Tuesday, October 14, 2014

.Uri Bawah Part 1.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku tau pasal uri kat bawah ni sejak sebulan lepas. Time tu doc kat klinik desa mintak aku p scan kat klinik swasta untuk check perkembangan baby. Kan ke aku ade kencing manis.. Orang kencing manis ni kena buat scan setiap bulan untuk tengok berat baby normal or x. Dua kali p scan doc bagitau uri baby kat bawah. Time tu aku buat derk je sebab aku ingat uri kat bawah ni masalah kecik je *rasa nak lempang je*. Bukan aku xtau langsung pasal uri kat bawah ni tapi aku pikir selagi xde bleeding selagi tu still oklah. Bila scan kali ketiga still lagi kat bawah doc mintak aku refer ke hospital.

Bila dah kena refer ke hospital ni kira kes berat jugakla kan. Apa yang doc klinik bagitau kat aku uri baby ni dah kira type 2. Uri kat bawah or placenta previa ni ade 4 jenis. type 1 & 2 bole normal delivery. Type 3 & 4 kena caeser sebab uri tu dah tutup jalan keluar baby. Masa scan tu pun kepala baby kat atas. Doc cakap baby susah sikit nak pusing sebab uri kat bawah. Tapi kebiasaannya bila baby semakin besar, uri akan ikut naik dan baby kemungkinan akan pusing dengan sendiri. Aku harap sangat2 kejadian itu berlaku huhu!

Ramai orang suggest kat aku p berurut tapi aku x berani. Takut plak aku kang jadi pape x pasal2 plak kan. Kawan aku keje doc pun x kasik p berurut takut nty uri bole terlepas dari baby. Bole membahayakan baby dan ibu. Sekarang ni aku banyak berdoa kat Allah, baca Al Quran. InsyaAllah, Allah akan tolong hambaNya kan.

Sejak dapat tau uri baby kat bawah ni Alhamdulillah husband banyak tolong aku buat keje2 rumah. Time nak hantar zara's ke rumah pengasuh pun husband yang tolong dukung dua2 tu. Bayangkan kena angkat dua2 budak umo 2 tahun.. Hmmmm kesiannnyaaaa lahaiii bila tengok husband camtu. Nak tolong x mampu. Ade jugak aku cakap dengan husband rasa macam lepas ni nak stop dah pregnant bila ade complication macam ni. Husband cakap macam x cukup je, huhu.. B, baby dalam peyut ni pun x kuar lagi tau dah pikir anak yang seterusnye ke??

Lepas aku refer ke hospital aku akan update balik kat blog pasal ni lagi k. Saje nak share dengan korang yang akan or penah mengalami nasib yang sama macam aku ni. Okay tata titi tutu muah!

Bubye

P/s: Terima kaseh Ya Allah sebab beri ujian ni sebab aku tau dengan adenya ujian ni aku makin dekat denganNya..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.