Powered By Blogger

Saturday, October 25, 2014

.Selamat Hari Raya Eiduladha 2014.

Assalamualaikum

Hey! Salam eidul adha.. Malunyee nak post entry ni.. Dah berminggu minggu raya haji dah lepas aku baru sibuk nak post kan. Deepavali pun dah lepas hikhik. Lantok kau! Alhamdulillah dapat jugak hamba beraya kat kampung parit abas nan permai. Gittew sangat ayat aku tauu. Sapa yang x suka balik kampung sendiri oiii. Sonok angat2. Dapat jumpa mak, dapat makan masakan mak. Amaigad.. Tetiba windu kat mak sobs sobs..

Kitorang sampai kampung dalam pukul 9pm. Jalan ade sikit jammed sebab tu lewat sampai. Malam tu memang sepanjang jalan jammed. Tu pun aku tau dari twitter. Nasib kitorang terlepas sebab kami laki bini half day jumaat tu. 

Tahun ni menu raya ala kadorr saje. Menu wajib ade ketupat daun pisang. Ni sumpah feveret aku dari dulu kini dan selamanya. Tapi bab nak mengayam langsung aku failed haha! Jenuh mak aku ajaq satu pun x jadi. Tahun ni mak buat x banyak dalam 20 bijik je sebab buat sorang2 kan. Kalau ade kakpah bole la banyak sikit kot tapi kakpah x balik raya tahun ni die keje.


Menu lain yang glemer untuk famili aku ni ha.. Ayam masak golek. Memang feveret famili aku. Rasa dia lebih kurang macam ayam kuzi tapi lagi sedap ayam masak golek hehe.. Rempah dia memang rempah golek, orang kampung aku ade jual. Kat tempat lain rasanya xde. Tu yang kalau tetiba nak masak ayam masak golek ni susah sikit, ko kena balik kampung baru dapat masak. Selain tu, kaklai ade buat mee bandung. Nasib sedap sebab malam tu dia meroyan kuah mee bandung dia x jadi. Tetiba bangun pagi raya tu eh sedap plak. Ajaib sangat.





Tahun ni kitorang xde sambut meriah sangat. Baju pun pakai yang recycle punya. X koserr aku nak beli baju baru plak time pregnant ni. Pakai je baju yang ade. Zara's pun pakai baju lama. Jenuh mak dia ni punggah lemari cari baju diorang tskk. 



Ni je gamba yang mampu aku tatapkan untuk korang. Biasa2 je sebab iolss bukan retis haha!

Petang tu lepas asar siap2 pack terus shoot pegi teluk intan. Gini lah kalau kawen 1 negeri mesti kena balik dua2 rumah kalau x nty husband nangis hentak2 kaki. X koserrr lah aku nak pujuk.

Tu je cerita raya haji bagi tahun 2014. Even hambar je raya haji kitorang tahun ni tapi syukur sebab Allah dah beri kesempatan untuk aku beraya bersama famili yang tercinta. Terima kaseh Allah!



Bubye

P/s: trauma nak balik kampung bila ade je accident. So, please hati2 k.

.Shoppin Barang Baby, Yeayyy!.

Assalamualaikum

Penatnya lahaiii p gm klang semalam. Semata mata nak p cari barang baby. Semalam aku cuti. Husband pun x OT so kitorang memanfaatkan hari cuti ni p beli barang baby. Nak beli bila lagi kan. Kang lambat2 aku x larat. Sekarang dah masuk 31 weeks dah x larat dah nak jalan lama2. Lagipun semalam x ramai sangat orang sebab kebanyakkan orang keje. Kitorang je yang cuti sebab dapat replacement untuk awal muharram. So aman damai sangat shopping hehe..

P gm klang berdua je. Zara's awal2 kitorang hantar kat pengasuh ngeee. Nasib x bawak, kalau bawak mau diorang pengsan, kiri kanan elsa hahaha.. Banyak jugak yang kitorang dapat rembat. Beli pun yang penting n yang xde je. Xpyh nak membazir sangatlah kan. Barang2 zara's banyak yang bole pakai lagi. Barang2 Zara's dulu aku dah siap2 asingkan dah. Tinggal nak basuh semula je lagi. Tunggu nak beli sabun basuh ABD tu x beli lagi huhu.

