Powered By Blogger

Tuesday, December 31, 2013

.Okbai 2013.

Assalamualaikum

Fuhhhhh.. X lama je lagi dah nak masuk tahun baru. Sekejap sangat rasa dok dalam tahun 2013. Lepas ni dah 2014. Banyak benda aku dah plan. Masih dalam pala otak ni. Esok insyaAllah aku akan kerah plan azam untuk tahun 2014. Tunggu ja la.

Sepanjang tahun 2013 ni banyak suka dan duka aku dah lalui. Aku rasa banyak perkara yang best jadi kat aku tahun ni terutamanya pasal zara's. Every month aku dan husband x sabar2 nak tengok setiap perkembangan diorang sebab bila dah makin besar makin banyak perangai. Macam2 perangai yang buatkan kitorang rasa setiap saat tu rasa bahagia sangat. Oh zara's!!

Dan lagi satu baru2 ni aku dapat gud news. Alhamdulillah.. PM keja aku tahun ni aku sangat puas hati. Walaupun selalu cuti tapi boss masih percaya dengan keja aku. Bertambah semangat aku nak keja. Increment pun Alhamdulillah.. Tu semua rezki anak2. Syukran Ya Allah kerana berikan kami rezki melimpah ruah. 

"Gudbye 2013 & welcome 2014. Hepi new year peeps!"

Okbai

NotaKaki: x koser aku nak sambut new year bagai. Baik aku dok rumah sudah...

Sunday, December 29, 2013

.Sungguh Ku Terasa.

Assalamualaikum

Sungguh! Memang lumrah hidup perempuan macam aku ni ada jiwa sensitif. Kalau ada orang yang mengata, mengeji mestilah akan terasa. Tambah2 yang tukang kata, keji tu lelaki. LELAKI okay! Ingat lelaki zaman sekarang ni x pandai mengata, mengeji ke. Lagi teruk ngalahkan pompuan tahu! 

Malam tadi husband ajak lepaking dengan kawan2 dia. Besa lah orang x sempat nak enjoy. Dah kawen ada bini diajak sekali bini dengan anak2 lepak sama2. Aku dahla penin x cukup tido terpaksa jugak gagahkan diri. Kalau x ikut kang jadi isteri derhaka pulak. Maka husband pun heretlah kami anak beranak. Dah lama x lepak cenggitu sejak dah ada anak ni. Sekarang zara's dah besar. Dah pandai jalan. Kan dah lega sikit mak bapak diorang ekeke.

Nak cerita bab sungguh ku terasa ni. Adelah sorang kawan husband ni dok cerita pasal body isteri kawan diorang. Motippp sangat. Body si isteri kawan tu solid cantik terbaikklahh walaupun dah ada dua orang anak. Body macam orang x kawen lagi. Aku yang dok dengar ni macam terpukul je. Menangislah hati ni di dalam hati. Ko x terasa kalau ada orang cakap macam tu??? Aku pun dah kawen ada anak jugak tapi badan aku x solid bagai. Body aku alignment dah lari. Kalau nak kasik tutup semua alignment guna korset pun dah mampu. Mau nya korset tu koyak. Begitulah teruknya perumpamaan untuk body aku ni. Sadis x?

Ondaway balik ke rumah terngiang ngiang lagi mamat tu cerita pasal body isteri kawan. Sebelum nak tido aku cuba tanya husband pasal cerita body tu. X puas hati aku bila dok pendam dalam hati ni. 

Aku: "b malu x ada isteri gemuk macam ayg ni?"
Husband: "x malu pun. Npe ni?"
Aku: "yelah.. Tadi kan si polan tu cerita pasal body si isteri kawan. Ayg terasalah. Ayg kan gemuk. Mesti b malu kan."
Husband: "x malu lah. Kalau b malu dah lama b swoh ayg diet kan."

Begitulah gaya husband nak jaga hati aku. Xtaula iklas ke dak. Memang perkataan gemuk tu sensitif sangat kat aku. Bukan aku sorang je tapi semua pompuan. Xdak pompuan yang suka bila orang kata gemuk. Tapi kalau dah hakikat sapa pun x boleh tolak. Ingat aku xmau kurus ka? Dah macam2 benda aku cuba buat tapi semua x jadi. Aku kurang semangat dan cepat putus asa. Asal nak diet je mesti ada yang menghalang. Lecehlah!

