Powered By Blogger

Saturday, April 25, 2015

.Azhad Eczema Part2.

Assalamualaikum

So sorry sebab baru lah ade masa nk sambung entry pasal eczema azhad. Aku xtau kot2 ade yang tunggu entry ni sebab aku just nak share pasal eczema and i know i'm still new and aku bole share apa yang aku tau. Masih terkejut dengan all of this. Memang aku x sangka azhad akan dapat eczema. Langsung x sangka sebab sebelum ni aku just dengar je pasal eczema tapi xtau apa dia, kenapa. Sebabnya x kena kat aku, anak n famili. Anddd now bila baby sendiri dah terkena so aku kena cari ilmu, gugel, tanya orang pasal eczema. 

Okay, sambung dari yang lepas. Kitorang stop homeopathy sebab eczema azhad makin teruk. So aku decide to pakai balik lotion sebamed. Pastu aku ade join fb group Eczema Malaysia n aku ade drop comment kat situ yang aku stop homeopathy untuk azhad. Ramai yang bagi feedback mintak aku teruskan homeopathy sebab homeopathy memang macam tu. Dia akan teruk dulu sebab dia ade healing crisis. Bila dah lepas healing crisis dia akan oklah. Aku pun tawakal jelah n hope he will be ok. 

Alhamdulillah, nampak dah sikit perubahan. Oh ya, selain kat muka ade benda macam kudis timbul plak. Mula2 kat tangan pastu merebak kat badan sampaila kat kaki. Masa tu aku dah start pantang makan makanan yang gatal2 sebab azhad fully bf. Mula tu stress jugak semua benda x bole makan tapi sebab pikir kan anak xpela. Sekarang ni dah x kesah kalau nampak ayam ke seafood ke. Aku sayang anak lagi huhu. 



Lepas abes ubat yang kakak ipar aku bagi tu kitorang pegi klinik homeopathy dr Radziah kat seksyen 7 shah alam. Masa mula2 masuk tu terus doc tanya. Awak bagi cucuk anak awak vaksin ke. Aku angguk. Doc geleng kepala. Aku dah agak mesti ade kena mengena dengan vaksin sebab sebelum tu aku ade baca kat fb group ramai anak diorang kena eczema sebab vaksin. Time tu memang aku zero pasal eczema n vaksin. Aku pun belek gambar azhad dalam hp n tengok sebelum n selepas azhad cucuk vaksin 2 bulan. 


Ni gambar sebelum dia cucuk. Ade sikit2 ruam tapi under control. Macam ruam susu tapi x banyak.


Ni gambar selepas beberapa hari kena cucuk. Kulit dia kering n menggelupas. Time ni aku letakkan bedak sejuk kat muka dia.

Bila doc pun cakap pasal benda yang sama dengan mommies kat fb group tu baru lah aku yakin eczema ni ade kena mengena dengan vaksin and aku kena gali lagi pasal benda ni. Doc bagi ubat cream, minyak untuk sapu kat badan, rambut n 3 jenis ubat biji. Ubat biji tu kena pecahkan n masuk dalam mulut baby. Kalau ibu makan pun xpe tapi baby x dapat sepenuhnya la. 

Dalam masa 2 minggu lebih kitorang konsisten pakai homeopathy ni Alhamdulillah memang nampak kesan yang ketara kat azhad. Kudis2 kat badan dia dah hilang. Totally hilang tapi parut dia still ade lagi. Orang cakap kudis tu akan turun ke bawah.. Bila dah sampai ke kaki dia akan hilang sendiri. Mula tu macam x caya je tapi bila betul2 jadi betulla tu hehe..


Now we strict pakai homeopathy saje. And aku x vaksinkan azhad sebab dari pembacaan n cari gali aku, eczema ni merupakan penyakit auto immune. Dia bole dapat dari faktor genetik. Penyakit ni ade related dengan asma, sinus n alergic. Memandangkan husband ade asma tapi x teruk lah n aku dengan husband ade sinus so mungkin azhad dapat eczema daripada kami lah. Mula nya azhad ni ade ruam2 biasa je tapi bila divaksin maka eczema tu merangsang dan eczema tu jadi makin teruk sebab dia diganggu. Bukan semua budak bole menerima vaksin. Contohnya macam zaras. Diorang ok je bila amek vaksin. Penuh! Tapi bila tang azhad terus jadi problem. Ramai yang x faham kenapa x bagi vaksin kat azhad. X kesian ke? Sebab kesian kat dia lah aku x vaksinkan dia. Aku ni mak dia n i know my baby very well. Diorang xtau betapa susahnya aku jaga baby yang ade eczema. Masa aku memang banyak ke dia sampai kadang tu aku abaikan zaras. Malam2 terpaksa berjaga takut dia menggaru muka dia. Nak cerita pasal vaksin ni banyak. Next entry la aku sambung huhu. Kang ade yang ban aku pasal ni haha.


