Powered By Blogger

Tuesday, October 8, 2013

.Xdak Rezki.

Assalamualaikum

Bulan ni period aku datang lewat. Seminggu lewat. Aku dah suspect aku pregnant *pitam*. Dahla tanda2 pregnant semua ada kat aku. Kebelakangan ni aku asyik mual2 ja. Lain sangat lah daripada biasa. Bila aku cakap dengan husband aku "mungkin" pregnant, husband dah suka lain macam. Amboiii b.. Suka nampak.. Aku plak bukannya x suka. Kalau ada tu Alhamdulillah. Aku terima dengan hati yang terbuka ecewahh. Tapi kalau dah xdak nak buat camne.. Xdak rezki la tu kan.

Aku dengan husband memang plan nak anak lagi tambah2 si husband tu. Kemain dia sampai buat budget cukup x kalau nak tambah lagi sorang anak *gigit2 jari*. Memanglah kalau bole aku nak time muda2 ni lah nak beranak ja. Nty bila dah tua tengok anak2 membesar ja. Time muda kan kita still sihat dan kuat kan. Senanglah nak pregnant ka apa. Tapi untuk aku punya situasi kena hold dulu la. Aku kan czer masa bersalinkan zara's. Kalau nak pregnant lagi at least kena tunggu zara's cukup 2 tahun baru aku bole pregnant balik. Takut luka dalam x sembuh lagi kan. Lagipun bekas czer dulu still sakit lagi. Aku ingatkan dah x sakit dah. Dah setahun kot. Rupanya aku tanya kawan aku yang czer, anak dia dah setahun lebih pun dia sakit lagi. Adoii la hai..

Bila dah confirm aku x pregnant terus diri ini rasa nak diet balik uolls. Kan ke aku perasan aku cam pregnant kan. Dalam masa aku perasan tu macam2 la aku makan sampai boncit la peyut aku ni. Kununnya confirm la tu pregnant x kesah dahla badan kauu gemoks ke x. Ni dah period padan muka kauu kena diet balik. Degil ni. Tarik telinga kang ar baru tauu. So, memandangkan aku nak diet balik korang tadahlah siap2 aku akan post entry2 aku pasal diet. Lantaklah asal aku kuruih *mata ke atas sangat2*. 

Okbai

P/s: tingin sangat nak pegang baby yang kecik2 tu.. Sabar ya ;)

Monday, October 7, 2013

.Stress Lagi.

Assalamualaikum

Haih.. Kalau keja ni xdak stress, tensen memang lah x sah! Aku dah letih sangat kalau asyik stress ja. Dahla aku ni jenih x reti nak control stress. Kalau hari tu aku stress semua la tau aku bad mood. Memang nampak sangat muka aku masam. Macam hari ni, kenapa lah bad day sangat ni. Dahla sorang2 dok gigih plan semua pastu kena bebel plak dengan sorang manager ni. Dahla ari isnin. Spoil kan the whole week lah!

Selalu kan aku kena dengan manager sendiri. Ni bila kena laser dengan manager lain rasa down sangat. P la lari kat husband jap tadi. Nangis kat dia, hukhuk. X bole nak tahan dah. Dah lama kot x kena camni. X bole terima la. Pagi tadi pun ingat cam x nak makan bekfes sebab stress sangat sampai x lalu nak makan *besa stress aku lapaq ni x lalu plak*. Tapi aku gagahkan jugak nty xdak tenaga plak khenn, giteww la..



Okbai

p/s: ingat nak half day je tapi partner aku off ari ni, so memang x bole ponteng, hwahwa.. T_T Mencik!!

Saturday, October 5, 2013

.The Prestige.

Assalamualaikum

Memang superb la cerita the prestige ni. Aku baru ja tengok, hahaha.. Padahal cerita ni dah lama keluar kot. Malam tadi la cerita ni ada kat tv2 tapi time aku bukak tu dah separuh dah cerita tu. Dah x berapa nak faham dah. Besa la ni kan cerita christopher nolan. Dia kan femes dengan cerita yang best2. Eh2, x kenal ke? Christopher nolan ni director cerita batman tu. Cerita dia kebanyakan semua best2. Kagum aku.

