Powered By Blogger

Monday, November 24, 2014

.Baby dah Engage.

Assalamualaikum

Rabu lepas aku ade appointment kali kedua dengan doc hospital sg buloh. Since uri dah naik ke atas, 2nd appointment ni doc just nak tengok result air kencing 24 jam n result darah dalam badan aku je. Eksaited sangat nak tau result, awal2 dah sampai kat hospital sg buloh. Xmau lambat2 nty queue panjang.


Hari tu dapat doc india. Laju je dia buat keje tapi okayla xde la membebel panjang sangat kan. Sampai2 je dalam bilik terus dia ajak scan sebab 1st appointment dulu baby breech. Kali ni nak tengok position baby dah pusing ke belum. Masa mula2 scan tu, doc terus scan kat tempat bedah dulu n doc tunjuk kat screen kepala baby dah kat bawah. Hooyayy!! Doc cakap ni dah engage ni. Dalam hati ni x abes2 bersyukur kat Allah SWT. Doc check air ketuban okay cukup. Berat baby dah 2.1kg. Normal untuk usia kandungan 34 minggu 3 hari time tu. So far semua normal :)

Dah abes scan doc bagitau result air kencing 24 jam. Normal dah xde terlebih protein pun. Darah pun ok. Doc cakap awak semua okay. So tunggulah.. Bole try bersalin normal. Alhamdulillah.. Rasa seronok sangat bila doc cakap macam tu. Aku je la kena jaga makan dan kesihatan. Harap2 semua nya normal lah sepanjang aku mengandung sampai lah aku bersalin nty. Kali ni harap sangat bole bersalin secara normal. Dah xnak rasa czer. Nak rasa plak nikmat bersalin normal. Korang doa2 kan lah eyh.

Bubye

P/s: Semua sebab Dia. Terima kaseh Ya Allah

Saturday, November 15, 2014

.Uri Bawah Part 2.

Assalamualaikum

Hari tu aku ade cerita pasal complication uri bawah kat sini. Last week aku ade appointment dengan doc hospital sg buloh. Macam biasalah prosedur nak check up2 ni. Sebelum jumpa doc kena amek air kencing, check BP, timbang berat badan and so on.


Nasib hari tu x ramai so xde lah tunggu lama sangat nak jumpa doc. Masa jumpa doc tu ade lah dia bagi consult sikit. Mukadimah katanya, huhu. Then pegi scan nak tengok kedudukan uri. Masa nak scan tu debor sangat rasa hati ni. Alhamdulillah.. uri dah naik ke atas. Syukur sangat2 masa doc bagitau gud news tu. Allah dengar doa aku n husband. Syukur. Pastu doc tanya aku nak bersalin normal ke czer. Ofcoz la kan aku jawab normal. Sapa yang xnak bersalin normal kan. Doc cakap kalau rezki aku keluar tanda masa 37 weeks or 38 weeks memang bagus sebabnya peluang untuk aku bersalin secara normal sangat cerah. Doa2 kan la ye.

Tapi hari tu urine test aku ade kantoi sikit. Uri dah ok sangkut plak tang air kencing huhu! Doc cakap protein dalam air kencing aku lebih +1. Kalau lebih darah tinggi bole naik. So, doc mintak aku kumpul air kencing 24 jam. Adoiiii lah. Aku buat hari ahad. Jenuh jugakla setiap kali nak kencing kena kumpul n simpan. Xpe.. Experience kan. Lepas ni kalau ade orang yang kena macam aku ni bole la aku share cerita haha! 

Next week ade appointment lagi dengan doc hospital sg buloh. Mudah2 mudahan semua result aku ok kali ni. Dan aku dah x sabar nak tunggu orang kat dalam ni keluar. Semua barang dia ummi dah siapkan. Tinggal nak masuk dalam kereta je lagi. Harap2 kali ni bole lah aku bersalin normal. Korang, tolong doakan aku eyh!

Bubye

P/s: Magic sangat bila doc bagitau uri dah naik padahal sebelum tu p scan uri still kat bawah lagi. Kuasa Allah kan sapa yang tahu. Allah sebaik2 perancang. Syukran Ya Allah!

Sunday, November 2, 2014

.Rutin Harian Sebagai Wanita Bekerjaya.

Assalamualaikum

Ewahhhhh! Tajuk entry tuh kelasss sangat tau hehe.. Saje je nak share dengan korang rutin harian aku. Aku ni kan wanita berkerjaya *cuitbahuawak* ade ke masa nak buat kerja rumah tangga plak kan. Haaaa.. Soklan tu kan membunuh sangat tau. Even aku ni keje tapi keje rumah tetap aku buat. Kadang tu memang letih sebab x abes letih kat tempat keje balik rumah kena buat keje lagi. Tapi sebagai seorang isteri nak xnak kau kena buat jugak. Tu salah satu tanggungjawab kite jugak kan.

