Powered By Blogger

Wednesday, July 31, 2013

.Bulan Puasa.

Assalamualaikum

Fuh.. Bulan puasa ni x larat nak hupdate blog. Sibuk dok terjah resepi masakan,kuikui. Hari2 aku masak. Sempat x sempat belakang cerita. Janjindapat jimat sikit,kuikui. Lagipun kalau beli kat bazar ramadhan ada ja yang x kena kat tekak aku ni. Besa la tekak orang puasa khenn.. Mata dan nafsu ja yang lebih tapi bila bukak puasa makan ala kadar ja. Makanan yang beli pun asyik terkena yang x sedap, tu yang naik serik nak p bazar dah. 

Even aku n husband balik agak lewat, aku tetap akan bersilat kat dapo untuk masak. X sempat masak berbuka dulu dengan kurma. Lepas mandi n solat baru kitorang makan, gittew.. Alhamdulillah, time bulan puasa ni tiap2 hari aku masak dapat jimat banyak gilaa duet. Kalau p bazar tu sekejap ja dah abes duet. Beli nth apa2 makan xpun. Bila masak ni, kita pueh hati, ikut tekak sendiri dan yang paling penting dapat ikan perut husband,ngeh2x.. Husband pun sukaa sangat kalau aku masak. Walaupun x sedap dia tetap cakap sedap. Husband cakap aku masak sedap sebab aku masak ikhlas untuk husband. Terharuu deq nonnn!!

Time bulan puasa ni aku dapat jugak turunkan berat badan ni. 6 kilos ja. Tu pun sebab aku demam last week. Demam teruk sampai terpaksa la aku bukak puasa sebab x tahan sangat. Aku demam sampai 4 hari. Check kat klinik rupanya aku terkena infection kat tekak. Tekak aku bernanah n effects kat kepala aku sampaikan aku x dapat nak bangun p keja. 

Dan lagi satu kain baju kurung aku selama ni x muat dah bole pakai dah.. Hooiiyeee!! Bes gila. Satu2 aku try pakai then tunjuk kat husband. So, pasni make sure kena kekalkan or turunkan lagi berat badan ni. Jangan makin naik lepas raya ni sudeyla.

Bubye

P/s: dah x lama dah nak raya.. Seronok raya tahun ni sebab dapat beraya dengan anak2. Lengkap sudah hidupku. Thank you Allah (:

Sunday, July 14, 2013

.Kat Mana Aku dan Husband Shopping Barang Rumah.

Assalamualaikum

Hehe.. Entry macam ni pun nak up jugak ka? Xpa.. Aku saja nak share dengan semua kat mana tiap2 bulan aku dengan husband shopping barang dapo segala. Kami xdakla shopping kat tempat yang grand2. Aku ni sedaya upaya akan cari tempat yang murah + elok. 

Masa mula2 kawen dulu husband ada bawak p econsave kat area rumah aku. Tapi tobat kami xmau p dah sebab hampir semua ikan kat situ x elok. Barang kering dia okay. Murah pun murah (tu pasti,hehe) so, kami terpaksa cari tempat lain kalau nak beli barang basah. Time tu aku selalu beli kat bawah rumah aku je la tapi beli sikit2 sebab kat kedai bawah tu pun x berapa nak elok sangat tapi okayla dari kat econsave tu.

X lama lepas tu, kawan aku kat tempat keja bagitau yang dia tiap2 bulan p shopping barang basah kat mydin usj. Aku pun bagitau husband dan sampai sekarang tiap2 bulan kami p terjah sana. Barang2 kat sana semua murah. Kalau nak beli ikan ka ayam ka semua cantik2 tapi jangan p malam. Kalau p malam dah x berapa nak elok sangat. Kami selalu p pagi2 time weekend. Dalam kol 8 am kami dah gerak. Pagi2 dah ramai tau so kena cepat2 la kalau x nty semua abes. 

Ada satu bulan tu kami p masa time gaji. Nak cari parking susah yang amat. Parking full! Husband siap round sampai 5 kali x dapat2. Last round husband cakap kalau x dapat jugak kita balikla. Tapi nasib baik last round tu la dapat satu parking. Rezki.. Alhamdulillah..

Sekarang ni mydin usj tu dah cantik. Dah banyak dia renovated. Sanngggattt selesa kalau nak p shopping sana. Kalau rasa lapar lepas shopping bole singgah kat food court dia. Food court ni pun baru saja renovated. Cantik dan banyak makanan. Ikut selera tekak kita la.. Kalau x sempat nak solat bole p solat kat sini jugak. Surau dia Alhamdulillah memang cantik. X rugi la kalau sapa2 yang mai sini. Harga murah tempat pun selesa. Buat masa sekarang ni la tempat kami beli barang2 rumah. Mydin.. Memang nampak low class bagi sesetengah orang tapi aku puas hati. Aku x kesah shopping kat sini asalkan tiap2 bulan perbelanjaan kami under budget. So sapa2 yang tengah pening kepala nak cari tempat shopping yang murah bole p mydin usj. X rugi oiii,hehe.. Dah macam promoter plak aku ni,hihi..




Bubye

P/s: aku shopping barang rumah sebulan sekali ja.. Tengok pada budget. Ada ka yang shopping banyak kali dalam sebulan?.. 

Tuesday, July 9, 2013

.Salam Ramadhan.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Dapat jugak jumpa ramadhan tahun ni. Tahun kedua aku berpuasa bersama husband. Tahun pertama anak2 teman ummi n ayah berpuasa. Syiokk betoi tahun ni, ngeee.. 

