Thursday, August 29, 2013

.K.E.R.J.A.

Assalamualaikum

Hari ni macam bad day ja kat aku,huh! Pagi2 biasa la khenn kena dengan big boss. Apa yang dia jeles dengan aku pun xtau la. Rasa macam nak half day ja ari ni tapi sebab pikir banyak keja nak disiapkan, aku cancel jela niat murni aku tu. 

Keja aku ni bukan keja macam opis. Bole pakai cantik2, bole pakai mekap segala. Keja aku ni tuf sikit, hahaha.. Biasa la kan keja kat dalam kilang, ofcoz la kena pakai baju macam angkasawan. Merasa jugak aku kan walauponn x naik ke bulan. So, kekdahnya aku p keja xdak nak melaram sangat. Buat apa.. Bukan orang nampak pun. Dah tutup semua bagai, aku p keja x iron baju pun orang xkan perasan. Tapi.. tapi.. Aku iron baju tauuuu.. Tu perumpamaan saja ;p

Keja aku biasa2 saja. Material planner saja. Aku kena plan lot2 yang akan jalan dalam production line ni. Kalau aku x dapat achieve target for that week, maka dengan tanpa segan silu aku akan kena bambu lah dengan boss aku. Kan aku cakap keja aku biasa2 saja. Xdak life la orang kata. Tapi xpa la.. Keja kena iklas ye dak.

Hakhak.. Ni la pakaian rasmi kitorang. Lawak x..? Sapa yang x biasa pakai face mask lama2 mau pengsan tapi aku dah biasa. Kat dalam ni semua kena biasa. Setakat ni aku x penah dengar lagi orang mati sebab pakai face mask,hikhik..


Ni operator gedik kat line aku. Dia orang ganu. Memang gedik. Bila gelak tu x bole nak kaberrr dik nonnn..




Haa.. Ni la laptop yang tiap2 ari aku kena hadap tu. Laptop company ja. Bukan sendiri punya tapi baru tauu.. Laptop sebelum ni aku pakai sampai screen dia crack. Tu sebab husband punya pasal, dia terpijak laptop aku tu. Aku dah gelabah, bagitau boss, nasib dia cakap xpa.. Dis year memang nak kena tukar laptop baru, yehaaa.. So, laptop ni memang kena jaga leklok la. B, xmau pijak2 dah laptop i tau.. 



kbai

p/s: P keja pakai jeans pun hokay!

Wednesday, August 28, 2013

.Open House Restoran Faris Maju.

Assalamualaikum

Bbruuupppp.. Alhamdulillah, ngee... Dapat jugak aku merasa open house time weekdays ni. Mana nak dapat?? Kat area kelana jaya ni adaaa.. Lunchie tadi aku follow husband dengan kawan2 technician lain p serbu restoran faris maju. Alaa kedai mamak sajaa. tapi ada open house tau. Alaa makan free.. perut kenyang duet pun x keluar, ceewahh ;p

Tapi kami keluar agak lambat. Dalam kepala ni dah imagine mesti ramai gila orang queue. Memang tepat sangkaan aku, yela kann.. FREE kot. Sapa yang xmau kheenn. Queue panjang pun nasib x lama. Nampak ja panjang tapi cepat tau dapat makanan sebab pekerja2 dia buat kerja laju gila! Zup zup zup kat tangan teruih ada nasik segala. X ka cepat camtu. Terkejut mak.. Nasib bole control ayu lagi,hikhik..

Ninn diaaa makanan yang kami makan tadi. Even dia buat open house tapi masakan dia xdakla cincai2.. Sedap lagi.. Cukup rasa segala. Memang aku puas hatila dapat makan FREE kat sini. Menu dia superb jugak. Nasi beriani. Lauk pauk dia kari kambing, daging masak merah (x silap aku), ayam goreng, sayur kubis dan sepotong tembikai. Air dia bagi air peach kott.. Ehem. Terliur x??? Aishh..


Tengok tu.. Ramai kan. Panjang kot yang tengah queue. Queue time matahari terpacak kat kepala plak tu. Tapi xpa.. Sebab makan FREE punya pasal relakan saja,kekeke..




