Powered By Blogger

Tuesday, October 23, 2012

.Lagi 4 ari, senyummm.

Assalamualaikum

x sabar weh lagi 4 ari ja lagi aku dah nak abes pantang! x best asyik dok tahan nak makan mcm2. makan ni x bole makan tu x bole tapi kadang2 tu aku curi2 jugak makan,hehe.. sikit ja pun. time berpantang ni mak aku yang jaga. mak aku la yang larang aku makan segala ni. masa awal2 pantang dulu, kira lepas balik hospital la, mak aku siap buatkan air halia+lada hitam. buweek!! mesti la x sedap. pastu makan lauk ikan haruan ja. sampai lani dok makan ikan haruan, tu keja husband asyik dok beli ikan haruan ja sampai dah naik muak.

Time pantang ni memang la x best, dulu masa tgh pregnant dok bilang ari ja bila la nak cuti berpantang. igt syiok sgt kot tapi bila dah kena time pantang ni adoii tahan jela. nasib baik la 4 ari ja lagi. luka operate aku plak x cantik mana. xtaula apa salah, mcm ada nanah ja tapi still kuat melekat, tu kata husband la.. aku nak rasa guna tangan takut, ngeri.. selalu klu aku berpeluh, cpt2 aku lap luka tu biar kering. dah lebih sebulan pun x elok 100% lagi. ni la beza klu beranak cara operate ngn normal, hmm..

Even time pantang ni sgtlah x best tapi tiap ari aku setkan mind aku, time pantang time aku ngn anak2, x dpt tido lena xpe asal 24/7 aku dgn anak2, tu pun dah cukup heaven dan aku akan igt+rindu saat2 mcm ni lagi. nak lalui time pantang ni lagi? hahaha, tunggu luka baik dulu pastu ON lah! bhahaha.

^__________________________________^


p/s: time pantang x dapat kuruih pong! T_T

Thursday, October 18, 2012

.Aku Zero Bab Anak.

Assalamualaikum

Sekarang ni aku dok gigih cari info pasal baby. dulu masa tengah pregnant malas nak surf internet  pasal ni tapi lepas dah beranak ni, dah tengok muka anak segala baru perasaan tu datang nak tau semua pasal baby. aku kan 1st time jadi ibu, mesti la kena tau semua, xkan nak dok suruh mak je yang buat. lagipun aku nak anak2 aku membesar dengan sempurna, aku nak pastikan diorang ni x tertinggal satu pun sebab tu aku dok giat p terjah blog org, belajar lebih pasal ni. 

Byk yang aku kena tau lagi, skng ni aku rasa level aku pasal baby adala dalam 10%,hahaha.. aku still lagi x reti nak bagi mandi diorang, ntyla kot bila diorang besar sikit baru la aku confident nak pegang. bukan senang nak jadi mak yang tau segala lagi2 jadi mak yang muda mcm aku ni,hehe.. 24 tahun tau aku dah jadi mak. mcm x caya jugak tapi bila dok tenung anak2 yang ada depan mata ni rasa bangga pun ada. akhirnya dapat jugak aku lahirkan zuriat untuk en suami. 

Pasal bab susu plak, skng ni aku dah campur susu utk anak2 aku. klu dua2 menangis, sorang aku bagi nenen sorang lagi aku bagi susu botol, susu fm. aku dah try pam susu badan konon2 nak la letak dalam botol xdela anak2 minum susu fm tapi bila pam je susu sikit,huhu.. paling banyak aku pam pun dapat 4oz je. sedih aku. pasal susu ni nty aku cerita next entry ye. klu pasal susu, diapers, semua en suami yang fikirkan. aku dok hangguk jela, dia yang bayar mampu x mampu dia jela yang tau. kan en suami yang uruskan duet rumahtangga ni,hehe.. ikut dia jela mana yang kami mampu.

Doakan aku eyh supaya rajin cari info pasal baby ni. aku nak jadi mak yang terbaik utk anak2 aku. xmaula hangat2 taik ayam je. aku kena kuat, anak aku dua. dua2 kena jaga leklok, xmaula nty kami suami isteri menyesal.

p/s: nak jadi mak yang tau pasal semua, xla nmpak bodo,hehe..

Friday, October 12, 2012

.Aku Mak yang Jahat.

