Powered By Blogger

Tuesday, June 25, 2013

.Husband Normal.

Assalamualaikum

Lama x update blog,huuuu..sejak husband dah start masuk keja normal aku x menyempat dah menjengah blog ni. Mana x nya.. Even normal pun kami p keja pukul 5.30am! Husband amek normal tapi masuk pukul 6am - 6pm, isnin sampai jumaat. Aku yang xdak kena mengena pun terdrag sama sebab kami kan sama tempat keja, so kena p sama2 la. Nasib badan.. Xpa la husband punya pasal.

Tapi kesian kat anak2 la.. Awai2 dah bangun. Besa pukul 5am diorang dah bangun. Aku pukul 4.30am dah bangun dahhhhh.. Awai habaq hang..! Kalau lambat 5 min menjeritla husband kat aku sebab aku ni lambat siap, hehe..

Subuh2 dah p hantar anak2 kat pengasuh. Sian.. P gelap balik pun gelap. Kadang sedih jugak, budak2 lain time ni tidoq lagi anak2 aku dah kuar p rumah pengasuh. Buat masa sekarang kena tahanla.. Kalau husband x amek keja 6am - 6pm, x cukup belanja kami anak beranak. Terpaksa la berkorban sikit. Aku pun kena tahan jugakla sebab aku yang berkeras nak husband masuk normal. Susah sangat kalau husband keja shift. Tambah2 time shift malam. Memang kalau shift ni gaji masyukkk tapi aku terpaksa demi anak2. Memang aku x bole jaga anak2 time malam. Time nak tidokan diorang.. Masing2 merengek. Aku dah penah try banyak kali tapi asyik failed saja. So aku surrender. Ramai yang x faham.. Sebab diorang x penah rasa ada anak kecik sampai dua! 

Sekarang ni Alhamdulillah.. Bila husband dah masuk normal hidup aku terurus sikit. Dulu bila husband nak start shift malam mula la dada ni berdebar gitew. Tapi sekarang syukur.. Balik keja dalam pukul 6.30pm, amek anak2 sampai rumah dalam 7.30pm. Rehat2 jap. Tiap2 malam aku akan masak bubur nasi untuk anak2. Aku masak sendiri untuk bawak p rumah pengasuh. Bagi tido anak2 dalam pukul 9.30pm. Then umi n ayah diorang pun ikut sekali tidoq. Memang dah jadi rutin kami tidoq awai sekarang ni sebab esok nak p keja awai,hukhuk..

Apa yang best sekarang, tiap2 sabtu n ahad bangun pagi ja aku nampak muka husband. Heaven sangat hokay. Aku rasa rumah tangga aku perfect bila husband sentiasa ada dengan aku n anak2. Terima kaseh b sebab berkorban untuk kami! ⓛⓞⓥⓔ u ketat2, hehe..

Bubye

P/s: oh, aku update blog pukul 11pm.. Dah terlajak masa ni. Besok nak bangun awai nak sahur nak p keja. Ada 5 hari lagi nak ganti puasa, daa!!

.TommieTippie Glass.

Assalamualaikum

Tercapai jugak hajat aku nak belikan anak2 botol susu tommietippie versi glass. dah lama aku sembang dengan husband nak beli tapi Alhamdulillah bulan ni dapat jugak.. rezki anak2..

Aku beli kat manjaku sg buloh, harga RM59.90. aku beli jenis glass sebab kalau pakai glass ni dah x payah susah2 nak tukar botol dah. kalau kita pakai botol susu jenis plastik tu 3 bulan sekali kena tukar tau sebab kita kan selalu letak air suam dalam tu. plastik x elok untuk kesihatan ya tambah2 untuk baby. 






Sekarang ni aku x bagi lagi anak2 pakai botol susu tu. xtau mcm mana tahap kekuatan glass dia. tapi yang aku baca kat internet, botol susu jenis glass ni xkan pecah kalau setakat baby yang guna. baby kan biasa suka buang2 botol susu kan. InsyaAllah xkan pecah. 

Sebelum beli tommietippie ni aku macam tergoda dengan brand avent jenis yang baru ni. Memang cantik. Aku siap p survey harga kat internet. Ada yang jual twin pack 9oz dalam RM72 gitu ja. Ok la kan. Tapi husband i x minat sangat dengan avent ni. Husband prefer lagi tommietippie. Alasan dia, tommietippie comie..bole??? Hahaha

Apa2 pun aku akan buat yang terbaik untuk anak2 aku. Kalau bole biarlah diorang ni cukup makan pakai segala. Mak ayah dia x cukup xpa asal anak2 dapat. Aku beli botol susu ni pun atas dasar kesihatan. Kita xtau tahap botol susu plastik macam mana. Aku tau pun sebab baca kat internet. Kalau dak sampai sekarang la aku xtau apa. 