Okay, last sekali kena la up sikit gambar tuan punya blog. Hari ni muka ada gedik sikit. X padan dengan anak 2! Xpa, iolss muda lagi..hikhik


kbai

p/s: Restoran faris maju ni tiap2 tahun buat open house. Ingat tau, tahun depan InsyaAllah bole p lagi ;)



Tuesday, August 27, 2013

.Mohd Chan Abdullah.

Assalamualaikum

Hari ni buhsan xdak nak buat apa + stress sikit sebab badan rasa malas sangattt nak keja boley?? Lunch tadi ajak husband p makan luar. Bukan selalu pun. Tetiap hari asyik dok makan kat cafe ja. Jemu kott..

Lagipun husband dah janji nak belanja aku sempena husband dapat naik gred baru. Alhamdulillah.. syukur.. rezki anak2. Sambut kat chan abdullah pun jadilah asalkan belanja,hikhik. Sebenarnya restoran chan abdullah ni makanan dia sedap2 jugak tapi x kena sangat dengan tekak iolss sebab tekak aku tekak kampung. Makanan kat chan abdullah ni semua x pedas. Restoran cina muslim la kata kan tapi.. tapi.. sedap walaupun x pedas, acane tuh?

Ni haa appetizer, ceewwaahhh.. Dim sum. Memang sedap tauuuu.. Walaupun harga dia mahal pastu dim sum dia cenonet ja tapi aku tetap suka dengan dim sum ni. Aku order 6 bijik. Lain2 rasa. Harga kalau x silap aku RM7.20 untuk 6 bijik dim sum.



Aku makan wantan yee mee with bbq chicken. Kan aku cakap makanan dia x pedas. Nasib dia bagi sekali cili padi. Baru bole jalan dengan aku *belagak kauu.



Husband order nasi goreng seafood. Aku curi2 makan jugak nasi goreng ni sebab husband dok puji ja nasi dia sedap. Memang sedap pun. Rasa macam nak p tanya taukey masak nasi pakai beras apa. Bole try masak kat rumah plak.



Air bandung cincau aku punya. Husband plak minum air teh bunga. Tu memang feberet dia. Xtau la apa yang sedap teh bunga ni. Aku xdak nafsu langsung nak minum air tu. Bagi free pun terima kaseh jela,huh! Apa salah air teh bunga tu pun xtau, ngeee..




Lepas abes makan, borak2 jap dengan husband sampai xtau nak borak apa dah. Siang malam dok berkepit ja laki bini ni sampai xdak point nak cakap apa dah. Nasib bini dia ni suka dok pokpek, ada ja idea nak mengumpat sana sini, oppsss!!



kbai

p/s: Hari ni diet kitew kantoi lagi, lalala ;p


.New Background.

Assalamualaikum

Hye peeps! Ngeee... Daripada boring x buat apa, aku godek2 jap blog aku ni. Dah lama rasanya aku x tukar segala mak nenek dalam ni. Orang tengok pun dah jemu kan kan kan.. 

Haa.. Ni la wajah baru iolss.. Even x secantik mana asalkan sejuk mata memandang sudey.. Sejuk ker? Hikhik.. Gambar kat atas nun memang aku nak tukar tapi tengah carik bahan jap. Yang simple mimple ja. Sekarang ni aku dok gigih nak rajinkan diri dalam dunia blog ni, kurang stress sikit. Ari2 dok hadap laptop mengira situ sini, bole termuntah den. 

Kbai

p/s: cantik kan blog kitew.. cakap cantik cepat!! Erghhh ;p

Monday, August 26, 2013

.Laksa My Feberet.

Assalamualaikum

Hihi.. toksah dok cakap la laksa depan aku. tu memang makanan feberet aku dari dulu sampai la sekarang. nasib husband pun minat laksa jugak. Pantang kalau aku sebut nak buat laksa laju ja dia p kedai beli bahan.

Masa bujang2 dulu yang selalu buat laksa kakak sulung aku, kakpah. dia pun suka makan laksa jugak. laksa dia la yang paling aku suka sebab kalau dia masak mesti kuah laksa tu pekat n pedas. mau terangkat bontot,hikhik.. Now, bila dah kawen, aku gagahkan diri belajaq buat laksa sendiri. Mula2 memang agak leceh sikit sebab buat sorang2.. tapi sebab pikir nak makan kena buat jugaklah. lagipun kalau beli kat area rumah aku ni xdak sedapnya.. aku dah terkena beli 2,3 jenis laksa dari orang yang berlainan. semua x sedap. semua jenis laksa yang banyak belacan,uwekk!

