Powered By Blogger

Tuesday, February 26, 2013

.Syukurlah.

Assalamualaikum

Entry kt bawah ni bukan hasil nukilan aku pun. aku copy n paste dari ayat Fynn Jamal. bila baca baru tersedar rupanya aku ni x penah nak bersyukur dengan apa yg aku ada. 

************************************************************************
kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.


************************************************************************

Selama ni selalu aku mengeluh kenapa la aku ni serba serbi x cukup. org lain keja jugak. keja biasa dari aku tapi cukup segala. aku ni ada ja benda yg x cukup. sebab apa jadi x cukup? sebab aku suka mengeluh. aku x malu nak bagitau keburukan aku sebab aku tau aku ni manusia biasa. aku x perfect. semua manusia ada khilaf dia tapi aku try ubah sikap aku sebaik mungkin. 

Kadang bila tengok orang ni bergaya dengan hand bag baru, kasut baru aku pun teringin sama tapi x dapat nak beli sebab kena pikir duet nak guna untuk benda yang lagi penting. selalu keluar ayat dari mulut aku 'susahnya hidup..' sebab tu kot hidup ni x berkat. x penah nak bersyukur. asyik mengeluh saja. sekarang baru tersedar. ada orang lagi susah dari aku. nak bagi susu kat anak pun x bole xdak duet nak beli susu. nak xnk anak kena minum susu pekat tin tu. kesian.. kita yang sah2 mampu ni nak mengeluh lagi? manusia manusia.. aku la salah sorangnya.. Astagfirullah..

Bubye

p/s: credit to Fynn Jamal, mohon share..


Monday, February 25, 2013

.Pregnant? Oh Tidak!!.

Assalamualaikum

Hari ni aku x p keja. badan rasa x sedap. seram sejuk n sengal2 badan. dahla ada selsema n batuk. aku pujuk husband cakap x larat nak p keja,huhu.. nasib baik husband bagi. aku malas nak p klinik sebab pikir nty elok kot tapi tunggu sampai petang macam tu ja cepat2 suruh husband bawak p klinik. 

P klinik An Nisa kol 2 petang. ramai orang plak ari ni. doktor ada sorang ja,hewhew. tunggu la sampai sejam. nama aku naik turn aku jumpa doc. aku bagitau doc aku ada selsema n batuk. seram sejuk n sengal2 badan. doc tanya last date haid aku. mid januari lepas tapi bulan ni x datang lagi. aiyooo, doc dah expect aku pregnant. check darah tinggi, naik 144/85,huhu.. doc mintak aku p buat urine test nak confirmkan aku pregnant or x. 

Tunggu lagi dalam setengah jam, nama aku naik lagi, masuk bilik doc then doc confirmkan yg aku X PREGNANT!! yahoo!!! lega rasanya hati aku ni. bukan tolak rezki tapi aku kesian kat anak2 aku. kecik lagi kot. seboleh2nya aku nak tunggu diorang besar lagi. dah reti jaga adik baru aku sedia nak pregnant lagi. now aku nak bagi kasih sayang yang secukupnya utk anak2 aku. kesian kot tiba2 aku pregnant lagi, diorang ni x dapat kasih sayang yang sepatutnya aku bagi. lagipun aku kan czer. aku nak rehat dulu. luka pun baru nak baik kan. sekurang2 nya kena tunggu 2 tahun baru bole pregnant balik. insyaAllah..

Bubye

p/s: sampai berpeluh jugakla aku time tunggu result upt tadi, dari seram sejuk jadi hangat!! o_O'

Sunday, February 24, 2013

.Update Lima Bulan.

Assalamualaikum

14 feb tadi genap anak2 aku 5 bulan. fuh, rasa cepat sangat masa berlalu. dulu kecik ja sekarang ni bila aku dok pangku diorang rasa dah besar dah. sedih plak aku rasa. touching gila babe! Alhamdulillah, baru2 ni p klinik timbang si kakak berat 6kg dan adik plak 5.8kg. even x berat mcm budak2 lain xpela.. janji sihat. nurse xdak bising apa2 pun pasal berat diorang ni.

