Powered By Blogger

Sunday, November 18, 2012

.Sumpah Aku Nak Kurus.

Assalamualaikum

Dah dua bln dah rupanya aku beranak. Pantang pun dah lama abes tapi badan still x kurus lagi. 1st time timbang berat masa p cucuk anak2 kt klinik sebulan lepas. Timbang berat dalam 60kg smpaila skng berat tang tu jgk, x turun x naik. Makan byk risau jgk klu naik tp mungkin aku menyusu sbb tu berat maintain kat situ kot. 

Masa pregnant dulu dok azam kuat nk kurus lepas beranak. Nak pantang betoi2 xmau jadi mcm kakak aku lepas beranak dua bdan naik gemuk, semua dh lari pinggang dah xdak. Takut jgk jd mcm dia sbb tu kdg aku control mkn. Husband pun sbnrnya x bising pun suruh aku diet ka apa. Dia tau aku skng menyusu. Ppuan menyusu mmg kena mkn byk sbb tu la klu bole dia suruh aku mkn byk sikit nty bole la nyusu anak byk2. Xpela skng aku nak mkn puas2 dulu bila badan dah betoi2 naik baru aku nak diet,heeee.. 

Sbnrnya aku teringin nak kurus. Aku ni bkn kategori kurus. Aku jenis chubby tapi sebelum nk tunang aku gigih berdiet. Nk cntik dlm gmba, wakaka. Sanggup x mkn smpai menggeletar satu bdn semata mata nk kurus. Tp bila dh usaha tu dah nmpak hasil aku syiok gila! Muka dah jadi kecik, semua bju aku dh bole pkai siap rembat bju kakak aku lg. 

Lepas dah beranak bdan pun naik. masa pantang dulu rasa mcm kurus sikit tapi bila dah abes pantang ni makin naik plak berat bdan aku ni. tambah2 lepas abes pantang terus aku minum ais memangla perut naik buncit,hahaha. tapi setakat ni aku xmau diet dulu. biarla. aku nak nikmati dulu saat2 mcm ni. aku nak cukup mkn biar anak2 aku dapat semua khasiat dari susu aku ni. xpa, skng ni anak2 yg penting dulu tapi aku kena control la mkn klu x bam2 la aku,huhu.. bila dah ready nak diet nty teringin nak bdan mcm ni -->

....

....

....


Bubye.

p/s: ada hati, ngeh2 ;3

Sunday, November 11, 2012

.Cerita Susu.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setakat ni ada lagi rezki anak2 aku nk minum susu badan mak diorng ni.. Walaupun x byk tapi cukupla klu diorng bgn mlm2 isap nenen ja. Nasib baik anak2 aku jenis bgn nk susu x serentak klu x kena bancuh susu fm jgkla. 

Awal2 lagi aku dah campur susu badan dgn susu fm. Start bg masa kat hosp. Anak2 aku dok menangis ja lapar. Time tu dahla susu baru nak ada tu pun mak aku tolong urutkan cik b ni, anak plak ada dua. Mmg x ckup susu aku nak bg. So, jln penyelesaiannya aku suruh husband seludup masuk susu fm. Husband aku ni jenis zero psl susu fm. Xtau nk beli susu apa yg bagus utk anak. Kakak aku suggest beli enfalac tapi bila p cari xdak plak sbb husband nk bli yg paket kecik takut x rasi ngn anak xdakla membazir. Bila dah xdak susu enfalac husband beli susu anmum ja pastu bwk p hosp. 

Masa dlm pantang plak konon2 nkla try simpan stok susu nty bila dh start keja senang. Maka, bermula la sesi mengepam. Breast pump aku bli jenis avent. Manual saja. Breast pump ni aku bli online harga rm150. Tapi bila guna breast pump ni susu keluar sikit ja. X sampai 2oz. Penat dok pam ada la. Nyesal pn ada bli mhal2. Lepas dari tu aku cuci breast pump tu then bungkus. Xmau pkai dah. Start dari tu klu susu aku byk ka apa aku marmet saja. Husband dok semangat lbih suruh aku marmet smpai cari youtube cara2 nak marmet, hahaha. Penah satu ari tu cik b aku dua2 bengkak sbb satu ari dok bjln ja bwk famili husband. Anak2 aku buatkan susu fm sbb susah klu nak NIP. Balik ja umh aku marmet dapatla 4oz. Ari tu mmg sejarahla. Mana penah aku marmet dpt 4oz even guna breast pump avent dulu pn x dpt byk tu. Walaupun sikit tapi aku syok sgt, ada jugak rezki utk anak2.