Untung kalau kita bole masak sendiri makanan feberet kita. 1, bole ikut kita punya taste. dan 1 lagi yang paling penting ikutla nak tambah banyak mana, xpyh susah hati. FREE. buat banyak2 apa susah. dalam masa aku kawen ni aku rasa dah 2 kali kot aku buat laksa sendiri. Alhamdulillah.. husband suka sangat2. bertambah2 dia makan.

Besa2 ja laksa yang aku masak ni. nampak x apa benda hitam tu? tu bukan otak udang tau. tu sos tiram. ngee.. sedap tau bila letak sos tiram. rasa dia pun ada la jugak ala2 otak udang. lagipun sos tiram ni kan wajib ada kat semua rumah. so senangla kalau nak makan dengan laksa. kalau nak beli otak udang semata2 nak makan dengan laksa x kott.. sebab husband pun x kuat sangat makan laksa dengan otak udang. aku balajar makan laksa dengan sos tiram dari kawan sekolah rendah aku. dia la yang ajar aku makan macam ni n sampai sekarang aku terikut2 makan dengan sos tiram, slurpppp! ;p



Bubye

p/s: bila2 nty aku buat laksa lagi aku akan share recipe mcm mana aku buat laksa versi aku sendiri ya! 

.Close House.

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas aku n husband ada buat makan2 sikit.. Senang cerita close house la hahaha.. Biasa kan open house ni kitorang buat versi ala2 close house plak sebab kitorang x jemput ramai orang. Jemput orang2 tertentu saja. Weolss jemput kawan2 husband time poli. Nak jemput reramai takut budget x lepas giteww.

Menu ari tu aku yang masak. Konfident level tinggi tauu nak masak untuk ramai orang. Ko hader?? Hehe.. Aku masak laksa, nasi goreng cina, rendang of course n nasi impit. Husband plak buat cocktail. Tu jela menu dia kalau tiap2 tahun buat makan2. Husband mesti offer diri buat cocktail sebab ramai puji cocktail dia sedap,hikhik.. Aku belasah ja.. Duet dia yang pegang terserah kat u.

Aku start masak dalam kol 10 sebab pagi tu baru tergedik gedik nak beli barang. Mana xnya malam sebelum tu aku, husband n kakak ipar aku p nsk selayang nak beli barang. Sebab apa p sampai sana.. Sebab pertama nak amek husband kakak ipar aku kat hentian duta. Alang2 dah p duta tu husband ajakla sekali p nsk selayang. Murah katernyeee. Last2 masuk ja nsk husband tengok queue kat semua kaunter panjang gila! Husband pun ajak weolss balik. Sabarrrr jelaaaa.. Dah jauh2 mai tiba2 ajak balik. Aduiii.. Husband cakap dia x sanggup nak queue panjang mcm tu. Bole tertido! Besoknya terpaksa beli barang kat kedai runcit saja. Kan dah buang masa kat situ.

Aku siap masak semua around 2pm. Makan2 ni start dalam kol 3 cmtulah. Kelam kabut jugak time tu takut x dapat siap, nasib ada kakak iparku tolong2 apa yang patut,fuhhh.. Semuanya berjalan dengan lancar tapi satu ja.. Makanan banyak yang lebih,huhuhu.. Lepas tu bertambah tambah plak tu. Kawan husband ada yang bawak kek, aiskrim. Cousin aku plak bagi kat aku 100 cucuk sate. Memang terbaik sate dia. Sedap! Sate tu laku la. Memang ramai orang makan sate tu. Yang paling terkilan sekali nasi goreng. B la.. Suruh aku masak nasi goreng sampai 2kg beras. Beli beras moghul basmathi plak tu. Kunun2 nak nasi yang panjang2 last2 semalam buang ja sebab basi,huh! Lepas ni no more nasi goreng!