Ni gambar terbaru azhad. Kesian dia.. Pipi dia aku tempek dengan kapas muka sebab malam2 time tido dia suka tenyeh2 muka dia. Kadang tu sampai melecet huhu.. Tu yang aku x tido malam tu. Kesian sangat kat dia. Tapi dia x nangis pun. Nangis sebab nak susu nak nak tido je. X banyak ragam tau budak ni. Ummi sayang dia angattt laaaaa..

Selain aku n husband yang bersusah payah jaga dia, pengasuh kitorang pun sangat2 menjaga azhad. Alhamdulillah dapat pengasuh yang sentiasa amek perhatian. Harap2 azhad cepat sembuhla. X sabar nak gomoi2 n cium2 dia hihi.. 

Till then, bubye




Tuesday, April 14, 2015

.Kerja Rumahtangga.

Assalamualaikum

Lepas je beranak kali ni banyakkkkk gilerrrrr keje rumahtangga tertangguh. Kadang tu tension gak nak balik rumah bila pikir Ya Allah sepahnya rumah! Kain x berlipat! Baju x sidai! Pinggan x cuci! Kemalasan apekah ini khenn. Eh, aku x malas tau tapi masa tu je x cukup. 

Kerja rumahtangga yang sepatutnya aku buat husband dah amek alih tambah2 keje masak memasak. Makin dibiarkan makin ligat husband kat dapo. Ewah ewah.. Suka plak dia masak2 ni. Penah aku tawar diri nak masak tapi dia cakap aku masak lambat boleee??? Aku ni sebenarnya minat je memasak even nak masak tu kena gugel jap tapi husband ni x bagi can langsung aku nak masak camne iolls nak tunjuk skill.

Dah masak memasak abes husband sapu, yang tinggal keje rumahtangga yang x bes jela. Tu tu.. Basuh baju, sidai baju n lipat baju. Tu la benda palinggggggg den malas nak buat. Part ni memang x bole mintak tolong husband kecuali basuh baju tu pun sebab basuh pakai washing machine kalau x hareemmmm. Lipat kain pun satu hal lagi. Masalah kalau biar berlonggok ko tunggula seminggu lagi mesti dah seghope gunung. Aku tengok pun x lalu tau. Nak abeskan lipat baju tu cam bercinta plak. Yang ni memang aku x penah nampak husband buat ekekeke. 

Kalau korang tengok rumah sewaku yang cinonet ni aduyaiiii mesti korang menangis kat tepi bucu katil. Macam tu la aku hari2. Kat tempat keje dok cakap dengan husband malam ni kite kemas rumah eyh last2 hancussss. Lepas makan terus booommmm! Letih weh keje.. Memang ternak lemak betul aku ni tau huh! Sori eyh x bole share gambar rumah. Kalau time tengah kemas bole lah hihi. Setakat ni zaras x memang banyak membantu dalam kesepahan ni. Memang diorang kinglah bab2 ni *tepuk tangan sambil kesat air mata*

So, untuk menghandlekan situasi yang aku rasa dah hampir parah ni sebab i loveeee deco tapi xde MASA aku terpaksa lah pikir untuk buat schedule n susun balik time management. Nty bila dah bole bernapas balik aku akan share kan schedule untuk rumah tanggaku ini insha Allah. Xtau la jadi ke idak hehe..

Till then, bubye


Monday, April 13, 2015

.Update Zara's and Azhad.