Macam aku ni, pukul 5.30am dah keluar pegi keje sebab husband keje 6am - 6pm. Hantar anak2 kat pengasuh then terus shoot pegi keje. Pagi2 sebelum keje memang kitorang berdua makan dulu. Biasa memang kitorang bawak bekal. Masak la pape malam tu. Ni kes jimat. Minyak dah naik rege haihhhhh *lappeluhkatdahi*.. Balik sampai rumah pengasuh dalam pukul 7pm. Alhamdulillah, even lambat mana pun pengasuh x penah mintak bayaran tambahan. Memang rezki kitorang dapat pengasuh macam ni.

Rutin setiap malam aku dah siap2 buat jadual. Sebelum buat jadual tu aku discuss dulu dengan husband sebab banyak benda yang dia kena buat sebenarnya ^_^.. Setiap hari isnin, rabu dan jumaat adalah hari laundry. Ni keje aku lah sebab dari dulu husband memang x suka part2 baju nih. Dia lebih rela masak dari buat hal2 baju. Time tengah pregnant ni banyak keje yang husband dah ambik alih. Aku ade jugak buat sikit2 macam kemas rumah ke. 


Time weekend aku cuma buat keje rumah yang rare sahaja. Contoh, cuci peti ais ke.. Tu kira rare la kan sebab bukan selalu nak cuci. Bila kita dah ade jadual secara automatic nya semua dah jadi tersusun. Weekend aku dah x sebusy dulu. Lebih banyak masa untuk aku rehat. Just masak kalau husband OT dan jaga zara's saje. 

Sebenarnya x penah pun terpikir nak buat jadual bagai ni. Aku buat pun sebab ade terbaca dalam fb bahaha. Membantu betul fb ni. Dah 24 jam dengan fb je kan. Zara's bukan nak layan aku sangat. Diorang sibuk main berdua je. Sebab tu kalau weekend habes semua fb n instagram aku baca. Tv pun sampai dah xtau nak tengok cerita apa. Dulu memang susah nak jaga diorang. Sekarang ni Alhamdulillah senang sangat2. Tapi sekarang ni bila perut dah makin membesar aku x berapa nak mampu nak jaga diorang. Nak bagi mandi. Kadang tu kita xtau mood diorang mcm mana. Bukan tiap kali baik je. Ade time gaduh jugak sampai gigit2. Tu lah part yang aku x bole blah. Memang kena mintak bantuan husband. 

Esok dah start keje balik dah. Gini lah kan. Sekejap je rasa cuti. Nak tunggu cuti punyaaa la lamaaaaa hehe.. Tapi sebab nak carik duet punya pasal kena keje jugak kan. Xpela asalkan kita iklas bantu husband.  

Bubye

P/s: Dah xde keje time weekend, kite tido jelaa hehe..

.Nebes Angatt.

Assalamualaikum

Aik.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan november kan. Cepat sangat masa berlalu. Dan lagi sebulan je lagi aku nak beranak hihi. Nebes tau. Rasa macam x penah beranak je hihi tapi dah siap kena belah dah dulu. Kali ni harap lah dapat peluang rasa beranak secara normal. 

Petang semalam jalan2 p manjaku sg buloh. Kebetulan husband cuti so aku ajakla husband p cari barang baby yang belum cukup lagi. Alhamdulillah setakat ni 90% barang dah complete. Tinggal sikit2 je lagi barang yang nak dibeli. Barang aku confirm x beli lagi haha. Abeslah.. Jangan jadi macam dulu sudahlah. Menangis kau tepi bucu katil. 

Hari ni husband pun x keje. Aku mintak bantuan dia tolong basuhkan baju baby. Lepas ni bole lah packing bag dah pastu siap2 letak dalam kete. Masa zara's dulu semua x menyempat. Aku la punya pasal. Nanti2.. Kan husband yang kena buat semua. Cari spender aku x jumpa. Geram betul. Last2 kena marah dengan aku. Padahal dah tau salah sendiri, huhu!

Sekarang dah masuk 32 weeks. Memang dah rasa cepat letih sekarang ni. Aku x bole buat keje berat since aku kan ade placenta previa. Dan kalau aku berjalan lebih sikit or x cukup tido besok tu siaplah. Sakit la segala tambah2 sekarang ni aku kerap sakit kat bahagian bawah tuttttttt. Rasa macam nak tercabut je. Sabar la sangat2. Maybe effect dari PP tu kot. Nasiblah husband banyak tolong aku buat keje rumah. Tapi kesian tengok dia balik keje penat2 terus masuk dapo masak. Aku ni dia suruh rehat je. Hmm..