Ni antara barang2 yang sempat aku shopping semalam. Baju siang baby. Kira macam baju basahan la.. 1 pasang rm10. Kain dia lembut sesuai untuk kulit baby. Pastu ade topi 2 helai. Topi tu beli sekali dapat booties n mittens. So dah jimat kat situ. Harga dia pun rm10 saje. Sapu tangan ade 8 helai rm20. Kain lembut xdela kasar.


Ni baju untuk tido malam. Beli 3 pasang jatuh 1 rm13. 1 pasang aku lupa berapa. Tapi kira okla. Susah kot nak dapat harga gini kalau beli kat mall kan. 


Ni ha paling aku suka. Dulu2 masa time Zara's xde fesyen cenggini. Ke aku xtau haha. Aku memang plan xnak beli rompers sangat. Cuma nak beli t shirt je. Alhamdulillah, round punya round jumpa t shirt dan seluar brand carter's. Memang cantik. Kalau korang tengok baju2 yang aku beli ni sure dah tau kan gender baby aku kali ni. It's a BOY!! hehe.. Tapi mata aku rambang tengok baju baby gegurl. Cantik angat2..


Mittens. Beli fesyen cenggini plak. 2 pasang rm12.


Socks husband yang pilih. 3 pasang rm10.


Rocker ni ingat nak beli kat online je sebab itu hari aku nampak kat fb ade orang tu jual rm160 include postage. Sebelum ni aku carik kat online semua harga rm160 ke atas.. Tu pun x campur postage tau. So aku pun deal lah dengan orang ni nak beli time gaji. Tup2 semalam kat gm husband jumpa rocker ni harga rm150. Terus rembat beli. Cian orang yang aku deal tu. Nak kena mintak maap bebanyak sebab dia dah harap kat kita kan. Aku pun x sangka semua ni huhu. Maapkan saya kakak..



Ini sajelah yang aku nak share dengan korang. Tu pun nak share kan. Iols xde niat nak tunjuk2. Dosa tau. X sabar nak tunggu baby ummi ni lahir. X sabar nak tengok betapa hepinya kakak2 zara ni bila dah ade adik baru. 

Bubye

P/s: Lagi sebulan nak keje. Marilah sama2 menghitung hari huhu..

.Rumah Bersepah Lahaiiii.

Assalamualaikum

Penatnyaaaa kalau hari2 cenggini. Dengan tengah sarat menyarat ni ekeke nak kena kemas rumah basuh baju bagai plak kan. Ishhhhh.. Mulut ni kan xde insuran sangat tau. Tu kan memang salah satu tanggungjawab isteri. Kan ke aku ni isteri mithali sannngattttt. Mesti la kena buat kan lagipun sejak pregnant ni perangai aku yang suka kemas rumah ni makin menjadi jadi plak hukhuk.

Korang tengok rumah sewaku yang cinonet ni. Kalau weekend cenggini lah keadaannya. Sakit jantung mak tengok tau. Zara's lah punya keje ni. Aku nak kemas pun macam x koserrr je sebab nty x sampai sejam mesti jadi balik. Biasanya aku biarkan je rumah bersepah camni cuma sapu sampah tu je yang mesti kena buat. Nty malam bila diorang dah tido baru aku kemas balik. Besoknya bersepah la plak grgggrrrr.. Macam sia2 je kan aku kemas hwahwa.




Rumah sewa aku ni kecik tapi barang banyak tu yang susah aku nak kemas. Macam toys zara's aku simpan dalam bekas (lupa nak amek gambo -_-'). Bekas ni sebenarnya dulu aku beli sebelum zara's lahir lagi untuk letak baju diorang. Sekarang aku letak toys diorang sebab baju diorang aku dah transfer ke lemari. Toys diorang ni kalau yang dah rosak aku buang. Bikin semak je sebab budak2 ni main ganas betoi. Takut gegurl. Baru je beli dah rosak. Nasib kitorang ni beli toys yang murah2 je. 

