Powered By Blogger
Showing posts with label .susu.. Show all posts
Showing posts with label .susu.. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

.Breastfeeding Journey.

Assalamualaikum

Yuhuuuu.. Entry kali ni aku nak share pasal breastfeeding. Alhamdulillah.. Rezki anak kali ni dapat aku susukan azhad. Sekarang memang azhad fully breastfeed dan disokong penuh oleh husband tersayang gittew.


Throwback masa zaman zara's dulu2 aku sempat susukan diorang sekejap je. Seingat aku 2 bulan je kot tu pun dalam pantang memang dah campur dengan susu fm. Lepas naik keje terus susu drop. Time tu memang bergaduh dengan husband sebab x dapat susukan zara's. Husband cakap dapat sikit pun jadilah. Ni langsung xde. Bengang je aku bila husband cakap aku x usaha nak bagi susu kat zara's padahal memang susu dah xde nak buat camne tapi time tu bab ilmu susuan ni aku zero. Pregnant kali kedua ni aku dah siap2 pasang niat nak fully breastfeed anak aku sampailah umo dia 2 tahun insha Allah..

Nak breastfeed baby memang banyak cabaran. Kalau x kuat abesla.. Dia kena banyak main mind. Kena setkan kat kepala susu banyak maka susu kita pun jadi banyakla. Dulu aku xtau pasal benda2 ni sebab tu susu terus drop. Pump pun angin je yang keluar. Sekarang ni Alhamdulillah paling banyak aku dapat pump 8oz satu session. 

Lagi satu kalau kita breastfeed ni asyik lapor sesaja huhu. Nak tahan x terdaya kauu.. So memanglah kena makan. Bila dah makan nty lapor balik. Dah macam bela hantu raya dah. Nak diet pun x bole huhu. Aku ade cakap kat husband nak diet terus kena marah dengan dia. Kalau diet mana nak datang susu? Huhu.. Baiklah b.. Ayg makan ye biar gemuk. Jangan cari lain sudah. 

Actually aku nak cerita bab2 penyusuan ni pun cam segan2 kucing je. Yela.. Aku kan baru je dalam dunia breastfeeding ni. Stok susu pun adelah sikit.. Tengah usaha nak banyakkan je ni ha. Harap2 nty bila dah masuk keje susu aku sentiasa ada dan makin banyak. Kalau bole memang nak susukan azhad sampai umo dia 2 tahun. Orang lain bole xkan aku x bole plak khenn.. Doakan aku ye supaya aku kuat. Fighting!!

Till then, bubye


Saturday, January 26, 2013

.Susu Makin Sikit.Sedey.

Assalamualaikum

Dah masuk 2 bulan aku masuk keja. Dah lama sebenarnya aku nak post entry pasai ni tapi asyik x berkesempatan saja. So today i will make it! Okay2 back to da point ya. Susu aku makin sikit sejak aku masuk keja. Masa awai2 keja dulu okay lagi, Alhamdulillah sekali session bole dapat 4oz gitu. Memang biasa aku dapat byk tu saja. Tapi lama2 makin sikit plak. Aku igt mungkin aku kurang minum n makan or tension pasai keja sebab tu susu aku makin kurang. Aku pun sedaya upaya la bwk botol air n makan byk2 nak bagi susu ada. Bila tgh pump aku cuba set otak bagi x tension. Tapi susu dapat sikit jugak.

Husband la org yg paling kuat support wife dia ni. kadang aku rasa down bila x dapat nak bagi anak2 aku minum susu badan aku sendiri. lagi down bila ada kawan2 yg asyik cerita pasai susu badan diorang. ye..aku tau susu badan aku sikit. memang x cukup nak bagi anak2 aku. Igt aku x terasa ka klu diorang dok cita pasai byk susu bdn, siap bole simpan stok lg. Aduyai.. Aku redha.. Dah rezki aku takat ni ja aku nak buat mcm mna. Semua benda aku dah cuba. Makan lobak putih, sayur sawi.. tapi samo yo,huhu.. Skng aku dok gigih makan shaklee plak. Baru start saja..




Sedih tau bila kita as a mother x bole nak bagi susu badan kat anak. Baru skng aku faham perasaan itu. Masa pregnant dlu dah niat klu bole nak bf anak2 sampaila umo diorang 2 tahun. Tapi x sampai 2 tahun dah sikit. Husband pun dah bole terima susu badan aku makin sikit. Dulu jenuh jugakla nak terangkan kt husband. Bukan aku sengaja xmau bagi anak2 susu tapi bila bagi ja nenen lg la diorang kuat nangis. Isap2 susu x keluar agaknya tu yg menangis sakan tu. 

Skang ni aku memang bergantung sepenuhnya kat susu formula. Sedih memang sedih tapi aku kena go on jugak. Xkan nak biar anak2 x minum. Lagi kesian. Xpa la.. Mungkin dah tertulis anak2 aku dapat minum susu badan aku sampai 2 bulan lebih saja. Klu aku pikir balik pasai ni mesti aku sedih. Aku x mintak susu badan aku sikit sebelum waktu dia tapi aku redha. 