Ni antara makanan yang ada time close house ari tu. Aku x sempat nak snap satu2 sebab bzzzzz sangat2. Al maklumla kan.. Tuan tanah.. 




Ni plak isteri n girlfriend kawan husband. Diorang ni dah macam kawan aku jugak. Dah lama kawan sebab dulu2 aku selalu gak join husband lepak dengan kawan dia. Masing2 bawak girlfriend. Bila diorang sembang kitorang pun sembang sekali. Kiranya rapat sebab husband masing2. 




Yang ni plak anak naqib dan my. Naqib ni classmate husband time kat poli dulu. Dalam banyak2 kawan husband dia la yang awal kawen. Ni la anak diorang. Azfar Az Zikry. Sedap kan nama tu.. Sehensem anak dia. Geram aku tengok. Azfar ni dah masuk 1 tahun 7 bulan dah. Dah bole cakap sikit2 dah. Bila cakap tu suara alahai lembut betoi,hehe






Ha.. Ni orang yang paling last sekali mai. Dalam kol 11 mlm kot.. Ada wedding katenyee.. Xpela.. Rumah kitorang ni x tutup lagi. Memang nak tunggu diorang pun sebab husband nak mintak tolong wan potongkan rambut dia. Jimat gitew x pyh p kedai rambut,hikhik. Wan ngn linda ni dah bertunang dah.. InsyaAllah bulan 11 ni diorang nikah. So, aku kena cepat2 la diet. Nak bergaya jugak time diorang kawen nty,ahaks!





Alhamdulillah..seronok bila orang mai rumah. Semoga Allah limpahkan lah rezki kat kitorang.. Aminnnn. Next year xtau lagi nak buat close house or open house. Ada rezki lebih bole buat open house kan :p

Bubye

P/s: banyak pinggan mangkuk tengah tunggu turn nak cuci. Jap ye!!

Thursday, August 22, 2013

.Diet Atkins ku yang kantoi.

Assalamualaikum

Hye peeps! Hari tu aku ada cerita pasal diet atkins kan tapi bila dah try sumpah susah gila! bukan diet tu yang susahkan aku tapi aku ni yang sengaja susahkan diri sendiri. Actually memang best diet cara ni sebab daging, ayam, telur bole hentam makan muahaha tapi bila time bulan syawal ni yang jadi penghalang aku sikit.. kan ka nasi segala karbo semua x bole makan.. tuuu yang seksa jiwa raga aku ni. al maklumla den kan dapat banyak undangan open house.. cmno tu?hewhew

Pikir punya pikir sebab badan punya pasal kan.. aku decide time weekdays aku on diet x makan nasi. bila ada open house baru aku amek nasi gitew. ok x idea aku ni? Alaa.. bulan syawal ni ja, lepas ni aku diet la sungguh2 ^__^

Sebenarnya bukan selalu sangat pun aku kantoi diet. kalau stress keja ka apa mesti aku bedal ja makan apa saja. part tu memang x bole nak control. tu la penawar bad mood aku hokeyy.. kadang tu bila tengok kawan2 yang cun gila babas tu mula la insaf nak diet balik. tu la perangai aku dari dulu. mula2 ja semangat lepas tu hancuss.. tapi lepas abes ja syawal, open house bagai aku tekad nak diet kaw2.. penimbang aku dah beli. lepas ni bole la aku check selalu berat badan aku. kalau x kuruih lagi xtaula khennn..

Bubye

p/s: sedih betui entry kali ni T_T


Monday, August 19, 2013

.Malam ni Punya Dinner.

Assalamualaikum

Hello! Saja nak share dengan uolss apa yang aku masak untuk dinner malam ni. Hari ni husband ot so aku pun saja la buat suprise untuk dia masak lebih sikit. Biasa 1 macam lauk ja tapi hari ni aku bagi 3 lauk untuk husband makan. Ha, ni la bila isteri dia dah rajin sangat. Masak mengalahkan orang kenduri. Xpa la lauk lebih bole simpan untuk makan besok ye dak. Bukan susah.. Panaskan guna microwave saja. Sekarang semua nak yang senang kan kan kan

Aku xdaklah masak beria bagai ayam masak merah, butter prawn segala. Xdakkkk.. Tu menu kedai. Aku masak apa yang ada dalam fridge. Kalau stok dah xdak paham2 la. Dok diam saja jaga anak sudeyy. Ni memandangkan aku ada sikit kesedaran sebagai seorang isteri, kesian kat husband kena ot sebab nak bagi anak bini dia makan pakai apa salahnya aku balas jasa husband sikit.. Husband balik mesti lapaq. Bila dia tau aku masak senyuummm lebaq dia. Aku tau dah kihkih..

