Powered By Blogger

Tuesday, September 30, 2014

.Sedihlaaaaa.

Assalamualaikum

Pregnant kali ni lain sikit. Aku suka benda yang cantik. Suka mengemas. Suka mandi *tepuk tangan ramai2*, aku terlebih rajin. Kalau nak keluar jalan mesti nak kena pakai make up. Siap lukis kening, pakai eye shadow n berblusher lagi. Lain sangat sebelum aku pregnant dulu kekeke. Pantang tengok barang make up mesti nak kena beli. Nasiblah tempat keje aku x bole pakai make up kalau x aku lah orang paling galak pakai muahaha!

Sekarang baru 28 weeks tapi berat naik mendadak gila! Nak naik darah tinggi aku tau. Padahal makan biasa je. Siang je aku amek nasik. Malam biasa makan bihun goreng ke, mee goreng ke.. Tapi memang x de selera nak makan nasik memalam. Last timbang kat klinik hari tu berat aku 71kg *nganga*. Ni baru timbang dah jadi 74kg *pengsan terus*. Baru bpe minggu xkan dah naik 3kg?!! Aku suspek penimbang kat rumah aku ni rosakla.. Biasa lah penimbang cap hayam huhu!


Risaula aku. Ke aku nak kena diet eyh. Sebabnya aku kan wanita mengandung type gdm huhu. Jangan kena minum air gula lagi sudahla. Bila dah gemuk ni nak melawa pun susah. Nasibla baju sebelum pregnant dulu still muat lagi sebab aku memang pakai baju besar2. Xde la nak kena beli baju baru nty lepas deliver x terpakai plak kan, hmm. Dan ingat aku ni sejenis manusia yang cop duet ke? Aku ni pun kalau nak beli sumthing 44kali pikir nak beli ke idok. Last2 x beli pastu nyesal uhuk. 

Ikrar aku lepas deliver nty nak berpantang sungguh2! Aiceh! Xmau pantang macam dulu. Sekarang nahhh segala jenis hangin aku dapat. Kaki plak jangan citerla dah seghope warga emas dah. Jenuh wehhh. Lepas deliver kena polish banyak tau cian kat b hahaha!

Ni je lahhhh suka duka aku time nandung ni. Dah macam drama swasta dah. Lagi 3 bulan aku akan melahirkan insyaAllah. Harapnya semua berjalan dengan lancorr. Dan harap kali ni bole la deliver normal sebab ikut plan nak anak 7 orang hihi. Kena keje kuat gayanye ni.


Bubye

P/s: Walau pun begitu time pregnant ni lah memori paling best aku penah rase :) 

Monday, September 29, 2014

.Mau Patah Kaki Kot.

Assalamualaikum

Aku ni dok penat dah pikir kenapa la sampai sekarang husband xnak hantarkan aku p amek lesen. Berbuih dah mulut ni dok bising tapi x jugak terbawak bawak. Dah nandung kali kedua dah ni. Agaknya nak tunggu aku ngidam lesen kete kot baru bole dapat amek gagaga. 

Nyesal sangat dulu masa mak offer aku p amek lesen masa tunggu result spm aku xnak. Alasan aku mudah ja.. Sebab sayangggg sangat nak tinggal tv bole? Memang dulu aku gilaaaa sangat kat tv. Sebab tu mata kite dah rabun sebab selalu sangat tengok tv. Dulu2 xde astro tapi citer apa pun aku layan. Paling gila time tu citer drama hong kong. Sapa minat macam aku sila angkat ketiak haha!

Aku selalu terpikir macam mana kalau husband sakit masuk hospital ke.. Bukan aku mintak tapi aku just terpikir je. Dengan anak2 lagi. Macam mana nak jenguk husband, nak pegi keje lagi. Tu semua aku kena pikir. Xkan aku nak mintak tolong orang kan. Bukan semua orang nak tolong kita time kita susah. Tapi tu la maybe salah satu sebab husband x hantar aku ke class lesen sebab mahal. Tu memang aku x nafikan. Sekarang ni nak amek lesen kemahin mahal. Terduduk mak bila dapat tau lesen sekarang rm1+++. Pengsan iolsss, boooo..