Pada mak2 kat luar sana yang still nak bagi anak pakai botol susu plastik xpaaa.. Xdak masalah tapi kalau bole tu setiap 3 bulan kena tukar yang barula ya. Kesian kat anak2.. Aku ni nak jimat sebab tu aku beli botol susu versi glass ni. Xpayah nak tukar2 dah.. So, tepuk dada tanya hati. Apa yang terbaik untuk permata hati kita. 

Bubye

P/s: seronok jadi budak2.. Barang diorang semua shomel.. Awesome!!!

Thursday, June 6, 2013

.Tak Payah nak Sombong Sangatlah!!.

Assalamualaikum

Pelik dak kalau ada kawan kita tiba2 ja dah x tegur kita. bagi aku sangat pelik. kita ni dok jenuhla pikir apa la salah kita. last sekali aku decide lantakla kat ko! nak tegur aku tegurla xnak tegur sudey.. sikit pun x jejaskan aku,muahaha

Kadang aku pikir jugak buat apa aku nak jaga hati orang mcm tu. serius buat rugi. baik aku buat hal aku sendiri. aku ni memang ego tinggi. kalau orang tu dah buat taik kat aku, aku pun akan buat benda yang sama. kalau orang tu dah x tegur aku, aku pun xkan tegur jugak. 

Nasibla aku ni jenis malas nak layan sebab aku tau memang ada jenis orang perangai mcm ni. bukan takat perempuan, lelaki pun ada! haduii la hai.. rasa lawak pulak. x macho langsung hokey!! 

Sekarang, yang paling penting aku nak keja keras untuk support suami support rumahtangga aku. aku xmaula pikir pasal benda2 remeh ni. banyak lagi benda aku nak pikir yang lagi penting. 

Tapi satu ja.. kalau aku ada buat salah aku mintak maap tapi aku xkan lupa apa yang 'orang2' ni dah buat kat aku sebab aku nak 'orang2' ni jadi contoh kawan yang patut aku elak untuk future nty. 

Bubye

p/s: aku x matila kalau ko x tegur aku, haish !! ;p

Friday, May 31, 2013

.Pindah Rumah Baru.

Assalamualaikum

Dah 2 bulan aku pindah masuk rumah baru. sewa saja. nak beli x mampu lagi. rumah kat area kl dan selangor ni mahai sangat.. yang mampu cuma menyewa saja. cukupla, ada jugak tempat nak berteduh gitew..

Rumah yang kami sewa ni dekat saja dengan rumah sewa lama. belakang saja, sebab tu aku still hantar anak2 kat pengasuh lama. lagipun susah nak cari pengasuh lain sekarang ni. lagi2 anak aku kembar, bukan senang nak cari pengasuh yang nak jaga dua2 baby sekaligus. pengasuh yang ada sekarang ni pun Alhamdulillah, oke..

Sewa rumah baru ni mahai RM100 saja dengan rumah yang dulu. ni pun kira rumah yang terpaksa ambik sebab dah tahap desperate sangat dah time tu. husband sembang dengan owner rumah lama hujung bulan 3 tu kami dah nak pindah padahal rumah sewa baru pun x jumpa lagi! terkial2 jugak la kami laki bini p cari merata rata rumah sewa, hahaha. nasib husband ada p tengok iklan kat 7eleven. husband col then terus plan petang tu nak jumpa. owner rumah baru ni cina perempuan. ok jugak la tapi dia tegas sikit, haha. kira kami masuk rumah 20hb, so dia nak every month mesti bayar sewa rumah 20hb jugak. tu jela yang part dia x boleh tolak ansur.

Masa nak pindah rumah ni, kami x sewa lori pun sebab adik husband ada mai tolong. dia ada ranger. barang2 besar macam sofa, peti ais, katil semua bawak naik ranger saja. jimat. kalau sewa lori dah berapa kan. banyak trip jugakla husband ulang alik. nasib dekat. aku dok rumah saja jaga anak2. nak tolong pun x boleh,huhu..


 gambar masa mula2 pindah dulu. time ni rumah x kemas lagi, ngee >_<




Nak pindah rumah ni susah sikit. kalau bole biarlah lama sikit duduk sini baru la nak pindah tempat lain. banyak benda kena buat. kita tengok barang kita memang x banyak tapi klu dah siap susun, longgok semua.. mak ai.. memang x lalu, hahaha.. 