Haa nninnndiaaa masakan aku malam ni. Xdakla havoc sangat. Aku cuma masak masakan yang simple saja. Biasalah isteri muda baru nak bertatih tatih dalam bidang masakan ni. Terlebih gula terkurang garam tu dah biasa. Tapi yang aku suka kalau aku masak x sedap ka apa husband mesti cakap "sedapnyaaa ayang masak..." Aku angkat kening macam x percaya "betui ka b.. Ayang rasa masin ja, sedap apa. Saja nak bagi sedap hati la tu" husband balas "betuila sedap tau..nty ayang masak lagi eyh". Ammmboooiii bab bodek mintak masak lagi memang terer na. Nasib tu memang tanggungjawab isteri. X mintak pun memang kena buatla b,hehe








Menu: sup ayam, sambal sardin dan sayur campur. Sup ayam memang feveret husband. Kalau masak sup ayam tetiap hari pun xpa. Nasib husband jenih yang x cerewet bab makan. Kalau aku masak lauk telo pun husband okay. Fuhhhh.. Selamat :)

Bubye

P/s: masak masak jugak diet tetap diet. Tapi tadi dah sah kantoi! 

Sunday, August 18, 2013

.Mee Sanggul.

Assalamualaikum

Ngeh ngeh.. Hancusss diet atkins aku hari ni ceh! Mee sanggul dalam laci kabinet tu asyik memanggil manggil aku jek. Dari hari rabu lepas aku nak masak mee sanggul ni tapi dok tunda ja masak benda lain. Lepas tu time tengah diet ni la teringin nak makan mee sanggul ni,hukhuk sabar tipahh.

Okay, pada yang x penah tau apa tu mee sanggul ni rupa dia. Aku rasa ramai kot yang x penah jumpak mee sanggul ni sebab bila aku dok sembang dengan kawan2 aku di sekitar kl n selangor ni ramai jugak yang xtau. Orang kampung mcm aku ni ja kot yang kenai,hikhik. Husband pun x penah makan sebelum ni. Lepas kawen ja baru merasa. Untung u b dapat i.. Mcm2 makanan pelik u makan..



Kali ni aku nak bagi sekali resepi rahsia aku. X rahsia sangatlah sebab ni pun 1 st time aku masak mee sanggul. Nasib jadi tapi x sesedap mak aku masakla. Mana bole lawan masakan mak ye dak. Masakan mak tetap no 1 kat hati aku. 

Bahan2:
Setengah biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
Dua sudu besar udang geragau (ditumbuk)
2 ketul hati (direbus dahulu)
2 ketul pedal (direbus dahulu)
1 sudu besar cabai kisar
Kicap
Sos tiram
Garam

Cara2:
Tengok gambaq la naa.. Jenuh nak taip panjang2 >_<











Burpp Alhamdulillah.. Kenyang perut ( sambil jeling perut yang makin besaq) Jangan nak menyesal la hai.. Nty kita sambung diet atkins naa.. 

Bubye

P/s: seronok tengok husband makan sampai bertambah. Kali cenggini lagi la suka aku masak,hikhik


.Rumah Sewa Comelku.

Assalamualaikum

Masuk bulan ni dah 3 bulan lebih kami menyewa rumah ni. sewa saja. nak beli x mampu lagi,hukhuk.. kalau nak beli pun mungkin bukan kat sini kot sebab husband xnak duduk kat area selangor/kl, pening katanyerr.. so, buat masa sekarang kami menyewa sajaa.. ada rezki nty insyaAllah bole beli rumah sendiri. harap2 cepat la rezki tu datang, Amiiinnnn..