Lepas ni kena buat tabung jugakla. Sekarang ni apa2 mesti aku buat tabung. Semangat gittew iolss p kutip tipuware kosong semata mata nak dapatkan wishlist iolsss. Tapi aku x penah isi duet pong yang selalu isi husband je.. Err camne tuh?




Thursday, September 18, 2014

.Checklist Barang Baby Sempoi Sangat.

Assalamualaikum

Fuhhhh.. My baby bump sekarang ni dah masuk 6 bulan or lebih detailnya 26 weeks 6 days. Alhamdulillah.. Baby dalam ni sihat walaupun baru2 ni aku ade jatuh sebab terpijak tudung bekas plastik makanan masa tengah mengemas dapo. Dusssshhhh, jatuh macam cempedak busuk, kekeke.. Kira ni kali kedua la aku jatuh masa tengah pregnant ni. Nasib baik baby sihat2 je cuma punggung n pinggang aku sakitla.. 

Due date aku insyaAllah 28 dec, hujung2 tahun ko lahir nak.. Tapi satu barang pun aku x beli lagi. Sian anak ummi.. Ingat nak beli sekali je senang sekali harung. Tu pun plan nak beli time dapat bonus nty tapi time tu dah sarat nak jalan pun aku x sanggup kot. So decide nak beli gaji bulan ni. InsyaAllah kalau ade rezki lebih bole beli semua sekali yang ade dalam list je eyh. Barang kakak2 dia dulu banyak lagi bole pakai. Kita recycle balik je. Jangan membazir. 

Barang2 untuk aku pun nak beli sekali je. Xnak jadi macam dulu. Nty2 langsung x beli. Kali ni mesti kena beli awal2. Kalau beli last minit nak harap husband mesti susah. Orang lelaki kan diorang mana tau sangat nak beli jamu, pad bagai ni. So, senang kita p beli sendiri. Baru pueh hati.

Okay, bawah ni aku ade listkan sikit barang2 yang penting untuk mummy dan baby. Sama2 lah kita share together gether hihi.. Debor plak rasa nak beranak lagi kahkahkah..



BERPANTANG:
Set berpantang - Aku ingat nak beli nona roguy tapi bukan yang set punya
Stokin - DONE
Baju sejuk - DONE
Kain batik - DONE
Maternity Pad - Beli pad biasa tapi yang jenis overnight
Bengkung - Ada, kakak ipar ade kasik pinjam
Tukang urut - Dah pikir nak mengurut kat kampung, nty deal dengan mak
Tungku - Belum ada lagi. Ingat nak beli tungku moden
Breast Pump - DONE


BARANG BABY
Diapers - Mungkin akan beli sama brand macam zara's (whoopee)
Deodorant Amway - Will order. Untuk elak melecet
Tuala mandi - Belum ada lagi
Baby wipes - Sentiasa ada sebab zara's still pakai baby wipes
Barut - Dah ada, kakak ipar kasik pinjam
Sapu tangan - Belum ada lagi
Bedung - Belum ada lagi
Booties n mittens - Belum ada lagi
Baju tidur - Belum ada lagi
Baju jalan - Belum ada lagi
Peralatan mandi - Belum ada lagi
Lotion/bedak - Bole share dengan zara's
Napkin - DONE
Detergent khas untuk basuh baju baby - Belum ada lagi
Botol susu - Belum ada lagi. Ingat nak beli brand tommie tippe
Cotton balls - Belum ada lagi
Vicks - Belum ada lagi
Kelambu - DONE
Rocker - Belum ada lagi
Bekas spray air - Belum ada lagi. Dah survey kat DAISO


Aku rasa ni jela yang betul2 penting untuk baby yang bakal lahir ni. Banyak benda aku dah ade sebab ni 2nd pregnancy kan. Barang kakak2 dia ade bole pakai lagi. Beli setakat yang kita mampu je la.. Yang penting baby lahir dengan selamat, sihat dan sempurna, Amin..


Bubye

P/s: harap2 dipermudahkan lah semua urusan bersalin aku nty. X sabar dah rasa nak dapat orang baru. Doakan aku dan baby ye :)
(Semua gamba sumber dari gugel)

.Happy Birthday Zara's 2 Years Old!!.

