Powered By Blogger
Showing posts with label .berpoya-poya.. Show all posts
Showing posts with label .berpoya-poya.. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

.Trip to Brunei Part 1.

Assalamualaikum

Actually dah lama nak share dengan korang pasal trip aku ke brunei baru2 ni. Baru x baru sangat lah sebab dah lama x update blog ni kan teheee.. Tapi baru sekarang aku ade masa lebih nak citer dengan korang. Tu pun aku biar anak2 tengok upin upin kat utube, kalau x manjang berkepit dengan ummi dorang ni.

Aku pegi brunei dengan family in law. Semua adik beradik husband ikut sekali. Kira percutian keluarga la eyh sebab semua ada. Pegi x lama pun.. 3 hari je.. Hari sabtu pegi isnin dah balik dah tapi 3 hari tu cukup best, cukup tau semua sejarah pasal negara brunei. Kitorang pegi sana bukan untuk shopping ke menda.. Kitorang banyak pegi tempat2 yang ade sejarah macam muzium, masjid. Brunei kan femes dengan masjid dorang yang cantik2 kan. 

Meh aku share dengan korang gambar yang super banyak ni ha.. Sambil2 tu aku citer la sikit kan.. Bertabahlah korang...

Pagi sabtu tu dah terpacak kitorang kat KLIA. Bebudak ni lah paling hepi. Ntah tau ke x nak naik flight tu. Aku ni dah nebes takut dorang nangis atas flight nty. 1st time kot dorang nak naik flight, risau gak.



Haa.. Kitorang amek My Azqa Travel package. Alhamdulillah.. Berbaloi.. Sapa2 yang nak pegi melancong lepas ni bole contact dorang k..

Dalam flight kakak duduk dengan paksu & opah. Nasiblah dia x meragam nak duduk dengan kitorang sekali. Nampak gaya dah besor benor anak dara aku ni weh. Makan sendiri, xde pun nak panggil2 kitorang. Seronok dia makan dalam flight. Semua anak2 behave.. Last masa nak sampai tu kakak tertido. Amani plak dari malaysia sampai ke brunei dok bercakap je, letih kitorang melayan dia saja, hihi. Si adik dapat nenen terus tido manjang. Aku makan pun husband yang suapkan. Yummms, sedap..

Kitorang naik flight Royal Brunei

Alhamdulillah.. Kitorang selamat sampai di Brunei dalam pukul 2.30pm. Sampai je kat sana our tour guide dah siap2 tunggu. Nama dia Muhammad. Transport yang bawak kitorang bas mini. Alhamdulillah, selesa dan cantik. Seronok budak2.. Mak pak budak pun sekali hehe..

Kitorang menginap di Park View Hotel. Cantik dan selesa hotelnya. Hotel ni kat area kampung. Lupa dah apa nama kampung tu. Tapi kampung2 pun rumah sini semua besor2 tau. Nganga kitorang tengok rumah dorang. 



Ni view dalam bilik. Tengoklah anak2 aku, semua dok jakun. Alahaiii anak.. Lepas ni bodek ayah p holiday selalu naaa..




Sampai je hotel perut lapaq sungguh lah. Nak makan apa kan. Tengok gak flyers yang ade kat hotel tu, kira apa makanan yang ade dalam hotel tu bole order la n ade jugak restoren luar yang bole delivery tapi ya ampunnn harga dia macam nak cekik leher kite jerk, hmmmm.. Pastu cik abang kite tengok kite cam lapaq sangat kan dia p lah turun kedai bawah sat. Balik di bawaknya megi 6 bungkus, bubur instant n mee kari sarawak ni. Mahai babe.. Rugi betul x bawak megi dari malaysia. X terpikir langsung. Yela.. kite kan x biasa melancong luar negara ni kan. Kira x berdosa la kan haku terlupa nak bawak benda2 yang biasa memang kena bawak ni haha..

Malam tu dinner kat luar. Makan semua memang dah termasuk dalam pakej. Kite hikut je tour guide tu nak bawak p mana. Mulanya plan malam tu nak p pasar malam tapi hujan plak so x jadi la. Kite dinner je.. Pas dinner balik hotel, tido.. Semua dah kepenatan..


Bersambunggg.. Korang tunggu lah lagi bpe bulan aku hupdate sambungan dia haha.. 

Till then, bubye

Wednesday, October 1, 2014

.Enjoyable Trip.