Okay, entry kali ni aku nak cerita pasal rumah sewa aku ni. sebenarnya aku memang puas hati sangat dengan rumah ni. susah kot nak cari rumah sewa yang selesa + harga sewa yang berpatutan. dapat rumah ni kira bersyukurla tapi aku ada problem sikit dengan owner rumah ni. dia cereweetttt sangat,huh! dia bangsa cina, perempuan. biasa la kalau perempuan memang cerewet sikit tapi bagi aku cerewet dia ni x munasabah langsung. 1st, masalah pada pembayaran sewa rumah. kami dapat kunci 20hb, masa nak sign kontrak tu dia cakap every month kena bayar sewa rumah 20hb jugak, ikut pada tarikh kami dapat kunci. aku dengan husband terkejutla sebab gaji keluar 27hb. masa dia bagi kunci tu dia x sebut langsung pasai benda ni. lepas tu x bole nak tolak ansur plak tu. so, xpela.. bab tu kitorang redho ja sebab time tu memang dah terdesak nak pindah. 2nd, baru2 ni aku ada msge dia konon nak mintak izin cat rumah tu. tapi dia reply ''No". Ya Allah.. sakit hati betui aku. orang lagi nak cantikkan rumah dia, dia buat macam ni plak. rasa macam nak ketuk dinding rumah tu sampai pecah, hambiikk kau.

Straight to da point.. ni gambar dapo. design dapo ni jenis open. part ni aku x berapa suka sangat sebab bila tetamu datang mesti nampak apa yang orang kat dapo tengah buat. malunya,huhu.. lagi satu aku x berkenan pasai kitchen cabinet dia. aku x faham kenapa owner ni buat kitchen cabinet sikit sangat. cuba tambah sikit kat atas nun. bole la aku letak segala mak nenek dalam tu. saya ni isteri yang bole la suka memasak. so barang dapur harusla banyak. kalau kitchen cabinet sikit macam ni, kat mana saya nak letak barang2 lain?? so, penyelesaiannya.. kami terpaksa beli satu partition beroda. harga dia ampun aku dah lupa. aku beli kat carrefour saja. bila dah ada partition ni nampak kemas sikit dapo aku even ruang dia x berapa luas sangat. cukup2 la dua orang kat dapo tu. kalau masuk 3,4 orang mau mati lemas,ngeee..



Ha..ninn dia partition beroda yang aku cakap tadi. memang sangat berguna untuk dapo aku yang kecik ni

Dining table plak xdak yang jenis kerusi2 tu. kami makan atas meja ni. duduk bersila. meja ni aku beli 2nd hand kat kawan aku. harga RM100 tapi aku puas hati dengan meja ni sebab dia kuat. kalau aku yang comei ni duduk atas meja ni confirm x patah,muahaha.. lagi satu, kalau ada air tertumpah xdakla terkopek ka apa. memang jenis kayu mahai.. aku beli meja ni sebab rumah sewa dulu kecik. kalau nak letak meja makan yang ada kerusi confirm x muat. sebab tu kena pilih meja mcm ni jugak.

sila abaikan meja yang x berapa kemas ni ya ^_^



Mcm ni je wakkk rupa rumah sewa saya.. biasa2 saja. xdak sofa leather, xdak tv yang melekat kat dinding bagai. seriously biasa. tapi apa yang penting sebelum tido aku akan pastikan rumah sentiasa kemas. memang kalau ada anak kecik susah rumah nak nampak cantik, asyik bersepah saja. tapi lepas ja zara's dah tido, aku akan kemas balik semua. x kesahla penat ka apa janji kemas. aku pening kalau rumah bersepah,ngeeee.. yeke??

Bubye

p/s: rumahku syurgaku.. kalau bole lepas balik keja aku xmau la pening plak tgk rumah yang bersepah.

Friday, August 16, 2013

.Zara's Pakai Tudung.

Assalamualaikum












Hehe.. dapat jugak aku pakaikan budak2 ni tudung. Amani okay ja. bila pakaikan tudung dia rilex2 saja. Amalia plak asyik nak buang tudung tu ja. jenuh aku menjerit mintak jangan dia bukak. At last, dia ikut arahan ummi dia ni,hikhik.. sori ya dear, now my turn buli korang.. ^_^

Bubye

p/s: time ni umo diorang 11 bulan!