Assalamualaikum

Bila dah ade anak 3 ni x gamak rasanya hemak nak update satu2 pasal anak hemak. Kite combine jela perkembangan terbaru diorang. Ececeh.. Gaya macam anak retis plak kan hihi *malu tutup muka*. X kira lah retis x retis aku nak update jugak kan. Sapa nak baca, bacalah. Kalau xmau xpayah baca lah ye. Aku x desak pun *eh teremo plak*

1st, nak cerita pasal zaras dulu ye. Sekarang diorang dah masuk 2 tahun 7 bulan. Lagi 5 bulan je lagi nak 3 tahun. Ya Allah..... Dah besar dah rupanya anak2 ummi ni. Sekejap sangat rasanya. Bila dah besar gini dah banyak akai dah. Tambah2 dah ade kawan lagi lah banyak akai diorang. Aku dengan husband lah yang pening kepala. Rumah tu kalau x sepah x sah. Cian ummi nak deco2 pun x bole huhu! Penuh dengan mainan diorang je. 



Dua2 dah kuat bercakap! Yang paling talkative tu amani lah. Sikit2 bertanya. Bukan sekali. 2,3 kali kadang tu benda yang sama diorang ulang tanya balik. Husbandlah yang selalu layan diorang. Memang time2 seusia gini diorang dah banyak tanya sebab dah pandai explore. 

Gadget2 dah kurang main dah. Yes! Idea kitorang nak kuarantin kan ipad berjaya jugak. Penah gak terkantoi diorang terjumpa ipad, cepat2 husband amek terus diorang nangis. Mula2 tu dah cair tambah2 aku lah tapi cuba keraskan hati. Rampas gak. Biarlah diorang menangis meraung raung. Pekakkan telinga je. Sekarang, nahhhh.... Husband bukak ipad depan diorang pun diorang buat x tahu je. Ade gak tanya ayah.. Ipadlah.. Husband jawab ye.. Pastu diorang buat derk je sambung main. Wahhhh.. Kembang kempis hidung laki bini ni sebab mission dah berjaya kikiki.


Sejak dah beradik ni masing2 dah matured sikit terutamanya si amalia. Memang dia nampak cam kakak2 sikit. Suka jaga adik tapi dia suka sangat main dekat2 dengan adik. Buat adik rimas. Tu yang aku geram tu tapi bila disuruh jaga time kitorang ade keje pandai plak dia. 

2nd, pasal azhad plak. Now azhad dah 3 bulan. Sikit lagi nak masuk 4 bulan. Until now azhad still breastfeeding. Alhamdulillah.. Dah bole meniarap tapi sesekali je. Last berat 6.8kg berat bontot agaknya tu yg sesekali je dapat meniarap kikiki. 



Pada sapa yang tau azhad ade eczema. So, aku memang focus kat dia sorang je. Memang banyak masa ke dia je. Lagi2 dia bf. Balik keje memang hobi dia ngempeng jela hihi! X sabar aku nak tunggu azhad besar. Dah bole duduk bole main dengan kakak zaras. Besnyaaaa kan..



Lagi satu, kitorang memang x ajar azhad tido pakai buai sebab dia xdelah banyak songeh. Dia hokeyy je tido atas tilam tapi kalau kat rumah pengasuh memang dia akan pakai buai sebab susah kak wan nak jaga plus nty zaras akan kacau azhad. Lately bila kat rumah azhad kuat ngempeng pastu bila dah tido nak letak kat tilam for sure dia terjaga. Camne nty kalau b OT, aku kena jaga diorang 3 orang.. Hmmm.. Wondering.. Nak kena keluarkan buai balik ke..

Tu je kot.. Pasni update untuk next month plak. Sori ye.. Terpanjang plak entry kali ni. Biasalah buat entry ni pun makan hari gak. Susah nauu nak update blog sekarang ni hihi..

Till then, bubye



Saturday, April 11, 2015

.Review Lepas Berpantang.

Assalamualaikum

Ceh! Lepas pantang pun nak review bagai kan hihi. Korang layankan jela haku ni. Asalkan berhupdate blog aku ni kalau x berhabukla.. 

Ni kali kedua aku berpantang. Kira dah ade sikitlah experience walaupun x banyak. Dah terer la bab mana yang bole makan n apa yang x bole, gitteww.. Dulu masa pantang zaras aku x pantang sangat. Jamu pun lambat makan sebab x sempat beli. Tu lah part yang paling aku nyesal sekali huhu! Lepas abes pantang Ya Allah... Sakitnya kaki badan segala. Dah seghope orang tua! Kalau duduk atas lantai jenuh nak bangun semula. Kaki rasa kebas2.