Assalamualaikum

Hi peeps!! Sowey la busy nauuu lately. Nak hadap blog kite x mampu. Last week busy memanjang dengan keje dengan check up. Minggu ni kite bole napas sikit kot sebab isnin lepas kite mc. Demam katenye.. Demam2 pun gigih kite update blog sebab windu sangatlah kat blog yg x seberapa ni huhu! Hari ni pun kite amek el sebab zara's demam. Jangkit kot..

Ekceli aku nak citer pasal latest vacay famili aku organize. Lama sangat aku tunggu nak p bercuti. Dua tiga menjak ni iolsss so stress. Dahla nandung stress plak tu. Cannot2 nty darah tinggi naik pulok. 

Okay, sabtu lepas kitorang sefamili p bercuti ke melaka. Tujuan utama sebab nak sambut bufday bebudak, zara's, yayan dan awish. Semua lahir bulan september. Jauh nauuu sambut bufday kan. High class sungguh bebudak tuh! Xpe tahun depan x payah sambut dah hahaha. Kitorang gerak ke melaka dlm pukul 10am. Memang plan nak terus shoot ke tempat penginapan. Kitorang amek apartment A famosa resort. Ni kira kali kedua kitorang tido kt A famosa. So far, memang puas hati sebab apartment dia luas dan yang penting ade cowboy town.

Hari sabtu tu kitorang lepak dalam bilik je. Sampai2 terus makan sebab memang kiut2 masa untuk berlunch. Nasib maktih dah siap2 list untuk masing2 bawak bekal. So kitorang berportluck sajo. Sangat2 sedap sampai berlebih2 plak. Perut aku kat sana sentiasa terisi. Sonokla baby hehe. Petang sikit kitorang turun bawah bawak bebudak mandi kat pool. Yang paling seronok si yayan la. Semua orang dia kacau. Gengster kan. Dia tolak2 orang kt pool la. Bila kitorang acah dia kat pool adult tau plak nangis hahaha. Gengster x bole blah. Pastu siap bole lemas kat pool budak2. Konon nak lompat tapi terlemas. Nasib kak nisa perasan dia lemas. Kitorang semua gelak hahaha!








Malam tu kitorang p cowboy town. Tapi sebelum tu sambut bufday bebudak tu dulu. Time kaseh makngah aka kakpah sebab sponsor kek. Orang nye xde sebab last minit kena keje. So, nak sedapkan hati semua orang dia sponsor la kek. Jadi lerr kakpah. 

Mehle kite tengok gambar2. Cikedaut!




Ni gambar kat cowboy town. Ni kira kali kedua la aku pegi. kali ni x berapa havoc sangat sebab banyak binatang xde. Dulu ade orang utan siap amek gambar lagi, kali ni xde la plak. Tiket masuk x salah aku RM58 per head. Tiket maktih belanja. Time kaseh maktih. Kitorang pegi melaka ni semua orang sponsor. Kitorang bawak badan je, ngeeee..











Esoknya kitorang check out awal dalam pukul 10am sebab nak jalan2 kat banda melaka. Dah pegi melaka xkan x jalan2 kot kan. Tapi cam nyesal plak check out awal sebab time kitorang kat banda melaka tu dah tengah hari. Panas gilerr sampai aku pening kepala. Dahla parking jenuh pusing baru dapat. Aku rasa dekat sejam kot cari parking je. Kitorang sempat pegi shopping baju je. Tu pun beli baju untuk anak pengasuh. Barang kitorang satu pun xde huhu. Aku la sibuk paksa husband balik sebab x tahan pening n kaki lenguh. Gini lah kalau mak buyong x sedar diri. Perut dah sarat sibuk nak jalan. Ngalahkan orang sihat. 



Sampai rumah pukul 4.30pm gitu. Sonok sangat tapi terkilan sebab x pueh jalan je grgrrrrr. Xpela next time ye b. Tapi lepas deliver n tunggu baby besar sikit bole la bawak jenjalan lagi. In while kena buat tabung for da next vacay. Banyak oooo nak pakai duet sekarang. Bukan bole sesaje nak pegi bercuti. Dah cukup ongkos baru bole jalan. Kalau x sila duduk rumah saje, ngeeee..

Bubye

P/s: Next trip plezzz!! Famili iolss memang hantu jalan!

Wednesday, April 9, 2014

.Berholiday di Pangkor Part 1.

Assalamualaikum

Pheww.. Lama jugak aku x update blog gara2 blog aku buat hal huhu.. Tu nty la aku cerita. Kali ni aku nak cerita yang lagi best. Last 3 weeks aku, husband dan anak2 p holiday kat pulau pangkor. Sebenarnya bukan nak berholiday sangat pun tapi kitorang p sana sebab husband ade reunion sekolah teknik dia dulu. Lebih 8 tahun rasanya diorang x jumpa. Ni lah 1st time kumpul sesama tapi tu pun x cukup korum. Biasa la kan.. Kalau nak buat reunion ni mesti ade punya yang x bole datang.

