Powered By Blogger

Monday, July 14, 2014

.World Cup dah Habis, Germany Menang.

Assalamulaikum

Habis jugak world cup akhirnya. Aku ni xdakla minat sangat tengok bola. Ermmmm.. Sikit pun tarak. Husband minat tapi xdakla sampai gila. Kalau bole kena tengok tapi kalau x tengok pun xpe. Disebabkan world cup ni siaran dia time nak bersahur, rajin jugaklah husband layan. Lagi2 pasukan yang dia minat, Italy dan Brazil tapi dua2 kalah, acaner tu?

Kalau tanya aku pasukan mana aku sokong, sori satu pun aku x sokong. Aku layan sikit2 je tu pun nak sedapkan hati husband. Sikit2 ajak aku teman dia, x koserr aku huhu!

Hari ni kan final world cup. Siaran dia kol 3 pagi, apsal awal aku pun tatau. Malam tadi husband siap ajak aku tido awal. Katanya dia nantuk sangat2. Padahal aku tau taktik dia nak bangun sebab nak tengok bola. Kol 1.30 husband bangun dia ingatkan dah kol 3, dia sambung tido balik. Pehtu xtau kol bape dia bangun lagi tapi aku rasa time tu belum kol 3. Dia siap bawak selimut nak tido kat luar. Motippp sangat kan. Aku tengok jerr perangai dia. menggelupur x tentu pasal haha!

Time aku bangun sahur tu terkezut haku, tengok tv dah lari tempat. Rumah aku ni xdak astro. Cuma ade UNIFI saje. UNIFI awal2 dah hantar notis bagitau diorang x bagi siaran untuk world cup. Husband pun menggedikla ajak aku p cari ariel tv. Bila pasang gambar x cantik plak. Pasang kat tempat lain baru cantik, sebab tu tv tu dah lari tempat. Sanggup tu..


Masa Germany jaringkan gol, aku dengan Amani jer yang dapat tengok. Husband p verak. Kesian kannn, padahal dia mengadap tv tu punya la lama nak tunggu gol. Last2 kitorang yang dapat tengok. Time gol tu, aku dengan Amani menjerit, husband dalam toilet pun jerit sama bhahaha! Terus keluar toilet, husband cakap verak x lawas. Sesuatu sangat muahaha.

Lepas ni, lena la tido wahai husband ku. Tunggu lagi 4 tahun eyh. Time tu nty caner la perangai dia. Dok seret selimut lagi ke pehtu tido kat luar. Macam2 perangai dia time world cup. Ajak kitorang tido luar la pehtu bila bukak tv kena marah dengan Amani sebab Amani jenih tido x suka ade cahaya. Kesian2.. 

Bubye

p/s: Aku memang harap Germany menang sebab Argentina tuh Israel kan?!


Sunday, July 13, 2014

.Dugaan Puasa.

Assalamualaikum

Minggu ni Alhamdulillah x p mana2. Dok rumah saje sebab husband OT semalam. Hari ni husband ada best sikit la hihi! Fuhhhh.. Dah bpe hari eyh kita dah puasa?? Puasa aku sekarang ni awal2 dah bocor padahal nandung apa kess kan.. Time bulan puasa ni aku asyik muntah je. Makanan sahur semua aku keluar balik. Banyak plak tu, last2 lunch hour ajak husband balik sebab tekak tingin nak minum air sunquick ais. Pebenda la mak buyong ni huhu!

Pehtu jumaat lepas muntah lagi. Kali ni lagi teruk muntah. Jenuh aku dok dalam toilet muntah sesaje. Baby dalam peyut ni dah 4 bulan apsal la ade lagi alahan?? Gegurl confius sgt. Tu la dulu masa pregnant kan zara's sikit pun aku x penah rasa alahan. Muntah pun x penah. Pregnant kali ni hambek kauuu muahaha! Aku cuba makan sahur sikit sebab nak elak muntah tapi x menjadi. Sama jugakkk. Mungkin ni la kot dugaan aku pregnant time bulan puasa kan. Tahan jela. 