Assalamualaikum

Syukur Ya Allah.. 14 sept 2014 lepas (ahad), genap umur zara's 2 tahun. Aku dengan husband xde pun nak sambut bufday diorang. Plan tu ade macam nak buat makan2 sikit, jemput2 orang sikit, potong2 kek sikit. Mak diorang ni siap plan tema. Gigih dok donlod kat tenet. Tapi rezki nak buat parti macam tu xde lagi. InsyaAllah kalau ade rezki tu nty kitorang buat la walaupunn lambat. 

Kebetulan FIL datang rumah last weekend. Tu pun last minit sebab ade kenduri rumah cousin husband. Diorang suami isteri nak pegi haji. Memang kebetulan sangat dengan bufday zara's FIL datang rumah sebabnya tahun lepas pun bufday zara's FIL pun ade datang rumah jugak. 

Lepas abes kenduri mak ajak pegi tesco nak beli nugget shapes. Yang alphabet tu. Macam2 la idea mak, hehe.. Lepas tu beli kek sebijik. Terima kaseh mak sebab susah2 je nak sambut bufday zara's. Terharu plak aku..

Sampai je rumah terus mak masak potato alphabet tu. Oh ya, nugget xde. Jenuh cari. Yang ade potato je. Jadila.. Nak hias je pun kan. Pastu potato tu hias kat nasik macam ni ha. Mak cakap plan dia nak buat pulut kuning. Xnakla makan kek dah sebab ade orang kencing manis, aku lettew hikhik. Tapi x sempat.. Nasik putih pun jadila.. Aku hias sikit2 guna bunga cengkih. Lawa sikit kan.




Zara's pakai baju cenggini jerk. Lawa la tu eyh.. Xde sapa pun.. Kitorang2 je.. Yang penting baju tu baju elsa. Dah cantik sangat dah kat mata diorang hihi..








1st time potong kek sendiri. Tu yang jakun lebih. Suka sangat sampai nak lunyai kek tu. 





Bila belek balik gamba2 diorang ni rasa nak nangis pun hade, sobs sobs.. Dah besar rupanya anak2 ummi. X sangka cepat betul masa berlalu. Lepas ni nak ade adik dah. Dua2 dah nak jadi kakak. 

Harapan ummi, zara's dapat jadi anak2 yang solehah. Ingat pesan ummi dengan ayah selalu. Pandai jaga diri sebab zara's dah makin besar. Ingat, ummi dengan ayah sayangkan zara's sangat2.. Zara's adalah harta dunia akhirat ummi n ayah. Ummi n ayah sentiasa doakan kesejahteraan zara's. Loves u both! *nangis sedu sedan*

Bubye

P/s: dah besar anak2 ummi. X sangka sungguh.. Even dah besar korang tetap baby kat hati ummi :')


.Selamat Pengantin Madu.

Assalamualaikum


Gugel tenet jew..

Korang layan x cerita ni? Sedih ok. Hari rabu n khamis mesti aku siap2 terpacak depan tv sebab nak tengok cerita ni. Nasib orang xde astro cam gini lah. Dah 3 tahun aku pujuk husband pasangkan astro tapi sikit pun dia x layan *libas rambut*

Cerita ni start dari episod 1 aku dah follow so bila dah tengok jadi lagi best sebab kita dah tau cerita dari awal. Nak tau sinopsis pepandai korang lah gugel, hehe.. Aku kasik tau sikit jela.. Cerita pasal bermadu. Lakonan fasha sandha, aiman hakim ridza dan eina azman. Sonok gak layan gedik si eina ni sampai aku naik gewam kahkahkah. Pastu tetiba air mata bercucuran. Macam aku plak si fasha sandha. Orang dah kawen mcm ni lah tambah2 tengah pregnant. Sensitip dia lebih sikit, kikiki. Nasib husband x join tengok kalau x mesti dia gelakkan aku.

Kadang tu aku paksa gak husband tengok sekali. Bagi peringatan sikit ingat senang ke nak kawen banyak ni, huh! Semua benda ko kena tanggung. Yela, dah pandai buat pandai tanggung lah. Dah xde istilah nak menyesal plak kan. Ha, kan aku dah ter emo. Pomps kan, emosi dan drama tu seiring jew hehe..

Bubye

P/s: aku memang minat drama melayu. Korea2 ni aku x layan, zassss..

Friday, September 12, 2014

.Oh Baby Jangan Buat Ummi Mcm ni Lagi.

