Powered By Blogger

Tuesday, July 28, 2015

.Hepi Bornday My Favourite Boy!!.

Assalamualaikum

Hihi! Lewat sehari nak update pasal bufday husband kite. Hepi bufday b!! (Kalau dia baca lah 😹) Dah tua dah laki kite ni tapi wajah tetap comel uollss hehe..

Tahun ni macam tahun2 lepas jugak xde celebrate untuk dia, xde kek, xde hadiah. Sedih kan. Aku kasi wish je. Tu pun pukul 10.30pm aku wish siap2. X koserr aku nak nunggu sampai pukul 12am hihi. Kejam norr wife dia ni. 

Aku ade la plan2 lepas keje nak dating together gether. Nak singgah jap secret recipe beli 1 slice kek pun jadile. Celebrate sana kononnya. Tapi x jadi sebab anak melebihi segalanya. Eczema azhad lepas raya ni cam mengganas balik so aku kena continue semula diet aku huhu! So, malam tu birthday boy masakkan nasi goreng je. No special at all. Kesian birthday boy tu. Dahla x celebrate, kena masak nasi goreng sendiri plak tu.

Nahla sekeping gambo birthday boy kite semalam. Sweet 27th syg!!! Jangan kate hakak x belanja!!!

Till then, bubye



Sunday, July 26, 2015

.Azhad X Makan Ke.

Assalamualaikum

Sedihhh betol tajuk kat atas tu. Macam lerr aku nak bior anak aku x makan kan. Giler ko?! Aku lah orang paling esaited nak bagi azhad makan. Nebes je bila azhad nak masuk 6 bulan haha. 

Bila dah masuk 6 bulan, aku dok push husband beli beras merah. Why aku x masak? Sebabnya tools xde. Xkan la aku nak blend bubur or buah pakai blender cili plak kan. Idoklerr.. Nganga azhad nty. 

1st time bagi beras merah azhad macam x pandai nak makan. Dia macam eh, apa benda ni sumbat2 dalam mulut kite ni?? Memang x habis ok. Sikit je pun aku buat. Besoknya aku bagi setin terus kat pengasuh. 1st day okla dia makan. Laju gak kak wan cakap. 2nd day, makan sikit terus muntah. Banyak giler dia muntah. 3rd day pun sama. Kak wan terus angkat tangan surrender xnak kasi dah. 

Aku pun risau npe la azhad ni. Zaras dulu bukan main suka makan beras merah ni. So, nak xnak kena jugak masak. X kan nak biar dia x makan kan. Baby lain dah macam2 dah diorang makan. Kesian dia tu. Sokayla azhad.. Ummi tengah gigih menggoogle ni nak masakkan apa untuk kamu ni. Harap2 kena la dengan tekak kamu ye. Plis jangan nak high maintainance sangat bole?!!

Till then, bubye

Thursday, July 23, 2015

.Eid Mubarak 2015.

Assalamualaikum

Selamat hari raya korang. Best tak raya korang tahun ni? Aku ade yang best ade yang x best. Best part is tahun ni turn kampung aku beraya. Sonok yakmat. Even penat tolong mak n kakak aku masak tapi bila pagi2 raya tu dapat tengok muka famili hilang terus rasa penat ni. Tahun ni kakpah sorang je beraya rumah mertua. Alahhh xde la nak sedih sebab rumah mertua dia dekat sangat. Kampung sebelah je pun. Tapi dekat2 pun pukul 3pm baru sampai rumah. Tu pun siap kena perli dengan kitorang haha! Kaklai plak memang tiap2 tahun beraya dengan mak sebab mertua dia dah xde. Memang dia la yang selalu kena kerah dengan mak buat itu ini. Tapi tahun ni dia yang lead sebab mak sakit kaki terseliuh sebab jatuh moto adehhh. Aku ni tolong2 kaklai la. Abang raya dengan mak jugak tetiap tahun sebab x kawen lagi orang tua tu hihi. 

Part yang x bestnya aku xde baju raya tahun ni weh. Sedih kan. X penah tau xde baju raya tapi tahun ni memang giler la xde baju raya! Masa awal2 puasa ritu dah belek2 ig ni nak beli kain satin dull pehtu nak letak lace sikit. Hamboii sangat kan nak berlace bagai tapi dok postpone2 terus yilek. Last minit nak beli husband x kasi sebab masalah kewangan. Teruk ar sekarang ni dengan gst la. Semua barang naik. Xde plak aku tengok ade harga barang yang turun. Musykil sungguh aku. Dulu dok pung pang cakap lepas gst harga barang turun ni semua dok naik je ni. Apa cittaa! 

