Tuesday, November 3, 2015

.Cerita Rak Tv Aku.

Assalamualaikum

Kabinet tv aku ni dah lama dah. Aku beli masa bujang dulu. Tahun pertama aku kerja dapat bonus. Aku beli katil double decker, kabinet tv n lemari dapur. Bila dah kawen aku bawak semua p rumah sewa kikiki. Jimat sikit.. Orang baru kawen la kate kan....

Tapi kabinet tv aku ni dah nampak buruk sebab kaler dia putih. Dah nampak kuning2 dan n ditambah pulak anak2 aku conteng2 kat kabinet tv tu lagi la nampak buruk. Nak beli baru sayangggg sebab elok lagi cuma kaler dia je yang buat mata aku ni sakit hihi. 


Dah lama dah aku suruh husband cat kan kabinet tv tu since aku pantang azhad lagi tapi sampai sekarang x cat2 lagi. Geram pulak ahkak! Minggu lepas aku siap ugut2 husband lagi kalau xnak cat ayg xnak cakap dengan b seminggu! Baru lah terhegeh hegeh p cari cat dalam lemari. Tau takut kikiki..

Husband cat kaler hitam sebab dia yang nak kaler tu. Sukati la asalkan cat. Bila dah start cat husband merungut dia salahkan berus cat buat kabinet tv tu x cantik. Last2 dia give up terus ajak anak bini dia p ikea beli kabinet tv. Bini dia ni dengar nak p ikea terus laju siap hehe.. 

Sebelum p ikea memang kitorang dah aim rak tv yang macam ni. Sebabnya satu.. Murah. 1 rak rm39. Kedua sebab dia simple angattt. Aku suka jenis yang simple tapi nampak moden. Kitorang beli 2 rak. Kalau 1 x cantik sebab rak ni kecik. Bila 2 dah cukup cun. 

Cenggini lah dia bila dah siap pasang. Nampak besar sebab tv kite kecik je hihi. Biasa2 je rumah pun rumah sewa kan. Nak deko kena ade limit sikit. Tapi pape pun syukur Alhamdulillah.. Cukup selesa menyewa kat rumah ni..


Till then, bubye