Thursday, October 2, 2014

.Resepi Laksa Johor Sempoi Sangat.

Assalamualaikum

Amboiii.. Entry aku sejak dua menjak ni semua dok sempoi noo, haha! Tapi memang betul sempoi pun. Aku kan jenis malas. Semua benda nak cepat je. Biasa kan kalau laksa orang malas nak buat sebab ngenyoh sebab tu resepi aku ni aku buat sesempoi mungkin.

Gigih sangat aku hari ni masak laksa johor sebab last two weeks makan kat rumah cousin husband x pueh. Aku dapat makan 1 mangkuk kecik je. Dah semua benda aku nak lahap. Keji sangat. Ni kira 1st time mak buyong ni masak laksa johor. Teringin punya pasal. Kalau x, x koserrrr haku. Lagi 1 saja nak amek hati perut husband iolss. Feveret dia kan laksa sebab tu aku rajinkan diri belajo buat laksa johor. Sesekali tukar angin p johor plak. Asyik2 laksa perak je aku pun boring.

Meh aku nak share sikit resepi laksa johor sempoi aku.

Bahan2:
1/2 paket spageti
1 1/2 cawan santan
1paket kecik Kerisik
Ikan sardin 7 ekor
3 sudu cili kisar
3 sudu kari ikan babas
Garam
2 keping asam keping


Bahan kisar untuk tumis:
2 batang serai
Sebiji bawang besar
1 inci halia
1 paket kecik udang kering

Ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum
Kacang panjang
Limau kasturi
Bawang besar

Cara2:
Macam biasalah kalau nak buat laksa ikan sardin tu kena rebus dulu. Ada orang kukus tapi iols x pandai nak kukus. Sejak dari azali memang aku akan rebus. Dah rebus asingkan daging ikan pastu blend. Blend guna air rebusan tadi. Jangan buang plak. Pastu tulang ikan pun korang blend jugak. Tapi nty bila nak masuk dalam periuk kena tapis la kalau x banyak tulang.

Masukkan minyak pastu tumis bahan2 yang dah kisar. Bila dah naik bau korang letak kari ikan babas. Goreng kejap pastu letak cili kisar. Bila dah pecah minyak masukkan ikan sardin yang dah siap blend tu. Masukkan santan dan air sikit. Last2 nty letak kerisik, garam n asam keping. Gittew je nak masak kuah laksa johor. Cara nak rebus spageti x perlu citer kot. Korang dah khatam kan bab tu. Laksa johor ade sambal dia tapi aku makan pakai sambal belacan je. Sebab memang aku dah siap buat awal2. Sedap je hihi..






Bubye

P/s: dah bole meniaga catering dah aku ni okeh!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.