Hasil marmet ^___^


X lama lepas tu husband dengan murah hatinya belikan wife dia ni breast pump baru. Xmau bli yg manual dah. Serik. Husband beli breast pump jenis eletrik. Beli kat manjaku ampang. Aku yg pilih sebenarnya, hehe. Niat di hati teringin nak pakai medela tapi yang hadoo!! Mhal sgt. Mau botak kepala husband. Kesian plak kat dia. Avent pun klu elektrik mhal jgk. Lama jgkla aku dok tilik yg mana satu aku nak bli. Tilik punya tilik jumpa brand 1st years ni. 




Breast pump ni baru lagi kat market. aku bli single pump saja, ni pun hrga nk dekat rm300. yg bes nya bli ni dpt beg yg sgt comei. suka!^___^. 1st time pump susu guna ni Alhamdulillah dptla lbih 50z. xpyh nk susah2 pump sendiri. sambil nyusu anak pun bole pump, supermom sgt! hahaha..

Untuk susu fm plak skng ni husband dok bli susu enfalac. biasa saja xdak yg A+ tu. yg tu mhal sgt. enfalac yg biasa tu pun dah rm44. anak2 mkin kuat minum susu sbb tu aku dok gigih pump susu badan. mudah mudahan bykla rezki utk anak2 aku. Amin.. sama2 doakan utk aku ya..


^______________________________^

p/s: susu ibu memang susu terbaik! moga ada rezki anak2 di situ..


Saturday, November 3, 2012

.Anak Anak Nyawa Aku.

Assalamualaikum

Sejak jadi mak ni jiwa aku soft sgt. Kadang tu ada gak meletup tapi sat ja. aku baru sebulan lebih ja jadi mak ada byk benda yang aku kena belajar lagi. pasni aku dah nk masuk keja, kena get ready mental dan fizikal. Bukan get ready psl keja tapi nak get ready jaga anak2 ni. Lepas masuk keja ni mak nak blik kg so aku kena la siapkan diri jaga anak2 klu husband keja mlm.

Sumpah aku gabra jaga dua org baby sorang2. Aku takut klu diorng nangis serentak. Mana aku nak bg nenen mana aku nak bg tido..woooo, cabaran tu! Kadang aku sampai tension pikir psl tu. Aku ada gak bincang psl benda ni ngn husband.

Husband: "malam ni ayg try jaga anak2 sorang2. B ngn mak tido dlm bilik ok x?"

Aku: "bole kot tapi klu diorng nangis x berenti cmne?"

Husband: "try la bg smpai diam klu x bole baru panggil mak ngn b"

Aku: " erm..klu diorng nangis ayg terus panggil mak ngn b.xmaula try2 bg diam"

Husband dgr jawapan aku trus gelak,hahaha..xpa, part jaga anak2 sorang2 tu mmg aku kena buat. Klu bole aku xnkla berjauhan dgn anak2 aku. Penah sekali masa 1st time aku tgglkan diorng p mydin sbb nk bli brg dpur, menangis jgkla aku dlm keta. Sedih woo tgglkn anak. Diorng la nyawa aku. Aku xmau kehilangan diorng. Sapa2 yg dah ada anak msti dpt rasa apa yg aku rasa,huhu..

I
kakak

Adik


Bubye.

P/s: jadi anak2 yg solehah ya! 

Thursday, November 1, 2012

.Yeay! Im Free!!.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. ari ni cukup 44 ari aku berpantang. berpantang ke?ngee.. sikit2 la..cukup 44 ari aku ngap mcm2. raya haji smlm raya kat kl ja. pas abes mak p smyg raya trus shoot p umh maktih. raya kat situ ja. ptg sikit balik teluk intan sbb husband cuti sabtu n ahad. ada peluang tu balik la teluk intan.