Amalia.. Amani..ummi mintak maaf sebab x dapat nak bagi susu yg terbaik untuk anak2 ummi.. Susu yg sepatutnya anak2 ummi dapat.. Ummi rasa bersalah sgt. Anak2 ummi patut dpt hak tu. Ummi mintak maaf nak..

Bubye

p/s: susu ibu adalah susu yg paling terbaik. Memang aku x nafikan. InsyaAllah mungkin ada rezki untuk anak yg seterusnya,huh.. xoxo =)



.Tukar Susu.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. zara's dah masuk 4 bulan. makin lama makin bulat pulak aku tgk diorang ni. syukur sgt2. diorang selera sungguh minum susu sekarang ni =) baru2 ni aku ngn husband tukar kan susu anak2. dulu diorang minum enfalac biasa tapi disebabkan diorang makin lama makin kuat minum susu, so terpaksalah kami cari susu yg murah sikit. bukan x sayang anak tapi bila beli susu enfalac ni sakit sikitla,huhu.. kalau beli 1 pek enfalac biasa yg harga RM43 tahan dalam 2,3 ari ja. klu sebulan dah berapa kan,sobs sobs..

Sebelum nak tukar susu ni aku gigih dok google kat internet susu mana yg elok untuk baby. cari punya cari, finally aku suggest kat husband susu s26. Ramai jgk yg ckp susu s26 ni elok untuk baby. Husband okay saja n beli 1 pek untuk cuba. Nak beli yg kecik x jumpa so bli la yg 600gm punya. Klu beli kat speedmart bole dpt harga RM35. Speedmart setakat ni klu nak beli susu harga dia memang murah la. Klu kat tempat lain for sure lagi mahai dari harga yg ni. Setakat yg aku tau la tp sapa2 yg tau ada harga susu s26 yg paling murah dari speedmart sila bagitau aku,hihi. Bila anak2 dah try minum susu s26 ni diorang selera, berak pun okay aku n husband pun terus tukar susu. 


Masa balik kampung teluk intan itu ari, husband p kedai ubat cina nak beli susu. Biasa klu jenis kedai2 mcm ni mmg harga susu murah2. Husband beli 2 kotak susu s26. Dalam 1 kotak ada 2 pek. Makna 1 kotak tu 1.2kg. Harga 1 kotak RM64.90. Okayla kan. 1pek tahan 3,4 ari. Tapi yg aku perasan bila anak2 minum susu ni diorang selera gila. Laju ja minum. Klu bancuh 4oz tu cepat ja abes. Naikla jgk badan anak2.. Alhamdulillah..



Aku harap lepas ni xdakla tukar2 susu dah. Rasa kesian sgt kat anak2 sebab x mampu nak bagi susu mahai kat diorang. Aku nak bagi yg terbaik untuk anak2. Nak diorang rasa selesa.. Dapat semua yang diorang nak sebab aku xmau anak2 aku susah mcm aku dulu. Memang la x elok manjakan sgt anak2 ni tapi aku sedihla bila sepatutnya benda yg diorang perlu dapat aku x bole bagi. Contoh macam susu la. Aku redha bila susu badan aku dah makin kering. Bila pump x sampai 1oz dapat. Tu nty aku cita next entry. Sebab tu selagi aku mampu aku nak bagi susu yang terbaik untuk anak2 aku. Bila dok google ramai mak2 ckp susu s26 ni elok untuk perkembangan otak baby terus aku bagitau kat husband. Harap susu ni okayla kat anak2. Klu bole biar la kami stick dengan susu ni saja. Aku suka tgk anak2 selera bila minum susu. Mudahan murah rezki kami suami isteri tahun ni. Alhamdulillah, awal tahun 2013 ni dah dapat gud news bila kami dapat naik gaji. Rezki anak2. Bole la beli susu n pampers anak2.. Ada jugak rezki lebih. Syukran Ya Allah!



Buybe!

p/s: anak2 sibuk minum susu ummi pun sibuk jugak nak minum susu. nak dapat kulit gebus kenala rajin minum susu,hihi.. xoxo =)





Tuesday, December 11, 2012

.Susu Apa yang Aku Bagi Anak2 Minum.

Assalamualaikum

Sejak anak2 aku lahir susu aku memang x cukup utk dua org baby. Aku terpaksa campur dengan susu fm. Mula2 dulu husband beli susu anmum tapi x lama aku bagi anak2 minum susu ni sebab bila diorang minum diorang x berak. Mula memang aku ingat bila x berak kira normal sebab aku ada google kat internet ckp klu baby x berak dua tiga ari xdak apa2 xpyh risau. Tapi bila anak2 aku berak, diorang jenuhla dok meneran sampai menangis. Kesian aku tgk. Time ni la aku syak susu anmum ni x serasi ngn anak2 aku. 