Macam cerita the prestige ni cerita dia pasal magician. Tengok macam ringan je cerita dia kan tapi kita kena banyak berfikir kalau tengok cerita christopher nolan. Memang aku x nafikan setiap kali tengok cerita dia mesti aku rasa cam "aahla, x terpikir pun". Sampaikan dah abes cerita tu kita still pikir lagi. Setiap cerita christopher nolan memang x penah tercapai dek akal ku langsung *udah macam tajuk lagu elyana plaks*. Dia punya imagination terlampau tinggi. 

Aku ni sebenarnya bukan minat sangat cerita omputih ni. Iolls kan wanita melayu terakhir *pitam*. Iolls tengok cerita melayu ja. Yang selalu aku dok ulang pun cerita anak mami kembali bole? Hahaha.. Saja la dok kena gelak dengan husband. Lantakla asal aku suka, mihmihmih.. Husband minat sangat dengan christopher nolan. Dia la yang selalu paksa aku tengok. Last2 aku pun dah terjebak sama. Sampai p keja pun teringat ingat lagi. 

Yang cerita the prestige ni memang best. Kalau korang x caya tengokla. Aku ni pun rasa nak ulang ja cerita tu. Tengok sekali rasa macam x pueh ja. Seronok plak aku bila layan cerita ni. Yang husband lagi seronokla wife dia suka layan benda yang dia suka. Layan pun layan gak jangan x terbuat keja rumah sudah,hehe..

Okbai

P/s: opss, gambar christopher nolan aku lupa nak tempek. Korang google la eyh kalau nak tau muka dia camne,hehe ampunnnn.. Xoxo

.Bibimbap, Korea Sangat.

Assalamualaikum

Semalam kan lepas balik keja terus aku bersilat masak bibimbap. Lama kot aku teringin nak makan bibimbap ni tapi husband ku x layan langsung! Kat paradigm mall ada ja restoran bulgogi brothers tapi husband cakap restoran ni x halal sebab dia ada serve arak. Erm.. Aku pun rasa mcm dah x jadi nak p makan kat restoran tu. Nak xnak aku gigihkan jugak google resepi bibimbap ni.

Bibimbap ni sebenarnya makanan orang korea. Kalau kat negara kita kira macam nasi campurlah. Ada jugak orang yang xtau bibimbap tu apa. Kakak aku lettew, si kaklai. Ko dah duduk kl bpe tahun pun xtau ke kaklai. Buat malu famili sangattt. Kata vogue dari aku. Sedihhlahhh!! 

Nak cari bahan2 nak buat bibimbap ni xdak susah sangat. Kalau p mini market ka apa mesti ada punya. Bukan kena cari bahan dia sampai ke korea punnn. Kat rumah aku ni ada mymydin so senang sikit cari bahan kat situ saja. Aku nak share resepi yang aku buat ni tapi aku lupa plak nak snap gambar step by step sebab kelam kabut. Ni kan festime aku try resepi ni. Kalau awal2 dah snap pastu hasil dia x jadi kan ke malu di situ.. Nty la bila2 aku rasa macam nak makan lagi bibimbap ni aku akan post resepi tu kat sini ya. Skang korang tengok jela hasil bibimbap yang dah aku buat semalam. Jangan nangis tauuu sebab tengok pun dah nampak sedap kan.. Aku tau mesti korang terliur khennn. Well, iolls kan hebat festime try pun dah jadi muahahaha *gelak syaitonn sangattt*




Okbai

P/s: seronok tengok husband makan sampai 2x tambah ;)

Thursday, October 3, 2013

.Ni lah Famili Aku.

Assalamualaikum

Selama aku buat blog ni x penah kot aku cerita pasal famili aku, ekeke.. Ampunn. Aku buat blog ni pun saja suka2. X penah terpikir plak nak cerita pasal famili bagai dalam blog aku ni. Tapi skang blog ni dah macam bff aku. Apa2 cerita mesti aku taruk dalam ni sebab blog ni kan "just story of me". Semua cerita pasal aku. X kesahlah kalau xdak sapa yang baca pun yang penting tuan tanah pueh hati. 


