Powered By Blogger

Friday, March 29, 2013

.Handle Anak dalam Kereta.

Assalamualaikum

Ramai orang tanya aku macam mana aku handle anak2 kalau dalam kereta. hmm.. kalau ada mak memang SENANG..hehe. kalau xdak mak SUSAH.. tapi bole cover lagi. biasa kalau sorang2 aku dok belakang. nak dok kat depan x dapatla. 

Mula2 dulu 1st time nak bawak anak2 berjalan jauh balik t.intan, husband letak car seat kat belakang. ingatkan anak2 nak dok dalam tu tapi menangis. adoiii.. macam mana la nak bawak balik  kampung ni.. pikir2, aku try letak tilam kot mau diorang baring atas tu. nasib baik la mau.. ondaway nak balik tu laki bini dok debar ja. takut anak2 nangis,huhu..

Sekarang ni Alhamdulillah.. bila dah besar sikit diorang dah bole terima car seat tu. asal letak ja dalam car seat mesti tido. xpun aku bagi mainan terus leka main xdak nak nangis2 dah. pastu bila dah penat main, bagi susu sebotol, terus tido. 

Camni la.. aku dok tengah2.. anak2 jadi pengapit aku,muahehe
bubye

p/s: anak2 kecik lagi. kalau dah besar makin susah la nak handle,huhu.. 

.Update 6 Bulan.

Assalamualaikum

My gegurl dah masuk 6 bulan sudah. waaaa.. macam x caya ja dah besar anak2 ku. kalau bole xmau bagi diorang besar. nak macam ni saja bole? ngeee.. seronok ja tengok anak2 masa ni. Berat  masa timbang ari tu si kakak naik sikit saja, 6.2kg. adik plak turun sebab dia baru baik demam,5.7kg.

Perkembangan anak2 sekarang ni macam biasa. masih meniarap tapi dah makin ligat. siap bole pusing2 lagi. kalau letak ja atas tilam x sampai berapa minit dah xdak atas tilam. dah bole lama kalau biar meniarap. kalau dulu sekejap ja menangis mintak angkat. x larat lettew nak meniarap lama2,kiki..

Pantang jumpak barang mesti nak gigit. yang ni aku xtaula kenapa. lapar ka gatai gusi. orang2 tua kata gatai gusi sebab tu asyik nak menggigit saja. tapi aku bab ni beware jugak. kena tengok barang apa yang diorang gigit. takut x perasan barang yang diorang gigit tu kotor, abesla.. lagi satu kalau diorang tengah pegang barang, tengah leka main tiba2 kita amek barang tu dari tangan diorang, bertempikla.. menangis macam kena pukul. kedekut btui..ikut sapa xtau..ayah dia la tu.

Bab makan aku dah start bagi dari anak2 umo 5 bulan. time tu aku beli biskut brand heinz. mula nak cari biskut brand milna tapi x jumpa. yang ada brand heinz saja. aku rasa sama ja kot cuma harga dia ja yang berbeza sikit. masuk 6 bulan aku dah start masak bubur. biasa kalau masak bubur aku campur dengan ikan bilis+sayur bayam+carrot. masak sekali dengan nasi. dah masak biar bagi sejuk then blend sampai halus. aku masak bubur x letak garam sebab aku xmau biasakan lagi lidah diorang dengan bahan perasa. biar slow2 dulu.. pasal makanan ni banyak jugaklah aku google nak masak apa. xkan resepi yang sama ja kan. kena bagi variasi sikit baru anak2 suka.



Baru2 ni aku ada beli walker 2nd hand untuk anak2. aku beli satu saja sebab kakak aku ada bagi walker anak dia kat aku. yang lagi satu aku beli dari kawan aku. dia jual RM50. berbaloila dengan rupa walker tu. elok lagi macam baru. amek hari tu kat rumah dia pun siap berplastik n berkotak. Alhamdulillah.. rezki anak2. dapat jugak pakai walker. bila ada walker ni keja jadi senang. bagi masuk walker diamla main dalam walker tu. sekarang ni dah laju dah. ke sana ke mari jelajah satu rumah,hehe


 Ni la walker harga rm50 tu..

 Walker ni kakak aku bagi

Kemain seronok diorang naik walker. jakun lettew!!

Perkembangan lain.. si kakak dah pandai sebut ma..ma..ma.. bising mulut dia bila dah pandai cakap ni. kadang dia menyanyi,hehe.. adik x pandai lagi. nty x lama ikut si kakak la tu. lagipun adik baru baik dari demam. seminggu demam. asal malam ja demam panas. demam siap pakej selsema+batuk berkahak. sedih mak,huhu..

Tu je la kot untuk update 6 bulan ni. bulan depan update untuk 7 bulan plak,yihuuuu!!!

bubye

p/s: bila anak2 dah besar sila baca entry ummi ni ya cyg.. ;)

Thursday, March 21, 2013

.Tolonglah Faham!.

