Powered By Blogger

Monday, July 30, 2012

.Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir.

Assalamualaikum.


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Dugaan dari Allah.

Assalamualaikum.

Betapa berat ujian Mu Ya Allah.. saya tau kalau Allah uji kita bukan bermakna Dia x suka kita tapi Dia sayang kita. Dia nak tau yang kita ni betul2 bole trima ujian dari Dia atau x. saya memang x bole terima stress tambah2 dalam keadaan macam ni. tapi apa bole buat, semua ni dah ditetapkan. saya cuma bole bersabar dan berdoa supaya diberi kesabaran dan kekuatan untuk saya tempuh semua ujian2 ni. saya kena kuat, saya tau kat luar sana ramai lagi yang terima ujian lebih teruk dari saya. setiap sorang lain ujiannya. semoga saya terus kuat dan dapat bersabar dengan dugaan ni. mungkin semua ni ada hikmah di sebaliknya. 



okbai.

p/s: teruskan berdoa. Allah sentiasa mendengar :')

Saturday, July 21, 2012

.Salam Ramadhan.

Assalamualaikum.


Moga puasa tahun ni lebih bererti dan memberi seribu keinsafan kepada kita. Sama2 lah kita menikmati bulan Ramadhan tahun ni ya! ^_^

okbai.

p/s: Alhamdulillah, 1st day puasa dapat jugak sampai berbuka. terima kaseh anak2 ummi sebab sama2 tolong ummi berpuasa.. ;) 

Thursday, July 19, 2012

.UJANG lawok.

Assalamualaikum.

Hye! korang penah x layan majalah UJANG? sesapa yang kipas susah mati sama majalah UJANG mesti beli tiap2 bulan kan. saya diantara itu. tapi tu dulu skang ni dah x beli dah. lepas je masuk poli memang x beli. dah lupa setiap bulan majalah ni kuar bpe kali, harga pon dah lupa. banyak sgt makan semut, saya memang cepat lupa,huh. tapi klu time2 tgh stress ke apa syiok layan majalah UJANG ni. kekadang tu bila baca, gelak sampai x ingat dunia,hahaha.. skng klu nak layan pn tggu balik kampung jela, sepupu depan umah tu tetap gigih lagi kumpul majalah ni. saya la tukang pinjam,hehe pastu bila dh abes baca lupa nak bagi balik, sori ya ajib! ^_^'


Baru-baru ni en b tunjuk kat saya kat forum carigold ada orang letak thread pasal majalah UJANG. ramai yang attach cerita2 dalam majalah ni. en b memang selalu layan carigold, tup2 terjumpa thread ni, ape lagi serbu la walaupun x banyak tapi cukupla klu nak gelak berdekah-dekah,hahaha.. layan sikit..













Hehe..ni jela yang dapat saya santapkan utk korang. nak letak smua kang jenuh nak dok save image je.. cukupla ni kan,hewhew.. skang ni dah mcm2 majalah lawak dah kuar mcm APO? tapi saya tetap minat UJANG. ni nak masuk bulan Ramadhan ni for sure la bumper puasa dah kuar, ape lagi cepat2 la pegi kedai kang abes plak ;p

okbai.

p/s: terasa mengidam nak beli majalah UJANG plak, ade ke pesen mengidam mcm ni??

.Bonus Masuk 21hb,yeehaaa!!.

Assalamualaikum.

Pepagi masuk opis bukak laptop, baca email dapat gud news,gud2!! baca title email, BONUS MASUK 21HB. mulut ni dah senyum samapi ke telinga dah,ngeh2.. bila bukak email tu ni haa dia..

..

..

..

*klik utk besarkan > klu rabunla,huhu

Oke, saya tertipu kali ni. tp bila pikir2 balik memang bulan Ramadhan senang nak dapat pahala lebih. so, cpt2 la grab pahala banyak2.. bulan Ramadhan ni sekali je dalam setahun. saya pon sebenarnya x sabar2 nak tunggu bulan Ramadhan yang tinggal bpe ari je lagi. harap2 puasa tahun ni penuhla tapi doc dah pesan awal2 kat saya klu bole saya ni x digalakkan berpuasa sebab saya pregnant twin babies, bila saya puasa banyak acid akan terkumpul dalam badan n bole effect kat babies. insyaAllah, klu diizinkan Allah saya berpuasa, saya akan teruskan. klu x, puasa sekerat ari jela,hewhew..