Hmmm.. Sekarang ni aku dah ada plan sendiri. Memandangkan badan aku ni susah sangat nak solid balik aku plan nak tambah anak muahaha. Senang! Masa pantang nty aku dietlah kaw kaw gittew. Lagipun tahun depan umo aku dah masuk 26 tahun. Time muda ni kah nak tambah anak. Nty dah tua x larat. Sementara tu bole lah aku diet sikit2. Xmau lah gemuk sangat macam sekarang ni. Manyak susah lorr.. 

Okbai

NotaKaki: besok start diet kitew. Bekfes kitew makan oat+low fat milk jew k ;)

Tuesday, December 24, 2013

.Risau,Apakah?.

Assalamualaikum

Perlu ke aku risau? Dah lama sebenarnya aku hantar anak2 kat kak wan. Sejak lepas pantang. X penah sikit pun zara's jadi pape. Sikit pun xdak masalah. Aku dengan kak wan okay. Kak wan pun anggap zara's macam anak sendiri (aku haraplah hmm). 

Semenjak dua menjak ni kan dah banyak isu pasal babysitter (x kesahlah ko hantar anak kat pengasuh or nursery) dera kanak2.. Fuhhhh.. Hilang semangat mak bila dengar kesah2 camni. Orang indon ka orang malaysia ka sama ja. X pikir eh budak2 tu kecik lagik? X kesian ke tengok budak tu ko dera cmtuh sekali? Budak kecik xdak daya nak lawan tenaga orang dewasa. Sejak jadi mak2 ni aku dah jadi sensitif sangat2 pasal isu ni.

Aku ni kalau dah memang dari azali kaya raya dah lama aku benti keja jaga anak2. Senang. Depan mata aku ada anak2 ja. Kalau nak pukul pun kita ada sebab. Lagipun kita mak bapak yang pukul sendiri. Tapi bila tengok orang lain pukul anak kita even anak kita yang buat salah kita tetap terasa kan. Tu ikut masing2 lah. Lain orang lain pandangannya. Bagi aku still okay lagi selagi ko pukul anak2 sebab memang salah anak2. Sebab anak2 ni kita kena ajar jugak kalau x senang je dorang terpesong. 'Kena ajar' tu maksud aku benda yang benda yang baiklah. Si 'ko' ni pun janganlah amek kesempatan bila mak bapak dah bagi kebenaran pukul anak2, ko suka hati je pukul budak tu sampai lembik. Sebab tu kalau nak jaga budak2 ni kena ada ilmu. Bukan ikut sedap tekak ko nak duet mak bapak tu je. Oooo pandaiiii.. Duet nak, jaga anak si mak bapak tu ko main bedal je. 

Aku xmaula mengungkit pasal bayaran mengasuh anak2. Tu kan memang tanggungjawab kita. Tapi kepada pengasuh2 tu ingatlah kami sebagai mak bapak kepada anak2 yang korang jaga cuba lah jaga anak2 ni dengan baik. Setimpal dengan apa yang kami dah bayarkan. Kita hantar anak2 kat pengasuh sebab kita percaya diorang bole jaga anak2 kita dengan baik. Macam kita sendiri jaga. Kalau xmau jaga bagitau awai2.

Okbai

NotaKaki: pliss be alert bila anak2 asyik nangis bila sampai kat rumah pengasuh/taska. Bila amek anak2 diorang masam je. Perangai dah berubah asyik nangis je. Tolonglah mak bapak. Kalau sayangkan anak2 kena alert tu semua sebelum berlaku apa2. Nasihat untuk diri sendiri jugak. Ingat, anak2 tu nyawa kita.

Sunday, December 22, 2013

.Oh Gems.

Assalamualaikum

Ahh.. Dulik lah! Tahun depan aku dietlah. Kan tiap tahun kena buat azam kan. Azam aku tahun depan nak kuruih lah. Sekarang ni aku nak makan puas2. Perut ni dah macam pregnant 5 bulan eh. Pregnant eyh. Doakan. Mana tau ada rezki ekeke.