Aku ngn husband pakat nak try susu lain walaupun stok susu anmum ada byk lagi. Sbnrnya kwn kat tempat keja aku ada bagi dua kotak susu anmum sebab anak dia dah kena tukar anmum tahap lain dah. Susu anmum tu dia beli byk drpd dia buang dia  sedekahla kat anak2 aku. Tapi syg anak2 aku plak x serasi dengan susu ni. So, kami laki bini try bagi anak2 susu enfalac. Memang susu jenis ni mahai tapi husband kata demi anak2 dia x kesah. Kami beli enfalac biasa saja xdak yg A+ tu. Klu yg ada A+ tu mahai sampai rm66 klu x salah aku la. Enfalac yg biasa ni rm43.65. Ni harga yg kami beli kat speedmart. Klu kat tempat lain mahai sikit. 

Dulu masa anak2 kecik susu bole la tahan dalam 14 ari. Dua org minum tau. Dulu diorang minum 2oz ja tapi skng dah x bole 2oz kena buat 3oz baru diorang kenyang. Lagi satu skang diorang dh kuat minum, susu pn tahan x sampai 10 ari. Susu bdn aku plak dh mkin sikit sejak aku start keja. Tension punya psl production susu dh kurang. Nak pump kat tmpt keja x sempat,huuuuu.. Memang dugaan la. Tapi aku dok gigih lagi nak bykkan susu balik, kesian kat anak2. At least bole la jimat sikit nak beli susu. Nty klu dah makin besar makin kuat minum terpaksa la cut off mana yg x penting tu. Kena utamakan susu anak2 dulu. Bila dah jadi mak ni mcm ni la. Pikir kat anak2 ja, heeeeeee.. ^___^


Bubbye

p/s: moga Allah bukakan pintu rezki utk kami sekeluarga. Amin.. ;)


Sunday, November 11, 2012

.Cerita Susu.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setakat ni ada lagi rezki anak2 aku nk minum susu badan mak diorng ni.. Walaupun x byk tapi cukupla klu diorng bgn mlm2 isap nenen ja. Nasib baik anak2 aku jenis bgn nk susu x serentak klu x kena bancuh susu fm jgkla. 

Awal2 lagi aku dah campur susu badan dgn susu fm. Start bg masa kat hosp. Anak2 aku dok menangis ja lapar. Time tu dahla susu baru nak ada tu pun mak aku tolong urutkan cik b ni, anak plak ada dua. Mmg x ckup susu aku nak bg. So, jln penyelesaiannya aku suruh husband seludup masuk susu fm. Husband aku ni jenis zero psl susu fm. Xtau nk beli susu apa yg bagus utk anak. Kakak aku suggest beli enfalac tapi bila p cari xdak plak sbb husband nk bli yg paket kecik takut x rasi ngn anak xdakla membazir. Bila dah xdak susu enfalac husband beli susu anmum ja pastu bwk p hosp. 

Masa dlm pantang plak konon2 nkla try simpan stok susu nty bila dh start keja senang. Maka, bermula la sesi mengepam. Breast pump aku bli jenis avent. Manual saja. Breast pump ni aku bli online harga rm150. Tapi bila guna breast pump ni susu keluar sikit ja. X sampai 2oz. Penat dok pam ada la. Nyesal pn ada bli mhal2. Lepas dari tu aku cuci breast pump tu then bungkus. Xmau pkai dah. Start dari tu klu susu aku byk ka apa aku marmet saja. Husband dok semangat lbih suruh aku marmet smpai cari youtube cara2 nak marmet, hahaha. Penah satu ari tu cik b aku dua2 bengkak sbb satu ari dok bjln ja bwk famili husband. Anak2 aku buatkan susu fm sbb susah klu nak NIP. Balik ja umh aku marmet dapatla 4oz. Ari tu mmg sejarahla. Mana penah aku marmet dpt 4oz even guna breast pump avent dulu pn x dpt byk tu. Walaupun sikit tapi aku syok sgt, ada jugak rezki utk anak2.


Hasil marmet ^___^


X lama lepas tu husband dengan murah hatinya belikan wife dia ni breast pump baru. Xmau bli yg manual dah. Serik. Husband beli breast pump jenis eletrik. Beli kat manjaku ampang. Aku yg pilih sebenarnya, hehe. Niat di hati teringin nak pakai medela tapi yang hadoo!! Mhal sgt. Mau botak kepala husband. Kesian plak kat dia. Avent pun klu elektrik mhal jgk. Lama jgkla aku dok tilik yg mana satu aku nak bli. Tilik punya tilik jumpa brand 1st years ni. 




Breast pump ni baru lagi kat market. aku bli single pump saja, ni pun hrga nk dekat rm300. yg bes nya bli ni dpt beg yg sgt comei. suka!^___^. 1st time pump susu guna ni Alhamdulillah dptla lbih 50z. xpyh nk susah2 pump sendiri. sambil nyusu anak pun bole pump, supermom sgt! hahaha..

Untuk susu fm plak skng ni husband dok bli susu enfalac. biasa saja xdak yg A+ tu. yg tu mhal sgt. enfalac yg biasa tu pun dah rm44. anak2 mkin kuat minum susu sbb tu aku dok gigih pump susu badan. mudah mudahan bykla rezki utk anak2 aku. Amin.. sama2 doakan utk aku ya..


^______________________________^

p/s: susu ibu memang susu terbaik! moga ada rezki anak2 di situ..