Sempena kedatangan bulan Ramadhan tak lama lagi ni, prepare la pape yang patut. bagi isteri mentah mcm saya ni (hehe) kena selalu bukak buku resepi sebab nak masak lauk berbuka. 1st time la katakan.. klu penat sgt tu, alamatnya pegi bazaar ramadhan jela,hikhik.. nak pegi solat tarawikh rasanya x dapat kot sebab keadaan diri yang x mengizinkan T_T.. skang saya dah mula solat duduk. kaki saya dah x bole nak tampung berat badan saya ni. kaki pon dah mula bengkak, jalan dah serupa penguin dah,huhu.. tapi makan tetap ade selera,hehe..

okbai.

p/s: x sabar nak tgk cerita2 kt tv time bulan Ramadhan nty ^_^'

Wednesday, July 18, 2012

.susu Oh susu.

Assalamualaikum.

Hello! sekarang dah masuk bulan 7 kan, dah half year dah. rase mcm baru je kawen bulan 12 td tup2 dah nak jumpa bulan 12 balik, huwaa!! lajunye masa, x sempat nk kejar. seminggu pon rase sekejap sgt, ari cuti sabtu ahad apatah lagi,hikhik. sabtu ni insyaAllah kita akan sama2 start berpuasa bagi umat Islam. x sabar betul nak puasa ngn babies tahun ni even x dapat nak berpuasa n berbuka sama2 ngn en b. dia keje shift malam time tu, xpela en b cari rezki utk keluarga. pas en b keje siang bole la berbuka puasa sama2, yg penting nak ajak en b jalan2 pegi bazaar ramadhan. sonoknye ^_^.. 

Minggu ni my babies dah almost 28 weeks. dah lama rupanya saya bawak my babies dalam tummy ni. makin dekat plak nak bersalin, takutnye T_T.. skang ni babies dah kuat tendang2 n bergerak. tambah2 time lapar, memang kecoh dalam ni dok tendang2 ajak makan,hehe.. kekadang tu sampai senget2 la perut ni, kelakar pon ade..bila dah makan diorang senyap. yang besnya, anak2 ummi ni bila time tido diorang ikut tido sama. x kacau ummi tido pon. bagos, harap2 mcm ni la keadaan diorang lepas keluar nty. 

*sumber dari pakcik google

Mcm ni la kot my babies dalam perut >_<

Atau pon mcm ni,hehe

Tapi yang buat saya risau skang ni cukup ke susu yang saya nak bagi kat babies saya nty? saya dah niat insyaAllah saya nak susukan babies saya secara eksklusif selagi saya mampu tapi saya x yakin. bila tengok kawan2 yang dapat breastfeed anak diorang rasa best sgt pengalaman tu. skng ni saya tgh gigih menggoogle pasal teknik menyusu especially utk baby kembar. saya takut bila babies saya nty terpaksa minum susu formula sebab saya x dapat nak bagi susu badan saya sendiri. saya anggap saya dah failed! tambah2 lagi bila skng ni saya rasa both miss b saya x besar dan x berat. mcm xde susu jek. tu yang buat saya lagi x confident,hmm.. tapi kawan2 saya cakap jangan risau. masa 1st day kita bersalin automatically susu keluar. skng ni kena pikir positif je,sokongan dari suami tu amatlah penting. lagi satu kena banyak berdoa, insyaAllah niat kita nak susukan anak, Allah dah siap2 tentukan ^_^




okbai.


p/s: Positif, positif, positif!!

.Kalau Sudah Rezki.

Assalamualaikum.

