Powered By Blogger

Tuesday, September 24, 2013

.Baju Kelawar Je.

Assalamualaikum

Betui ka kalau pakai baju kelawar maknanya orang tu pemalas? Kalau tuan badan tu aku maknanya betui la kekeke. Selama ni aku x penah terpikir plak orang yang pakai baju kelawar tu orang pemalas sampaila kawan aku bagitau. Besa la.. Aku ni kan slow sikit. Lagi satu xdak masa kot aku nak pikir benda yang remeh temeh ni uolls. Yang aku tau aku suka pakai baju kelawar ni sebab senang. Men sarung ja*x ka pemalas nama dia tu kan.. Erm..* pastu kan bila pakai baju kelawar ni rasa sejuk ja. Bila tidoq bole tarik sampai atas,muahaha

Aku pakai baju kelawar ni bukan 24 jam. Ada jugak kalau aku rasa nak pakai seluar aku pakaila tapi aku xdakla nak pakai seluar pendek ka apa sebab kakak ipar aku tinggal sekali dengan kitorang. Segan plak aku nak pakai cekci2 ni,hikhik. Jalan terbaik aku pakaila baju kelawar ni. Bila famili husband datang pun aku still pakai baju kelawar tapi versi tangan panjang. Kat dalam aku pakai la seluar panjang. Kan ka baju kelawar ni jarang kan.

Kalau kakak aku dia suka gosok dulu baru bole pakai. Baju kelawar kan cepat kedut. Dia memang jaga penampilan sikit. Aku? X koserrr. Lepas ni aku xmau beli baju kelawar dah. Ingat pasni nak beli baju tido yang jenih t shirt paras lutut tu *feeling remaja*. Xdakla husband serabut ja tengok aku. Kan ka aku ni muda jelita. X sesuai kot kalau kat rumah aku serabai,mihmihmih. Dulu ya kott sekarang aku dah start pelan2 ubah perangai aku. Dulu balik keja malas mandi muahaha. Sekarang bila balik terus aku mandi *oke tipu aku tengok tv jap*. Okla kan ada gak 1 benda yang berjaya aku ubah. Bangga weh..

Okbai

P/s: cian kan kat baju kelawar orang panggil dia baju pemalas. Cian cian.. Xoxo


.Gemuk Sudah Apakah?.

Assalamualaikum

Uhuk uhuk.. Tensi aku. Asyik cerita pasal berat badan ja. Kadang aku dah naik meluat nak up entry pasal ni tapi nak buat macam mana. Ni la musuh utama aku. Sejak dari dulu lagi. Aku sampai dah x larat nak diet. Sikit2 nak kena diet. Nyampah haku *ketap bibir*

Badan aku ni memang cepat naik. Nak kata aku melantak banyak xdak sangat pun. Biasa saja. Tapi aku rasa badan aku ni ikut keturunan *sedapkan hati*. Kebanyakan family aku badan memang cepat naik. Kalau x jaga sikit alamatnya memang gedempol la. Aku ni ha sekarang ni dah cecah 70kg. Ngeri mak uollss. X penah2 berat aku naik sampai 70kg kecuali masa pregnant dulu la.. Tu pregnant xpa. Ni isi pun xdak berat yang amat.

Dulu kan aku semangat gilerr nak try diet atkins tapi asyik fail ja. Sempat start dua hari saja lepas tu aku dah ketagih nak makan nasik. X bole woii nak tinggal nasik. Perut aku ni perut orang melayu. Bekfes pun kadang nak kena makan nasik. Mana la aku x gemuk. 

Aku ada la sembang dengan husband pasal ni tapi dia cakap aku x gemuk pun. Aku musykil jugak. Husband ni nak jaga hati aku ka? Xkan 70kg tu kuruih lagi. Aku ni dahla x tinggi mana. Kalau 153cm tu lawan dengan 70kg dah memang obesss. Aku obess?? Oh tidak! Susah nauuu nak kurus kalau camni. Lemak pun dah naik tepu. Orang lepas bersalin makin kecut aku plak makin kembang.