Assalamualaikum

Ari ni babies dah 29 ari. esok genaplah diorang sebulan. cepatnya masa berlalu. sebulan jugakla aku dah bergelar seorang ibu. walaupun dah nak sebulan tapi aku masih lagi terkial2 cmne nak jaga diorang ni. yela, dua kan. kadang2 tu rasa nak nangis je sebab penat sangat jaga dua baby serentak. kalau sorang nangis sorang lagi mesti nangis walaupun diorang ni kembar x seiras. kalau sorang poo poo sorang lagi pn ikut poo poo sama. aiyakk, sampai skng aku still lagi geli nak cuci taik anak2 aku,huhu. ape jenis mak la aku ni. satu lagi, aku x penah mandikan anak2. aku takut nak pegang time bagi mandi, licin..kang terhempas anak tu aku jugak yang susah. nasib baik mak ade,hehe.. ape jenis mak la aku ni.

Tapi yang aku paling menyesal dalam idup aku ni bila aku dah start pandai marahkan anak2 aku. anak2 aku ni bila malam xnak tido sampaila pukul 4 pagi. tambah2 si kakak, bulat je bijik mata dia. aku ni jenis yang cepat naik angin sikit. dahla ari2 x dapat tido lena, anak2 plak xnak tido malam ape lagi aku naik angin la. bila aku marah aku x sedar semua tu. xtaula npe. mcm ptg td, kakak xnak tido dari pagi. bila letak je kat bawah menangis, nak baring atas riba je. bila menangis aku bagi nenen xnak isap. aku dahla ngantuk. last2 aku biar kakak nangis. teruk jugak kakak nangis, aku biarkan je. time tu aku memang x sedar. aku x pandang kakak langsung, aku buat derk je. sampai en suami amek kakak dari aku. terus aku masuk bilik aku menangis. ape jenis mak la aku ni. bila aku dah ok aku dukung kakak. aku cium2 kakak, aku mintak maaf kat kakak., kakak tengok je muka aku. aku rasa bersalah sangat buat kakak mcm tu. aku sedar kakak kecik lagi, kakak xtau pape. aku rasa aku ni jahat sangat. baru sebulan jadi mak dah buat kat anak mcm ni. kalau dah berbulan2 tu xtaula apa jadi. mintak2 dijauhkan lah.

Skang ni anak2 la nyawa aku. aku x bole idup tanpa diorng. bila tgk muka diorang hati ni rasa sejuk je. aku cuba jadi mak yang baik. cuba xnak marahkan diorang lagi. mungkin sebab aku penat sgt kot. aku kan 1st time jadi mak, xde experience lagi tambah2 aku dapat kembar lagi la aku penat. tapi aku selalu igtkan diri aku Allah bagi kami anak kembar sebab Dia tau kami mampu jaga anak2 kami. Ya Allah, aku bersalah padaMu, bersalah pada anak2.. amanah yang Engkau berikan aku sia2 kan. aku akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak2 ku sebab diorang lah permata hati aku. ummi sayang kakak..ummi sayang adik..maafkan ummi..


p/s: cair hati tgk anak2.. ;)

Wednesday, October 10, 2012

.Pengalaman Bersalin.

Assalamualaikum.

Waaa.. lamanya x jenguk blog ni. sejak lepas bersalin ni xde masa nak hudate blog.oh ya! aku dah selamat melahirkan baby girl twin pada 14 sept 2012, ari jumaat. ari ni dah 27 ari dah babies kat dunia ni ;) meh nak cerita cmne la pengalaman aku masa bersalin itu ari.

13 Sept 2012 (Khamis)
Dalam kol 2.30pm, aku ngn en suami pegi klinik desa subang untuk checkup BP sebab doc hosp sg buloh mintak nurse check BP aku selang sehari. nak dijadikan cerita BP aku x berapa nak elok ari tu. dua tiga kali jgkla aku kena check pastu nurse suruh rehat, check balik rehat plak. BP still sama, tinggi dalam 160/100.. doc kt klinik tu pun check aku jgk tapi tetap sama T_T.. bila BP dah tinggi mcm ni jalan penyelesaiannya aku kena heret pegi hosp sg buloh la jwbnya sebab klu dibiarkan aku mungkin akan kena sawan n babies akan meninggal dalam perut. tu dia pnya effect. so, doc pun col ambulans sebab aku kena admit ward,huhu.. ni la 1st time aku kena naik ambulans tau. dahla driver bwk laju, aku bkn kes emergency pun. aku sihat walafiat la bang! sakit perut aku ni bila kena lopak2 tapi yang bestnya doc klinik desa subang tu yang escort aku. mcm beso benor je kes aku ni.