Kitorang gerak dari teluk intan hari sabtu pagi. Mak ngn azim ikut hantar kitorang sampai lumut pastu diorang tido rumah abg yen kat manjung. Untung ade abang yang tinggal dekat2 sini x pyh susah2 nak drive bawak kete ^_^. Sampai lumut kitorang makan jap sementara tunggu yang lain sampai. Perut aku ni x abes2 mintak makanan. Baru turun 5kg dah naik 6kg acaner tu? Ade yang nak kena potong usus ni kang huh!

Ni kawasan jeti sebelum kitorang nak gerak naik feri. Time ni feri dah sampai tapi husband kat toilet tengah basuh poo poo Amani. Sebelum tu aku dah basuh poo poo Amalia. Dah nama kembar beyakk pun nak sama. Nasib sempat kalau x tinggeiii hikhik.

Naik feri aku agak dalam setengah jam je kot sampai pulau pangkor. Nak tido pun x sempat sebab jakun haha. Zara's sempat tido. Diorang ni kalau naik kete ke ape ke mesti tido.





Anak beranak. Ni sebelum feri gerak. Dalam feri ni aku rasa aku kot orang paling galak amek gambar sampai husband pun malas nak layan aku sobs sobs




Hehe.. Sebenarnya husband pun nak jugak berselfie. Ingat bini dia sorang je ke bole? B pun nak jugak tau auww haha..

Sampai kat pangkor dah siap sedia teksi. Teksi ni dah termasuk pakej yang kitorang amek. Senang citer x pyh susah2 nak cari teksi lain dahla time tu tengah hujan, sampai2 terus ade teksi tunggu. Oh ya, kat pangkor ni van pink ni dipanggil teksi. Xde teksi yang macam kete tu. 

Kat pangkor kitorang tinggal kat hotel pantai indah. Hmm..quite gud untuk kitorang.. Tapi kalau holiday dengan famili yang saiz besar aku x syorkan tinggal sini la sebab bilik dia kecik nauu. Lagipun kitorang xde la lepak kat dalam bilik je. Bilik untuk tido, mandi dan tukar baju semata mata. So x jadi masalah di situ. Gambar lupa plak aku nak amek sebab bz dok layan zara's pastu bila nak amek gambar bilik dah jadi tongkang pecah. Malu la aih nak tunjuk bilik yang dah x serupa bilik tu. Kalau nak tengok sangat p google terus naa..

Petang tu sebelum p mandi kitorang lepak jap kat kedai makan depan hotel. Nasib baiklah aku dengan husband dah makan siap2 kat lumut sebab kawan2 husband yang lain makan kat kedai ni kena mahal kaw2. Nasi goreng seafood rm9.++.. Kedai warung tepi jalan je pun. Cekik darah betul.. Cekik leher tuan kedai tu kang ar.

 Apsal badan aku tegak semacam je ni. Dalam tahan nafas ni muahaha!!


 Syiok je aku tengok bila zara's seronok bila lepak kat tepi pantai ni. Dengan angin meniup sepoi2 bahasa lagi la senyum lebor diorang.

 Zara's with ayah.. Aku tengok husband ni dah makin tembun dah. Pandai aku jaga kan hikhik..

Amalia takut nak mandi. Petang tu aku dah bercita cita nak tejun laut tapi dah Amalia xnak mandi kena jaga dia jugakla. Menggeletar badan dia bila aku letak kaki dia kat air. Maybe dia takut ombak kot. Jadinya keje aku dengan Amalia berselfie lah bhahaha

Amani je yang cool mandi laut. Siap ajak ayah "jom". X sabar2 nak mandi. Seronok sangat lettew.

Sebelum balik jalan2 jap area hotel. Jumpa kedai makan yang jual laksa mee pangkor. 1st time aku tengok laksa mee pangkor ni kat tv9. Cerita ape nth dia p pangkor makan laksa mee pangkor ni. Nasib jumpa.

Ni lah rupa laksa mee pangkor. Biasa2 je. Sedap lagi laksa kita yang biasa tu. Mee dia pakai mee sanggul. Kuah rebus ikan je n letak sambal. Dahhh.. Rasa dia macam makan megi asam laksa huhu.

Bersambunggg..hehe..

"Thanks for reading my blog!"