Nak xnak aku kena diet jugak. Aku paksa husband guide aku. Dia kan bab jaga makan ni no 1. Aku ni dari dulu x berapa nak makan sayur. Sejak kawen husband paksa aku masak sayur sebab husband x bole makan kalau xdak sayur. Pastu bila makan dia suka letak sayur banyak2 dalam pinggan aku *nyampah sangat*. Husband ni jenih makan banyak. Bagi ja makan apa semua dia telan tapi badan dia tetap selim melim macam sebelum kawen giteww. Kadang aku pun naik jeles. Apa pasal badan aku sorang ja naik dia tetap menten camtu? Gewam gegurl. 

So, bak kata husband aku.. Dari saat ini aku kena start diet balik, hwahwa.. Nty kalau rajin aku share apa yang aku makan time aku diet ni eyh. Doakan aku tabah menghadapi ujian diet ni. Aku kena ada supporter. Kalau x mesti balik nty aku nangis2 ajak husband p makan kefci. X caya sudah! 

Ok last sekali ofcoz la kena hupdate gamba tuan tanah, kekeke




okbai

p/s: nak sihat, nak gojes ;)

Monday, September 23, 2013

.Dasar Laki Bini Pemalas.

Assalamualaikum








Nampak kan memang pemalas sangat laki bini ni tau. Rumah bersepah. Baju x berlipat. Aku dah biasa dah macam ni. Dah x larat nak kemas. Kalau kemas tu sekejap ja pastu nty bersepah arr balik. Tu yang kite tensi sangat tu. Kalau nak harap husband kan dia suka masak jew. Kemas xmau. Lipat baju pun xmau. Gewam sangat.

Aku: b, bole x tolong ayg lipat baju. Baju banyakla nak kena lipat ni
B: xmaula. B x suka lipat baju. Kalau ayg swoh b lipat baju b lagi rela masak dari lipat baju
Aku: xpyhla masak. B masak x sedap. Biarla ayg masak b lipat la baju ni
B: xmau xmau xmau. Nak masak jugak *hentak kaki kuat2*
Aku: suka hatilah!! Mencik

Selalu macam ni la. Husband ni tau dia suka sangat masak sampai aku pun dah konfius sapa suami sapa isteri. Kalau kite puji masakan dia sedap mesti 7 hari 7 malam keja dia masak jew. Pastu perasan sorang2 dia masak sedap dari aku bole?? 

Macam ni la kan bila dah kawen. Semua keja kena buat sendiri. Aku ni anak bongsu. Masa single mingle dulu semua keja kakak iols yang buat. Keja aku tengok tv ja. Kalau kena swoh buat apa2 mesti aku membebel dulu. Pemalas sangat. Lepas dah kawen ni nak xnak kena buat jugak. Xkan semua nak harap kat husband. Dia dah penat carik duet. Every weekend kalau x buat apa2 mesti dia p OT. Gigih sangat husband iolss.. So, aku yang sah2 duduk kat rumah ni kena la buat apa yang patut. Malas tu kena tolak tepi walaupuuuunnnnnn.. 

Biasa rumah aku ni akan bersepah dari isnin sampai jumaat sebab kitorang kan keluar p keja kol 5.30 pagi balik plak kol 7.30 malam baru sampai rumah. Kauu hade masa nak kemas rumah bagai?? Nan hadoo.. Besa la kan zara's la penyumbang utama rumah aku bersepah ni. Penuh dengan toys diorang ja. Tu la umpan nak bagi diorang senyap. Lepas diorang tido kalau sempat aku akan kemas kalau x mintak mahap la jawabnya. Esok korang men la toys yang bersepah2 tu. X koserr ummi nak kemas nak.

