Powered By Blogger

Sunday, May 24, 2015

.Day 3 : Banyaknya Baju.

Assalamualaikum

Phewww! Penatnyaaa.. Ingatkan time weekend bole la bersenang lenang, bersantai bagai tapi nan hadooo! Macam2 benda weh aku buat sebabnya masa weekdays kadang tu memang x sempat nak basuh baju, kemas rumah jadinya tertangguhla sampai ke weekend. Sedihhhh!

Korang tengokla umah aku ni penuh dengan baju je. Ni seminggu punya baju x basuh ekeke. Ni kes memang x sempat. Baju sampai sidai kat railing almaklumlah umah iolls ni xde balkoni so kalau nak sidai baju banyak2 tu kena tarikla railing ke hall. 


Dengan baju yang bersidai, baju yang x berlipat pun ado. X bole tau kalau sekali biar x berlipat siaplah nty mesti menggunung punya. Aku dah biasa jadi gitu. Nasiblah mood azhad hari ni elok je. Sempatlah aku masak, sidai baju, lipat baju. Hari ni husband OT x dapat nak tolong aku tapi lepas dia balik nty macam2 benda aku dah plan nak bagi dia keje hehehe.. 


Kalau part lipat baju memang aku sorang jelah. Husband penah tolong aku lipat baju tapi lepas tengok cara dia lipat hmmmm xpela b biar ayg sorang je la lipat. Ntylah insha Allah kalau aku rajin nty aku share lemari burok aku, lemari baju anak2. Xdela hebat sangat tapi iolls saje je nak share. Mana lah tau kot2 orang lain bole dapat inspirasi dari apa yang aku share tu. Gittew sangat ayat aku tau kikiki.

Till then, bubye

Saturday, May 23, 2015

.Day 2 : Go Away Eczema syuhhhhh!!!.

Assalamualaikum

Still in the eczema mood. Alhamdulillah, start from last week aku ade try diet for eczema. Since azhad masih menyusu aku lah yang kena diet. Diet gula n tepung. Apa saja demi mu anak, ummi sanggup buat asalkan kamu sihat macam baby2 lain. Amin. 

Kadang tu im wondering kenapa Allah uji aku sehebat ni? Baby2 lain elok muka. Nak gomoi cium pun best. Anak aku? Sibuk menggaru ada la. Bila tengok dia Ya Allah.. Kesiannya... Kecik2 dah kena cmni tapi sikit pun x meragam sebab eczema dia tu. Cam xde pape je. Kita yang tengok ni lah yang x sampai hati. Tapi i try to be positive. Apa yang jadi mesti ade hikmah kan sebab Dia sebaik baik perancang. 

Ni gambar terbaru azhad. Selepas beberapa hari aku diet gula dan tepung. Minum hanya air kosong sahaja! Tepung langsung x amek. Mee ke bihun ke memang aku x makan langsung. Masa mula2 diet aku strict makan nasi dengan sayur je. Daging pun aku dah x makan and the results Alhamdulillah. Muka azhad dah x berair. Kering. Cantik.


Kalau dulu macam ni lah muka dia. Berair.. Sampai sekarang still pakaikan dia mittens. Kalau x abesla dia garu sampai berdarah huhu.. Gatal sangat rasanya. 


Aku masih setia lagi dengan cream homeopathy tu. Banyak perubahan bila pakai cream ni even lambat sikit kesan dia sebab homeopathy ni kan xde dadah. So gud pakai kan benda yang natural. It works. Tapi badan dia lah aku xtau nak pakai kan apa. Dari dulu sampai sekarang kulit badan dia kering n kasar. Kalau baby kan biasanya kulit diorang lembut kan tapi azhad ni lain. Ade gak aku drop comment kat grup eczema fb. Ramai yang suggest pakai moogoo tapi mahaiiiiiii uhuk! Sekarang badan dia aku sapu vco sebab nak bagi lembab tapi tu lah x lembab2 pong..

Macam2 dah aku try tapi yang serasi cream homeopathy ni je. Lagi satu bedak sejuk temulawak. Makcik husband bagi untuk try. Alhamdulillah serasi jugak. Ntylah bila ade benda baru pasal eczema ni i will share. And harap2 lepas ni azhad akan pulih sepenuhnya Amin. 

Till then, bubye

Friday, May 22, 2015

.Day 1 : 20 Fakta Tentang Aku.

Assalamualaikum

Entry pertama for da cabaran 30 hari. Entry ni ditulis time aku tengah menuai susu. Time ni jelah yang aku ade banyak masa untuk aku spendkan kat hp. Update guna hp jerk. Laptop untuk buat keje. Kat rumah memang x sempat nak bukak laptop. Harapkan hp jelah.

Okay, panjang norr mukadimah. Meh nak share 20 fakta mengenai diri aku. Ecewahh!

1. Nama penuh aku zurini. Yes 6 huruf tu je. Xde siti xde nur. Dari kecik sampai sekarang orang panggil aku juju. Xtau mai mana juju tu hihi

2. Abah aku meninggal since umo setahun stgh. Aku xde memori langsung dengan abah. Muka abah pun aku x ingat. Nasib mak ade simpan gambar abah lagi baru la tau rupa abah macam mana.

3. Dulu taste aku suka lelaki yang tinggi. Berangan kalau nak cakap kena dongak2 kahkah! Tapi kuasa Allah kan dapat husband comei2 gittew hihi.

4. Kawen muda sebaya umo 23 tahun. 

5. 1st anak dapat kembar gegurl. Sonok x terhingga. Best moment ever!

6. Ramai cakap aku sombong n garang sebab muka aku masham je tapi sebenarnya kalau orang yang kenal aku macam mana, aku ni peramah n suka gelak2.

