Saturday, October 25, 2014

.Shoppin Barang Baby, Yeayyy!.

Assalamualaikum

Penatnya lahaiii p gm klang semalam. Semata mata nak p cari barang baby. Semalam aku cuti. Husband pun x OT so kitorang memanfaatkan hari cuti ni p beli barang baby. Nak beli bila lagi kan. Kang lambat2 aku x larat. Sekarang dah masuk 31 weeks dah x larat dah nak jalan lama2. Lagipun semalam x ramai sangat orang sebab kebanyakkan orang keje. Kitorang je yang cuti sebab dapat replacement untuk awal muharram. So aman damai sangat shopping hehe..

P gm klang berdua je. Zara's awal2 kitorang hantar kat pengasuh ngeee. Nasib x bawak, kalau bawak mau diorang pengsan, kiri kanan elsa hahaha.. Banyak jugak yang kitorang dapat rembat. Beli pun yang penting n yang xde je. Xpyh nak membazir sangatlah kan. Barang2 zara's banyak yang bole pakai lagi. Barang2 Zara's dulu aku dah siap2 asingkan dah. Tinggal nak basuh semula je lagi. Tunggu nak beli sabun basuh ABD tu x beli lagi huhu.

Ni antara barang2 yang sempat aku shopping semalam. Baju siang baby. Kira macam baju basahan la.. 1 pasang rm10. Kain dia lembut sesuai untuk kulit baby. Pastu ade topi 2 helai. Topi tu beli sekali dapat booties n mittens. So dah jimat kat situ. Harga dia pun rm10 saje. Sapu tangan ade 8 helai rm20. Kain lembut xdela kasar.


Ni baju untuk tido malam. Beli 3 pasang jatuh 1 rm13. 1 pasang aku lupa berapa. Tapi kira okla. Susah kot nak dapat harga gini kalau beli kat mall kan. 


Ni ha paling aku suka. Dulu2 masa time Zara's xde fesyen cenggini. Ke aku xtau haha. Aku memang plan xnak beli rompers sangat. Cuma nak beli t shirt je. Alhamdulillah, round punya round jumpa t shirt dan seluar brand carter's. Memang cantik. Kalau korang tengok baju2 yang aku beli ni sure dah tau kan gender baby aku kali ni. It's a BOY!! hehe.. Tapi mata aku rambang tengok baju baby gegurl. Cantik angat2..


Mittens. Beli fesyen cenggini plak. 2 pasang rm12.


Socks husband yang pilih. 3 pasang rm10.


Rocker ni ingat nak beli kat online je sebab itu hari aku nampak kat fb ade orang tu jual rm160 include postage. Sebelum ni aku carik kat online semua harga rm160 ke atas.. Tu pun x campur postage tau. So aku pun deal lah dengan orang ni nak beli time gaji. Tup2 semalam kat gm husband jumpa rocker ni harga rm150. Terus rembat beli. Cian orang yang aku deal tu. Nak kena mintak maap bebanyak sebab dia dah harap kat kita kan. Aku pun x sangka semua ni huhu. Maapkan saya kakak..



Ini sajelah yang aku nak share dengan korang. Tu pun nak share kan. Iols xde niat nak tunjuk2. Dosa tau. X sabar nak tunggu baby ummi ni lahir. X sabar nak tengok betapa hepinya kakak2 zara ni bila dah ade adik baru. 

Bubye

P/s: Lagi sebulan nak keje. Marilah sama2 menghitung hari huhu..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.