Hari ni aku timbang berat aku tuwun 2kg. Mak bangga hokey tapi kesian kat baby takut x cukup khasiat. Husband pun pasan aku makin kurus padahal time pregnant patutnya makin gemuk kan ni terbalik plak. Dulu sebelum pregnant susah betul nak tuwun kan berat badan sampai x makan nasik la haku ni. Tapi sekarang ni makan banyak pun bole tuwun jugak. 

Hari ni pepagi keluar semangat hokey laki bini ni p pasaraya nak beli barang basah. Ikan ayam semua dah abes sebab aku rajin sangat masak time bulan puasa ni *angkat hidung sikit*. Even balik keje lambat tapi aku tetap gigih masak tau sebab utamanya JIMAT. Bazar ramadhan pun kalau bole kitorang elak sesangat. Membazir je semua tu. Beli pun bukan tentu sedap baik masak sendiri. Husband cakap memang jimat masak kat rumah time bulan puasa ni sebab duet kat tangan dia ada lagi kalau x sikit2 nak kena withdraw. Alhamdulillah... Penat sikit je kan tapi yang penting kena jimat. Macam2 nak pakai duet sekarang ni huhu tambah2 dekat nak raya ni.

Balik pasaraya aku terus collapse. Penat sangat kot ke sahur tadi aku makan sikit?? Ingat nak kemas rumah sesama dengan husband tapi husband sorang2 je yang buat. Aku plak sedap tido. Cian husband. Berbuka ni pun husband yang masakkan. Tu pun bini dia yang x malu ni sebuk request nak makan mee goreng basah.. Nty aku upload k rupa mee goreng basah yang husband masak kat instagram. Kalau ade kesempatan bole kot up entry satu ngeh ngeh.

Bubye

P/s: terima kasihla syg sebab buat semua benda hari ni even ayg tau b pun penat jugak kan tapi x nak tunjuk. Terima kasih sesangat! I lap u lah!

Thursday, July 10, 2014

.Nasi Goreng Daging Punya Cerita.

Assalamualaikum

Semalam kan aku godek2 instagram kak filla, blogger femes tu.. Nampak 1 gamba dia post nasi goreng daging. Urmmpppphh.. Tengok macam sedap je. teringin plak amk buyong ni nak makan nasi goreng daging. Bagitau husband, dia pun setuju je lagipun husband cakap dia memang nak makan nasi goreng time berbuka tapi takut aku xnak sebab xde lauk lain. Ape la b ni. Xnak tanya dulu, xtau ke wife b ni semua makanan dibantainya huhu!

Aku pun gugel la resepi nasi goreng daging tapi versi blogger peejburhan la, sebab kak filla tulis kat insta dia amek resepi peejburhan. Aku pun apa lagi, terus salin resepi.

Balik keje terus p kedai runcit beli barang apa yang xde. Daging memang dah ade kat rumah, senangla x payah jenuh nak p pasaraya plak kan. Balik2 terus bersilat. Nasi aku memang dah sedia awal2 beli kat cafe. Banyak jugakla aku beli sampai bole makan ke sahur. Tu pun siap gaduh dengan husband masing2 suruh habiskan.




Ni la rupa nasi goreng daging yang aku masak. Gigih tau, nasib sedap bhahaha!


Sapa2 yang teringin jugak nak buat nasi goreng daging ni bole la tengok kat blog peejburhan. Aku ni cedok resepi je segan plak nak share resepi orang dalam blog ittew. 

Bubye

p/s: Setiap hari asyik dok pikir nak masak ape la untuk berbuka karang. Kadang tu sampai pening kepala aku nak pikir. Susah jugak jadi mak2 ni kan ;p

Wednesday, July 9, 2014

.Manyak Anginnn.