Assalamualaikum

Sakit hati bila bos tegur pasal aku selalu cuti. minggu ni memang aku asyik half day tapi aku ada sebab! isnin lepas aku half day sebab amani demam. pengasuh aku col bagitau amani macam susah nak bernafas. bila bukak baju dada dia berombak ombak. xkan aku nak biar? anak dah macam tu aku nak still keja?? apa jenis mak aku ni. husband time tu cuti. so dia mintak aku half day sebab nak bawak amani p klinik. 

Semalam aku half day lagi sebab nak bawak anak2 p cucuk monthly. yg ni memang kena p la sebab dah ada appointment ngn klinik desa. nak harap husband sorang mana bole. xkan husband nak dukung dua orang baby. esok plak aku kena cuti sebab pengasuh aku balik kampung ada kenduri kawen. sapa nak jaga anak2 aku? mak kt kampung. nak mintak tolong mak mentua x bole jugak. esok mak sekolah lagi. memang aku terpaksa cuti. 

Tadi bos jumpa aku cakap pasal benda ni. dia cakap zu ni selalu cuti. anak p cucukla, lelahlah. what the %#*&!! aku balasla 'dah betul sakit bukan zu saja saja nak cuti'. time tu memang aku bengang. nak tengok muka dia pun sakit hati. ada ka cakap macam tu? dia x pikir ka aku ni ada anak kembar. dia x penah handle dua orang baby sekaligus bole la cakap macam tu. 

Bila dah jadi macam ni semangat aku nak cari keja lain makin kuat. aku x suka bila ada orang pertikaikan apa yang aku buat. bukannya aku cuti or half day aku duduk saja kat rumah. aku buat semua untuk anak2 aku. 

bubye

p/s: satu hari xdak mood ~_o

Monday, March 18, 2013

.Annoying Sangat.

Assalamualaikum

Geram ada, rasa tercabar pun ada. hmm.. ada kakak kat tempat keja aku tegur badan aku dah makin naik. aduyai.. badan aku ni memang cepat naik. pantang leka sikit mesti berganda ganda lemak terkumpul. aku bukan jenis x bole kena tegur. boleee jaaa.. tapi sentap sikitla, hahaha.. 

Dalam a few weeks ni aku rasa mcm badan aku ringan sikit. xtau plak ada orang perasan berat aku makin naik. siap pegang perut aku lagi. ya la.. perut dua orang, memang lama sikit, amek masa nak turun. tapi xpa la.. aku terima sebagai cabaran. aku nak pastikan yang aku kurus daripada dia,hakhak ptuii!!

bubye

p/s: bila aku dah kurus sila jangan jeles ye kakak!!

Sunday, March 17, 2013

.Terima Kaseh Mak!.

Assalamualaikum

Ari ni start aku jaga sorang2 anak2 aku. fuh.. takut ada, excited pun ada. mak aku balik kampung sebab nak p amek duet br1m. balik sampai hujung bulan. sebenarnya aku dah bincang ngn mak aku. insyaAllah klu aku okay jaga anak2 aku, mak aku terus nak dok kat kampung. mak aku dah x larat. dah lama dok jaga cucu saja. dulu jaga anak2 kakak aku. sekarang jaga anak2 aku plak. sampai bila aku nak harap mak. mak dah makin tua. mak cakap dia nak beribadat. aku x larang. aku sokong lagi ada la. aku harap semuanya berjalan dengan lancar tambah2 bila husband keja shift malam. aku harap xdak apa2 la.

Dulu masa tengah pregnant, xtau lagi aku pregnant twin aku dah plan aku xmau mintak tolong mak jaga anak aku. biarla hantar pengasuh. aku klu bole xmau menyusahkan mak. aku dah tengok mcm mana mak jaga anak2 buah aku. kesian sungguh.. tapi bila dah tau anak aku ni twin nak xnak aku kena jugak mintak tolong kat mak. dahla anak sulung. apa benda pun aku xtau. nasib baik mak okay ja. 

Sekarang anak2 aku dah 6 bulan. mak aku pun dah lama tolong aku jaga anak2 aku. dah sampai masa aku amek balik keja jadi ibu 100%. jadi isteri 100%. xpa la.. demi mak.. mak pun dah 61 tahun. dah x larat. aku kena kuat. buat apa nak takut. dua2 anak aku,hehe.. kena jaga jugakla. doakan aku semoga mudahlah aku nak menjaga dua angel ni ya,hikhik..

bubye

p/s: bila dah start jaga anak2 ni rasa2 bole kurus dak?

Sunday, March 10, 2013

Botol Susu Anak.

Assalamualaikum

Anak2 dah masuk 5 bulan baru nak update pasal botol susu,hewhew.. asyik x sempat saja, ampun naa.. bila sebut ja pasal botol susu macam2 dalam kepala otak aku ni. dari start pregnant sampai la dah ada anak, aku suka sungguh tengok n survey botol susu.

