Powered By Blogger
Showing posts with label .love.. Show all posts
Showing posts with label .love.. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

.Our 3rd Anniversary.

Assalamualaikum

Nak jugakk khenn hupdate pasal anniversary kittew. Wajib hupdate tau walaupun dah macam terlewat. Lewat bpe hari je. Lantok asalkan ade cerita pasal anniversary aku tahun ni.

Tahun ni x celebrate pun. Malam tu husband just wish kat aku je sebelum tido. Aku langsung x ingat esok tu anniversary kitorang. Maknanya husband la yang ingatkan aku. Thanks syg :) Even husband ni lelaki yang paling x romantik aku penah aku jumpa tapi apa yang dia buat ni touching la jugak kan. 

Esoknya tu macam biasa je x buat pape pun. Hari tu pun aku x keje sebab perut rasa x selesa. So aku amek cuti dok kat rumah saje. Ingat nakla masak special ke apa tapi keadaan x mengizinkan. Time2 sekarang ni nak masak pun dah x larat. Sori ye b. Memang tahun ni senang cerita x de la nak celebrate2 bagai. Ni baru 3 tahun, kalau 20 tahun akan datang camne la kan, ayoyo..

Alhamdulillah.. Sepanjang 3 tahun berumahtangga ni aku bahagia sangat2. Ade la gaduh tapi gaduh anje2 gittew. Tipu lah kalau xde gaduh kan. Tapi banyak manisnya dari yang pahit. Kitorang ni kawen muda. Umo 23 tahun dah gatai nak kawen. Orang cakap umo baru setahun jagung dah kawen tapi kalau tu yang sudah tertulis nak buat camne kan. Jodoh semua kat tangan Allah. Even kitorang kawen muda tapi husband try to be a gud leader in our rumahtangga. Memang 23 tahun tu nampak cam muda2 jerk tapi bila dah kawen terus je jadi matured. 

Setakat ni aku tengok husband x penah gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Bukan nak berbangga ke apa tapi aku bersyukur Allah izinkan aku bertemu dengan insan yang sebaik ni. Macam situasi aku sekarang ni, semua benda husband buat. Aku ni dia suruh duduk goyang kaki je tapi sikit pun dia x penah mengeluh. Sungguh aku x penah tengok dia mengeluh walaupun aku tau dia penat. Allah.. Terima kaseh sebab pinjamkan aku suami yang sebaik ni.






Hihi.. Gambar time kawen, time pregnant zara's dan last sekali gambar zara's lahir. Kunun2 rentetan sepanjang 3 tahun usia perkahwinan kami. 


Till then, bubye

P/s: Rindu plak bila tengok gambar2 lama ni. Rindu nak kuruih hihi..

Sunday, September 7, 2014

.Weekend Bersama.

Assalamualaikum

Amboiiiii kemahinnn tajuk kan.. Macam husband iolss dok keje 7 hari seminggu teheeeee.. Saje tajuk kasik gempak. Memang tetiap minggu husband kena keje sebab diorang ade task time weekend tapi xdela dua hari tu dia kena masuk. Pilih salah satu hari la sebab dia ade partner. So, hari ni husband keje aku dok rumahlah jaga zara's *macam biasa*. Sebenarnya nak citer pasal semalam. Husband cuti time ni lah kitorang nak berbonding.

Kalau husband cuti mesti aku ni kan ade je plan nak p jalan2. Bosan ah asyik dok rumah je. Kalau x jalan menggeletar kepala lutut. Bawak pegi kedai pun jadi laaaaa.. Nasib orang x pandai bawak kete gini lah huhu! Semalam ajak husband p aeon big nak p carik almari untuk zara's. Selama ni dok pakai kabinet 5 tingkat tu je. Nak susun atur pun dah xde idea. 

Sebelum nak p aeon tu kitorang makan kat rumah dulu. Sepp sikit kan. Tetengah bulan ni almaklumlaaa.. Sebenarnya husband yang masak. Aku tolong je sebab husband ade beli udang galah. Dia nak masak lemak cili api. Aku kan x bpe nak terer masak lemak cili api ni so surrender awal2 la. Sori la b. Ingatkan dia nak masak tu je rupanya tengok2 dah siap semua *sengih luas2*

Tadaaaaaa.. Masak lemak cili api udang galah dedebu cinta, ayam goreng kentucky senja nan merah dan bayam tumis puncak kasih. Memang torrrbaikkkk b! Thank you dear..




Lepas abes makan siap2 terus keluar. Pegi tropicana hospital jap nak melawat kawan karib husband kena admit sebab positif kencing tikus. Bahaya la sekarang ni. Dalam masa sebulan ni je dua orang kawan aku kena kencing tikus. Kena hati2 terutamanya orang yang suka minum air tin. Sebelum nak minum air tin tu basuh dulu. Tu salah satu punca tu. 

