang nak diet. Penah jugak aku menangis sebab x tahan nak diet ni tapi husband pandai pujuk. Dia ajak kitorang keluar pegi cari ayam golek. Baik sangatttt b ni tauuu. I lap u cyg!!!!!

Hari2 p keje aku bawak bekal. Aku makan awal. Sebelum pukul 7am aku dah makan. Dengan husband sekali join. Sebenarnya breaktime aku pukul 10am tapi aku sendiri ubah lagi awal bhahaha. Lambat sangat kot pukul 10 tu. Lagipun kalau aku makan awal semua keje bole siap. Kalau x bercinta lah. Petang tu mesti kelam kabut siapkan semua keje. Bijak kan aku ni ekeke.

See.. Ni gambar aku sebelum dan selepas aku berdiet atkin. Baju kurung merah ni gambar aku semalam. Aku paksa husband amekkan gambar aku. Gambar baju hijau tu 30hb dec 2013. Ada beza x...... Banyak lagi aku nak kena turunkan. Bila aku tengok gambar aku baju hijau tu rasa sewam sangat. Aku x penah gemuk camni tau. Takuit aku.


Sebenarnya x kesahla macam mana gaya kita nak berdiet asalkan x melampaui batas. Pastu jangan sampai jejas kesihatan. Kalau dah sampai sakit tu sebab diet ekstrem sangat. Kalau bole jangan bagi badan tu terkejut sangat. Ecewah aku ni cakap dah macam perunding diet dah hahaha. Oklah. Aku nak masak telo ni. Asyik telo je kan. Muka pun ada macam telo dah ihik.

Okbai

NotaKaki: moga aku kuat. Go go da!!!


Thursday, January 9, 2014

.Terima Kaseh Daun Keladi.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Last week dapat makan free ngee.. Kak anis belanja kitorang makan. Murah rezki kak nis lepas ni ya *ayat bodek*. Abg mi pun ada sekali time tu. Malam tu kitorang makan kat murni kat subang jaya. Tempat ni husband yang pilih sebab dah lama kot kitorang x p lepak makan kat situ. Time tu aku dahla tengah berdiet. Bila tau kak nis nak belanja abes hancuss diet ku ekeke.

Sampai kat murni dalam pukul 9 gittew sebab kitorang masuk mydin. Ingatkan nak p mydin dulu sebab kak anis nak cari baju kat situ tapi x jadi sebab parking penuh! Biasa la kan weekend.. Lagi2 orang gomen kan dapat bunus ramailah yang serbu mydin ni. Gewam aku. Bila dah banyak kali round x dapat parking jugak husband ajak p melantak dulu. Nty lepas makan baru p mydin plak. Kalau weekend mydin tutup lewat sikit dalam pukul 12 malam camtu.

Fuh ramai giler orang kat murni ni. Bila la nak tengok murni ni xdak orang. Asyik ramai je. Kat kedai dia yang lain semua ramai jugak. Laku sungguh kedai ni mesti tokey dia kaya kan.

Malam tu aku yang diet ni order mee goreng maryland. Besar portion dia. Kagum sat tengok portion dia. Rasa2 bole abes x? X abes pun sebenarnya. Muka je cam tenuk lapar. Kunun2 bole abes lettew tapi kena sound dengan husband macam x makan je. Confius aku, jenuh dah makan mee goreng tu tapi x abes2. 


Husband order yang ni. Nasi goreng lamb chop. Haa kat murni ni menu dia semua pelik2. Xpyh nak jakun sangatlah. Memang kedai dia lain dari yang lain. Local+western gittew. Harga dia sangatlah berpatutan. Nasi goreng lamb chop memang sedap. Lamb chop dia xdak bau hanyir kambing. Sedappp. Aik sapa yang makan ni ekeke



Kak anis order nasi goreng kampung je. Biasa lah kalau pregnant ni ada benda yang teringin nak makan ada benda yang x lalu nak makan. Ni ikut tekak orang pregnant la kan.


Abg mi pulak order mee raja chicken chop. Mee raja ni trademark kedai murni ni. Kedai lain aku rasa xdak kot. Bila sebut je mee raja mesti orang tau ada kat kedai murni je. Mee raja ni ada perasa lain macam black pepper, tom yam dan satu lagi aku x ingat hehe..


Zara's aku order french fries je. Ni je makanan feveret diorang tapi french fries kat murni x bape nak sedaplah sebab liat dik nonn. Tapi zara's tetap makan. Gini lah kalau budak yang kuat makan. Semua telan. Senang ummi ngeh2..



Masing2 order air pelik2 hehe. Saja nak rasa lain dari yang lain. Sebelum ni aku dengan husband dah minum air i love u dan air i miss u. Malam tu aku order air kiss me baby *aummm hahaha*. Husband air pink panther. Kak anisair fair lady dan abg mi air be happy. Zara's macam biasa share dengan ayah dan ummi saje ye. X pun minum je susu hekhek. Tengok.. Cantik kan air2 dia. Semua air buah campuran ni pastu ada letak soda sikit.


Lepas abes makan terus kitorang gerak p mydin jap. Niat nak temankan kak nis cari baju je tapi kitorang laki bini plak yang hover shopping. Sampai lari budget. Kunun2 nak tengok2 je tapi bila tengok tu tengok ni x tahan terus beli. Apa pun x bole. Husband yang penjimat cermat tu pun dah terikut wife dia ni. Camne ni b..



Kasut kakak dah hilang. Amani je yang setia dengan kasut. Amani ni giler betul dengan kasut. Dalam rumah pun nak pakai kasut. Kalau x bagi tu mau menangis menjerit2. Biasa la kan budak dah pandai jalan. berlagak lettew ekeke..