Bila pregnant kan azhad pun sama. Sakit badan n kaki. Angin lagilah.. Xpyh nak cakap. Banyak giler! Makan itu angin makan ini angin adehhhhh.. Seksa la time tu. Memang kena jaga makan betul kalau x husbandla jadi mangsa tukang urut. 

Masa pantang azhad aku amek nona roguy. Aku beli yang set tapi x guna semualah. Yang tiap2 hari aku amek pil phytonatal. 2 bijik sekali makan. Banyak gak dalam 1 botol. Lepas pantang pun still ade lagi. Alhamdulillah lepas abes pantang badan aku bertenaga je. Xde la letih2 even bangun malam nyusukan azhad. Yang paling ketara angin aku tetiba je dah hilang. Dulu pantang sikit kalau minum teh, kangkung,kobis cepat je angin. Kalau bole kentut besla gak ni nak kentut pun eh cam tersumbat je bontot ni apehal kan. 

Aku tau penyakit angin aku dah xde sebab husband yang tegur. Dia pasan lately aku kuat minum teh tapi x mengadu pape pun kat dia pasal aku angin ke apa. So,aku pun buatlah experiment sikit. Aku try makan kangkung plak kot2 angin ke x kan. Bila makan ok jeeee xde plak tersekat nak kentut x bole ke apa. Azhad pun elok je kentut. Kompommm penyakit angin aku dah hokeyyy even bukanlah totally hilang. Kena control lah kalau x takut angin tu datang balik. Selain angin, kaki aku pun dah jarang sejuk. Dulu malam2 time nak tido mesti kena pakai stokin. Kitorang xde air cond tau. Pakai kipas je tu pun kaki aku x tahan sejuk sangat. La ni xpyh dah pakai stokin. Rilex je haku.

So kesimpulannya, berhati hati lah semasa dalam pantang hihi. Aku ni nak bagi nasihat pun x layak sebab aku pun xdela strict pantang sangat. Ala2 gitu je. Tapi Alhamdulillah kali kedua pantang ni aku lebih bertenaga dari yang dulu even berat aku xdelah turun banyak. Tu satu hal haihhhh. Memang aku dapat berat sebelum pregnant dulu tapi xdelah turun kaw2 punya. Kali ni aku fully breastfeed azhad dan Alhamdulillah sampai sekarang dan harap2 biarlah sampai azhad 2 tahun. Dats why aku x diet. Kalau aku diet mana nak datang susu kan. Aku lagi rela gemuk asalkan azhad dapat menyusu dari susu aku sendiri. 

Till then, bubye

Wednesday, April 8, 2015

.Asam Pedas Untuk Dia.

Assalamualaikum

Lama angattt kite x cerita pasal drama2 melayu masa kini kan hihi. Bukan x layan babe tapi mak ni kan busy memanjang. Dah lama simpan tapi x update2 pun. Mohle kite flashback balik cerita yang paling aku suka takat ini. Asam Pedas untuk Dia.

Actually cerita ni dah abes dah pun saje je suka2 nak bagitau cerita yang aku minat + hero dia alahaiiiii hensem! Sebelum adenya cerita ni aku awal2 dah beli buku novel tu. Masa tengok cerita ni patutla eh2 cam kenal je jalan cerita ni. Rupa rupanya cerita novel diorang buat drama. Kan trend drama2 sekarang amek dari novel. Tapi cerita ni memang bes hihi. Kalau x sempat nak tengok ke apa laju2 pujuk husband download kan.

Pada sapa yang x tahu n x tengok cerita ni aku rajinlah sikit menaip sinopsis ala2 jela eyh. Nak tau lebih lanjut korang bole la download sendiri k. Cerita ni mengisahkan antara anak majikan, Ziyad dengan maid bernama Ainin. Ainin ni balu anak satu n dia decide keje jadi maid sebab nak bantu keluarga. Ziyad ni simpati dengan nasib keluarga Ainin dan terus plan nak kawen dengan Ainin. Tujuannya hanyalah untuk menolong Ainin sahaja. Lama2 diorang makin sayang antara satu sama lain dan keluarga Ziyad langsung xtau pasal benda ni. 