Bila ade budak kecik kat rumah ni kena banyak bersabar tambah2 orang yang kipas susah mati sangat dengan deko2 ni kan. Korang kena hadap la dengan perangai bebudak. Kita x bole nak harap rumah kita sentiasa bersih kemas dan so on. Biasa lah kan budak2. Diorang sebenarnya nak explore. Xpyh stress korang senyum kan aje. Tu based on experience aku la. Kadang tu geram jugak tapi pikir2 balik budak2 ni kecik lagi. Nak halang pun x bole kan. 




Hari ni weekend, husband biasalah OT cari rezki. Keje aku biasa lah layan kan si zara's ni tengok frozen. Xpun upin ipin. Nak basuh baju dah xde baju nak dibasuh. Aku dah settlekan time malam weekdays. So, weekend aku bole resttt.. Syorgaaaaa hahaha dada..

Bubye

P/s: kemas rumah ni pun salah satu exercise jugak. So, rumah kemas badan pun sihat. Eh!

Tuesday, October 14, 2014

.Uri Bawah Part 1.

Assalamualaikum

Sebenarnya aku tau pasal uri kat bawah ni sejak sebulan lepas. Time tu doc kat klinik desa mintak aku p scan kat klinik swasta untuk check perkembangan baby. Kan ke aku ade kencing manis.. Orang kencing manis ni kena buat scan setiap bulan untuk tengok berat baby normal or x. Dua kali p scan doc bagitau uri baby kat bawah. Time tu aku buat derk je sebab aku ingat uri kat bawah ni masalah kecik je *rasa nak lempang je*. Bukan aku xtau langsung pasal uri kat bawah ni tapi aku pikir selagi xde bleeding selagi tu still oklah. Bila scan kali ketiga still lagi kat bawah doc mintak aku refer ke hospital.

Bila dah kena refer ke hospital ni kira kes berat jugakla kan. Apa yang doc klinik bagitau kat aku uri baby ni dah kira type 2. Uri kat bawah or placenta previa ni ade 4 jenis. type 1 & 2 bole normal delivery. Type 3 & 4 kena caeser sebab uri tu dah tutup jalan keluar baby. Masa scan tu pun kepala baby kat atas. Doc cakap baby susah sikit nak pusing sebab uri kat bawah. Tapi kebiasaannya bila baby semakin besar, uri akan ikut naik dan baby kemungkinan akan pusing dengan sendiri. Aku harap sangat2 kejadian itu berlaku huhu!

Ramai orang suggest kat aku p berurut tapi aku x berani. Takut plak aku kang jadi pape x pasal2 plak kan. Kawan aku keje doc pun x kasik p berurut takut nty uri bole terlepas dari baby. Bole membahayakan baby dan ibu. Sekarang ni aku banyak berdoa kat Allah, baca Al Quran. InsyaAllah, Allah akan tolong hambaNya kan.

Sejak dapat tau uri baby kat bawah ni Alhamdulillah husband banyak tolong aku buat keje2 rumah. Time nak hantar zara's ke rumah pengasuh pun husband yang tolong dukung dua2 tu. Bayangkan kena angkat dua2 budak umo 2 tahun.. Hmmmm kesiannnyaaaa lahaiii bila tengok husband camtu. Nak tolong x mampu. Ade jugak aku cakap dengan husband rasa macam lepas ni nak stop dah pregnant bila ade complication macam ni. Husband cakap macam x cukup je, huhu.. B, baby dalam peyut ni pun x kuar lagi tau dah pikir anak yang seterusnye ke??

Lepas aku refer ke hospital aku akan update balik kat blog pasal ni lagi k. Saje nak share dengan korang yang akan or penah mengalami nasib yang sama macam aku ni. Okay tata titi tutu muah!