Tapi bila dah lama kawen ni *ecece.. lama la kunun* sikit2 aku dengan husband dah tau tugas masing2. Biasa kalau aku busy sangat dengan keja rumah husband akan tolong aku jaga anak *mata ke atas sangat* sambil main game. Lega sikit aku. Xdakla tercungap cungap khenn buat keja sorang2.. Sangat2 x adil.

Memang aku ni pemalas. Iols mengaku tuh tapi aku cuba buat yang terbaik untuk rumahtangga aku. Sapa xmau bahagia kan. So, tepuk dada tanya iman. Selamat beramal!

Okbai

p/s: Aku baru ja kemas rumah semalam. Hari ni dah sepah balik. Terbaiklah! T_T

Sunday, September 22, 2013

. Aku Muda Lagila.

Assalamualaikum

Bulan april lepas cukup umo aku 25 tahun. Muda lagi aku ni hahaha tapi kalau tengok wajah sebenar, masyaAllah ngeri iolss. Umo ja muda tapi muka dah macam 35 tahun! *pitam* I is gewam bila jalan2 dengan kakak2 aku diorang yang nampak lagi howt. Titew nak howt jugak. Mencik! Aku bukan x bole howt. Bole ja tapi aku ni howt jenih sopan gitew. Dah tawen kot. Kang x pasal2 kena kejar dengan parang. Kite howt depan husband je. Oke dah cukup. 

Aku ni p keja tiap2 hari pakai baju kuwung. Padahal bole ja p keja pakai jeans. Motip sangat pakai baju kuwung sebab aku nak kaber pewot ni ha. Eii x malu pewot boncit cam peknen 8bulan. Tu la problem aku. Zara's dah setahun, badan still demok lagi. Membe2 aku yang peknen sama time ngn aku dah lama kuwus. Aku sorang je sesat badan makin demok,uhuk. Sebab tu la aku pakai baju kuwung je. Malu nak tunjuk babat2 ni. Dahla baju kuwung aku x banyak. Yang hadoo sajo. Every week aku pakai baju yang sama je. Malu dah ni. Nak mintak beli baju bawu cian plak kat husband, uhuk lagi. *nangis teresak esak*

Pastu kan aku ni ada rabun jaoh. Huduh betui bila asyik dok pakai spek. Spek ni x penah lekang kecuali time aku mandi,poo poo n tido ja. Tu pun time tido selalu pakai spek jugak sebab dah terbiasa. Rasa macam spek ni dah jadi salah satu anggota badan aku bole gitew? Aku start pakai spek dah lama since aku darjah 6. Mula aku xtau aku ada rabun sampaila cikgu buat test mata. Time tu la aku dapat detect aku ada rabun. Tau dak kenapa aku muda2 dah ada rabun? Dulu kan aku ni kaki tv. Sikit2 asyik tengok tv ja. Baca buku malas sangat. Bila tengok tv aku suka duduk depan2 sebab baru la rasa puas. Selagi ada ruang kat depan tv tu selagi tu la aku ke depan sampai la dah xdak ruang kat depan tv tu. Dats why la mata aku bole rabun. Padan muka aku. Kan dah x lawa skang. Paling aku tensi bila aku nak bergaya gaya dengan shawl. X bole tau x! Spek ni mengganggu sangat. Nampak buruk sebab nty spek tu buat shawl tu kembang n muka aku jadi bulat. OMG!! 

Skng ni aku banyak pakai tudung bawal ja. Nasib husband sangatlah suka aku pakai tudung bawal. Husband x suka sangat aku pakai shawl sebab dia kata x cantik tudung melekat kat kepala. Selamat!! Dulu sebelum tawen memang aku suka pakai shawl sebab dulu2 aku jarang pakai spek. Bila nak buat keja baru aku pakai spek. Kalau x spek tu simpan dalam beg sajo. Time tu kan tengah single mestila kena cun2. Biar x nampak asal tantek gitew. 

