Powered By Blogger

Thursday, August 22, 2013

.Diet Atkins ku yang kantoi.

Assalamualaikum

Hye peeps! Hari tu aku ada cerita pasal diet atkins kan tapi bila dah try sumpah susah gila! bukan diet tu yang susahkan aku tapi aku ni yang sengaja susahkan diri sendiri. Actually memang best diet cara ni sebab daging, ayam, telur bole hentam makan muahaha tapi bila time bulan syawal ni yang jadi penghalang aku sikit.. kan ka nasi segala karbo semua x bole makan.. tuuu yang seksa jiwa raga aku ni. al maklumla den kan dapat banyak undangan open house.. cmno tu?hewhew

Pikir punya pikir sebab badan punya pasal kan.. aku decide time weekdays aku on diet x makan nasi. bila ada open house baru aku amek nasi gitew. ok x idea aku ni? Alaa.. bulan syawal ni ja, lepas ni aku diet la sungguh2 ^__^

Sebenarnya bukan selalu sangat pun aku kantoi diet. kalau stress keja ka apa mesti aku bedal ja makan apa saja. part tu memang x bole nak control. tu la penawar bad mood aku hokeyy.. kadang tu bila tengok kawan2 yang cun gila babas tu mula la insaf nak diet balik. tu la perangai aku dari dulu. mula2 ja semangat lepas tu hancuss.. tapi lepas abes ja syawal, open house bagai aku tekad nak diet kaw2.. penimbang aku dah beli. lepas ni bole la aku check selalu berat badan aku. kalau x kuruih lagi xtaula khennn..

Bubye

p/s: sedih betui entry kali ni T_T


Monday, August 19, 2013

.Malam ni Punya Dinner.

Assalamualaikum

Hello! Saja nak share dengan uolss apa yang aku masak untuk dinner malam ni. Hari ni husband ot so aku pun saja la buat suprise untuk dia masak lebih sikit. Biasa 1 macam lauk ja tapi hari ni aku bagi 3 lauk untuk husband makan. Ha, ni la bila isteri dia dah rajin sangat. Masak mengalahkan orang kenduri. Xpa la lauk lebih bole simpan untuk makan besok ye dak. Bukan susah.. Panaskan guna microwave saja. Sekarang semua nak yang senang kan kan kan

Aku xdaklah masak beria bagai ayam masak merah, butter prawn segala. Xdakkkk.. Tu menu kedai. Aku masak apa yang ada dalam fridge. Kalau stok dah xdak paham2 la. Dok diam saja jaga anak sudeyy. Ni memandangkan aku ada sikit kesedaran sebagai seorang isteri, kesian kat husband kena ot sebab nak bagi anak bini dia makan pakai apa salahnya aku balas jasa husband sikit.. Husband balik mesti lapaq. Bila dia tau aku masak senyuummm lebaq dia. Aku tau dah kihkih..

Haa nninnndiaaa masakan aku malam ni. Xdakla havoc sangat. Aku cuma masak masakan yang simple saja. Biasalah isteri muda baru nak bertatih tatih dalam bidang masakan ni. Terlebih gula terkurang garam tu dah biasa. Tapi yang aku suka kalau aku masak x sedap ka apa husband mesti cakap "sedapnyaaa ayang masak..." Aku angkat kening macam x percaya "betui ka b.. Ayang rasa masin ja, sedap apa. Saja nak bagi sedap hati la tu" husband balas "betuila sedap tau..nty ayang masak lagi eyh". Ammmboooiii bab bodek mintak masak lagi memang terer na. Nasib tu memang tanggungjawab isteri. X mintak pun memang kena buatla b,hehe








Menu: sup ayam, sambal sardin dan sayur campur. Sup ayam memang feveret husband. Kalau masak sup ayam tetiap hari pun xpa. Nasib husband jenih yang x cerewet bab makan. Kalau aku masak lauk telo pun husband okay. Fuhhhh.. Selamat :)

Bubye

P/s: masak masak jugak diet tetap diet. Tapi tadi dah sah kantoi! 