Assalamualaikum

Aku sangat cuak ok. Start dari petang semalam baby x aktif sangat. Aku ade bagitau dengan husband baby x gerak sangat. Husband try sedapkan hati cakap maybe baby penat. Ok, aku pun pikir la positip kan.

Pagi ni aku pasan lagi baby still x aktif. Biasanya kalau pagi2 ni lah yang dia aktif sangat. Sampai aku penatla dia dok main dalam perut aku ni. Tapi pagi ni xde. Kalau gerak pun slow je. Aku dah start risau. Yela.. Kita bukan tau kat dalam ni camne. Ok ke dia. Aku bagitau kat husband lagi. Husband ajak p scan. Dia pun risau sama.

Sebelum solat jumaat, kitorang keluar p klinik dekat2 dengan tempat keje. Jumpa doc aku citer la baby x aktif. Doc ajak scan, nampak doc pun macam risau. Alhamdulillah masa scan tu, doc tunjuk heartbeat baby. Normal heartbeat dia. Baby pun ade gerak jugak tapi pelik aku x dapat rasa macam selalu. Siap baby isap jari lagi haha. Doc cakap movement baby ok. Sempat tendang ummi time tengah scan tu. Time tu memang aku dapat rasa dia tendang. Syukur Alhamdulillah..

Lepas abes scan, doc ade pesan kalau 2,3 ari lagi still rasa macam ni better p hospital buay ctg. Nty bole dengar heartbeat baby. Baik doc.. Demi baby aku sanggup buat apa saja. Aku dah cukup risau sesangat bila jadi macam ni. Nak buat keje pun x bole. Plisss baby.. Lepas ni jangan buat ummi macam ni lagi k. Ummi sayang kamu.. Sayang kamu lebih dari nyawa ummi sendiri, tskkk..

Bubye

P/s: sentiasa doakan kebaikan anak2.. 

Sunday, September 7, 2014

.Resepi Spageti Aglio yang Sumpah SImple.

Assalamualaikum

Dah lama x share resepi kat sini kan. Aku kan jarang masak. Cuma time weekend je yang terrajin sikit kalau x semua nya x sempat. Almaklumla.. Keje keluar awal balik lewat petang x dapat nak masak dinner yang bagai2.

Resepi kali ni aku nak share macam mana nak buat spageti aglio. Ni 1st time aku buat tau. Bahan pun x cukup sebab tu tajuk dia simple hihi. Sodihhh! Xpela, asalkan sedap dan ade rasa spageti aglio pun okay kan.

Bahan-bahan:
1/2 paket spageti
Udang 6 ekor
Sotong 3 ekor
Bawang putih 3 ulas
Cili kering 3 tangkai (kalau ada chili flakes lagi bagus)
Serbuk lada hitam
Serbuk origano
Minyak (kalau ada olive oil lagi bagus)


Macam biasa kalau nak masak spageti kena rebuih dulu naaa.. Masukkan sikit minyak masak dan garam. Fungsi minyak masak untuk xnak bagi melekat.


Tumis bawang putih dan cili kering. Cili kering tu potong macam gambar bawah ni. Ikut suka korangla nak letak cili kering banyak mana. Aku x letak banyak sebab zara's nak join makan sekali :)


Masukkan sotong dan udang. Kalau nak tambah seafood lain pun hokey je. Ikut suka tekak korang k.


Masukkan spageti dan perasakan dengan lada hitam dan origano. Letak garam sikit.


Tadaaa.. Dah jadi spageti aglio aku yang pertama kali ni. Husband cakap sedap tapi bagi aku bole lah.. Kena buat betul2 pasni bagi lagi sedap hehe..


Bubye

P/s: Ginilah bila dah jadi isteri.. Dari x pandai masak terus pommmm!! Jadi chef, ko hado?!!

.Weekend Bersama.

Assalamualaikum

Amboiiiii kemahinnn tajuk kan.. Macam husband iolss dok keje 7 hari seminggu teheeeee.. Saje tajuk kasik gempak. Memang tetiap minggu husband kena keje sebab diorang ade task time weekend tapi xdela dua hari tu dia kena masuk. Pilih salah satu hari la sebab dia ade partner. So, hari ni husband keje aku dok rumahlah jaga zara's *macam biasa*. Sebenarnya nak citer pasal semalam. Husband cuti time ni lah kitorang nak berbonding.