Sampai kat hosp sg buloh terus aku masuk ward bersalin. oh ya,aku lupa..selain BP aku yang tinggi ni, air kencing aku pun ada sikit kotor. tu pun salah satu punca aku kena admit ward. en suami plak kena balik umh sebab nak packing baju2 aku. ni la masalah bila x prepare siap2. baju babies dah lama siap masuk dalam kete tapi baju sendiri buat2 lupa nak pack,huhu.. yela, last checkup kat hosp sg buloh itu ari doc ckp kena bersalin 24hb sebab tu aku lengah2kan pack barang,hehe.. xtau pun nak jadi mcm ni. ampun en suami..

Masa dalam ward tu ada 2 org doc yang check aku. sorang doc senior lagi sorang doc pelatih. ntah apa yang diorng check aku pun xtau.aku serah diri jela.. last doc senior tu bgtau aku besok pagi aku kena bersalin jugak secara czer. lagipun time tu aku dah 36weeks. babies dah cukup matang kalau bersalin time ni. aku redha je sebab memikirkan keadaan aku time tu yang memang dah x larat nak bwk perut. czer pun czer la asalkan babies keluar sihat walafiat. kol 6pm aku diberi suntikan utk matangkan paru2 babies. cucuk kat punggong kot. sakit wooo!! doc pun awal2 dah bgtau injection ni memang sakit,huuu.. bukan sekali tau tapi dua kali. 2nd injection dalam kol 6am besoknya. mungkin sbb aku carried twin kot tu yang kena dua kali injection. 

sakit bila kena masuk ni T_T

14 Sept 2012
Doc pesan suruh aku puasa start pukul 2am. aku memang dah x lalu nak makan, yela takut nak hadapi czer nty tapi aku terkilan sikitla sebab x dapat nak makan aiskrim magnum. aku dah siap cakap kat en suami lepas abes pegi klinik desa checkup BP singgah kedai nak beli aiskrim magnum. tu la makanan terakhir yang aku teringin nak makan tup2 x dapat, naik ambulans dapatla,huhu..

Awal2 pagi doc datang kat katil aku n bgtau aku kena czer skng, doc bedah dah siap tunggu kat bilik OT. time tu aku mcm blur je, yela pagi2 dah suruh aku belah perut mana aku x cuak,bagi la aku sikit masa, en suami pun x datang lagi. aku sempat msge en suami bgtau yg aku dah nak kena bersalin, col pn x sempat sebab nurse dah mintak semua barang2 aku untuk diorng simpan n serahkan kat en suami nty. semua berlaku dengan cepat sangat. tup2 aku dah masuk bilik OT.

Alhamdulillah, tepat jam 9.12am anakku yang pertama lahir ke dunia. si adik plak menyusul pada jam 9.13am. masa dengar diorng nangis air mata ni pun keluar jugak. x sangka aku dah jadi seorang ibu T_T

kakak ;)

adik ;)

Untuk kakak n adik, ummi doakan kakak n adik jadi anak yang baik dan solehah. ummi dan ayah sayangkan kakak n adik sangat2.. ini lah permata hati kami..

p/s: x sangka dah ada anak,ngee..

Wednesday, August 15, 2012

.Sayang Mak Dunia Akhirat.

Assalamualaikum

Saya sayang mak. mak segalanya bagi saya. tahun ni umo mak dah cecah 60 tahun. memang dah tua tapi mak masih kuat lagi. Alhamdulillah.. syukur Ya Allah, masih sempat lagi saya nak berjasa pada mak. makla yang besarkan kitorang empat beradik. masa umo saya satu tahun setengah Allah dah takdirkan saya menjadi anak yatim. arwah abah tinggalkan kami sebab penyakit santau. itu je yang saya tau. saya xnak tanya mak lebih2 sebab xnak mak sedih bila cerita pasal arwah abah. masa arwah meninggal mak muda lagi dalam 30 lebih tapi sampai skang mak x kawen. mak penah cakap nty masa akhirat mak nak jumpa abah sebab tu mak masih setia dengan arwah abah.

Dulu masa arwah abah masih ada kitorang tinggal kat gombak, tu pun tinggal kat kawasan setinggan. lepas arwah abah dah xde mak bawak kitorang empat beradik balik kampung tinggal dengan nenek sebelah mak kat perak. kat sini lah bermula semuanya. mak keje kilang untuk besarkan kami. dari kilang sarung tangan ke kilang makanan kat seberang prai. masa mula2 keje dulu ada van yang hantarkan mak sampai dalam kampung tapi lama2 driver van hantar kat jalan besar je sebab keadaan jalan kat kampung yang terlampau teruk. terpaksa lah kami bergilir2 hantar dan amek mak kat jalan besar. nasib baek time tu mak ada duet sikit belikan moto kalau x memang susahla kami. kesian mak keje penat2 semata2 nak besarkan anak2 dia T_T