Ari ni mak mentua ada buat makan2 sikit, aku pun amekla kesempatan ni isi perut aku. dah lama weh nak mkn mcm2, ari ni dpt jgk. sup tulang pun aku tibai,hahaha.. sempat jugak aku merasa, nasib bek anak2 kuar awai. abes ja pantang terus mandi air sejuk, dah x kuasa aku nak p jerang air mandi air suam,huhu.. aku ni kan malas, ni tabiat buruk aku hokey..

Okla, tu je la.. x sempat nak post entry baru sbb terlalu bz ngn anak2, heeeehee.. tata..


p/s: aku lambat post entry ni sbb x sempat.. semua x sempat T___T

Tuesday, October 23, 2012

.Lagi 4 ari, senyummm.

Assalamualaikum

x sabar weh lagi 4 ari ja lagi aku dah nak abes pantang! x best asyik dok tahan nak makan mcm2. makan ni x bole makan tu x bole tapi kadang2 tu aku curi2 jugak makan,hehe.. sikit ja pun. time berpantang ni mak aku yang jaga. mak aku la yang larang aku makan segala ni. masa awal2 pantang dulu, kira lepas balik hospital la, mak aku siap buatkan air halia+lada hitam. buweek!! mesti la x sedap. pastu makan lauk ikan haruan ja. sampai lani dok makan ikan haruan, tu keja husband asyik dok beli ikan haruan ja sampai dah naik muak.

Time pantang ni memang la x best, dulu masa tgh pregnant dok bilang ari ja bila la nak cuti berpantang. igt syiok sgt kot tapi bila dah kena time pantang ni adoii tahan jela. nasib baik la 4 ari ja lagi. luka operate aku plak x cantik mana. xtaula apa salah, mcm ada nanah ja tapi still kuat melekat, tu kata husband la.. aku nak rasa guna tangan takut, ngeri.. selalu klu aku berpeluh, cpt2 aku lap luka tu biar kering. dah lebih sebulan pun x elok 100% lagi. ni la beza klu beranak cara operate ngn normal, hmm..

Even time pantang ni sgtlah x best tapi tiap ari aku setkan mind aku, time pantang time aku ngn anak2, x dpt tido lena xpe asal 24/7 aku dgn anak2, tu pun dah cukup heaven dan aku akan igt+rindu saat2 mcm ni lagi. nak lalui time pantang ni lagi? hahaha, tunggu luka baik dulu pastu ON lah! bhahaha.

^__________________________________^


p/s: time pantang x dapat kuruih pong! T_T

Thursday, October 18, 2012

.Aku Zero Bab Anak.

Assalamualaikum

Sekarang ni aku dok gigih cari info pasal baby. dulu masa tengah pregnant malas nak surf internet  pasal ni tapi lepas dah beranak ni, dah tengok muka anak segala baru perasaan tu datang nak tau semua pasal baby. aku kan 1st time jadi ibu, mesti la kena tau semua, xkan nak dok suruh mak je yang buat. lagipun aku nak anak2 aku membesar dengan sempurna, aku nak pastikan diorang ni x tertinggal satu pun sebab tu aku dok giat p terjah blog org, belajar lebih pasal ni. 

Byk yang aku kena tau lagi, skng ni aku rasa level aku pasal baby adala dalam 10%,hahaha.. aku still lagi x reti nak bagi mandi diorang, ntyla kot bila diorang besar sikit baru la aku confident nak pegang. bukan senang nak jadi mak yang tau segala lagi2 jadi mak yang muda mcm aku ni,hehe.. 24 tahun tau aku dah jadi mak. mcm x caya jugak tapi bila dok tenung anak2 yang ada depan mata ni rasa bangga pun ada. akhirnya dapat jugak aku lahirkan zuriat untuk en suami. 