Kalau husband cuti mesti aku ni kan ade je plan nak p jalan2. Bosan ah asyik dok rumah je. Kalau x jalan menggeletar kepala lutut. Bawak pegi kedai pun jadi laaaaa.. Nasib orang x pandai bawak kete gini lah huhu! Semalam ajak husband p aeon big nak p carik almari untuk zara's. Selama ni dok pakai kabinet 5 tingkat tu je. Nak susun atur pun dah xde idea. 

Sebelum nak p aeon tu kitorang makan kat rumah dulu. Sepp sikit kan. Tetengah bulan ni almaklumlaaa.. Sebenarnya husband yang masak. Aku tolong je sebab husband ade beli udang galah. Dia nak masak lemak cili api. Aku kan x bpe nak terer masak lemak cili api ni so surrender awal2 la. Sori la b. Ingatkan dia nak masak tu je rupanya tengok2 dah siap semua *sengih luas2*

Tadaaaaaa.. Masak lemak cili api udang galah dedebu cinta, ayam goreng kentucky senja nan merah dan bayam tumis puncak kasih. Memang torrrbaikkkk b! Thank you dear..




Lepas abes makan siap2 terus keluar. Pegi tropicana hospital jap nak melawat kawan karib husband kena admit sebab positif kencing tikus. Bahaya la sekarang ni. Dalam masa sebulan ni je dua orang kawan aku kena kencing tikus. Kena hati2 terutamanya orang yang suka minum air tin. Sebelum nak minum air tin tu basuh dulu. Tu salah satu punca tu. 

Sebelum jumpa uncle naqib kita main dulu eyh. Seronok tengok diorang main. Biasa asyik terperap je bila dah bawak main ni punya la suka. Kesian zara's. Ummi dengan ayah asyik sibuk je kan. Sori eyh!



Sampai rumah kol 8. Husband request nak makan spageti aglio. Bahan2 dah siap beli kat aeon big. Ni 1st time tau aku masak spageti aglio. Biasa masak carbonara or balognese je. Kaklai la ni dok asyik masak spageti aglio sampai husband ngidam nak makan lagi. Xpela b, demi b ayg sanggup masak. Gigih tau bini dia ni dok gugel resepi hihi! *resepi nty aku post new entry k!*

Ni la almari baru zara's. X mampu nak beli yang mahal2. Beli pun kat aeon big je. Bawak balik sendiri, pasang sendiri. Alhamdulillah.. Syukur Allah bagi rezki.. Semoga kita sentiasa dilimpahkan rezki oleh Allah.. Terima kasih b sebab pasangkan almari anak sampai lewat malam.


Bubye

P/s: memori sangat bila bersama dengan husband n anak2. Memori ni la yang akan aku ingat sampai bila2. 

.Zara's Macam2.

Assalamualaikum

Hihi.. Sebelum genap 2 tahun bulan ni sesajer je mak diorang ni gedik nak post pasal diorang. Macam2 sebenarnya perangai diorang sejak dah besar ni. Kadang2 baik sangat.. Kadang tu asyik gaduh sampai tarik rambut n gigit! Menjerit jugakla aku bila diorang bergaduh. Sejak jadi mak2 ni dah biasa sangat dah bab2 jerit ni sampai kadang tu zara's gelakkan aku je bila aku marah diorang. Kongajo sangat.

Ni gambar time kitorang pegi makan kat oldtown. Baby dalam peyut ni ngada2 nak makan roti oldtown. Husband ok je kalau bab baby nak. Kalau bini dia ni hegeh2 mintak macam2 mintak mahap le dia nak layan,huh! Sebab tu kalau aku tingin sumthing cecepat je aku cakap baby yang nak, bole gittew?? Opss!!

Sampai kat oldtown mesti carik pensel ngn kertas dulu. Pastu conteng sampai meja2 pun korang conteng sekali eyh. Tengok tu, sorang tulis tangan kanan, sorang lagi tangan kiri. Yang tangan kiri tu ikut ummi sangat tau,hihi.



Haa, ni dah start drama diorang ni.. X bole beli 1 mesti gaduh je keje. Sabor jela. Husband tu dah x koserr nak layan diorang. Dah biasa sangat kejadian macam ni. Nasib time tu xde orang kalau x malu weh. 