7. Husband cakap aku ni jenis sempoi sebab tu dia suka kat aku, auuuuuwww

8. Bab ni paling x suka. Makan sikit je tapi berat cepat je naik. Bila nak diet tu susah nauuu nak tuwun. Gerammm iolllssss..

9. Sejak jadi isteri ni hobi aku dah bertukar ke mengemas2 rumah, susun atur barang.. Mak2 angatttt kannnn hihi

10. X suka pakai spec sebab x cantik bila pakai shawl. Lagi satu bila pakai spec nampak macam mak2 angat.

11. Suka betul gigit kuku tapi bila dah kawen dah makin kurang gigit kuku tu sebab iolls malu la nak buat perangai huduh ni depan husband hihi

12. Suka pantai. Kalau nak holiday mesti aku suggest p tempat yang ade pantai. Xtaula npe. Maybe pantai ni menenangkan kepala jiwa aku kottt.

13. Aku x ramai kawan. Kawan rapat aku sorang je, chuna. Tu pun jauh nun di ipoh. Kat sini, husband jelah tempat aku mengadu, bergado, berjalan2. Jarangla keluar dengan kawan. Paling kuat pun keluar dengan adik beradik je. Sadis x.

14. Aku ni jenis yang kuat merajuk. Biasalah anak bongsu kan, hmmm..

15. Sepanjang hidup ni 3x putus cinta. Bercinta seawal umo 14 tahun gittew. Gatai. Alhamdulillah, jumpa yang keempat ni kawen jugak akhirnya.

16. Pemalas. Kalau tengok baju x berlipat ntyla ntylah pastu hambek kauu tinggi menggunung. Lipatlah baju sambil menangis. 

17. Impian nak anak 7 orang tapi x bole sebab iolls dah czer 2x. So ade 2x je lagi bole pregnant. Xpela, redho.

18. Impian nak beli kereta honda jazz. Lesen kete pun xde hahaha..

19. Study marketing tapi keje material planner. Lari jauh sangat2. 

20. Ummi of Twins girl Zara Amalia & Zara Amani (2 tahun 8 bulan) dan Muhammad Azhad (4 bulan) 

Okay, tu jeeee.. Banyak lagi nak share tapi ni pun jenuh nak taip hehe. Tunggu esok punya entry plak naaa.....



Till then, bubye

Thursday, May 21, 2015

.Cabaran 30 Hari Blog.

Assalamualaikum


Kihkih. Orang lain buat aku pun nak buat jugak. X padan dengan ade baby. Tapi aku rasa benda ni dah lama aku je yang nak buat ke xnak buat. Takut x bole nak hadap blog tetiap hari tapi xpeeeee kita tengok jela heeeeeee...


Till then, bubye 

Saturday, May 9, 2015

.1st Trial Tiramisu Cake.

Assalamualaikum

Ni lah bila dok geng dengan mak2 orang. Ade je benda baru yang iolls belajar. Bab2 makan ofcos. Lagi satu bab2 deko. Mak2 angat kannn. Sekarang ni aku dok gila nak makan benda yang manis2 je. Bukan mengidam hokey tapi kawan aku ade cakap bf mommy memang cenggini suka makan benda yang manis2. Tambah2 kalau dapat teh tarik perrghhhhhhh!! Tapi x bole lah selalu kang x pasal2 muda2 dah kena kencing manis. Xpun obes. X gamak iolls nak tambah penyakit lols.

Resepi tiramisu cake ni aku dapat dari kawan aku jugak. Dia dok cerita kat aku dia buat tiramisu cake 2 bekas sampai habes anak2 n husband dia kejekan. Amboii nak bagitau sedap sangatla tew dia buat kahkah. Apalagi mak minah ni pun gediklah ajak husband p segi beli bahan resepi. 1st time hokey aku buat cake2 ni. Rasa nebes plak kikiki.

Okay, ni bahan2 nya ye:


1. Cake. Pasaraya selalu ada. X susah nak cari pun
2. Biskut mery
3. Air kopi. Nak pakai nescafe pun bole je
4. Susu pekat
5. Susu cair
6. Tepung kastard - 1 cwn cukup
7. Essen vanilla - 1 sudu
8. Milo

1st, kena masak dulu susu pekat + susu cair + tepung kastard + essen vanilla. Time tengah masak tu kacau selalu kalau x nty periuk korang hangit cam aku huhu! 


Meanwhile rendam based cake tu ke dalam air kopi n susun elok2 dalam tipuware. Rendam janganla lama2 kang hancur. Rendam acah2 jeww. Pas dah susun cantik2 lapiskan dengan bancuhan susu tadi. Then pecah2 kan biskut mery n susun atas bancuhan susu. Bila dah abes susun biskut mery tuang lagi bancuhan susu. Ulang benda yang sama sampailah penuh 1 tipuware tu. 


Last, atas sekali korang bole lah taburkan milo. Macam gamba ni ha. Kalau nak tabur serpihan oreo pun xpe *wah serpihan gitew*. Ikut suka hati korangla janji senang nak hadam.


Bila dah siap semua masukkan dalam peti ais. Dalam 2 jam cenggitu bole la kalau korang nak terus melantak. Cam aku, husband n zaras jela yang makan. Aku x makan pun sebab x bole makan benda manis sangat nty ringworm azhad tumbuh balik. So scary.. 

Tadaaaaa.. Ni lah dia tiramisu cake versi iolllss. Presentation memang hancur tapi rasa dia Ya Allah sedap sungguh! Husband aku lah yang cakap. Xtaula betul ke tak. Tapi kan kalau sedap apsal ade je lagi dalam peti ais tu. X terusik pongggg?!!!!!


Till then, bubye