Last memang aku pakai gakla baju recycle. Husband pun sama. Kaler tema sori naa. Dah xde baju raya tu kira xdak theme la tu. Carca marba masing2. Baju zaras Alhamdulillah makcik husband hadiahkan. Lega aih. Urut dada sikit hihi. Aku belikan tudung je tu pun pakai sekejap je huhu. Kasut kakpah tolong belikan. Murah rezki. Azhad plak pakai je kurta yang aku beli time dia aqiqah dulu. Time aqiqah x sempat pakai so bole la recycle kan jugak kurta ni. Aku belikan kopiah n kasut sahaja. Cukupla.. Dahulukan anak2. Tu yang penting. Kita ni dah selalu pakai baju baru time raya (ayat sedapkan hati) tahun ni xde baju raya xpela.. Mak redhooooo.

Raya tu mak buat rendang daging+paru+hati. Kaklai masak bihun/mee sup tulang. Yummy. Memang thorrrbaikk. Rasa macam nak try masak sendiri je. X pueh makan ritu sebab busy layan tetamu. Aku kan orang kedua terkuat kat rumah tu hihi. Nak amek gambar menu pun x sempat haihh.

Ni jelah gambar2 yang dapat ditangkap. Sikit je sebab iolls xde baju raya huhu! 







Till then, bubye

Thursday, July 16, 2015

.Menyusu dalam Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum

Hye korang! Lagi beberapa hari je lagi ramadhan akan tinggalkan kita kan. Ntah jumpa lagi ke x ramadhan akan datang. Harap2 dapatlah jumpa lagi kan. Alhamdulillah setakat ni aku masih lagi puasa penuh even i am mother of fully breastfeed baby. 

Bukan senang ye time2 bulan puasa gini nak susukan anak, nak pump lagi tapi sebab dah niat dan memang nak fully bf kan azhad, penat tu aku ketepikan. Before ramadhan, aku dah macam neves je bila nak dekat2 puasa sebab takut kalau x mampu nak puasa sebab bila x makan takut susu will be drop. Dahla 1st time aku menyusu dalam bulan puasa tapi berkat sokongan husband Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sampailah sekarang. 


Aku jugak banyak buat research n baca kat tenet pasal menyusu dalam bulan puasa. Aku ade jugak join grup fb #bfmembers dan memang membantu aku sangat2. Yang bestnya susu aku sepanjang bulan puasa ni langsung x terjejas. Xde drop pun malah bertambah ade la.

Bagi mommy2 out there yang 1st time menyusu dalam bulan puasa ni memang kena banyak2 bersabar dan kalau x larat bole la gunakan rukhsah yang Allah dah bagi. Islam tu kan mudah. Jangan ditahan2 plak kalau x larat. Kang pengsan plak lagi haruuuuuu.. 

Yang penting time sahur n berbuka kena makan banyak2. Time sahur wajib makan kurma n pil habbatus sauda. Xdela nty lpas pump, pening2 lalat gittew haaaaaa.. Tu jek nak celoteh.. Kang kite sambung lagi naaaa..

Till then, bubye  



Wednesday, July 8, 2015

.Sembelit Amani dah Sembuh.

Assalamualaikum

See.. Kan aku cakap banyak mende aku nak share kikiki.. Pasal sembelit amani dah sembuh ni dah lama dah tapi aku nak update jugak sebab aku penah up entry pasal ni dulu.

As i mentioned before, kitorang ade bawak amani pegi jumpa pakar and ubat yang doc kasi tu memang works pun tapi amani kena bergantung kat ubat tu. Kalau dia x makan mesti dia x bole berak. Dahla nak makan ubat susah. Biasala kan budakkkk. Aku dulu pun cenggitu jugekkk. Tapi kalau dia makan ubat ok je dia berak even susah jugakla dia nak meneran. Kita yang tengok ni la rasa kesian.

Nak dijadikan cerita, my SIL memang mengamalkan rawatan homeopathy. So dia suggest amani makan ubat homeopathy. Ubat dia biji2 kecik. Rasa manis sebab aku dah try makan. Its okay. Homeopathy its a natural remedy. No drugs ok. 