Masa pregnant dulu aku ada beli botol susu brand pureen. saiz kecik saja sebab aku ingat botol susu tu nk isi air masak. time tu aku xtau yang baby ni x bole minum air masak,huhu.. x pernah nak google sana sini. bila dah tau aku decide guna saja untuk isi susu xpyh beli botol susu lain, membazir saja.

Lepas dah beranak, botol susu memang kerap aku guna sebab aku dah kurang breastfeed. time ni la aku dok gigh p google pasal botol susu. bila tengok botol susu yang macam2 jenis ni bole berpinar pinar mata,hahaha. sekarang dah canggih. macam2 design ada. kadang tu rasa macam nak beli semua. setiap hari nak tukar,hahaha.. tamak sungguh!!

Bila dah siap survey yang mana nak beli aku ngn husband p terjah manjaku. kat sana banyak jenis botol susu yang bole kita pilih. mula2 memang aku dah stick nak beli tommie tippie tapi aku still ragu2 nak beli tommie tippie or avent. Brand avent memang popular. mana2 semua pakai avent tapi harga dia mahai. so aku ngn husband pilih tommie tippie. husband la paling suka. dia cakap tommie tippie ni design dia cute lagipun dah ramai yang pakai avent, dah jadi x bes,hehe.. 1st thing kenapa aku beli tommie tippie sebab puting dia sama macam puting ibu. bentuk sama n puting dia pun lembut. 



Aku beli satu kotak, dalam tu ada dua botol. aku beli yang 9oz punya. senang nak buat susu banyak2,hehe.. masa tu aku beli dua botol dalam rm59.90. murah kan.. aku rasa time tu ada promotion sebab tu harga dia murah.

After 3 months guna botol susu ni aku beli baru plak sebab aku ada baca kat internet botol susu kena tukar setiap 3 bulan sekali sebab botol susu kan plastic. x elok untuk baby even botol susu tu ada bpa. tu yang aku dapat dari internet. klu info aku ni salah tolong bagitau ya. aku pun still belajar lagi pasal baby stuff ni. info ni pun aku share ngn husband sebab husband pun patut tau pasai benda ni. husband kan ketua kewangan so aku kena beli melalui husband jugak. nasib baik husband jenis yang x kedekut kalau pasal anak2. syukur..

Sekarang ni botol susu baru aku beli kaler pink n biru. dulu dah merasa dua2 pakai putih nak jugak rasa yang kaler2 kan. sedap mata mak dia pandang. nak buat susu untuk anak2 pun ada semangat,hewhew..


Alhamdulillah.. buat masa ni aku sangat puas hati dengan brand tommie tippie ni. anak2 pun suka. walaupun design dia gemuk2 cute gitew tapi anak2 x susah nak handle botol susu ni. suka!!

Bubye

p/s: botol susu punya cerita mak dia yang over! 

Sunday, March 3, 2013

.Esok Keja.

Assalamualaikum

Bole dak kalau esok xmau p keja? huhu.. letih la aku nak mengadap boss hari2,huwaaa!! nak kena prepare jawapan sekali, aduyai.. tapi nak buat mcm mna. klu x keja nak makan apa kan.

Masa aku tengah pregnant dulu, aku plan lepas ja beranak aku nak dok umah. jaga anak. lagi2 anak aku twin mestila kena lebih jaga tapi bila pikir2 balik kalau aku berenti kewangan rumah tangga aku x stabil. husband perlukan aku, so terpaksalah aku keja jugak.

Ada jugak terpikir nak buat bisnes dari umah saja. senang. sambil2 buat bisnes bole jaga anak2 sekali. memang sekarang aku tgh ada bisnes tapi tu pun belum stabil. muda sgt bisnes aku ni. kena makan banyak masa baru bole berani nak berenti keja. takut nak amek risiko. memang bes kalau keja sendiri. xpyh dok dengar arahan bos saja. kita bos kita kuli. tapi bisnes dari umah ni memang goal aku. insyaAllah klu diizinkanNya bole la aku realisasikan impian aku ni.

Sekarang ni xpa la. keja makan gaji saja. tadah ja la telinga ni kalau dok kena maki ngn bos. apa bole buat. kalau kita buat sebagus mana pun tetap ada silap dia. tapi bos aku ikut mood dia jugak,hahaha. nasib dapat bos lelaki. xdakla angin datang bulan. kadang bos aku ni faham jugak. sebab tu aku sayang nak tukar keja lain. takut nty kat tempat lain dapat bos yang teruk, abesla.. tapi tahun ni insyaAllah aku nak cari keja lain jugak! kalau rezki aku kat gomen permudahkanlah Ya Allah. Harap ada gud news tahun ni untuk aku. rezki untuk anak2 jugak.. Amin..

Bubye

p/s: jum tito..besok keja.. monday blues.. ;p