Tapi dalam hati ni teringin nak ada rumah sendiri. xtau la bila bole beli. tapi husband memang xmau beli rumah area kl dan selangor sebab dia xmau duduk kat sini pun. insyaAllah, kalau ada rezki tempat lain kami nak pindah kat ipoh. xmau la dok sini. pening kepala. tiap hari balik keja jammed saja. sebab tu la kami duduk kat area kg melayu subang ni . kat sini macam kg2 lagi, tenang ja, hehe..

Pada sapa2 yang dah beli rumah muda2 ni, untungla.. senang bila dah ada aset sendiri. aku ni banyak benda nak beli. dalam kepala otak ni berapa banyak barang yang aku nak x dapat lagi,huhu.. xpa la, slow2.. ada rezki adala. sekarang ni, start kumpul duet sikit2. mana tau nty jadi bukit, hehe..

Bubye

p/s: rumahku syurgaku ;)

.Anak Sakit.

Assalamualaikum

Minggu ni 4 hari aku ambik unpaid leave sebab anak aku sakit. Start sakit hari rabu lepas. time tu aku kat tempat keja, pengasuh aku htr msge bgtau badan amani panas. aku x terkejut sangat sebab biasa kalau nak masuk bulan baru anak2 aku mesti demam. biasa orang2 tua cakap baby demam sebab nak dapat benda baru. 

Balik rumah aku terus bagi amani makan ubat, nasib ada lagi ubat amalia sebab sebelum tu amalia dah demam dulu. pagi khamis dalam pukul 3 camtu, amani x bole tido. merengek2 dia kat aku. aku pegang badan dia, panas yang amat. bagi susu dia xmau. menangis ja. then aku ribakan dia baru dia bole tido. bila letak kat bantai dia terjaga, menangis nangis. dia nak tido atas riba aku saja. x lama tu dia jaga,dia muntah kat aku. banyak sampai lenjun la baju aku. time tu aku dah start risau. x penah2 amani muntah sampai macam ni. sampaila amani start terkejut2. masa tu memang aku dah risau gila, air mata aku ni x berenti mengalir. aku takut kalau amani kena sawan ka apa. aku peluk amani kuat2 sampai dia ok. pastu aku bagi amani kat husband sebab aku nak tukar baju yang kena muntah td pastu terus nak solat subuh. abes solat, husband plak kena muntah amani. masa husband pegang pun amani still terkejut2 lagi. husband ajak p klinik. nasib ada klinik yang bukak 24jam kat area rumah aku tu.

Hari tu aku x p keja, jaga amani. amalia aku hantar kat kak wan. aku x bole nak jaga dua2 sebab amani nak menempek dengan aku saja. kesian pulak kalau amalia tinggal sekali, x terjaga pulak dia. check dengan doc temperature dalam 37`C, ada demam sikit saja. kira dah lega dah hati aku ni.

Sampaila hari ahad lepas, amani still demam panas lagi. tiap2 malam aku lap badan dia dengan air asam. letak air kat kepala, balut tuala basah kat badan. masukkan ubat bontot kalau temperature badan dia 39`C. semua aku dah buat tapi badan dia still lagi panas.

Ahad pagi tu husband ajak p klinik lagi. kami p klinik sama sebab dah ada rekod penah mai khamis hari tu. doc check kata macam ada simptom2 denggi. berderau darah aku dengar. doc bagi surat untuk refer amani ke hosp. lepas tu terus kami shoot p sjmc. 

Kat sjmc, nurse ambik darah amani dan Alhamdulillah result darah tu xdak denggi tapi ada infection lain. so, nurse nak buat urine test plak. nurse letak urine bag kat private part amani tapi masalahnya amani x kencing2! yelah, amani xnak minum, so dia xdak air nak keluar. 2 jam jugakla kami tunggu amani kencing sampaila nurse cakap kalau dia x kencing xpela. tapi kalau amani still sakit lagi dalam 2,3 hari buat appointment dengan doc pakar kanak2.






Hari khamis tadi aku bawak amani p jumpa bidan. ni pun sebab mak aku suruh bawak. saja nak bawak p beurut. kita ikhtiar saja. bidan cakap urat kat belakang badan amani ada terseliuh sikit. biasalah budak tengah lasak, tengah pandai nak merangkak, mungkin ada sikit urat dia tersalah. syukur Alhamdulillah.. lepas ja berurut, amani terus sihat. terus bole senyum. aku rasa sebab badan dia dah lega kot. bidan tu ada cakap baby ni kalau bole kena beurut jugak dalam 3 bulan sekali. insyaAllah, lepas ni aku nak bawak amalia plak p beurut. 

Sekarang ni amani dah sihat cuma badan dia dah susut sikit. aku tengah gigih nak top up kan balik badan dia bagi gemuk balik. rajin bagi makan. susu pun dia dah bole terima dah. lega sangat2.



