Powered By Blogger

Friday, March 29, 2013

.Update 6 Bulan.

Assalamualaikum

My gegurl dah masuk 6 bulan sudah. waaaa.. macam x caya ja dah besar anak2 ku. kalau bole xmau bagi diorang besar. nak macam ni saja bole? ngeee.. seronok ja tengok anak2 masa ni. Berat  masa timbang ari tu si kakak naik sikit saja, 6.2kg. adik plak turun sebab dia baru baik demam,5.7kg.

Perkembangan anak2 sekarang ni macam biasa. masih meniarap tapi dah makin ligat. siap bole pusing2 lagi. kalau letak ja atas tilam x sampai berapa minit dah xdak atas tilam. dah bole lama kalau biar meniarap. kalau dulu sekejap ja menangis mintak angkat. x larat lettew nak meniarap lama2,kiki..

Pantang jumpak barang mesti nak gigit. yang ni aku xtaula kenapa. lapar ka gatai gusi. orang2 tua kata gatai gusi sebab tu asyik nak menggigit saja. tapi aku bab ni beware jugak. kena tengok barang apa yang diorang gigit. takut x perasan barang yang diorang gigit tu kotor, abesla.. lagi satu kalau diorang tengah pegang barang, tengah leka main tiba2 kita amek barang tu dari tangan diorang, bertempikla.. menangis macam kena pukul. kedekut btui..ikut sapa xtau..ayah dia la tu.

Bab makan aku dah start bagi dari anak2 umo 5 bulan. time tu aku beli biskut brand heinz. mula nak cari biskut brand milna tapi x jumpa. yang ada brand heinz saja. aku rasa sama ja kot cuma harga dia ja yang berbeza sikit. masuk 6 bulan aku dah start masak bubur. biasa kalau masak bubur aku campur dengan ikan bilis+sayur bayam+carrot. masak sekali dengan nasi. dah masak biar bagi sejuk then blend sampai halus. aku masak bubur x letak garam sebab aku xmau biasakan lagi lidah diorang dengan bahan perasa. biar slow2 dulu.. pasal makanan ni banyak jugaklah aku google nak masak apa. xkan resepi yang sama ja kan. kena bagi variasi sikit baru anak2 suka.



Baru2 ni aku ada beli walker 2nd hand untuk anak2. aku beli satu saja sebab kakak aku ada bagi walker anak dia kat aku. yang lagi satu aku beli dari kawan aku. dia jual RM50. berbaloila dengan rupa walker tu. elok lagi macam baru. amek hari tu kat rumah dia pun siap berplastik n berkotak. Alhamdulillah.. rezki anak2. dapat jugak pakai walker. bila ada walker ni keja jadi senang. bagi masuk walker diamla main dalam walker tu. sekarang ni dah laju dah. ke sana ke mari jelajah satu rumah,hehe


 Ni la walker harga rm50 tu..

 Walker ni kakak aku bagi

Kemain seronok diorang naik walker. jakun lettew!!

Perkembangan lain.. si kakak dah pandai sebut ma..ma..ma.. bising mulut dia bila dah pandai cakap ni. kadang dia menyanyi,hehe.. adik x pandai lagi. nty x lama ikut si kakak la tu. lagipun adik baru baik dari demam. seminggu demam. asal malam ja demam panas. demam siap pakej selsema+batuk berkahak. sedih mak,huhu..

Tu je la kot untuk update 6 bulan ni. bulan depan update untuk 7 bulan plak,yihuuuu!!!

bubye

p/s: bila anak2 dah besar sila baca entry ummi ni ya cyg.. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.