Sunday, August 18, 2013

.Mee Sanggul.

Assalamualaikum

Ngeh ngeh.. Hancusss diet atkins aku hari ni ceh! Mee sanggul dalam laci kabinet tu asyik memanggil manggil aku jek. Dari hari rabu lepas aku nak masak mee sanggul ni tapi dok tunda ja masak benda lain. Lepas tu time tengah diet ni la teringin nak makan mee sanggul ni,hukhuk sabar tipahh.

Okay, pada yang x penah tau apa tu mee sanggul ni rupa dia. Aku rasa ramai kot yang x penah jumpak mee sanggul ni sebab bila aku dok sembang dengan kawan2 aku di sekitar kl n selangor ni ramai jugak yang xtau. Orang kampung mcm aku ni ja kot yang kenai,hikhik. Husband pun x penah makan sebelum ni. Lepas kawen ja baru merasa. Untung u b dapat i.. Mcm2 makanan pelik u makan..



Kali ni aku nak bagi sekali resepi rahsia aku. X rahsia sangatlah sebab ni pun 1 st time aku masak mee sanggul. Nasib jadi tapi x sesedap mak aku masakla. Mana bole lawan masakan mak ye dak. Masakan mak tetap no 1 kat hati aku. 

Bahan2:
Setengah biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
Dua sudu besar udang geragau (ditumbuk)
2 ketul hati (direbus dahulu)
2 ketul pedal (direbus dahulu)
1 sudu besar cabai kisar
Kicap
Sos tiram
Garam

Cara2:
Tengok gambaq la naa.. Jenuh nak taip panjang2 >_<











Burpp Alhamdulillah.. Kenyang perut ( sambil jeling perut yang makin besaq) Jangan nak menyesal la hai.. Nty kita sambung diet atkins naa.. 

Bubye

P/s: seronok tengok husband makan sampai bertambah. Kali cenggini lagi la suka aku masak,hikhik


.Rumah Sewa Comelku.

Assalamualaikum

Masuk bulan ni dah 3 bulan lebih kami menyewa rumah ni. sewa saja. nak beli x mampu lagi,hukhuk.. kalau nak beli pun mungkin bukan kat sini kot sebab husband xnak duduk kat area selangor/kl, pening katanyerr.. so, buat masa sekarang kami menyewa sajaa.. ada rezki nty insyaAllah bole beli rumah sendiri. harap2 cepat la rezki tu datang, Amiiinnnn..

Okay, entry kali ni aku nak cerita pasal rumah sewa aku ni. sebenarnya aku memang puas hati sangat dengan rumah ni. susah kot nak cari rumah sewa yang selesa + harga sewa yang berpatutan. dapat rumah ni kira bersyukurla tapi aku ada problem sikit dengan owner rumah ni. dia cereweetttt sangat,huh! dia bangsa cina, perempuan. biasa la kalau perempuan memang cerewet sikit tapi bagi aku cerewet dia ni x munasabah langsung. 1st, masalah pada pembayaran sewa rumah. kami dapat kunci 20hb, masa nak sign kontrak tu dia cakap every month kena bayar sewa rumah 20hb jugak, ikut pada tarikh kami dapat kunci. aku dengan husband terkejutla sebab gaji keluar 27hb. masa dia bagi kunci tu dia x sebut langsung pasai benda ni. lepas tu x bole nak tolak ansur plak tu. so, xpela.. bab tu kitorang redho ja sebab time tu memang dah terdesak nak pindah. 2nd, baru2 ni aku ada msge dia konon nak mintak izin cat rumah tu. tapi dia reply ''No". Ya Allah.. sakit hati betui aku. orang lagi nak cantikkan rumah dia, dia buat macam ni plak. rasa macam nak ketuk dinding rumah tu sampai pecah, hambiikk kau.

