Powered By Blogger

Saturday, December 20, 2014

.Our 3rd Anniversary.

Assalamualaikum

Nak jugakk khenn hupdate pasal anniversary kittew. Wajib hupdate tau walaupun dah macam terlewat. Lewat bpe hari je. Lantok asalkan ade cerita pasal anniversary aku tahun ni.

Tahun ni x celebrate pun. Malam tu husband just wish kat aku je sebelum tido. Aku langsung x ingat esok tu anniversary kitorang. Maknanya husband la yang ingatkan aku. Thanks syg :) Even husband ni lelaki yang paling x romantik aku penah aku jumpa tapi apa yang dia buat ni touching la jugak kan. 

Esoknya tu macam biasa je x buat pape pun. Hari tu pun aku x keje sebab perut rasa x selesa. So aku amek cuti dok kat rumah saje. Ingat nakla masak special ke apa tapi keadaan x mengizinkan. Time2 sekarang ni nak masak pun dah x larat. Sori ye b. Memang tahun ni senang cerita x de la nak celebrate2 bagai. Ni baru 3 tahun, kalau 20 tahun akan datang camne la kan, ayoyo..

Alhamdulillah.. Sepanjang 3 tahun berumahtangga ni aku bahagia sangat2. Ade la gaduh tapi gaduh anje2 gittew. Tipu lah kalau xde gaduh kan. Tapi banyak manisnya dari yang pahit. Kitorang ni kawen muda. Umo 23 tahun dah gatai nak kawen. Orang cakap umo baru setahun jagung dah kawen tapi kalau tu yang sudah tertulis nak buat camne kan. Jodoh semua kat tangan Allah. Even kitorang kawen muda tapi husband try to be a gud leader in our rumahtangga. Memang 23 tahun tu nampak cam muda2 jerk tapi bila dah kawen terus je jadi matured. 

Setakat ni aku tengok husband x penah gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Bukan nak berbangga ke apa tapi aku bersyukur Allah izinkan aku bertemu dengan insan yang sebaik ni. Macam situasi aku sekarang ni, semua benda husband buat. Aku ni dia suruh duduk goyang kaki je tapi sikit pun dia x penah mengeluh. Sungguh aku x penah tengok dia mengeluh walaupun aku tau dia penat. Allah.. Terima kaseh sebab pinjamkan aku suami yang sebaik ni.






Hihi.. Gambar time kawen, time pregnant zara's dan last sekali gambar zara's lahir. Kunun2 rentetan sepanjang 3 tahun usia perkahwinan kami. 


Till then, bubye

P/s: Rindu plak bila tengok gambar2 lama ni. Rindu nak kuruih hihi..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.