Sebelum tido aku dah siap masak nasi dan rebus telor masin. Esok kol 4.30am bangun terus buat air asam. Cukuplah sahur lauk tu ja. Lauk berbuka aku x plan lagi. Maybe beli kat bazaar je kot sebab aku n husband kan balik lambat. For sure x sempat nak bersilat masak kat rumah. Order je la jawabnya. Sekian..

Bubye

P/s: time bulan puasa ni la nak diet! Harap dapat kuruih. Sikit pun jadila 


Monday, July 8, 2013

.Geram Aihhh!!!.

Assalamualaikum

Eiiiii.. kenapa la aku dapat owner rumah yang cerewet macam ni. apala dosa aku,hukhuk.. aku dengan husband dah selesa sangat menyewa kat sini. tapi bila mai bab owner rumah tu yang x best tu. 

Owner rumah aku cina. perempuan. memang masa mula2 dapat kunci kami dah dapat agak dia cerewet sebab masa kami dapat kunci 20hb, pastu dia mintak every month kami bank in duet sewa rumah sama tarikh dengan tarikh kami dapat kunci! bengang jugak sebab kami dapat gaji 27hb, susah sikitla kan. nak bertolak ansur sikit punya payah. so, terpaksa lah kami bank in awal daripada gaji.

Hari ni, aku msge owner rumah konon nak mintak izin nak cat rumah. tapi dia reply "No". eiii, sakit betoi hati aku! x reti langsung nak jaga hati orang. memang kami ni penyewa ja tapi pikirla orang nak cat rumah dia sebab nak bagi cantik bukan nak bagi kotor. pada kau, di pihak dia x rugi apa2 pun sebab aku dengan husband dah plan kalau nak pindah tempat lain kami akan cat balik kaler putih. dia memang x rugi apa2 pun. sabar jela. 

Aku ni punya la semangat nak decorate rumah tapi baru ja nak start dah gagal. semangat aku tiba2 jadi down. dah malas nak jaga rumah ni bila owner rumah x appriciate kita langsung. kita dah jaga rumah dia leklok cuba lah dia jaga hati kita sikit. lagi pun kami x penah lambat bayar sewa ka, buat hal ka. elok kami jaga rumah ni tapi yang ni dia balas. ishhhh, kalau aku x pikir kami ada kontrak dengan dia setahun dah lama aku angkat kaki. x sanggup aku dengan owner rumah yang cerewet yang amat ni! sabar lah wahai hati. terima jela.. nama pun menyewa, kena terima hakikatlah... hmmm..


Bubye

p/s:sabar sikit ja lagi naaa.. T_T




Monday, July 1, 2013

.Welcome July.

Assalamualaikum

Oh dah masuk bulan baru dah ari ni kan..sekejap ja dah masuk bulan julai. Lagi seminggu insyaAllah kita akan menjalani ibadah puasa plak. Aku lani dok sibuk ganti puasa la.. Tahun lepas puasa aku tengah pregnant tapi ada gakla tinggai sebab x berapa nak larat. 

Hari ni aku ngn husband x p keja. Ari isnin plak tu. perut buat hal. Memula husband yang start dulu. 

Husband : ayg ada sakit perut x?
Aku : dak. Awat?
Husband : b sakit perutla. Kita makan apa tadi?
Aku : makan megi goreng ja.. Lepas tu makan kat luar kat area gm tu..
Husband : eh, sebelum makan kat luar tu b dah sakit perut dah..
Aku : abes b makan apa? Apa yang b makan ayg makan. Awat ayg x sakit perut pn?
Husband : tu la pasai.....

Last2 malam tadi terjawab sudah. Masa keluar makan ngn famili aku, perut aku tiba2 memulas. Husband senyuummm pandang muka aku. Ceh! Terkono jugok den! Malam tadi xtau nak cakap macam mana la... Sakit sangat2 perut aku sampai 3,4 kali dok ulang alik masuk toilet. Bila dah buang dia okay lepas tu dia mai balik. Ada jugak husband ajak nak p klinik tapi aku xmau sebab kesian kat anak2 dah tido. Xkan nak kacau.

Pagi husband kejut aku nak p keja aku cakap x bole nak p sebab perut aku sakit lagi. Husband pun  still sakit jugak. So husband decide xpyh p keja. Lagipun husband cirit birit lagi teruk dari aku. Siasat punya siasat, aku ngn husband agak tauhu yang aku taruk dalam megi goreng tu punca perut kami sakit. Husband dah teguq masa tengah aku tengah goreng tauhu tu. husband cakap apa bau busuk ni. Merata rumah dia p cari last2 husband cakap tauhu yang aku goreng tu yang busuk. Aku pun terkejut jugakla sebab aku xdak bau apa2 pun. Husband suruh buang. Aku try cubit sikit tauhu tu. "b.. Ni la rasa tauhu.. Xdak bau busuk punnnnn.." Sekeras keras aku menafikan. 

Tapi bila dok pikir2 balik mungkin salah tauhu tu sebab aku lupa yang aku ni selsema. Mana la bole nak bau busuk tauhu tu. bila makan main rasa ja,kuikui.. Nasib2.. Malu aku masak menu berpoisoning,heh! 

Lepas ni tobat. Kena masak leklok. Kesian husband kena tanggung sakit. Aku dah ok sikit tapi husband cirit birit lagi. Ampun b!!!

Bubye

P/s : awai bulan yang mendukacitakan. Hope it will be a gud months for me.