Assalamualaikum

Hari ni aku nak citer pasal angin. Bukan angin bawah ye.. Angin atas bhahaha.. Aku ni kan jenih gedik2 sikit. Pantang tengok orang pakai, orang makan mesti aku nak try jugak. Kakak ipar aku, kak anis masa dia pregnant dulu dia makan shaklee. Dia amek shaklee B Complex dengan shaklee vitamin c. B Complex tu untuk ganti acid folic. So, bila dah makan B Complex tu x payah dah makan acid folic. Harga dia pun bole tahan mahal oooo..

Pastu kawan kat tempat keje aku ni pun time pregnant dia makan shaklee jugak. Bila turn aku pregnant, aku pujuk husband belikan aku shaklee B Complex. Penat aku dok citer kat husband pasal kebaikan shaklee ni. Husband pun akhirnya kalah dengan pujukan isteri dia ni,huhu!

Aku sempat makan shaklee ni setakat 2 minggu saja sebab bila aku makan angin dalam badan aku tersangatlah banyak. Sampaikan aku x bole nak bangun p keje. Jenih badan aku ni x pandai nak keluarkan angin *ngengada sangat tau*. Nak kentut x pandai. Kalau kentut tu lega la sikit kan. Nasib aku dengan husband 1 department. Husband la tukang urut badan aku bila angin ni mai. Jahat sungguh tau angin ni. Bila dah urut tu bole la sendawa sikit tapi even dah sendawa pun angin tetap x kurang2. Confuse aku!

Aku pun whatsapp kakak aku, si kaklai tu. Aku tanya dia camne nak buang angin dalam badan. Makanan ape yang jadi punca angin ni. Dia tanya aku ade amek shaklee ke. Aah, aku baru start makan 2 minggu lepas. Dia cakap shaklee ni diperbuat daripada soya. Soya tu angin. Laaaaaa.. Baru aku perasan. Aku start banyak angin time mula 2 aku amek shaklee ni la. Husband mintak aku stop kejap makan shaklee. Saja nak test betul ke shaklee ni penyebab angin dalam badan aku. Bila dah stop memang xde angin. Badan pun x sakit2. Husband pun perasan aku dah x merungut mintak dia urutkan aku, hahaha kongajo!

Nasib aku try awal shaklee ni sebab aku ingat time pantang nty aku nak beli set bersalin shaklee. Bila dah jadi macam ni, idokle teman.. Mungkin orang lain makan shaklee okay tapi untuk badan aku ni memang x sesuai. Aku xde nak kondem produk shaklee ni tapi bagi sesapa yang okay dan serasi dengan shaklee teruskan lah. Ni aku saja share experience aku dengan produk shaklee. Sekiaannnnnn..

Bubye

p/s: Dah rasa tua sangat bila angin banyak dalam badan. Sikit2 sendawa. Malu kiter..

Tuesday, July 8, 2014

.Amalia Alergic.

Assalamualaikum

Kesian aku tengok Amalia terkena alergic kat badan dia. Minggu lepas aku dah perasan ada benda kat perut dia. Macam kudis terkoyak. Aku ingatkan dia garu sampai jadi camtu. X lama lepas tu makin besar plak. Kakak aku tegur baru aku perasan. Lepas kat perut jadi kat hidung plak. Sekarang ni tumbuh kat atas bibir.



Malam semalam dia nangis kat aku tunjuk2 kudis tu. Maybe dia rasa sakit agaknya sebab kudis tu merah, macam terbakar. Dahla budak kecik. Kalau kena kat aku yang besar ni pun mau nangis ni. Tapi Alhamdulillah setakat ni Amalia still lagi aktif, xde demam. Harap2 xde pape la.





Malam tadi aku dengan husband bawak Amalia pegi klinik. Doc cakap Amalia alergic. Xtau la alergic sebab apa,hmm.. Doc tu pun check macam nak x nak je. Geram aku! Nak pegi klinik An Nisa ramai plak, x gamak aku nak tunggu,huhu!