Bubye

P/s: Terima kaseh Ya Allah sebab beri ujian ni sebab aku tau dengan adenya ujian ni aku makin dekat denganNya..

Thursday, October 2, 2014

.Gemuk Kerrr?.

Assalamualaikum

Aku ni kan sejak nandung ni sensitip je. Besa la kan mak buyong. Tambah2 kalau dengan husband mesti nak kena sentap. Saja nak amek perhatian je. Tapi husband buat x layan *tumbuk dada dia tau*. 

Sekarang ni aku dah pregnant 7 bulan. Maka badan ni dah mengembang dengan jayanya. Tapi biasa la pomps kan kalau bab2 berat badan ko naik pastu ade orang mengeji ko mesti ko sakit hati kan. Aku pun macam tu jugakla sobs sobs.. Padahal ko tengah nandung apsal ko nak terasa hati plak kan. Tapi itulah hakikatnya seorang wanita. Nandung x nandung, bila kena kat batang idung ni weiiii rasa nak libas tudung ni kuat2 kat muka dia huh! 

Dahla keji aku cakap aku pendek pastu mengata plak dari tepi dah x nampak idung nampak pipi je. Kojaq sangat tau. Idung aku dah kembang kempis menahan marah nasib iolsss pandai control. 

Sekarang memang aku kuat makan ate lepas makan je 3,4 jam for sure aku lapar balik. Kalau setakat perut berbunyi je xpe ni sampai menggigil camne kan. Terpaksalah aku makan jugak. Sebab tu badan makin naik. Lagipun aku nandung lahhhhh. X faham ke dalam ni ade orang. Stresssss aku ni manusia macam ni. 

Bubye

P/s: lepas deliver kena diet kaw2. Ko tengoklah!

.Resepi Laksa Johor Sempoi Sangat.

Assalamualaikum

Amboiii.. Entry aku sejak dua menjak ni semua dok sempoi noo, haha! Tapi memang betul sempoi pun. Aku kan jenis malas. Semua benda nak cepat je. Biasa kan kalau laksa orang malas nak buat sebab ngenyoh sebab tu resepi aku ni aku buat sesempoi mungkin.

Gigih sangat aku hari ni masak laksa johor sebab last two weeks makan kat rumah cousin husband x pueh. Aku dapat makan 1 mangkuk kecik je. Dah semua benda aku nak lahap. Keji sangat. Ni kira 1st time mak buyong ni masak laksa johor. Teringin punya pasal. Kalau x, x koserrrr haku. Lagi 1 saja nak amek hati perut husband iolss. Feveret dia kan laksa sebab tu aku rajinkan diri belajo buat laksa johor. Sesekali tukar angin p johor plak. Asyik2 laksa perak je aku pun boring.

Meh aku nak share sikit resepi laksa johor sempoi aku.

Bahan2:
1/2 paket spageti
1 1/2 cawan santan
1paket kecik Kerisik
Ikan sardin 7 ekor
3 sudu cili kisar
3 sudu kari ikan babas
Garam
2 keping asam keping


Bahan kisar untuk tumis:
2 batang serai
Sebiji bawang besar
1 inci halia
1 paket kecik udang kering

Ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum
Kacang panjang
Limau kasturi
Bawang besar

Cara2:
Macam biasalah kalau nak buat laksa ikan sardin tu kena rebus dulu. Ada orang kukus tapi iols x pandai nak kukus. Sejak dari azali memang aku akan rebus. Dah rebus asingkan daging ikan pastu blend. Blend guna air rebusan tadi. Jangan buang plak. Pastu tulang ikan pun korang blend jugak. Tapi nty bila nak masuk dalam periuk kena tapis la kalau x banyak tulang.

Masukkan minyak pastu tumis bahan2 yang dah kisar. Bila dah naik bau korang letak kari ikan babas. Goreng kejap pastu letak cili kisar. Bila dah pecah minyak masukkan ikan sardin yang dah siap blend tu. Masukkan santan dan air sikit. Last2 nty letak kerisik, garam n asam keping. Gittew je nak masak kuah laksa johor. Cara nak rebus spageti x perlu citer kot. Korang dah khatam kan bab tu. Laksa johor ade sambal dia tapi aku makan pakai sambal belacan je. Sebab memang aku dah siap buat awal2. Sedap je hihi..