Okbai

NotaKaki: Terima kaseh kak anis belanja kitorang makan. Lepas ni kitorang belanja kak anis plak eyh. B, plan nak makan katne plak lepas ni, eh..

.Berholiday di Teluk Intan.

Assalamualaikum

Ni request daripada oh ayah mertuaku. Ayah mintak semua anak2 dia amek cuti  23hb & 24hb dec lepas. Katanya nak berkumpul ramai2. Dah lama rasa x berkumpul sebab masing2 bz dengan kerja. Tambah2 kami lah. Jauh di mata gittew.

Semua pakat lah amek cuti langsung dengan cuti krismas sekali lah kan ofcos. Seronok gak kadang2 tu deret cuti panjang. Hilang stress kittew. Xdak pikir pasal keja langsung. Fokus kat famili saja. Mak awal2 dah bagi wassap planning time holiday nak buat apa. Mak memang jenih orang yang berplan x kira lah benda besar or kecik. Kalau dah siap plan ni xdak la kelam kelibut kan. Semua dah tau apa yang nak dibuat. 

Pagi sabtu kitorang gerak terus ke ipoh. Ada kenduri sedara husband kawen. Hujung tahun kan ramai yang buat kenduri kawen. Time tu jalan kat highway pun jammed. Dah macam nak balik raya je. Nasib baiklah masuk2 je kete zara's mengamuk nak tito sebab sebelum pegi aku paksa diorang jangan tito. Aku bagi je diorang main sampai penat. Masuk keta terus lena. See, the power of mama hahaha.





Zara's ni memang susah nak senyum. Muka tu mashem je. Menurun ikut ummi dia la tew. 

Hari ahad tu activity buat bbq. Plan nak buat malam tapi kak ila nak balik manjung petang tu sebab esok kak ila kena keja. Makan tengah ari kitorang dengan bbq. Bole je.. Mak masak gulai tempoyak ikan haruan. SEDAP GILER!!! Sekarang kan musim doyan banyakla tempoyak nya. Syiok! Opah, famili maknah, famili makcik n famili makyang pun ada join. Seronok bila makan ramai2. Meriah. Kitorang lepak kat bengkel baru azim. Ni baru buat. X siap 100% lagi. Besar bengkel udah macam rumah dah :)






















Esoknya hari senin kitorang gerak pegi manjung pulak. Sambung holiday kat sana. Sampai sana terus shoot pegi teluk senangin. Nak mandi manda. Tengahari rambang kitorang pegi. Hitam kulit aku ekeke. Apa ingat aku x mandi ke? Sori hokey. Dah lama aku mengidam nak tejun laut baru sekarang dapat sebab zara's husband dan abg yen tolong pegangkan. Aku yilek. Feeling mandi sensorang. Kat teluk senangin ni x bape best sebab tempat dia x dikomersialkan. X macam teluk batik. Ingat nak mandi kat teluk batik tapi diorang cakap teluk batik sekarang dah kotor. Banyak minyak sebab ada kapal kat situ. Teluk senangin airnya still okay tapi environment dia x segah macam kat teluk batik. Eh, mana2 pun sama asalkan dapat mandi laut kan.







Malam tu jalan2 kat area lumut. Seronok sangat. Kebetulan time tu ada expo ape ntah. Kitorang pun singgahlah kejap. Aku yang mengada ngada nak turun sebab nak belikan zara's t shirt lumut or pangkor ke. Sekali size untuk diorang xdak. Opah yang belikan diorang baju. Thanks opah! 

Kitorang bermalam kat manjung sebab ada plan lagi nak buat kat manjung tu. Esoknya kak ila amek el so bole lah join kitorang sekali. Kitorang plan nak main bowling. Kebetulan ada bowling center baru bukak. Memang kitorang x lepas peluang lah. Aku dah lama giler x main bowling since sebelum kawen rasanya. 


















Balik ke teluk intan dalam kol 4 petang gitu. Sampai je rumah terus kami laki bini p pasar malam. Malam tu x masak. Masing2 dah letih. Makan lauk tunjuk je. Ni gaya anak dara aku makan bihun sup. Nak nangis aku tengok. Sampaikan kuah bihun sup tu diorang lap 1 muka macam amek air sembahyang. Nasib x pedas. Satu meja makan tu comot disebabkan diorang. Sabar jela. Camni la kot gaya budak2 nak membesar. Nak halang kesian pulak. Lepas abes main kena bagi mandi balik padahal baru je lepas mandi. 


Lepas dah mandi bole pulak budak dua orang ni main masak2 kat dapo. Orang semua kat ruang tamu diorang senyap2 buat keje kat dapo eyh. Siap masak ball lagi. Ade je keje yang diorang buat. Ni bole bikin panas hati ummi ni. Nak menjerit marah terkezut pulak mak n ayah mentua aku ekeke. So, ummi buat2 suka je huhu.. *nasib baikla ko nakk*


Esoknya pagi2 husband ajak aku pegi kebun keluarga ayah kat kampung gajah. Nak p kutip buah doyan, rambutan dan langsat. Sonokla aku. Ni festaim aku p kutip doyan. X penah merasa lagi. Jakun sangat hahaha. 






Ok.. Petang tu kitorang balik kl sebab esok dah nak keje hukhuk.. Cakap pasal keje terus rasa nak pengsan. Apakah?

Okbai

NotaKaki: Sekali sekala cuti panjang macam ni sonok jugak kan. Macam nak lagi je hekhek ;p