Pasni aku nekad nak jaga badan muka segala lah. Selama ni aku x jaga langsung penampilan diri. Ingat lepas tawen ni xpyh nak jaga sangat badan tew tapi sejak aku join group "Rumahtangga Bahagia Selamanya" kat fb giteww aku dah macam realize owhhh aku kena ubah diri aku. Macam2 masalah yang aku baca kat group tu sampai satu tahap aku x penah terpikir benda2 camtu bole jadi. Takuit aku. 

1st, aku nak kuruih kan badan ni * kesat peluh*. Slow slow pun xpa asalkan turun la sikit berat badan aku ni khenn. 2nd, aku nak jaga muka aku ni. Muka aku Alhamdulillah setakat ni oke jew tapi biasa la manusia kan x penah puas. Tapi kena jaga jugakla sebab muka la 1st thing yang biasa orang tengok. 3rd, aku nak ubah perangai aku yang pemalas ni, mihmih.. Part ni xtau bole ubah ka dak. Dah sebati kot. Fheww!! Harap2 jadi la mende alah ni. Aku ni muda lagi. Xmaula 
orang tegur aku cakap aku dah 30an. Nangis kite.









Nak kuwus cmni. x kire!

Okbai

P/s: muda2 dah ada anak. Rasa best! 

Thursday, September 19, 2013

.Pais Telur Ikan.

Assalamualaikum

Pheww.. Hari ni hari hupdate blog sedunia ya. Kalau dah dapat hupdate gini la jadinya. Keja nak dok hupdate saja,hewhew.. Oke, kali ni aku nak share salah satu feberet lauk yang paling aku suka. Bila balik kampung mesti aku cari. Telur ikan duri. Aku x sure kat sini ada dak telur ikan ni sebab selama aku dok kat kl ni x penah plak aku jumpa orang juai telur ikan duri. Musykil aku. Kalau balik kampung ja mesti ada. Tu sebab kalau aku balik kampung aku mesti beli telur ikan ni punya.

Biasa telur ikan ni aku swoh mak aku masak pais. Ada jugak orang buat gulai tapi aku x berapa nak minat sangat sebab dah biasa kan makan gulai2 ni. Kalau telur ikan ja mesti kena masak pais. Pais ni sebenarnya masak dengan daun pisang. Selain telur ikan, ikan sepat pun bole buat pais ni. Sedaip gilerrlah!!

Oke, ninndiaa resepi pais yang simple mimple ni. Ni mak aku yang buat. Nak swoh aku buat sori la. Takuit x jadi ja,kuikui. 1st, basuh dulu telur ikan tu. Kalau bole basuh dengan limau nipis or air basuhan beras yang pertama. Sebab apa aku pun xtau. Aku rasa sebab nak buang hanyir kott.. 


Tumbuk bawang kecik, bawang putih dan cili padi. Lagi pedas lagi sedaip. Terangkat bontot,kekeke.. Ni cili padi kampung punya. Memang pedas. Tengok ja kecik. Kecik2 cili padi!



Toskan telur ikan tadi dan cuci dengan asam jawa. Bagi buang hanyir dia. Lepas tu, campurkan bahan2 yang dah siap tumbuk tadi, serbuk kunyit, garam halus dan air asam jawa.



Dah siap semua, p letak kuali kat dapur gas. Letak kan daun pisang dulu dalam kuali tu sebab kita nak letak telur ikan atas daun pisang. Macam gini la bentuk dia.



Lepas tu jangan biar ternganga camtu jerk. Tutupla lagi dengan daun pisang. Tutup bagi x nampak apa lagi baguih. Senang dia nak masak.


Jeng jeng jeng.. Ni lah hasilnya. Memang huduh sikit rupa dia tapi bila makan xtau nak cakap macam mana dah. Ni pun menaip dok leleh air liur saja. Nak suruh orang balik kampung lagi lettew. Kopak dah nak balik kampung semata mata nak cari pais ni. Awatla kampung dok jauh sangat? Kalau dak esok aku dah fly, cewahh.


okbai

p/s: x suka tau dok up entry pasai makanan. kitew nak dietla,huh!