Hyep! salam rabu. harap2 minggu ni berjalan dengan cepat ya! x sabar nak jumpa sabtu dan ahad semula. oh ya! minggu ni minggu terakhir untuk kita makan banyak2 sebelum nak puasa ni. dusshh!! ko pikir makan je ye ju, hewhew =_=' 

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah. sejak dua menjak ni ade je rezki yang Allah bagi. even bukan rezki wang ringgit tapi rezki lain pon dah ckup untuk kitorang. tu semua kitorang anggap rezki babies. baru2 ni kakak kat tempat keje dengan seikhlas hati dia nak bagi kitorang katil. actually katil ni ade rosak sikit tapi kalau repair sikit je memang dah bole pakai lagipun kakak ni memang nak beli katil baru. so, memang dah jadi rezki kitorang la. x sangka langsung. ade jgk saya nak hulur duet tapi kakak ni xnak, bg free je. sooo baek kan ^_^.. baru je saya berangan n dah siap cakap kat en suami teringin sangat nak set katil baru. yela, dari mula kawen kitorang guna katil double dacker je. yang kat atas tu kitorang bukak la, guna yang bawah je. tu pon saya beli time saya bujang dulu, dapat je bonus terus saya beli sofa n katil double dacker tu. lepas kawen bawak sekali masuk umah sewa ni. bila dah ade katil baru ni dah jimat sikit cuma nak beli almari je lagi. seronok..xde nak buang duet banyak2, duet tu bole simpan buat saving kan.

Semalam, ofismate bagi baju baby, stokin baby n detergen. Alhamdulillah sgt2.. xtau nak cakap ape dah. memang rezki sgt2 bila ade orang yang mcm ni. terharu tau. terima kaseh banyak2..memang baju tu saya nak beli tapi bila dah dapat ni rasa cukupla, nty lepas bersalin baru nak beli lagi. dalam kete terus bukak baju n stokin2 yang ofismate saya tu bagi. x sabar,haha.. balik umah susun semua barang babies. pe'el saya skang ni suka bukak,tgk,belek2 barang babies. sampai en suami pening kepala tengok perangai saya ni. bila dh bukak semua barang babies nak kemas balik dah jadi malas. biar je bersepah depan tv,hewhew. x senonoh betul. malam tadi baru kemas letak dalam plastik. insyaAllah, 30 weeks nty saya nak start basuh baju babies. x tau larat ke x. saya igt nak cuci guna tangan sebab sayang kalau cuci guna mesin kan. xpela, buat slow2.. lagipun baju babies x banyak ^_^


Detergen baby >_<

Baju dan stokin yang gila comel!


okbai.


p/s: thanks kong. cina sarawak ni baik sgt tau! ;p

Friday, July 6, 2012

.MOJO.

Assalamualaikum.

Xtaula npe tiba2 tergerak hati nak letak lagu ni dalam blog. actually memang suka,hewhew.. layan ya lagu dari Mojo,andai ku bercinta lagi. 


p/s: xnak bercinta lagi pon cuma suka lagu dia je, harap maklum >__<

.Alhamdulillah.sejuk mata memandang part 2.

Assalamualaikum.

Hye! baru lepas abes lunch kat cafe td. burpp, Alhamdulillah..walaupun makan kt cafe xde la sesedap mana tapi demi anak2 ku yang terchenta ni ku telan jugak,hewhew. oke2, entry kali ni nak share pasal artis2 yang dah berhijrah. means, dah tukar penampilan, dah berhijab. entry mcm ni saya dah penah post dulu kat sini, ni la sambungan dari entry tuh. meh layan jap eyh.


Sweet sgt bila yatt pakai tudung >_<


Abby skang dh x selalu muncul kat tv daa..


natasha hudson pon dah berhijab ^_^


Siti Fazurina aka anita

dah..sebenarnya x larat nk google2 cari gamba artis. the latest, yang saya tau sharifah sofea pon dah pkai tudung. pegila google tgk sendiri gamba dia. selain tu, ana raffali sebelum kawen ari tu dah start pkai tudung. enot pon sama kot, erm.. rasenye la,hewhew.. oke, ni jela nak swoh layan pon. semoga diorang ni pkai x bukak2 dah.. ^_^

p/s: tetap suka tgk penampilan diana amir skang, makin cantik..