Bubye

P/s: dah bole meniaga catering dah aku ni okeh!

.Minyak Naik Oiiii.

Assalamualaikum

Kahkahkah!! Cantik2 nak balik raya haji minggu ni harga minyak dah naik. Sep sikit! Baru je weolss kira budget untuk bulan ni. Mesti kena kira babe sebab bulan ni kan kitorang pegi melaka pastu minggu ni raya haji, nak balik dua kampung tau. Tu belum kira makan minum beli barang lagi. Rakyat marhaen macam weolss gini lah.. Semua kena kira, kalau x budget larikkkkk.. Hujung bulan makan megi sobs sobs..

Malam tadi bukak fb banyak benor orang up status pasal harga minyak naik. Macam2 status la keluar. Luahan perasaan katanya.. Xpela labuuuuu.. Naik 20 sen je.. 20 sen tu sikit je macam nak beli gula2 untuk anak2.. Baru2 ni memang x bole terima lah apa semua lah, lepas ni semua orang lupa lah hihi!

Bubye

P/s: tengah berkira kira nak balik raya ke x ni.. Kalau x balik nangis mak aku tepi bucu tangga sobs sobs..

Wednesday, October 1, 2014

.Stressnyaaaaa Lahaiiiii.

Assalamualaikum

Sungguh aku stresssss sangat di kala ini. Sejak dua menjak ni stress aku menjadik jadik. Takuit naik darah tinggi ni *pitam*.  Stress dengan keje, stress dengan life, stress dengan macam2.

Aku ni kan mana bole bosan sikit bila dah start bosan mula lah datang stress aku. Sekarang ni aku dah start stress dengan keje aku. Hari2 aku buat mende yang sama. Korang bayangkan lah hari2 menghadap benda yang sama, update, plan.. X mencabar langsung *jeling sebelah mata*. Tapi kalau ade problem dengan plan yang aku dah buat tu x jadi matik jugak aku nak buat plan lain. Tup2 stress lain yang datang. Aduiii. Penah dulu sampai aku jumpa boss sebab aku mintak nak belajar benda lain. Tapi boss aku x kasik. Dia swoh aku focus dengan keje aku sekarang. Hmm..

X abes stress dengan keje, aku stress plak dengan life aku. Pehal lah stress ni datang bertingkek tingkek. Xtau la orang lain rasa macam aku ke x. Tapi aku rasa ekeke. Hari2 buat mende yang sama. Pagi2 pukul 4.30am dah bangun. Siap mandi, kemas baju anak, kejut anak, hantar anak2 pegi rumah kak wan. Bila dah sampai tempat keje buat keje yang tiap2 hari aku buat. Stress jugak tu. Dah abes keje, balikla ape lagi. Nak balik tu kena hadappp jammed. Amaigad. Kadang letih sampai iolss tito. Sampai rumah, terus bersilat kat dapo masak dinner. Lepas tu tengok tv. Kalau ade keje lain basuh baju, sidai baju. 

Camtulah rutin aku tetiap hari. Jenuhhhh lah nak hadap life macam ni. Umo baru 26 tahun kot tapi dah bosan dengan life sendiri. Hadappplahhhh juju * nangis teresak esak*. Tingin nak jadi macam orang lain. Bergumbira, tengok wayang, jalan2. Arghhhh.. X lama gila la aku ni. Nasibla labuuuuu..

Bubye

P/s: kena cepat control emosi. Iolss kan nandung. Huuuuuu..

.Enjoyable Trip.

Assalamualaikum

Hi peeps!! Sowey la busy nauuu lately. Nak hadap blog kite x mampu. Last week busy memanjang dengan keje dengan check up. Minggu ni kite bole napas sikit kot sebab isnin lepas kite mc. Demam katenye.. Demam2 pun gigih kite update blog sebab windu sangatlah kat blog yg x seberapa ni huhu! Hari ni pun kite amek el sebab zara's demam. Jangkit kot..

