Monday, August 26, 2013

.Laksa My Feberet.

Assalamualaikum

Hihi.. toksah dok cakap la laksa depan aku. tu memang makanan feberet aku dari dulu sampai la sekarang. nasib husband pun minat laksa jugak. Pantang kalau aku sebut nak buat laksa laju ja dia p kedai beli bahan.

Masa bujang2 dulu yang selalu buat laksa kakak sulung aku, kakpah. dia pun suka makan laksa jugak. laksa dia la yang paling aku suka sebab kalau dia masak mesti kuah laksa tu pekat n pedas. mau terangkat bontot,hikhik.. Now, bila dah kawen, aku gagahkan diri belajaq buat laksa sendiri. Mula2 memang agak leceh sikit sebab buat sorang2.. tapi sebab pikir nak makan kena buat jugaklah. lagipun kalau beli kat area rumah aku ni xdak sedapnya.. aku dah terkena beli 2,3 jenis laksa dari orang yang berlainan. semua x sedap. semua jenis laksa yang banyak belacan,uwekk!

Untung kalau kita bole masak sendiri makanan feberet kita. 1, bole ikut kita punya taste. dan 1 lagi yang paling penting ikutla nak tambah banyak mana, xpyh susah hati. FREE. buat banyak2 apa susah. dalam masa aku kawen ni aku rasa dah 2 kali kot aku buat laksa sendiri. Alhamdulillah.. husband suka sangat2. bertambah2 dia makan.

Besa2 ja laksa yang aku masak ni. nampak x apa benda hitam tu? tu bukan otak udang tau. tu sos tiram. ngee.. sedap tau bila letak sos tiram. rasa dia pun ada la jugak ala2 otak udang. lagipun sos tiram ni kan wajib ada kat semua rumah. so senangla kalau nak makan dengan laksa. kalau nak beli otak udang semata2 nak makan dengan laksa x kott.. sebab husband pun x kuat sangat makan laksa dengan otak udang. aku balajar makan laksa dengan sos tiram dari kawan sekolah rendah aku. dia la yang ajar aku makan macam ni n sampai sekarang aku terikut2 makan dengan sos tiram, slurpppp! ;p



Bubye

p/s: bila2 nty aku buat laksa lagi aku akan share recipe mcm mana aku buat laksa versi aku sendiri ya! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.