Doc bagi ubat sapu, antibiotik, ubat alahan dan ubat gatal. Malam tadi sempat taruh ubat sapu je. Tu pun time dia dah tido. Bila aku sapu ubat dia terjaga. Sakit agaknya. Tapi dia behave je. Xde nak mengamuk or nangis. Aku cakap kat dia "Ummi letak ubat nty kakak x sakit dah".. Diam je dia pandang aku. Dia pun faham. Dia pun nak sihat jugak. Rasa dah besar sangat dah anak aku ni. Nampak sangat dia matured ^_^


Harap2 lepas makan n sapu ubat ni cepatlah kakak sembuh. Kesian sangat aku tengok dia. Janganla merebak kat kawasan lain plak. Aku ni kat tempat keje asyik dok pikir pasal Amalia je huhu! 

Bubye

p/s: Bila anak sakit, mak pun jadi sakit jugak. Kalau bole biarlah aku yang kena penyakit tu bukan anak2!

Thursday, July 3, 2014

.Salam Ramadhan Al Mubarak.

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Lepas dah 4 hari aku berpuasa, phewww.. Even dah nak masuk 3 bulan lebih tapi aku still loya lagi. Sikit2 nak muntah. Ngengada sungguh tau! Banyak sangat aku rasa angin dalam badan aku ni. Kadang tu rasa teruk sangat *loya je pun*. Nak bukak puasa sayang plak. Xpe, aku kena kuat. Orang lain pun pregnant jugak xde pung sampai nak berbuka ye dak. *tampar sikit*

Ramadhan kali ni aku dengan husband balik keje macam biasa. Kat tempat keje aku ni bole je balik awal kol 4.30 or kol 5. Tapi kitorang tetap balik kol 6 sobs sobs. Carik duet lebih cik jahh oiii. Nak raya kott.. Ingatkan bila dah balik lambat ni xde la jam tapiiii macam bertambah jammed jerrrr. 

Disebabkan aku balik lambat, jadinya aku xdakla nak masak bagai sangat. Kecuali weekend la insyaAllah macam2 menu aku akan masak. Bila weekdays aku tapau kat cafe jela. Kitorang ade subsidi rm50 tetiap bulan. So, pakai subsidi tu je la kalau nak beli kat cafe tapi xpyh nak borong sangatlah sebab bukan habis pun. Kalau makan sekali dua xpela tapi kalau tetiap hari dok bedal makanan kat cafe ni bole muntah aku. X shedapppp herk herk herk!

Part sahur plak memang aku akan masak malam tu jugak sebab aku x bole la nak masak time nak sahur tu nty kelam kabut. Nasik aku masak siap2. Contoh balik keje aku terus masak nasik lebih sikit sekali dengan sahur kang. Kadang tu sampai terlajak ke buka puasa esok nya. Lantakla. Asalkan x masak banyak kali. Pening aku asyik dok masak nasik je.

Ni lauk berbuka kitorang hari selasa lepas hakhak. Husband tolong masakkan ketam masak lemak cili padi. Terangkat bontot aku makan hihi. Cukup segala rasa. Pecal ni beli kat cafe je. Kuih plak kuih semalam kak wan bagi ngeeeee..





Ni la masakan orang muda. Xde semeriah kalau ade mak yang tolong masakkan. Tetiba rasa windu angat kat kampung. Tapi masa 1st day berbuka lepas dapatla berbuka kat kampung. Kitorang kan balik teluk intan. Merasa la jugak makan reramai n air tangan mak..

Semalam aku cuti sebab pening kepala yang amatt. Xtau la sebab apa. Sebab pregnant ke or x cukup rehat. Bila dah dok rehat kat rumah ni rajin plak tetiba aku nak masak untuk husband tercinta heh! Ni jela yg mampu aku masak. Nak masak banyak2 pun x larat sangat. 


Hari ni aku masak simple2 je kot. Lauk sardin dengan sup sayur, dahhhh.. Bila bukak puasa bukan makan sangat pun. Minum je lebih, last2 perut kembung ceh!

Bubye

p/s: Selamat berpuasa semua. Bulan Ramadhan ni bukan takat puasa je, semua benda kena jaga kan. Sama2 lah kita.