Sekarang ni dua2 dah pandai meniarap. pantang letak bawah mesti pusing badan nak meniarap,hehe.. lagi satu pantang diorang ni kalau kita amek barang kat tangan diorang mesti menjerit menangis. bila dah pandai main mcm ni la. x bole orang pegang langsung. 

Aku dah ajar anak2 naik walker. mak aku yang suggest sebenarnya sebab senang kalau dia nak semayang, masak etc.. mula2 aku n husband ingat nak beli ja walker tu. bulan ni beli satu bulan depan beli satu lagi, tapi nasib baikla kakak aku bagi walker anak dia. xpyh dah nak beli. lagi satu walker makcik aku cakap nak bagi pinjam walker cucu dia. tunggu tu je la. rezki anak2 gamaknya. 

Setakat ni mak aku masih lagi jaga anak2 aku. kalau time aku n husband keja sorang aku hantar pengasuh sorang mak aku sorang. pengasuh sebelah rumah saja. aku x confident lagi nak jaga anak2 aku sorang2 time husband aku keja malam sebab tu aku kena mintak jugak bantuan mak aku,hukhuk.. kadang aku teringin nak jaga anak2 aku dengan tangan aku sendiri tapi aku x mampu. 

Alhamdulillah lepas ja abis pantang dulu, time malam ja anak2 aku mesti tido sampai esok pagi. diorang dah kenal malam tu waktu untuk tido. part ni la yg aku syukur sangat2.,ngeeee.. aku ingat lagi masa pantang dulu tiap2 ari kakak tido pukul 4 pagi,huhu.. memang letih xtau nak cakapla. sekarang ni setiap pagi anak2 aku bangun pukul 7 pagi. biasa memang waktu time aku nak p keja diorang bangun. nak ikut ummi p keja ya,hehe.. bagi main jap lepas tu for sure diorang ngntuk. mak aku buai then tido balik. dalam kol 9 pagi bangun bagi mandi hantar kat pengasuh sorang. main2 lagi bagi penat tido. petang plak dalam kol 2 petang bagi tido sampai la kol 5.30 petang. bila malam kol 8.30 dah start tido sampaila esok pagi. ari2 macam ni.. ^_^

Bulan depan anak2 aku dah masuk 6 bulan. apa la yang diorang nak belajar plak lepas ni kan. tunggu jela. saat2 ni la aku tunggu. nak tengok apa yang diorang bole buat lagi. aku xnk miss setiap momen indah ini.

sibuk menyembang. sembang apa la tu..

pose kembar >_<

Amalia n kak yong

Amani n kak yong

ni gambar paling latest,ngee..


Bubye

p/s: bila tengok anak2 dah besar rasa nak nangis plak,uhuk!

.Berat Naik,Sekian.

Assalamualaikum

Saja nak bagitau berat last aku timbang malam tadi 68kg. x penah capai berat ni lagi..aduyai..


Bubye

p/s: macam biasa esok start diet balik, xoxo

Friday, February 22, 2013

.Start Jaga Muka Badan.

Assalamualaikum

Dah ada semangat sikit nak jaga badan dan muka. sebelum ni lepas ja beranak xdak semangat langsung. x penah nak amek peduli la. sebab.. sebab bila dah jadi mak mak ni aku lebih tumpukan pada anak2 aku saja. mak kurang xpa yg penting anak2 dulu. orang x puji mak dia xpa tapi puji anak2 kena,hahaha

Lepas ja beranak klu nak p keluar mana2 ka aku pakai baju biasa2 saja. make up pun aku x pakai. just pakai bedak debu saja. lipstik pun aku x calit tau. klu nak melawa tu jauh sekali la. tudung pun aku pakai tudung ala2 jenis sarung gitu. sgt2 lah mak kan, sobs sobs..