Pasal bab susu plak, skng ni aku dah campur susu utk anak2 aku. klu dua2 menangis, sorang aku bagi nenen sorang lagi aku bagi susu botol, susu fm. aku dah try pam susu badan konon2 nak la letak dalam botol xdela anak2 minum susu fm tapi bila pam je susu sikit,huhu.. paling banyak aku pam pun dapat 4oz je. sedih aku. pasal susu ni nty aku cerita next entry ye. klu pasal susu, diapers, semua en suami yang fikirkan. aku dok hangguk jela, dia yang bayar mampu x mampu dia jela yang tau. kan en suami yang uruskan duet rumahtangga ni,hehe.. ikut dia jela mana yang kami mampu.

Doakan aku eyh supaya rajin cari info pasal baby ni. aku nak jadi mak yang terbaik utk anak2 aku. xmaula hangat2 taik ayam je. aku kena kuat, anak aku dua. dua2 kena jaga leklok, xmaula nty kami suami isteri menyesal.

p/s: nak jadi mak yang tau pasal semua, xla nmpak bodo,hehe..

Friday, October 12, 2012

.Aku Mak yang Jahat.

Assalamualaikum

Ari ni babies dah 29 ari. esok genaplah diorang sebulan. cepatnya masa berlalu. sebulan jugakla aku dah bergelar seorang ibu. walaupun dah nak sebulan tapi aku masih lagi terkial2 cmne nak jaga diorang ni. yela, dua kan. kadang2 tu rasa nak nangis je sebab penat sangat jaga dua baby serentak. kalau sorang nangis sorang lagi mesti nangis walaupun diorang ni kembar x seiras. kalau sorang poo poo sorang lagi pn ikut poo poo sama. aiyakk, sampai skng aku still lagi geli nak cuci taik anak2 aku,huhu. ape jenis mak la aku ni. satu lagi, aku x penah mandikan anak2. aku takut nak pegang time bagi mandi, licin..kang terhempas anak tu aku jugak yang susah. nasib baik mak ade,hehe.. ape jenis mak la aku ni.

Tapi yang aku paling menyesal dalam idup aku ni bila aku dah start pandai marahkan anak2 aku. anak2 aku ni bila malam xnak tido sampaila pukul 4 pagi. tambah2 si kakak, bulat je bijik mata dia. aku ni jenis yang cepat naik angin sikit. dahla ari2 x dapat tido lena, anak2 plak xnak tido malam ape lagi aku naik angin la. bila aku marah aku x sedar semua tu. xtaula npe. mcm ptg td, kakak xnak tido dari pagi. bila letak je kat bawah menangis, nak baring atas riba je. bila menangis aku bagi nenen xnak isap. aku dahla ngantuk. last2 aku biar kakak nangis. teruk jugak kakak nangis, aku biarkan je. time tu aku memang x sedar. aku x pandang kakak langsung, aku buat derk je. sampai en suami amek kakak dari aku. terus aku masuk bilik aku menangis. ape jenis mak la aku ni. bila aku dah ok aku dukung kakak. aku cium2 kakak, aku mintak maaf kat kakak., kakak tengok je muka aku. aku rasa bersalah sangat buat kakak mcm tu. aku sedar kakak kecik lagi, kakak xtau pape. aku rasa aku ni jahat sangat. baru sebulan jadi mak dah buat kat anak mcm ni. kalau dah berbulan2 tu xtaula apa jadi. mintak2 dijauhkan lah.

Skang ni anak2 la nyawa aku. aku x bole idup tanpa diorng. bila tgk muka diorang hati ni rasa sejuk je. aku cuba jadi mak yang baik. cuba xnak marahkan diorang lagi. mungkin sebab aku penat sgt kot. aku kan 1st time jadi mak, xde experience lagi tambah2 aku dapat kembar lagi la aku penat. tapi aku selalu igtkan diri aku Allah bagi kami anak kembar sebab Dia tau kami mampu jaga anak2 kami. Ya Allah, aku bersalah padaMu, bersalah pada anak2.. amanah yang Engkau berikan aku sia2 kan. aku akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak2 ku sebab diorang lah permata hati aku. ummi sayang kakak..ummi sayang adik..maafkan ummi..


p/s: cair hati tgk anak2.. ;)