Bubye

p/s: minggu depan dah start keja macam biasa balik. kena ada semangat baru la sebab dah lama cuti ni,haish!

Wednesday, May 22, 2013

.Cakapla Elok Sikit.

Assalamualaikum

Aku cukup menyampah dengan orang yang suka kondem2 orang lain. aku cakap sebab aku dah kena. lelaki pulak tu. aduyai. sedih la kalau lelaki perangai macam ni.

Aku ni ada jugakla impian nak sambung study. sapa xmau kan. cuma duet ja yang jadi penghalang. aku ada sembang dengan husband pasai benda ni n aku plan macam nak amek course degree pendidikan. mana tau rezki anak2, abes study dapat jadi cikgu ye dak. 

Husband aku jenis x kesah, asal aku betui2 nak sebab dia pun nak sambung study jugak. tapi dah jadi macam ni kena salah sorang la p study dulu. kalau dua2 p buat pjj sakit jugak kan. 

Nak dijadikan cerita, kat tempat keja aku ada sorang brader ni. dia technician jugak. wife dia dulu keja jadi guru sambilan, tup2 wife dia dapat offer dari kerajaan p sambung study degree pendidikan. sekarang dah jadi cikgu dah. aku ni pun tanyala macam mana wife dia dapat offer dari kerajaan. tau dak dia cakap apa? ''ko ingat senang ke dapat keja lepas abes study tu? ko tau x ramai cikgu yang menganggur?''. aku diam. xtau nak cakap apa. lepas tu dia sambung lagi ''ko bole ke nak jadi student balik? baik ko p jogging dulu,hahaha''.. WT%*#@!!! memangla aku sentap gila. x bole ka nak bagi semangat ka apa. aku ni nak sambung study sebab nak ubah ekonomi rumahtangga aku. ko ingat ko punya wife ja yang bole jadi cikgu? cuba la pikir jauh sikit. janganla suka dok buat lawak bodoh n x kena tempat. 

Sekarang ni aku malas nak tegur sangat dah brader ni. kalau nak cakap pun cakap benda yang penting saja. serik aku bila dah terkena. so, impian aku tu macam kena hold dulu ja.. aku bagi peluang kat husband dulu kot,hehe..

Bubye

p/s: lelaki kalau perangai macam ni sungguh x macho. betui!!


Tuesday, May 21, 2013

.Bisnes.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. aku dan husband dah start berbisnes. sebelum ni aku ada buat bisnes jugak tapi share dengan kawan2. lepas tu x lama dah senyap bisnes kitorang. masing2 bz.. lagipun nak discuss pasal bisnes susah. nak kena plan masa baru bole jumpa.

Bisnes yang baru ni aku dan husband jual barang baby. dah lama aku simpan impian nak jual barang baby. nasib husband setuju dan tolong aku sama buat bisnes ni. lagi satu aku ni x dak lesen. susah sikit kalau nak beli barang niaga. so, husbandlah tempat aku mintak tolong. dat's why aku masukkan husband sekali dalam bisnes aku ni. senang. 

Sebelum aku start bisnes ni aku ada tanya blogger femes safiyyah osman pasal nak berbisnes ni. aku msge piya kat fb tanya mana tempat nak cari barang niaga. piya ni bagitau la kat aku mana dia amek barang. siap bagi website wholesaler tu lagi. punya la baik. x penah la aku jumpa orang macam dia. biasa ada setengah orang x bagi tau mana tempat dia amek barang niaga sebab dia takut kita kacau periuk nasik dia. tapi piya ni x...... dia siap cakap ada ka dalam Al Quran sebut dia sorang ja yang bole meniaga barang baby.. memang start daripada tu aku tersedar, patutla piya ni murah ja rezki dia, dia x kedekut dengan orang. senang ja nak share. dengki tu jauh sekali la.

So, dengan semangatnya, hari ahad lepas aku dan husband p serbu gm klang. kami beli sikit saja. nak test market dulu. borong banyak2 pun takut x terjual susah jugak. hari ni dah masuk hari kedua aku dan husband menjual. semalam aku ada bawak barang niaga p tempat keja. Alhamdulillah ada jugak rezki anak2. kat fb pun aku ada post jugak. siap buat page untuk bisnes aku lagi. 

Sapa2 yang teringin nak beli barang baby dengan harga yang murah, rajin2 la p tengok fb littlepeopleplace . aku pun ada plan nak buat pre order. semua barang akan dijual dengan harga borong, insyaAllah.. doakan bisnes aku dan husband ni lancar. aku harap bukan hangat2 taik ayam la. 

Bubye

p/s: terima kasih Ya Allah ;)