Baru ni aku start pakai Felinna Inchloss Lotion. x sampai sebulan pun lagi. kan aku jual produk ni so x jadi masalah sgt utk aku dapatkan produk ni. aku sapu pagi saja, masa nak p keja. lepas sapu terus pakai gedle. fuh, keluar peluh segala. felinna ni xdakla panas sgt. panas pun tahap kita bole control. aku amalkan pakai gedle ni pun baru ja. x sampai seminggu lagi tapi perut aku dah kurang boncit! klu sapu dua kali sehari confirm lagi cepat turun. yang penting bau dia wangi sgt mcm kita pakai lotion minyak wangi, hewhew





Dalam minggu ni jugak aku try makan Felinna Pure Marine Collagen Vitamin C. vit c ni dalam bentuk kapsul n dalam satu kotak tu ada 30 biji. cukupla klu sebiji sehari saja. mula dulu aku ingat x mau try makan lagi tapi bila aku nampak kawan aku makan vit c ni muka dia dah makin cantik n berseri2 terus aku grab satu kotak. lagipun sejak aku x jaga muka ni bila tengok kat cermin muka aku nampak macam x sihat ja. suram,huhu.. lepas dah ada vit c ni kita tengok nty apa hasilnya ya.





Semalam aku ada beli pencuci muka Safi Rania. Sebelum ni aku guna sabun susu beras tapi muka aku x bole terima. awal2 pakai memang best tapi lama2 tumbuh jerawat segala. bila dah ada jerawat aku main2 tinggalla parut. Lepas beranak semua berubah. muka ni nak kena sental agaknya. dulu aku memang pakai produk safi. memang sesuai dengan muka aku tapi aku la gatai tangan p tukar brand lain. sekarang ni aku kena jaga muka balik. so aku decide beli produk safi jugak tapi jenis lain. memandangkan usia ku dah bertambah aku beli la safi rania. x kesahlah asalkan kaler dia cantik, gold gitu! ^__^




Kesimpulannya, bercantik2 lah selalu.. bukan untuk kita tapi untuk suami jugak. fikir2 dan renung2 kan..hehe

Bubye

p/s: semua okay cuma nak diet ja x okay, hok aloh!

Tuesday, February 19, 2013

.Lapar.

Assalamualikum

Punah diet aku malam ni,huwaa!! dua tiga ari ni dok pikir nak makan megi ja, tup2 malam ni aku p sental megi semangkuk. lepas balik keja tadi dah makan sepinggan nasi. lapar sgt sebab satu ari x jumpa nasi. balik umah menggeletar lutut mintak nasi.

Bubye

p/s: esok sambung diet lagi -_-'

Monday, February 18, 2013

.Mainan Kesayangan.

Assalamualaikum

Aku start beli anak2 aku mainan masa diorang umo 4 bulan. Masa diorang dah pandai nak main, cepat2 aku beli mainan. 

Mainan pertama aku beli mainan yg ada bunyi (xtaula nama dia, aku main beli ja,hahaha) tapi diorang x main sgt, x reti nk main sbb time tu aku bli masa diorang nak masuk 3 bln. Excited lebih nak bagi anak2 main. Hover sgt ko jah!! lepas tu aku beli lamaze music. Ala yg ulat tu, ngeh2x.. Aku beli yg untuk jual kat customer. Aku beli satu saja sebab pikir ulat ni panjang. Bole la share together gether. Tapi bila dh bagi diorang main igt klu dah kata kembar bole la kongsi tapi nan ado! Bergado mengalahkan org besar. Masing2 dah pandai main xmau mengalahla. Lagi2 si ulat tu mcm2 bunyi bole keluar makin menjeritla budak bedua ni. Berebut mainan sampai menangisla, ish2.. Kadang rasa nak beli lagi satu tapi lebih baik mcm ni. At least bole ajar diorang feel share brg tu mcm mna. Masa kecik ni la nk kena ajar sikit2 kan.. 


Bubye

p/s: nak nangis tgk gamba ni. X sangka anak2 dh besar. Rasa mcm baru smlm ja beranak,hewhew. Anak2, bole dak jgn besar?xoxo