Oke. Aku anak bongsu dalam 4 orang adik beradik. Sorang lelaki dan 3 orang pompuan. Kitorang ni sangatlah rapat. Kalau nak p mana2 ka apa mesti dengan adik beradik ja. Kami ni jarang sangattt keluar dengan kawan2. Nasiblah kakak aku yang 2nd tuh pandai drive. Dia je la yang jadi driver kitorang dulu, kini dan selamanya. Adik beradik lain x guna. Apa pun x bole hahaha.. 


Mula2 aku kenalkan mak aku dulu. Nama mak sariah. Tahun ni umo mak dah 61 tahun. Umo ja tua tapi badan Alhamdulillah gagah lagi. Aku ngan mak share tarikh lahir yang sama, anak mak la katakan hikhik. Mak bagi aku seorang wanita yang sangat kuat. Makla yang bela kitorang dari kecik sampai besar sebab abah meninggal awal. Time tu umo mak dalam 30 lebih camtu. Dulu kitorang duduk kat kl tapi bila arwah abah dah xdak nenek laki suruh mak balik dok kat kampung. At least kat kampung ada orang tengok2 kan sebab time tu anak2 semua kecik2 lagi. Tu yang nenek laki risau tu. Balik kampung mak p keja kilang kat penang. Dengan duet keja kilang la mak besarkan kitorang. Tapi paham2 la gaji keja kilang x banyak mana tapi Alhamdulillah cukupla makan pakai kami anak beranak. Lebih2 nak beli barang yang x perlu tu mintak maap. Memang x dapat. Dulu masa kecik2 kalau nak sesuatu barang tu ada la jugak mintak tapi bila mintak x dapat mengamuk jugaklah aku. Time tu kecik lagi xtau mak xdak duet ka apa. Bila dah ada akal sikit aku banyak pendam ja dari mintak kat mak. X sampai hati nak susahkan mak. Skang ni mak tinggal sorang2 kat kampung. Mak xmau dok sini sebab mak banyak aktiviti kat kampung tu. Mak ikut kawan p mengaji, marhaban dan baca yassin. Xpa la.. Aku lega jugak mak dok kat kampung bole la mak beribadat semua. Kalau dok sini kesian plak kena jaga cucu2. Kadang bila mak sorang2 kat kampung risau jugak tapi pakcik2 aku dok dekat2. Apa2 bole jenguk mak. Aku pun bole kata tiap hari jugak la tepon mak. Ubat rindu. Terima kaseh mak. Maklah mak yang terbaikk dalam dunia. Xdak sapa bole ganti mak tau. Sayang mak dunia akhirat!







Kenalkan plak.. Anak sulung dalam famili aku merangkap anak lelaki satu satunya.. Nama abang mohd fadzli. Aku panggil abang li saja. Umo dia tahun ni masuk 36 tahun tapi masih bujang trang tang tang giteww. Aku pun xtau la kenapa sampai skang dia x kawen2 lagi. Xdak sapa nak kot muahaha!! Mak dah risau dia x kawen2 lagi. Biarkan jela mak. Pikir pun buat pening kepala ja. Abang li ni perangai dia gila2. Perangai tu x sama langsung dengan umo dia. Kadang tu cam bebudak pun ada. Gegurl konfiuss sangat ada abang camni. Tapi aku redho saja. Abang li ni banyak tolong adik2 dia. Kalau kitorang xdak duet ka apa dia bagi pinjam duet dia padahal dia pun xdak duet jugak. Sebab tu la bila dia susah aku bagi ja dia duet. Amekla bang.. Kira sedekah..