Amalia relax je.. Dah asyik dia je yang dapat. Amani makan roti jela eyh.. Kesian.. Kalah dengan kakak, kikiki..

Bubye

P/s: Korang gaduh ke apa ke ummi tetap sayang tau!

Friday, September 5, 2014

.Suka Suka Susunatur.

Assalamualaikum

Sebenarnya kan.. Aku ni miiiiinnnnnnaaaatttt lah sangat mendeko dan meyusunaturkan rumah. Minat ni mai since aku dah kawen le. Dulu time bujang ade lah sikit. Tapi bila dah kawen ni pastu join plak dengan kawan2 yang semua totally dah kawen n diorang plak memang minat mendeko, so aku pun terjebak sama. Setiap hari kalau makan kat cafe x sah kalau x citer pasal deko2.. Pastu share gambar rumah yang cantik2. I is sukaa!!

Masa bujang dulu aku sewa rumah dengan adik beradik aku. Kakak aku yang no 2 tu, kaklai memang gila kemas rumah. Dulu kalau kitorang bosan tv dok tempat yang sama mesti kitorang tukar. 2 bulan sekali jugakla kitorang dok asyik ubah tempat je hihi. Sekarang kalau p rumah kaklai mesti eksaited sebab tengok rumah dia yang kemas giler walaupun dia dok kat kuarters je. 

Aku ni dah lama sebenarnya nak sharing2 dengan uolss pasal bab2 susunatur ni tapi nak share dalam blog ni cam x besh plak sebab aku kan menyewa saja. Kalau rumah sendiri tu xpelakan. Tapi bila aku dok gugel2 blog susunatur ni ade je blogger lain yang share rumah sewa diorang. X salah kannnnn.. So, kali ni gigih tau aku nak share sikit2 rumah sewa aku yang cinonet ni hehe..

Kalau ko tinggal kat area kl/selangor ni jangan mimpi lah ko nak menyewa kat rumah teres sebab kat kawasan ni mahei. Aku ni mampu sewa tahap apartment a.k.a flat je. Tu pun dah kira syukur Alhamdulillah.. Kira cukup selesa lah kitorang anak beranak dok kat sini.

Okay, aku share sikit gambar rumah sewa aku. Ni baru lepas kemas.. Kalau x bersepah yang amat! Tu Zara's punya keje lah kalau bersepah tu. Baru nak lega sikit x sampai sejam dah sepah balik. Tarik napas iolss tau. 


Aku jenis yang suka simple2 je dan modern. Sekarang aku minat kaler putih plak. Rasa macam nak cat putih, pintu kaler putih tapi owner rumah x kasik, tskk.. Sabar jela.. Setakat ni yang ni je yang kitorang mampu sediakan untuk rumah cinonet ni. Nak tambah perabot lain aku rasa x kot sebab aku lagi suka ruang yang luas. Nampak lagi besar kan.

Kabinet dapur tu memang awal2 masuk dah ade tapi kabinet nya sikit sangat. Banyak barang lagi yang x bole nak sumbat kat dapur tu. Terpaksa lah aku cari alternatif lain. Dahla dapur kecik, kalau 3,4 orang masuk mau pengsannn. Pasal dapur ni next entry aku citer lebih detail k sebab aku ade buat susun2 atur sikit untuk bahagian ni. 


Langsir yang x bpe nak cantik tu owner punya hihi.. Memang masuk2 dia dah siap pasang langsir kt semua tingkap. Buat masa sekarang aku x penah lagi tukar langsir. Ni je langsir yang aku ade tau. Tingin jugak nak pakai langsir baru tapi husband asyik x kasik je. I is sedih hokey. Apsal x bagi b? X baik tau hampakan orang tgh nandung ni huhu!


Ni jela yang aku dapat share dengan korang. Banyak lagi benda aku nak buat. Korang tunggu jela next entry aku pasal susun atur ni. InsyaAllah, doakan aku rajin selalu eyh.. Kalau rajin baru la terisi blog ni hehe.. Korang punya idea susun atur camne plak? 

Bubye

P/s: InsyaAllah kalau ade rezki beli rumah sendiri, banyak dah plan aku nak buat. Semua dah ade dalam kepala hotak aku ni, mihmih.. Kena simpan duet je la jawabnya...