Tak lama lepas tu mak terpaksa benti keje sebab kena jaga nenek sakit. nenek lumpuh separuh badan sebab jatuh katil. time tu saya sekolah kat teknik taiping, tinggal la mak dengan nenek bedua kat kampung. adik beradik lain semua dah pegi kl keje kat sana. tiap2 bulan abg n kakak2 ada bagi duet kat mak. adik beradik mak pun ada bagi duet jugak sebab mak tolong jagakan nenek. duet tu la mak buat guna belikan lauk2 n pampers nenek. yang paling saya x tahan bila mak nak mandikan nenek. mak terpaksa angkat nenek sorang2 letak kat atas wheelchair. bayangkanlah, badan nenek jenis yang berisi tapi mak mampu angkat nenek walaupun berat. saya tahu mak x larat tapi mak gagahkan diri jugak jaga nenek. kesian mak. kadang kalau saya cuti balik kampung saya tolong mak jagakan nenek, x sanggup biar mak buat sorang2. 

Empat tahun mak jaga nenek, nenek pegi jugak.. tinggal la mak sorang2 kat kampung. penah jugak mak tepon kitorang menangis2 sebab kitorang x tepon mak. mak cakap anak2 dah lupakan mak. bukan lupa tapi hakikatnya masing2 sibuk. so, kitorang bawak mak datang kl duduk sekali sama2. masa tu memang bahagia sgt2 sebab mak dah ada depan mata. sekarang ni mak tinggal dengan kakak2 n abg. mak tolong jagakan cucu2 mak. icha n yayan memang x bole renggang dengan mak. sampai nak tido pun mesti dengan mak. bila mak balik kampung sampai demamla budak2 tu xde mak. ada jugak saya nasihat mak x pyhla jaga cucu sebab mak pun dah berumur. mak rehatlah, mak dah lama buat keje. masa ni lah mak nak rehatkan badan, tambah amal ibadat. tapi mak plak yang x sanggup nak tinggalkan cucu2 mak.

Sampai sekarang, Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mak. saya harap Allah panjangkanlah umur mak. saya cuma ada mak je. saya sayang mak sgt2. saya janji nak jadi anak yang terbaik untuk mak. saya nak balas segala apa yang mak dah buat untuk kami adik beradik. mak lah ayah, mak lah ibu. mak la ibu yang terbaik di dunia dan akhirat.

SAYANG MAK..






Mak, ketahui lah anak mak ini terlalu menyayangi mak.. T_T

Monday, August 13, 2012

.BSP Test.

Assalamualaikum

Hye! sedih sangat bila dah masuk trimester ketiga ni mcm2  yang jadi. last check up kat kk minggu lepas dapat bad news. saya ada kencing manis, result masa 1st time minum air gula dulu normal tapi kali kedua ni plak yang sangkut, 7.8, hmm. masa jumpa nurse tu, nurse cakap diorang banyak kali col saya tapi x dapat nasib baek saya datang check up sempatlah saya buat BSP (Blood Sugar Profile) test. ari tu saya kena jumpa doc. doc suruh saya buat BSP test esok ari. BSP test ni kena buat masa pukul 8am, 10am, 2pm & 10pm. sampai malam kauuu! since saya pregnant twin babies doc x bagi saya puasa cuma kena puasa dari 10pm ke 8am keesokkannya sebelum buat BSP test. lepas abes kena cucuk bole la makan n kena puasa 2 jam lepas tu untuk next session punya cucuk plak T_T

Penat jugakla sebab dok ulang alik dari rumah ke kk. nasib baekla rumah dengan kk x jauh, bole la balik rumah kejap sementara tunggu nak kena cucuk lagi. hmm, dah nasib badan. bila dah buat BSP test ni memang kena cuti la. dahla cuti abes terpaksalah amek unpaid leave. xpela demi anak2 ummi. bila dah abes empat2 session ni, result untuk BSP test x berapa nak cantik sebab ade dua failed. patutnya the best result is below 6.7 tapi saya punya result ada dua yang terlajak. satu, 9.8 dan satu lagi 6.9. sempat nurse perli sedapnye makan,hahaha. sebelum ni men tibai je makan, apa yang nampak sedap saya hentam je mane la nak tau kena ada pantang larang jugak, huhu. 