Anak yang no 2 ni haaa.. Nama dia zalipah. Mak cerita masa mula2 dulu nak letak nama kakpah ni fadzilah sebab nak sama huruf pangkal depan dengan abang li tapi arwah abah dulu minat sangat kat sorang penyanyi ni. Nama dia zalipah sebab tu dapat anak pompuan terus arwah abah letak nama zalipah,ekeke. Glamer kau kakpah. Umo kakpah 32 tahun. Pun x kawen lagi. InsyaAllah tahun depan kot. Tapiii kakpah ni awet muda sangatt. Maybe sebab dia x kawen lagi kot. Bila iolls jalan dengan dia semua kata aku ni kakak dia bole??? Tensi sangat. Tengokla lepas kawen nty aku kakak ka aku adik. Tunggu jela.. Kakpah ni x kedekut dengan adik beradik dia. Kalau dapat gaji selalu belanja kitorang makan. Dia la yang banyak berkorban. Apa2 yang adik beradik dia mintak dia cuba tunaikan tambah2 mak. Dengan mak dia langsung x berkira. 



Yang no 3 nama dia zulaiha. Umo dia tahun ni 28 tahun. Dia ni pun perangai gila2 jugak. Suka perasan dia paling lawa dalam famili aku. Hello, aku pun lawa jugak tauuu!! Aku ingat lagi masa dia muda belia dulu tetiap malam dia buat fesyen show. Al kesahnya kat rumah aku ada cermin besauuu. Cermin tu bole tengok dari atas sampai bawah. Kaklai ni apa lagi kan ke dia perasan dia paling lawa *mata ke atas* dia punya la buat fesyen show sampai tukar baju berhelai helai.. Siap berkasut lagi. Pakej sekali dengan catwalk. Kauu mampuu?? Aku time tu bodo2 punyala kagum tengok kakak aku, hahaha.. Sampai skang kaklai ni tetap bergaya walaupunnn gems.. Ni baru ja kuruih sikit kalau x gemok ya rabbi. Sumpah x tipu! Kaklai ni dah kawen. Dia kawen muda x salah aku masa dia umo 22 tahun kot. Skng dah ada anak dua. Sepasang. Icha dan yayan. Tu jela dua orang anak buah aku yang tersayang sangatlahh.




Ha.. Ni la anak bongsu puan sariah. Paling lawa gitew dalam famili. Aku lettew, kekeke.. Nama aku zurini. Dari kecik orang panggil aku juju. Tahun ni genap umo aku 25 tahun. Muda lagi tapi anak dah dua, Alhamdulillah.. Aku ni nak kata manja, bole la.. Dulu sebelum kawen bole la manja lebih sikit. Lepas dah kawen mcm x koserr je nak manja2. Perangai buruk aku yang orang lain mungkin nyampah ialah aku ni kuat merajuk. Besa la kan anak bongsu mestila kuat merajuk. Aku x faham kenapa orang lain x bole nak faham kite2 yang anak bongsu ni mesti kena kuat merajuk, mihmihmih.. Yang lain tu semua oke ja. Aku kan perfect *sangatlah*. 







Okbai

P/s: aku sayang gilerr famili aku. Even selalu gadoh tapi kejap ja pastu baik balik. Air dicincang x kan putus kan. ;)

Wednesday, October 2, 2013

.Keja vs Surirumah.

Assalamualaikum

Sapa yang x suka dok rumah? Aku bukan salah sorang daripada tu,hikhik.. Kalau bole aku nak dok kat rumah 24 jam. Pedulik apa. Aku suka kan. Dokla merap tengok tv ka. Kemas rumah ka. Masak ka. Aku x kesah asalkan dapat duduk kat rumah pun dah cukup. Tapi bagi aku keadaan memang x mengizinkan. Aku kena keja bantu husband. Kalau x memang x cukup expanses. Banyak benda nak kena bayar. Tapi iolls iklas sangat bantu husband. Nampak sangat ciri2 isteri mithali giteww.

Aku ada jugak cita cita nak jadi suri rumah *kau hade?*. Dok rumah jaga makan pakai husband n anak2. Tapi baru seminggu cuti (sebab jaga anak demam) aku dah meroyan nak keja. Aku ingat sonok dok rumah saja tapi ya ampunnn bosan la sangat. Kalau sehari dua xpa ni masuk seminggu pun dah blurrr, idokle teman..