Ekceli aku nak citer pasal latest vacay famili aku organize. Lama sangat aku tunggu nak p bercuti. Dua tiga menjak ni iolsss so stress. Dahla nandung stress plak tu. Cannot2 nty darah tinggi naik pulok. 

Okay, sabtu lepas kitorang sefamili p bercuti ke melaka. Tujuan utama sebab nak sambut bufday bebudak, zara's, yayan dan awish. Semua lahir bulan september. Jauh nauuu sambut bufday kan. High class sungguh bebudak tuh! Xpe tahun depan x payah sambut dah hahaha. Kitorang gerak ke melaka dlm pukul 10am. Memang plan nak terus shoot ke tempat penginapan. Kitorang amek apartment A famosa resort. Ni kira kali kedua kitorang tido kt A famosa. So far, memang puas hati sebab apartment dia luas dan yang penting ade cowboy town.

Hari sabtu tu kitorang lepak dalam bilik je. Sampai2 terus makan sebab memang kiut2 masa untuk berlunch. Nasib maktih dah siap2 list untuk masing2 bawak bekal. So kitorang berportluck sajo. Sangat2 sedap sampai berlebih2 plak. Perut aku kat sana sentiasa terisi. Sonokla baby hehe. Petang sikit kitorang turun bawah bawak bebudak mandi kat pool. Yang paling seronok si yayan la. Semua orang dia kacau. Gengster kan. Dia tolak2 orang kt pool la. Bila kitorang acah dia kat pool adult tau plak nangis hahaha. Gengster x bole blah. Pastu siap bole lemas kat pool budak2. Konon nak lompat tapi terlemas. Nasib kak nisa perasan dia lemas. Kitorang semua gelak hahaha!








Malam tu kitorang p cowboy town. Tapi sebelum tu sambut bufday bebudak tu dulu. Time kaseh makngah aka kakpah sebab sponsor kek. Orang nye xde sebab last minit kena keje. So, nak sedapkan hati semua orang dia sponsor la kek. Jadi lerr kakpah. 

Mehle kite tengok gambar2. Cikedaut!




Ni gambar kat cowboy town. Ni kira kali kedua la aku pegi. kali ni x berapa havoc sangat sebab banyak binatang xde. Dulu ade orang utan siap amek gambar lagi, kali ni xde la plak. Tiket masuk x salah aku RM58 per head. Tiket maktih belanja. Time kaseh maktih. Kitorang pegi melaka ni semua orang sponsor. Kitorang bawak badan je, ngeeee..











Esoknya kitorang check out awal dalam pukul 10am sebab nak jalan2 kat banda melaka. Dah pegi melaka xkan x jalan2 kot kan. Tapi cam nyesal plak check out awal sebab time kitorang kat banda melaka tu dah tengah hari. Panas gilerr sampai aku pening kepala. Dahla parking jenuh pusing baru dapat. Aku rasa dekat sejam kot cari parking je. Kitorang sempat pegi shopping baju je. Tu pun beli baju untuk anak pengasuh. Barang kitorang satu pun xde huhu. Aku la sibuk paksa husband balik sebab x tahan pening n kaki lenguh. Gini lah kalau mak buyong x sedar diri. Perut dah sarat sibuk nak jalan. Ngalahkan orang sihat. 



Sampai rumah pukul 4.30pm gitu. Sonok sangat tapi terkilan sebab x pueh jalan je grgrrrrr. Xpela next time ye b. Tapi lepas deliver n tunggu baby besar sikit bole la bawak jenjalan lagi. In while kena buat tabung for da next vacay. Banyak oooo nak pakai duet sekarang. Bukan bole sesaje nak pegi bercuti. Dah cukup ongkos baru bole jalan. Kalau x sila duduk rumah saje, ngeeee..

Bubye

P/s: Next trip plezzz!! Famili iolss memang hantu jalan!