Thursday, July 3, 2014

.Salam Ramadhan Al Mubarak.

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Lepas dah 4 hari aku berpuasa, phewww.. Even dah nak masuk 3 bulan lebih tapi aku still loya lagi. Sikit2 nak muntah. Ngengada sungguh tau! Banyak sangat aku rasa angin dalam badan aku ni. Kadang tu rasa teruk sangat *loya je pun*. Nak bukak puasa sayang plak. Xpe, aku kena kuat. Orang lain pun pregnant jugak xde pung sampai nak berbuka ye dak. *tampar sikit*

Ramadhan kali ni aku dengan husband balik keje macam biasa. Kat tempat keje aku ni bole je balik awal kol 4.30 or kol 5. Tapi kitorang tetap balik kol 6 sobs sobs. Carik duet lebih cik jahh oiii. Nak raya kott.. Ingatkan bila dah balik lambat ni xde la jam tapiiii macam bertambah jammed jerrrr. 

Disebabkan aku balik lambat, jadinya aku xdakla nak masak bagai sangat. Kecuali weekend la insyaAllah macam2 menu aku akan masak. Bila weekdays aku tapau kat cafe jela. Kitorang ade subsidi rm50 tetiap bulan. So, pakai subsidi tu je la kalau nak beli kat cafe tapi xpyh nak borong sangatlah sebab bukan habis pun. Kalau makan sekali dua xpela tapi kalau tetiap hari dok bedal makanan kat cafe ni bole muntah aku. X shedapppp herk herk herk!

Part sahur plak memang aku akan masak malam tu jugak sebab aku x bole la nak masak time nak sahur tu nty kelam kabut. Nasik aku masak siap2. Contoh balik keje aku terus masak nasik lebih sikit sekali dengan sahur kang. Kadang tu sampai terlajak ke buka puasa esok nya. Lantakla. Asalkan x masak banyak kali. Pening aku asyik dok masak nasik je.

Ni lauk berbuka kitorang hari selasa lepas hakhak. Husband tolong masakkan ketam masak lemak cili padi. Terangkat bontot aku makan hihi. Cukup segala rasa. Pecal ni beli kat cafe je. Kuih plak kuih semalam kak wan bagi ngeeeee..





Ni la masakan orang muda. Xde semeriah kalau ade mak yang tolong masakkan. Tetiba rasa windu angat kat kampung. Tapi masa 1st day berbuka lepas dapatla berbuka kat kampung. Kitorang kan balik teluk intan. Merasa la jugak makan reramai n air tangan mak..

Semalam aku cuti sebab pening kepala yang amatt. Xtau la sebab apa. Sebab pregnant ke or x cukup rehat. Bila dah dok rehat kat rumah ni rajin plak tetiba aku nak masak untuk husband tercinta heh! Ni jela yg mampu aku masak. Nak masak banyak2 pun x larat sangat. 


Hari ni aku masak simple2 je kot. Lauk sardin dengan sup sayur, dahhhh.. Bila bukak puasa bukan makan sangat pun. Minum je lebih, last2 perut kembung ceh!

Bubye

p/s: Selamat berpuasa semua. Bulan Ramadhan ni bukan takat puasa je, semua benda kena jaga kan. Sama2 lah kita. 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.