Straight to da point.. ni gambar dapo. design dapo ni jenis open. part ni aku x berapa suka sangat sebab bila tetamu datang mesti nampak apa yang orang kat dapo tengah buat. malunya,huhu.. lagi satu aku x berkenan pasai kitchen cabinet dia. aku x faham kenapa owner ni buat kitchen cabinet sikit sangat. cuba tambah sikit kat atas nun. bole la aku letak segala mak nenek dalam tu. saya ni isteri yang bole la suka memasak. so barang dapur harusla banyak. kalau kitchen cabinet sikit macam ni, kat mana saya nak letak barang2 lain?? so, penyelesaiannya.. kami terpaksa beli satu partition beroda. harga dia ampun aku dah lupa. aku beli kat carrefour saja. bila dah ada partition ni nampak kemas sikit dapo aku even ruang dia x berapa luas sangat. cukup2 la dua orang kat dapo tu. kalau masuk 3,4 orang mau mati lemas,ngeee..



Ha..ninn dia partition beroda yang aku cakap tadi. memang sangat berguna untuk dapo aku yang kecik ni

Dining table plak xdak yang jenis kerusi2 tu. kami makan atas meja ni. duduk bersila. meja ni aku beli 2nd hand kat kawan aku. harga RM100 tapi aku puas hati dengan meja ni sebab dia kuat. kalau aku yang comei ni duduk atas meja ni confirm x patah,muahaha.. lagi satu, kalau ada air tertumpah xdakla terkopek ka apa. memang jenis kayu mahai.. aku beli meja ni sebab rumah sewa dulu kecik. kalau nak letak meja makan yang ada kerusi confirm x muat. sebab tu kena pilih meja mcm ni jugak.

sila abaikan meja yang x berapa kemas ni ya ^_^



Mcm ni je wakkk rupa rumah sewa saya.. biasa2 saja. xdak sofa leather, xdak tv yang melekat kat dinding bagai. seriously biasa. tapi apa yang penting sebelum tido aku akan pastikan rumah sentiasa kemas. memang kalau ada anak kecik susah rumah nak nampak cantik, asyik bersepah saja. tapi lepas ja zara's dah tido, aku akan kemas balik semua. x kesahla penat ka apa janji kemas. aku pening kalau rumah bersepah,ngeeee.. yeke??

Bubye

p/s: rumahku syurgaku.. kalau bole lepas balik keja aku xmau la pening plak tgk rumah yang bersepah.

Friday, August 16, 2013

.Zara's Pakai Tudung.

Assalamualaikum












Hehe.. dapat jugak aku pakaikan budak2 ni tudung. Amani okay ja. bila pakaikan tudung dia rilex2 saja. Amalia plak asyik nak buang tudung tu ja. jenuh aku menjerit mintak jangan dia bukak. At last, dia ikut arahan ummi dia ni,hikhik.. sori ya dear, now my turn buli korang.. ^_^

Bubye

p/s: time ni umo diorang 11 bulan!

Thursday, August 15, 2013

.Diet Atkins Jom!!!.

Assalamualaikum

Holla! hari ni hari pertama aku cuba berdiet. memandangkan time raya itu hari badan aku naik 2kg, so nak xnak kena jugaklah diet,hukhuk. x sukalah bila badan cepat naik ni. makan sikit je pun tapi naiknya bukan main banyak, hampeh tol. 

Okay, ni 1st time aku try diet cara atkins. tau x apa itu diet atkins? dulu aku penah dengar tapi aku x amek port sangat tapi lepas cousin aku suggest n aku google2 sikit rasa mcm nak cuba je. lagipun xdelah mcm susah sangat. tolak karbohidrat ja. x bole makan nasi, mee, bihun, laksa dan sewaktu dengannya. aku rasa aku bole kot sebab before kawen dulu aku penah diet x makan nasi lama jugaklah.

Bawah ni aku copy n paste dari internetlaaa.. kepada sapa2 yang nak kurus sila baca betul2 eyh.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.

Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
3. Pre-maintenance 
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction
1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.
Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.
Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.
Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.
Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Contoh Menu
Pagi: 
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja. 
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja. 
- 0.5 karbohidrat
Tengahari: 
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) 
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula). 
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat
- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi

Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing
Snacks: 
1.) 1 keping Cheddar cheese 
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
Minuman: 
1.) Air biasa 
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.
Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. 
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food 
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. 
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.
Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.
Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.
Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan  balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.
Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.
Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena  minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.
Memang itu adalah perkara yang biasa  yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.
Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.
Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari,  dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.
Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula 
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.
Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.
Disunting Daripada www.atkins.com
Ha amek kau.. panjang berjela. baca slow2 ya baru la faham. yang besnya diet ni kita bole bedal ayam kefci,ngeh2.. tapi make sure jangan makan kulit ayam tu, bagi la kat sesapa.. kulit ayam kefci kan banyak minyak,no no no..
Hari aku nak test aku bole tahan x ikut diet atkins ni. harap2 mampulah aku buat induction untuk 2 minggu ni. doakan aku eyh. jomla sama2 join diet atkins ni mana tau bila dah kuruih nty nampak lagi muda,hewhew..

Gambar 1st day diet. dengan berat 64kg.. tunggu ya perubahan makcik ni ;)

Bubye
p/s: jangan hangat2 taik hayam sudeyy

Tuesday, August 13, 2013

.Annoying.

Assalamualaikum

Hye!! hari ni dah start keja,sob sob.. sekejap sangat rasanya raya tup tup dah kena keja balik. xpela.. cari rezki kan.. tapi hari ni hepi sikit sebab bos xdak,hikhik.. so bole la nak syahdu2 sikit time keja ni. curik tulang sikit update blog kheennnn..

Entry kali ni nak jadik mak kiah jap. nak cerita pasal seseorang yang aku kenal. bukan nak kutuk ke apa. tapi kadang tu rasa annoying sangat bila tengok fb or instagram dia,hewhew. Bole dikatakan selalu sangat dia post gambar dia n husband dia. Aku faham dia dok jauh dengan husband dia. Aku tau perasaan dia mcm mana bila husband xdak kat kita sebab aku pun penah lalui jugak tapi yang bezanya aku tinggal dengan husband yang keja ikut shift. X selalu jumpak. Memang dia lagi terukla sebab every week kena p jumpak husband dia. Aku faham part tu...

Tapi kalau dah selalu sangat dok update status (sekali dengan gambaq naa) cerita dia bersyukur dikurniakan husband yang penyayang,pelawak n mcm2 lagi la rasa x bole blah ja. Aduiiii.. Bole dak benda2 mcm tu xpyh nak post kat media social sangat? Bukan awak sorang ja ada husband. Kiterrr pun aderrr,hikhik.. 

Aku x dengki.. Jauh sekali nak jeles dengan dia sebab dapat husband mcm tu. tu dah kira rezki dia Allah bagi tapi tolonglah jangan post status mcm tu lagi. Sekali dua bole la kiterr nak like or comment.. Kali keempat kelima dan seterusnya dah rasa mcm pelik asal dia selalu up status pasal husband dia. Aku ni bukannya baik sangat tapi aku ni jenis maluuu la nak cerita pasal husband depan orang. Biarlah kita sorang ja yang tau kebaikan husband kita. Xpyh susah2 satu dunia nak tau sebab kita yang nak hidup dengan husband kita tu. baik buruk dia biarlah kita saja nampak.

Kadang tu kalau aku boring ka apa aku saja belek2 fb or instagram dia. Saja la nak gelak2 sambil geleng2 kepala baca status dia. Lagi satu media social ni kadang bole sesatkan kita. Niat hati nak share gambar or perasaan or emosi kita dengan kawan2 tapi x sengaja sampai terlupa kita dah melampaui batas. Bangga dengan apa yang ada sekarang. Walaupun dah bersyukur tapi riaknya masih ada. Wallahu alam. Moga dijauhkan lah aku daripada sifat mcm ni.

Bubye

P/s: aku biasa2 saja. Simple selalu.