Bagi aku antara suri rumah dan keja, jadi suri rumah lagi penat kot. Keja rumah x penah putus. Ada ja benda yang nak kena kemas. Basuh pingganla, sidai baju, lipat baju. Segala macam la semua kena buat. Kalau dah namanya suri rumah kena la rumah tu cantik berhias, husband balik semua lauk pauk siap dihidang. Husband tunggu nak cuci tangan je giteww kan. Senang kata semuanya kena tip toplah. Sebab tu aku respek dengan suri rumah ni. Keja diorang sebenarnya lagi susah daripada kita yang keja kat luar ni. Aku pun penah sekali buat keja macammm suri rumah *lah sangatt kan* phewwwww memang penat. Abes satu badan bermandikan peluh. Kunun2 nak feeling2 suri rumah yang rajin tapi iolls x mampu nakk.. 

Buat masa sekarang memang aku kena keja. Banyak benda nak pakai duet skang ni tambah2 anak2 tengah membesar. Sedih kot kalau anak2 x dapat apa yang diorang patut dapat. Aku penah lalui semua tu dulu sebab aku memang bukan anak orang kaya. Nak satu benda tu x sampai hati nak cakap kat mak. Pendam ja la. Sebab tu aku xmau anak2 aku lalui benda yang sama macam aku dulu. Aku x kesah belikan diorang toys, baju2 ka apa sebab tu memang hak diorang. Aku bahagia kalau tengok anak2 aku bahagia. Barang kitorang xpa kiv dulu. Anak2 yang penting. 

Kalau time weekdays memang lah aku ni susah sangat nak basuh baju. Nasib kakak ipar aku rajin tolong basuhkan baju ekeke. X guna punya adik ipar. Aku musykil sangat apsal la banyak sangat baju yang nak kena basuh. Dalam rumah ni bukan ramai sangat pun. Baju 3 orang je pun. Baju zara's kak wan (pengasuh) yang tolong basuhkan *lega mak nakkk*. Tapi bole dikatakan tiap2 hari kena basuh baju. Kalau x menimbumlah baju2 dalam raga tu. Ngeri mak mentua aku kalau tengok. Bila baju dah basuh tiap2 hari mestilah kena lipat baju. Tu la part yang aku x suka tu. Bercinta sangattt kalau nak lipat baju ni *nangis*

Susah kan. Susah bagi orang yang macam aku la kot. Kalau korang mesti korang ok punya. Korang kan power. Aku ni pemalas. Dari dulu lagi tapi bila dah kawen ni aku perasan la kan aku ni dah kurang la sikit tahap kemalasannya. Ate awok kan nak berubahh. Slow2 la. Kalau drastik sangat terkejut plak husband tengok aku tiba2 rajin. Besa aku rajin sangat2 pun time weekend jela. Time tu memang iolls jadi fully housewife. Kadang tu sonok pun ada sebab benda tu kita buat untuk husband untuk famili kita. Lagi satu sebab kita iklas. Percayalah. Kalau ada antara korang yang sama perangai cam aku, pemalas.. Tapi bila buat keja rumah sebab untuk famili kita benda yang buat kita penat bole jadi syiok. X percaya cuba buat sendiri,hikhik

Okbai

P/s: x sabar sangat nak tunggu weekend sebab nak merap kat rumah. Banyak benda aku nak buat. Sabar jela juju..

Tuesday, October 1, 2013

.Welcome October.

Assalamualaikum

Wah.. Dah masuk bulan 10 kan. Kejap ja dah nak hujung tahun. Banyak lagi kot azam aku yang belum lepas. Nyampah tauuu.. Azam nak kuruih tu la yang lepas2 dari dulu lagi. Tu lagi aku nyampah tu. Xpa.. Aku selalu positifkan diri aku. Masa ada banyak lagi. Ke x kuruih bole sambung tahun depan. Buat azam untuk tahun depan plak ye dak,muahaha.

Macam2 plan bulan ni aku nak buat. Nty kalau aku free dan ada mood nak berblogging aku share kat sini ya. Lagi pun x lama lagi hari raya haji kan. !st time jugak tu zara's beraya haji, ngeh2x.. Taoi tahun ni turn aku beraya kat teluk intan.. Jauh dengan famili. Sobs sobs..

Okbai

p/s: Welkam oktober sangattlahh!!