Powered By Blogger

Tuesday, July 8, 2014

.Amalia Alergic.

Assalamualaikum

Kesian aku tengok Amalia terkena alergic kat badan dia. Minggu lepas aku dah perasan ada benda kat perut dia. Macam kudis terkoyak. Aku ingatkan dia garu sampai jadi camtu. X lama lepas tu makin besar plak. Kakak aku tegur baru aku perasan. Lepas kat perut jadi kat hidung plak. Sekarang ni tumbuh kat atas bibir.



Malam semalam dia nangis kat aku tunjuk2 kudis tu. Maybe dia rasa sakit agaknya sebab kudis tu merah, macam terbakar. Dahla budak kecik. Kalau kena kat aku yang besar ni pun mau nangis ni. Tapi Alhamdulillah setakat ni Amalia still lagi aktif, xde demam. Harap2 xde pape la.





Malam tadi aku dengan husband bawak Amalia pegi klinik. Doc cakap Amalia alergic. Xtau la alergic sebab apa,hmm.. Doc tu pun check macam nak x nak je. Geram aku! Nak pegi klinik An Nisa ramai plak, x gamak aku nak tunggu,huhu!

Doc bagi ubat sapu, antibiotik, ubat alahan dan ubat gatal. Malam tadi sempat taruh ubat sapu je. Tu pun time dia dah tido. Bila aku sapu ubat dia terjaga. Sakit agaknya. Tapi dia behave je. Xde nak mengamuk or nangis. Aku cakap kat dia "Ummi letak ubat nty kakak x sakit dah".. Diam je dia pandang aku. Dia pun faham. Dia pun nak sihat jugak. Rasa dah besar sangat dah anak aku ni. Nampak sangat dia matured ^_^


Harap2 lepas makan n sapu ubat ni cepatlah kakak sembuh. Kesian sangat aku tengok dia. Janganla merebak kat kawasan lain plak. Aku ni kat tempat keje asyik dok pikir pasal Amalia je huhu! 

Bubye

p/s: Bila anak sakit, mak pun jadi sakit jugak. Kalau bole biarlah aku yang kena penyakit tu bukan anak2!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.