.Zara's Dah Setahun!!.

Assalamualaikum

Hoyeahh!! Ehem ehem.. Alhamdulillah 14hb sept lepas zara's dah cukup setahun. Syukur Ya Allah zara's membesar dengan baik dan sihat. Sekejap ja masa berlalu. Rasa macam baru semalam ja aku bersalinkan diorang tup2 dah setahun dah *nangis* 

Untuk bufday diorang ckup setahun ni aku ngn husband xdak buat bufday parti bagai. Memang plan asal aku nak sambut jugak tapi ala kadar ja. Tu pun plan ingat nak swoh mak aku buat pulut kuning share sekali bufday anak buah aku si yayan tu. Bufday budak tu 20hb sept. Alang2 ingat nakla sambut sekali tapi x kesampaian plak sebab xdak masa yang sesuai kuikui.

Tapi ada jugak rezki zara's, last two weeks FIL datang rumah aku sebab cousin husband kawen n MIL siap bawakkan dua bijik kek untuk zara's. Maceh opah,ngeeee.. Kitorang x jemput sapa2 pun sebab memang nak buat untuk famili2 saja. InsyaAllah tahun depan kalau ada rezki lebih bole la buat parti 2 years old untuk zara's. Time tu mesti dah pandai potong kek sendiri kan ;)

Ni antara gamba2 yang aku sempat snap. Cedih aku tengok gamba2 ni. Udah besor ghupenye anak2 aku *nangis sambil lap hingus*














Alang2 aku up entry pasai bufday setahun diorang ni aku hupdate sekali la diorang punya perkembangan ya. Sekali campur senang. Nak nunggu aku hupdate entry bertahunla jawabnya, sedeyyy. Zara's x bole berjalan lagi,uhuk. Xpa.. Ummi pikir positif. Bukan lembab pun kalau baby lambat jalan kan. Besa la tu ada budak yang cepat. 10 bulan dah pandai jalan. Zara's skang dok sibuk prektis jalan guna kerusi. Abes satu rumah diorang round tolak kerusi tapi yang rajin tolak kerusi si Amani. Dia memang aktif sangat skang ni banding dengan Amalia. Dulu Amalia yang aktif skang dah bertukar. Memang aku perasan diorang ni suka bertukar perangai. Sebab tu la kalau orang tanya pape ka aku susah nak jawab. Sekejap Amalia suka dengan orang Amani menangis bila dengan orang. Skang ni Amalia plak yang x bole dengan orang mesti dia nangis. Perangai kembar memang macam ni ka? Aku pun xtau..

Gigi plak time 8 bulan baru tumbuh 2 batang gigi. Sama2 time tumbuh. Now setahun dah ada 4 batang gigi. 2 bawah 2 atas. Gigi atas tu besauu nauu giginya. Ikut gigi ayah lettew,kekeke.. Ha part ni i loikee.. Pasal rambut diorang tu la.. Skang ni dah banyak helai dah. Nasib tumbuh. Risau dah aku rambut anak x tumbuh2 hahaha. Tapi still pendek lagi sebab ada orang tegur anak2 aku ni laki boley? Ggrrrr!!

Apa lagi eyh.. Ha, walaupun zara's dah setahun tapi diorang still lagi bole pakai baju size 3 months! Yang newborn pun ada yang bole pakai. Yela.. Badan halus ja macam bapak dia. Nasib lahh.. Jimat kata kauuu khenn..

Yang tu je kot. Cukuplahh. Banyak lagi entry aku nak post ni. Tunggu masa je nak duduk depan laptop. Skang ni busy memanjang je,hukhuk!

okbai

p/s: Zara's.. Ummi love u both! Be a nice n solehah girls. Ummi always be on ur side. xoxo T_T




Sunday, September 1, 2013

.Bekfes ku Si Murtabak Megi.