Yang jadi masalahnya Ziyad ni dah ade awek n nak kawen dah pun tapi biasalah kan novel melayu drama melayu pape mesti hero dengan heroin jugak kan kahkahkah! Pape pun cerita ni memang awesome! Aku memang suka layan drama melayu tapi lepas cerita Asam Pedas untuk Dia ni xde lagi drama yang mencuit hatiku lagi ate tv kat rumah tu asyik dok bukak sukan je. X bola, badminton. X badminton bola keranjang. Naik juling mata aku. Semua sukan husband aku layan. Agak2 la b.. Tau cmni xpyh pasang astro huh mencikk!

Till then, bubye

Monday, April 6, 2015

.Azhad Eczema.

Assalamualaikum

Sambungan dari entry ruam susu (nak tau korang cari eyh entry tu >_<) Kitorang bawak azhad p klinik lepas petua jilat muka tu x menjadi dan sapu baby oil Alhamdulillah lah nampak sikit perubahan dia but still kena jumpa doc sebab ruam dia dah makin teruk. Bila jumpa dengan doc, he said dat azhad got heat rash. Cuaca mungkin. 2,3 minggu time tu memang cuaca agak panas sebab tu azhad bole dapat heat rash sehinggakan kulit azhad kering dan menggelupas! 


Lega hati ni bila doc cakap ruam tu bukan eczema. Xdelah diri ini risau sangat. Mak2 sangat khennn. Doc bagi ubat sapu tapi aku dah lupa apa nama ubat tu. Amek gambo pun x sempat sebab ubat tu dah abes. 3 hari lepas tu heat rash kat badan muka azhad still ade lagi. Kurang x makin teruk adelah. Aik, aku dah pelik lain macam dah ni. Awat x elok2 lagi kan. Pastu weols decide p klinik yang sama balik sebab dah ade rekod kat situ tapi kali ni jumpa doc yang lain. Doc ni cakap azhad got eczema. And the eczema is really2 bad. Time tu cam tergamam je aku kat situ. Xtau nak buat apa. Ni 1st experience aku. Penyakit eczema ni rasa jauh sangat dengan aku n famili aku. Aku rasa blur!!


Doc tanya aku ade bagi pakai lotion pape x. Aku cakap yes. I guna lotion sebamed tapi on off sebab baru je beli p klinik dapat ubat klinik terus dah x pakai sebamed tu. Doc suruh aku apply balik lotion sebamed tu sebab dia cakap tu memang remedy untuk eczema. Baby eczema kena sentiasa ade pelembab sebab kulit diorang kering. Minimum sapu lotion adelah 2,3 kali sehari. Bila nak sapu tu jangan squeeze sikit2 cam kedekut taik idung masin ko. Squeeze banyak2 biar jadi macam baby minyak! Okay.. Bila doc dah terangkan barulah nampak jalan tu sikit. Barulah rasa x bodoh hahaha!

Sebelum balik tu aku tanya lah doc x bagi ubat pape ke sebab ubat yang doc dulu bagi tu dah abes. Doc tu tanya aku balik u nak bagi ubat tu lagi ke? Ubat tu ade steroid. Kalau i, i just pakai sebamed je. Lorr ade steroid ke ubat tu.. Kesian azhad kecik2 dah kena sapu steroid kat kulit dia.

Last week kakak ipar aku ade belikan cream homeopathy untuk azhad. Anak dia sebelum ni penah kena ruam lampin n memang teruk sampai x bole pakai pampers. Bila dia guna cream homeopathy tu cepat je elok. Sampai sekarang kalau anak dia selsema ke demam ke dia bagi ubat homeopathy je. Aku okay je dengan rawatan homeopathy ni sebab 1 dia xde dadah n 2, amani kan sembelit. Bila makan ubat homeopathy ni sembelit dia dah okay tapi still amek ubat tu la. So aku x kesah nak try n error ubat untuk azhad selagi dia x mendatangkan bahaya or kemudaratan.

Dua hari lepas pakai cream homeopathy tu aku perasan ade air bisa keluar kat tempat rashes dia. Aku macam alamak apsal ni. Pastu eczema kat muka dia cam dah merebak. Risau plak aku. Mungkin ke dia x sesuai dengan ubat homeopathy? So, aku dengan husband discuss to pakai cara lama just apply sebamed only!


Nty kita sambung balik naaaa.. Hihi

Till then, bubye