Xmau la sedih2 kan. Doakan aku semuanya berjalan lancar. Doakan jugak uri baby naik ke atas dan aku bole lah beranak secara normal. InsyaAllah..

Bubye

P/s: Lepas beranak nty janji kena rajin buat semua keje rumah. Ganti balik masa husband ni.

Saturday, October 25, 2014

.Selamat Hari Raya Eiduladha 2014.

Assalamualaikum

Hey! Salam eidul adha.. Malunyee nak post entry ni.. Dah berminggu minggu raya haji dah lepas aku baru sibuk nak post kan. Deepavali pun dah lepas hikhik. Lantok kau! Alhamdulillah dapat jugak hamba beraya kat kampung parit abas nan permai. Gittew sangat ayat aku tauu. Sapa yang x suka balik kampung sendiri oiii. Sonok angat2. Dapat jumpa mak, dapat makan masakan mak. Amaigad.. Tetiba windu kat mak sobs sobs..

Kitorang sampai kampung dalam pukul 9pm. Jalan ade sikit jammed sebab tu lewat sampai. Malam tu memang sepanjang jalan jammed. Tu pun aku tau dari twitter. Nasib kitorang terlepas sebab kami laki bini half day jumaat tu. 

Tahun ni menu raya ala kadorr saje. Menu wajib ade ketupat daun pisang. Ni sumpah feveret aku dari dulu kini dan selamanya. Tapi bab nak mengayam langsung aku failed haha! Jenuh mak aku ajaq satu pun x jadi. Tahun ni mak buat x banyak dalam 20 bijik je sebab buat sorang2 kan. Kalau ade kakpah bole la banyak sikit kot tapi kakpah x balik raya tahun ni die keje.


Menu lain yang glemer untuk famili aku ni ha.. Ayam masak golek. Memang feveret famili aku. Rasa dia lebih kurang macam ayam kuzi tapi lagi sedap ayam masak golek hehe.. Rempah dia memang rempah golek, orang kampung aku ade jual. Kat tempat lain rasanya xde. Tu yang kalau tetiba nak masak ayam masak golek ni susah sikit, ko kena balik kampung baru dapat masak. Selain tu, kaklai ade buat mee bandung. Nasib sedap sebab malam tu dia meroyan kuah mee bandung dia x jadi. Tetiba bangun pagi raya tu eh sedap plak. Ajaib sangat.





Tahun ni kitorang xde sambut meriah sangat. Baju pun pakai yang recycle punya. X koserr aku nak beli baju baru plak time pregnant ni. Pakai je baju yang ade. Zara's pun pakai baju lama. Jenuh mak dia ni punggah lemari cari baju diorang tskk. 



Ni je gamba yang mampu aku tatapkan untuk korang. Biasa2 je sebab iolss bukan retis haha!

Petang tu lepas asar siap2 pack terus shoot pegi teluk intan. Gini lah kalau kawen 1 negeri mesti kena balik dua2 rumah kalau x nty husband nangis hentak2 kaki. X koserrr lah aku nak pujuk.

Tu je cerita raya haji bagi tahun 2014. Even hambar je raya haji kitorang tahun ni tapi syukur sebab Allah dah beri kesempatan untuk aku beraya bersama famili yang tercinta. Terima kaseh Allah!



Bubye

P/s: trauma nak balik kampung bila ade je accident. So, please hati2 k.

.Shoppin Barang Baby, Yeayyy!.

Assalamualaikum

Penatnya lahaiii p gm klang semalam. Semata mata nak p cari barang baby. Semalam aku cuti. Husband pun x OT so kitorang memanfaatkan hari cuti ni p beli barang baby. Nak beli bila lagi kan. Kang lambat2 aku x larat. Sekarang dah masuk 31 weeks dah x larat dah nak jalan lama2. Lagipun semalam x ramai sangat orang sebab kebanyakkan orang keje. Kitorang je yang cuti sebab dapat replacement untuk awal muharram. So aman damai sangat shopping hehe..

P gm klang berdua je. Zara's awal2 kitorang hantar kat pengasuh ngeee. Nasib x bawak, kalau bawak mau diorang pengsan, kiri kanan elsa hahaha.. Banyak jugak yang kitorang dapat rembat. Beli pun yang penting n yang xde je. Xpyh nak membazir sangatlah kan. Barang2 zara's banyak yang bole pakai lagi. Barang2 Zara's dulu aku dah siap2 asingkan dah. Tinggal nak basuh semula je lagi. Tunggu nak beli sabun basuh ABD tu x beli lagi huhu.