Lepas dah buat BSP test, esk nya kena jumpa dengan doc kk untuk dia tengok hasil result BSP saya. memandangkan result x berapa bagus seminggu sekali saya kena buat BSP test ni. best kan! aduyai.. abesla jari2 saya yang comel ni kecut asyik kena cucuk je. apa nak buat, salah sendiri kan. so, esk nya plak doc dah buat appoinment untuk saya pegi ceramah pakar pemakanan kat hosp sg buloh. terpaksa lah saya amek unpaid leave lagi. kadang2 rasa bersalah sangat kat bos sebab asyik cuti je tapi nak buat cmne, babies lagi penting kan. lepas dah dengar ceramah pasal pemakanan tu baru lah saya tau sebenarnya x elok sangat kalau makan nasi banyak2. actually, sebelum ni rutin makan saya pagi, tengah ari dan malam saya amek nasi je. sayur memang kurang sebab saya x bpe nak suka. kalau bab minum air pun kurang jugak sebab x tahan nty kalau minum banyak2 asyik nak pegi toilet je. padahal apa yang saya buat selama ni semua salah! kesian babies. sepatutnya, nasi kena amek dalam kuantiti yang sikit. contoh kalau makan, nasi kena amek dalam setengah pinggan, setengah pinggan lagi kena amek sayur. makan sikit tapi kerap. ni lah cara yang betul. dah last trimester baru nak belaja cara pemakanan, apa daa..huhu.

Ari ni, isnin bersamaan dengan 13/8 saya amek cuti lagi untuk buat BSP test. kan kena buat seminggu sekali, memang padan la muka saya. tapi result untuk BSP kali ni cukup bagus sebab xde fail lagi,kikiki.. yela, saya cuma amek roti je n air masak. bagus kan ^_^ esk ade appoinment dengan doc kat hosp sg buloh plak. x sabar nak jumpa babies, nak tau sangat berat diorang skang dah bpe. harap2 anak2 ummi dah besar dan sihat, Amin..

okbai.

p/s: malam ni kol 10 kena pegi kk. cucuk lagi,aduyai T_T

Thursday, August 9, 2012

S.A.K.I.T

Assalamualaikum.

Hye! minggu ni babies dah 31 weeks. maknanya skang kandungan saya ni dah masuk trimester ketiga. waaa, dah x lama dah.. pasni babies dah nak keluar, x sabar ayah ngn ummie nak jumpa babies ('',) Baju2 semua ummie dah siap basuh cuma tunggu nak letak dalam beg je lagi. bila kandungan dah masuk trimester ketiga ni rasa dah x larat sangat2. kalau berdiri tu x bole lama2 nty mula la mcm cacing kepanasan. satu lagi problem bila duduk atas lantai nak bangun balik, masyaAllah.. mesti kena ade orang tarik x pun pegangla dinding ke ape ke untuk bangun T_T

Masa jumaat lepas kat tempat keje, ari2 saya sakit sangat2 sampaikan saya x mampu nak berjalan. aduiii, memang x tahan. bila nak berjalan tu terpaksa slow2. rasa mcm benda bawah tu nak tercabut je, huhu.. agaknya kepala babies dah ke bawah kot sebab tu lah sakit sangat. sebelum ni memang dah ade rasa sakit ari2 tapi xdelah seteruk ni. inilah sakit ari2 yang paling dasyat sekali, sampai nangis jugakla depan en b. dia pun x bole nak buat pape just dapat pujuk je. bila sampai umah die siapkan semua benda utk berbuka. saya disuruh rehat je. kadang2 rasa bersalah sangat bila tengok en b buat semua keje. masak nasi la, masak lauk, siapkan lauk untuk bersahur. patutnye tu semua keje si isteri tapi en b plak yang kena buat. 

Minggu ni jugak kaki dan tangan saya dah naik bengkak. kaki ni dah macam kaki gajah. kasut yang  selalu saya pakai tu dah x muat so terpaksalah cari kasut baru. saya beli selipar je senang pakai dan ringan. bila kaki dah start bengkak ni kalau time solat, duduk antara dua sujud saya rasa macam kaki nak meletop je, ayoyo.. ngeri. bila ditekan kaki ni die naik balik. orang tua2 cakap kalau bengkak ni dah surut tandanya kita dah nak bersalin kan. tapi saya baru 7 bulan xkan nak bersalin skng. kesian kat babies. saya harap biar la diorang ni lahir cukup bulan x pun lahir berat diorang lebih 2kg pn jadila. babies saya kecik lagi, kesian kalau diorang lahir skng, huhu..

Saya harap saya bole control lagi keadaan saya. selagi saya larat berjalan selagi tu jgkla saya gagahkan diri pegi keje. Alhamdulillah, bos amatlah memahami even dia lelaki. x kesah klu saya asyik cuti sebab dia faham situasi saya. klu saya kat ofis, dia datang tempat saya tnya khabar saya. dat's my bos, jehan. =)

okbai

p/s: tengah tahan sakit T_T