Mula2 nak bagi amani makan memang susah sikit. Yela, benda baru kan. Dia pun macam trauma apsal la aku ni kena makan macam2. Lepas tu, husband cakap lepas ni jangan cakap makan ubat. Bagitau dia ni ceklat hahaha. Memang jadi! Bagitau je ceklat terus dia tadah tangan. Senang giler mek ni makan. Kuasa psiko weh hahaha!


Aku x ingat berapa lama it takes tapi xdela lama sangat haaaaa.. Kitorang pasan lepas makan ubat homeopathy ni memang dia senang berak. Mula2 dulu susahla gak teran tapi xdela amek masa sampai berhari hari. Bpe jam je taik dia dah keluar. Mula keras, makin lama makin lembik (sori bahasa kurang enak) X lama lepas tu Alhamdulillah dah ok. Senang berak. Bila taik dah keluar dia punya perasaan sonok sangat. Sampai menjerit jerit kat kitorang ayah ummi, amani dah berak. Menangis la dia bila taik dia dah bole keluar. Senang plak tu. Kitorang ni pun terharu tengok dia. Sedih gak. Dah macam drama haha! Trauma kot. 

Amani makan ubat tu dalam 2 botol je lepas pada tu dia totally dah okay. So kalau lepas ni jadi balik (harap2 xla ye) bole la consume homepathy lagi. Tu jeeeee alkesahnya si amani budak becok! ;p


Till then, bubye 


Monday, July 6, 2015

.Ramadhan Kareem 2015.

Assalamualaikum

Sori la uollllssss.. Dah lama iolls x menghupdate. Bulan 6 punya update yilek. Kes cabaran 30 hari berblog itu hari pun yilek. 3 hari je iolls mampu update lepas pada tu padammm. Last2 update time bulan pose gini je. X terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua my silent reader.. Eh, ade ke silent reader ekekeke.. 

Banyak mende sebenarnya aku nak share tapi jenoh nak masukkan dalam 1 entry ni. Slow2 naaaa.. Sempena bulan puasa yang mulia ni aku nak cerita pasal life kitorang laki bini time bulan pose ni sejak ade 3 orang anak. Gittew..

Time bulan pose ni bes sikit sebab tempat keje aku bagi choice untuk kitorang balik awal tapi kena masuk awal la. Choice yang di beri masuk pukul 7am - 4.30pm or 7.30am - 5pm. Harussslahhh kitorang amek pukul 7am tu. Pikir senang nak masak kat rumah. Xmo lah beli lauk pauk kat bazaar ramadhan. Kadang beli x kena anak tekak. Selera lari. Mahai plak tu. Baiklah kite bermasak masak sahaja kat rumah. Letih macam mana pun still bole jimat lagi. Maklumlaa hidup zaman GST ni kena berjimat cermat kalau x silap hari bulan tinggal bawah jambatan makan pasir la. 

Kitorang bangun sahur pukul 4am. Mandi dulu baru makan sahur. Awalkan mandi. Lantokkk. Aku x biasa lepas makan mandi nty perut muncit haha! Masak2 ni semua husband yang uruskan. Aku nak je masak tapi azhad mengatasi segalanya. Azhad xnak kat husband. Kalau husband pegang mula la dia ehek ehek. Tu yang husband x koserr nak pegang dia tu. Dia lagi suka pegang senduk dgn sudip. Aku tunggu siap, makan haha!

Time bulan puasa ni kat kl/selangor panas sungguh! X bole tahan kalau bukak puasa minum air suam. Dalam pala hotak ni dok pikiaq air manis je. Dahaga sangat! Pantang gula dengan tepung semua aku langgaq haishhhhh kesian azhad!

Ni time weekend. Sejak jadi mak2 ni rajin sungguh aku buat DIY. DIY popia je. Jadilah daripada xde. Nasib sedap weh. Husband siap puji sedap. Kembang semangkuk bini dia ni kena puji. Aku siap buat banyak2 terus simpan dalam fridge. Bila rasa nak makan goreng je. Settle. 



Lagi 10 hari je lagi nak raya tapi aku x sempat nak p terawih sobs sobs. Lagi2 10 malam terakhir ni kan.. Sedihnya..

Till then, bubye