Ni antara barang2 yang sempat aku shopping semalam. Baju siang baby. Kira macam baju basahan la.. 1 pasang rm10. Kain dia lembut sesuai untuk kulit baby. Pastu ade topi 2 helai. Topi tu beli sekali dapat booties n mittens. So dah jimat kat situ. Harga dia pun rm10 saje. Sapu tangan ade 8 helai rm20. Kain lembut xdela kasar.


Ni baju untuk tido malam. Beli 3 pasang jatuh 1 rm13. 1 pasang aku lupa berapa. Tapi kira okla. Susah kot nak dapat harga gini kalau beli kat mall kan. 


Ni ha paling aku suka. Dulu2 masa time Zara's xde fesyen cenggini. Ke aku xtau haha. Aku memang plan xnak beli rompers sangat. Cuma nak beli t shirt je. Alhamdulillah, round punya round jumpa t shirt dan seluar brand carter's. Memang cantik. Kalau korang tengok baju2 yang aku beli ni sure dah tau kan gender baby aku kali ni. It's a BOY!! hehe.. Tapi mata aku rambang tengok baju baby gegurl. Cantik angat2..


Mittens. Beli fesyen cenggini plak. 2 pasang rm12.


Socks husband yang pilih. 3 pasang rm10.


Rocker ni ingat nak beli kat online je sebab itu hari aku nampak kat fb ade orang tu jual rm160 include postage. Sebelum ni aku carik kat online semua harga rm160 ke atas.. Tu pun x campur postage tau. So aku pun deal lah dengan orang ni nak beli time gaji. Tup2 semalam kat gm husband jumpa rocker ni harga rm150. Terus rembat beli. Cian orang yang aku deal tu. Nak kena mintak maap bebanyak sebab dia dah harap kat kita kan. Aku pun x sangka semua ni huhu. Maapkan saya kakak..



Ini sajelah yang aku nak share dengan korang. Tu pun nak share kan. Iols xde niat nak tunjuk2. Dosa tau. X sabar nak tunggu baby ummi ni lahir. X sabar nak tengok betapa hepinya kakak2 zara ni bila dah ade adik baru. 

Bubye

P/s: Lagi sebulan nak keje. Marilah sama2 menghitung hari huhu..

.Rumah Bersepah Lahaiiii.

Assalamualaikum

Penatnyaaaa kalau hari2 cenggini. Dengan tengah sarat menyarat ni ekeke nak kena kemas rumah basuh baju bagai plak kan. Ishhhhh.. Mulut ni kan xde insuran sangat tau. Tu kan memang salah satu tanggungjawab isteri. Kan ke aku ni isteri mithali sannngattttt. Mesti la kena buat kan lagipun sejak pregnant ni perangai aku yang suka kemas rumah ni makin menjadi jadi plak hukhuk.

Korang tengok rumah sewaku yang cinonet ni. Kalau weekend cenggini lah keadaannya. Sakit jantung mak tengok tau. Zara's lah punya keje ni. Aku nak kemas pun macam x koserrr je sebab nty x sampai sejam mesti jadi balik. Biasanya aku biarkan je rumah bersepah camni cuma sapu sampah tu je yang mesti kena buat. Nty malam bila diorang dah tido baru aku kemas balik. Besoknya bersepah la plak grgggrrrr.. Macam sia2 je kan aku kemas hwahwa.




Rumah sewa aku ni kecik tapi barang banyak tu yang susah aku nak kemas. Macam toys zara's aku simpan dalam bekas (lupa nak amek gambo -_-'). Bekas ni sebenarnya dulu aku beli sebelum zara's lahir lagi untuk letak baju diorang. Sekarang aku letak toys diorang sebab baju diorang aku dah transfer ke lemari. Toys diorang ni kalau yang dah rosak aku buang. Bikin semak je sebab budak2 ni main ganas betoi. Takut gegurl. Baru je beli dah rosak. Nasib kitorang ni beli toys yang murah2 je. 

Bila ade budak kecik kat rumah ni kena banyak bersabar tambah2 orang yang kipas susah mati sangat dengan deko2 ni kan. Korang kena hadap la dengan perangai bebudak. Kita x bole nak harap rumah kita sentiasa bersih kemas dan so on. Biasa lah kan budak2. Diorang sebenarnya nak explore. Xpyh stress korang senyum kan aje. Tu based on experience aku la. Kadang tu geram jugak tapi pikir2 balik budak2 ni kecik lagi. Nak halang pun x bole kan. 




Hari ni weekend, husband biasalah OT cari rezki. Keje aku biasa lah layan kan si zara's ni tengok frozen. Xpun upin ipin. Nak basuh baju dah xde baju nak dibasuh. Aku dah settlekan time malam weekdays. So, weekend aku bole resttt.. Syorgaaaaa hahaha dada..

Bubye

P/s: kemas rumah ni pun salah satu exercise jugak. So, rumah kemas badan pun sihat. Eh!