Assalamualaikum

JUMAAT : 30 AUG 2013

Hehe.. Aci x tajuk entry hari ni. Well, iolss kan cuti hari ni. Ate dah esoknya hari merdeka, hari ni dapatla cuti public holiday aka replacement. Memang cuti camni la yang aku tunggu2. Tapi sedeyy husband nak kena masuk ot plak, haish! Nampaknya tinggal kami bertiga jela melapok kat rumah di hari jumaat yang mulia ni.

So, pagi tadi aku siap melantak murtabak megi. Aku sendiri yang buat tauuuu. Perut aku ni memang perut orang kampung sikit. Pagi2 dah amek makanan berat. Manala x gemuk badan kauuu!! Nak makan cornflakes+susu bagai aku x pandai. Dah ghupa orang kaya plak kalau makan cornflakes pagi2. Taunya dek husband aku mau dia gelakkan aku 7hari 7malam. X koseeerrrrr aku.  

Husband p keja dalam pukul 6am. Anak2 dah siap sedia bangun masa husband tengah mandi lagi. Memang x cerahla masa depan aku nak sambung tidoqq. Bila husband dah p baru la mata zara's ala2 kuyu gitew. Tu nak mintak ummi dodoikan lettew. Tauu dah korang suka dengar suara ummi pagi2 ni kheenn.. Jom2 ummi buaikan ;p

Dah lena dua beradik tu, aku dengan gegasnya mula bersilat cari bahan nak buat murtabak megi. Nasib semua bahan ada. Terbaeklahh! Maknanya hasil murtabak megi ni mesti vogue da vass kan kan kan

Oke oke.. Aku akan cerita satu persatu mcm mana aku buat murtabak megi versi hakakk ya. Mula2 kena ada megi tau. Eh2 mestilah kena ada dah resepi pun murtabak megi. Dah kau ni kenapa?? Megi tu x kesahla nak megi brand apa. Tapi rencah dia mesti mau yang jenih kari punya. Xmau la jenih rencah ayam. Tu budak2 bole la makan. Ni mak budak tau. Kiterr makan yang pedas2 sajo. Kang dapat buasir kang terdiam kauuu. 

Megi ni kena celurkan kasi dia lembik. Xkan nak masak keras2 plak kan. X masuk dek akal rasanya. Sementara tunggu megi masak, sediakan bahan lain ya. Potong segala mak nenek bawang kuning or bawang besar dan cili padi. Tengok, dah la pakai rencah kari pastu tambah cili padi plak tu. 



Bila megi dah masak, toskan dan campurkan dalam bekas berisi bawang kuning dan cili potong tadi. Pecahkan 2 bijik telur. Oke, jangan pening kepala.. Nin dia tips dia. Kalau pakai 1 pek megi kena guna 2 bijik telur. Kalau 2 pek megi pakai 4 bijik telur. Senangkan.. Darab 2 ja. Apa? Fail matematik?? Xpa.. Guna ja calculator.. Kata pakai henpon canggih,hikhik.. Gaul semua bahan. Letak garam halus sikit dan black pepper. Gaul lagi sekali. Last sekali letakkan keju. Carik2 kan ja. Kalau xmau letak cheese pun xpa..




Panaskan kuali. Aku masak pakai minyak olive oil. Actually aku beli ni sebab nak guna untuk masakan zara's. Tapi xpela kita share2 ya. 



Bila kuali dah panas sila masukkan megi tadi. Pandai2la korang buat dia jadi macam murtabak.



Ni la murtabak megi versi aku. Sedap dan enak bila makan time panas2.hee.. Sapa2 yang rajin masak mcm aku tu bole la amek resepi ni.



Kbai

P/s: patutla berat dah makin naik.. Kje dok up entry pasai makanan saja minggu ni,ppffht..