Wednesday, June 25, 2014

.Alhamdulillah, I'm Pregnant!.

Assalamualaikum

Amboi amboi amboiii.. X kuasa tau title pregnant bagai ni hihi! Dalam masa aku bertapa blog aku x bole bukak tu aku ada khabar gumbira nak disharekan. Bila blog dah hokey baru la ade masa nak share yang sekarang ni aku tengah berbadan dua gittew. Alhamdulillah.. Rezki Allah bagi. Memang tahun ni aku plan nak pregnant. Due pun dekat2 nak ujung tahun.

Sekarang aku dah masuk 13 weeks. Xtau dh lepas trimester satu ke x.... Dulu masa 1st pregnant memang excited. Semua benda aku tau. Bila kali kedua pregnant ni rasa dia kurang sikitla tapi still sukkaaaa nak dapat orang baru kan. 



Masa mengandungkan zara's dulu sikit pun aku xdak mabuk. Cuma masa 1st trimester tu je aku x bole makan kat rumah. Hari2 kena makan kat luar. Tu bukan mabuk tu mengada! Pregnant kali ni hambik kau semua aku rasa. Loya, pening, muntah... Memang teruji lah pregnant kali ni. Masa mula2 dulu lagi la nak makan pun x lalu. Dalam beg aku mesti kena ada asam. Pastu balik rumah mesti kena buat air sunquick sejuk. Sampai la ni la kena minum air tu. Habis je mesti husband p top up. Sekarang ni even dah masuk 3 bulan pun aku still muntah n loya lagi huhu!

X lama lagi nak puasa kan. Skng ni pun aku tengah gigih bayor ganti puasa. Dah nak dekat puasa baru le nak ganti. Teruk gakla aku nak membayar dalam situasi macam ni. Baru padan dengan muka!

Bubye

P/s: harap2 baby dalam perut ummi sentiasa sihat dan 

Thursday, June 19, 2014

.Rindu kat Kampung.



Assalamualaikum

Dah dekat2 nak puasa ni teringat sangat2 kat kampung. Nasiblah kampung aku tu jauh. Nak balik punya seksa 5 jam kau atas jalan. Kalau x tiap2 minggu aku redah balik kampung. Tiap2 minggu balik pun x bole kan. Mau pokai poket, botak kepala huhu!

Tiap2 malam lagu siti ni jelah aku dok layan. Pastu tetiap hari mesti x miss call mak. Rindu babe! Aku kan anak bongsu. Anak bongsu kan jenih manja2 gittew. Dah kawen pun tetap manja dengan mak.

Sekarang ni dok menghitung hari jela nak balik awal bulan depan. Nak berbuka dengan mak, berkumpul dengan adik beradik lain. Kitorang dah siap plan dah balik sesama. Nama je semua dok kat kl tapi jarang sangat jumpa sebab aku dok jauh hujung dunia. Depa bole la selalu jumpa. Rumah dekat2. Aku sorang je yang tersesat jauh. Apa nak buat.. Dah keje area sini, menyewa pun kena kat sini jugaklah kan. Nak dok kat kl kena tempuh jammed plak pepagi, x gamak haku!

Bubye

p/s: Bila dengar lagu ni mesti air mata ni jatuh, geram betoi!

Sunday, June 15, 2014

.Blog Iolss dah Hokey!!.

Assalamualaikum

Legaaaaa makcik bila blog aku dah pulih. Sebelum ni blog aku ada problem sebab tu dah lama aku x hupdate pape. Sempat kott aku buat blog baru tapi aku delete blog baru tu sebab feel dia x sama mcm blog yang aku sayang ni *percayalah*


Nak cakap pasal problem ni pun panjang cerita dia tapi berbaloi lah aku tunggu blog aku dibaik pulih. Thanks husband!! Manyakk benda aku nak share dekat sini. Mcm2 aku simpan tapi xtau ada peluang ke x nak cerita hikhik.

Bubye

"Thanks for reading my blog"