Sebelum jumpa uncle naqib kita main dulu eyh. Seronok tengok diorang main. Biasa asyik terperap je bila dah bawak main ni punya la suka. Kesian zara's. Ummi dengan ayah asyik sibuk je kan. Sori eyh!



Sampai rumah kol 8. Husband request nak makan spageti aglio. Bahan2 dah siap beli kat aeon big. Ni 1st time tau aku masak spageti aglio. Biasa masak carbonara or balognese je. Kaklai la ni dok asyik masak spageti aglio sampai husband ngidam nak makan lagi. Xpela b, demi b ayg sanggup masak. Gigih tau bini dia ni dok gugel resepi hihi! *resepi nty aku post new entry k!*

Ni la almari baru zara's. X mampu nak beli yang mahal2. Beli pun kat aeon big je. Bawak balik sendiri, pasang sendiri. Alhamdulillah.. Syukur Allah bagi rezki.. Semoga kita sentiasa dilimpahkan rezki oleh Allah.. Terima kasih b sebab pasangkan almari anak sampai lewat malam.


Bubye

P/s: memori sangat bila bersama dengan husband n anak2. Memori ni la yang akan aku ingat sampai bila2. 

Tuesday, November 8, 2011

.insan bernama kekasih.

Assalamualaikum.

Suka sgt2 lagu ni. :) 


p/s: cantik model ni kan.bila bace lirik lagu ni tenang sgt dan mcm dihargai! utk my incik tunang..syukran Ya Allah!

Friday, October 28, 2011

.iklas dari hati.

Assalamualaikum.


Gadis: mengapa awk menyukai sy?mengapa awk menyintai sy?

Jejaka: sy x bleh terangkan sbbnye dan mmg x dpt nk terangkan.


Gadis: awk x bleh terangkan sbbnya,bgaimana awk bleh katakan awk syg dan cintakan sy sedangkan awk x bleh terangkannya?

Jejaka: btul sy x tahu sbbnye tetapi sy bleh buktikan bhw sy mmg cntakan awk.


Gadis: x bleh beri bukti sy nk awk terangkan kpd sy sbbnya.kwn2 sy yg lain yg mempunyai suami dan teman lelaki,semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai dalam bentuk puisi dan syair lg.tp,knp pula awk x bleh terangkan sbbnya?

Si jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka: baiklah,sy mencintai awk sbb awk cntik,comel,mempunyai suara yg merdu,penyayang,kelakar dan sentiasa merindui sy.sy juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awk melangkah di situlah cinta sy bersama awk.

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dgn penerangan si Jejaka td. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih.di wad hospital, si Jejaka menangis di tepi katil si Gadis sambil berbisik..

''Awk,jika disbbkan suara,sy mencintai awk..skrng bolehkah awk bersuara?tidak..oleh itu sy x bleh mencintai awk kerana skrng awk x dpt bersuara.jika disbbkan kasih syg dan senda gurau sy mencintai awk,skrng bolehkah awk menunjukkannya?tidak.oleh itu sy x bleh mencintai awk ketika ini.jika disbbkan senyuman sy mencintai awk,skrng bolehkah awk tersenyum?tidak..oleh itu sy x bleh mencintai awk.jika disbbkan stiap langkah sy mencintai awk,skrng bolehkah awk melangkah?tidak..oleh itu,sy x bleh mencintai awk.

Jika cinta memerlukan sbbnya spt skrng.sy x mempunyai sbb utk mencintai awk lg.adakah cinta memerlukan sbb?sy masih mencintai awk,dulu,kini dan selamanya.cinta x perlu ada sbb.cinta lahir dari hati yg ikhlas.sy terima awk seadanya.kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak bleh dilihat dan dipegang.namun begitu ia bleh dirasai dlm hati..

~mencintai seseorang tidak memerlukan sebab~

p/s: i love u so much my incik tunang..for eva..muahxx ;p

Sunday, October 16, 2011

.just love dis couple.

Assalamualaikum.

Hi my dear blog.tiba2 je rase nk tulis entry psl dis couple yg aku adore sgt.very sweet+loving couple.sapekah?tgk gmba kt bwh ya..






Ha..sweet kan.Aida gadis melayu with her husband,saiful nizam.pembaca berita tv3.bila tgk gmba diorng ni sejuk je.nampak sgt diorng ni mmg ditakdirkan utk bersama.Aida baru je melahirkan puteri sulung,Aida Eirdeena bt Mohd Saiful Nizam.dgr cerita baby diorng sakit.pape pn kite doakan agar baby diorng cepat sembuh mcm baby2 lain k (=

Sbnrnye nak sgt hbgn aku n incik tunang mcm diorng.bukan aku je tp semua couple kt luar sana sama cm aku kan.hbgn yg sentiasa diredhai dan dilindungi Allah.moga hbgn aida dan saiful kekal ke akhir hayat hendaknya.begitu jgk dgn aku.same2 lah kite doakan ya.

p/s:gmba kt atas diambil dr pakcik google.wink*