Sekarang aku tengah bercoti kat kampung husband teluk intan. Macam2 makan x benti2 haish. Dah lari semua alignment body ni. Kadang risau gak tapi pikir cam membazir je makanan tuh kalau aku x makan tu yang laju je aku bedal.

Aku tau badan aku makin hari makin besar. 70kg yopp. Ni lah festaim berat badan aku cecah 70kg. Merasa dah tapi x bes la gemuk2 ni. Naik tangga semputttt. Nak sujud time solat hilang nafasss. Senang cakap x sonoklah badan gemuk2 camni. X tambah lagi dengan kutukan2 orang keliling. Rasa cam nak balik rumah nangis je. Nasib husband x penah nak persoalkan pasal berat badan aku. Dalam hati tu xtau la kan. Baik aku diet kan sebelum husband bukak mulut,hukhuk

Okbai

NotaKaki: Xpe b.. Lepas ni i diet k. Kalau x bole kuruih tu terimalah ayg seadanya hwahwa. 

Monday, December 16, 2013

.Hepi 2nd Anniversary!!!.

Assalamualaikum 

Hepi 2nd anniversary b!!! Fuh.. walaupun baru 2 tahun je tapi Alhamdulillah ikatan cinta antara kami masih kukuh insyaAllah.. Tahun lepas kitorang xde pun sambut hari spesel ni tapi tahun ni saja nak merasa celebrate anniversary hikhik.. Even xdak bunga ros ke apa tapi wish dari husband dah cukup untuk aku.

Kitorang celebrate kat secret recipe saja. Xdak la kat restaurant mewah bagai. Cukuplah husband besaqkan lagi badan aku ni bhahaha.. Hari ni aku makan kaw2. Xdak masa nak diet dah. Tunggu next year lah! Tensi aku cerita pasal diet ni.









Hehe.. Terima kaseh b.. Harap hubungan kita kekal hingga ke jannah.. Ayg bahagia sangat hidup dengan b.. Luv u so mucheon!!!

Okbai

NotaKaki: Besaq nauu tuan tanah ni,muahehe ;)

Saturday, December 14, 2013

.Famili Gathering Hajah Sariah.

'Assalamualaikum. 

Kejadian ni dah lama aku nak update tapi biasa lah sebagai wanita yang sangat bekerjaya semua benda yang nak diupdate terpaksa dipostpone. Kena tunggu masa yang sesuai baru lah bole update sikit2. Ni pun tunggu zara's tito baru lah aku bole bersenang lenang menaip blog. Dah lama jawi jemawi ni x exercise. Udohhh kasorrrr. Nasib iols selalu pakai losen vaseline. Lembut jugak ah! Ha kann dah kelaut. Nak cerita pasal benda lain tapi mukadimah dia panjang berjela. *tumbok kang nak?*

Ni festaim aku join famili gathering belah ayah. Biasa memang tiap2 tahun ada famili gathering tapi memandangkan last year aku tengah sarat mengandung, aku x dapatlah nak join. Tu kira kali pertama la dalam masa aku dah berkawen. Tahun ni buat kat janda baik, pahang. Nama tempat ni Wadi Samrah. Keluarga belah ayah besar sebab adik beradik ayah ramai. Xdaklah aku rajin nak kira tapi memang ramai lah! 

Wadi Samrah ni kawasan dia besar. X silap aku dalam kawasan ni ada 8 bijik rumah. Husband yang cakap. Kalau husband tipu makna aku pun tipu jugaklah. Suasana tenang. Sebijik kampung. Merata rata ada pokok buah buahan. Ada pokok durian, maggis, cempedak, bali, pisang dll. Tapi sayang buah durian x masak lagi time ni. Ikutkan masa kitorang datang tu dah cukup matang durian nak jatuh tapi xtaulah kenapa durian kat situ kecik lagi. Nasib baiklah cousin husband dah tempah awal2 mintak pekerja kat situ belikan durian pahang. At least bole lah merasa makan durian. Kunun2 durian dalam Wadi Samrah tu lah. Dalam Wadi Samrah ni jugak ada swimming pool dan sungai. Ikut suka kau lah nok nak mandi tang mana. X kesah. Kalau xnak mandi pun xpa. Air kat situ sejuk. Tu yang paling aku x suka! 

Okay, layan gambar lah. Sambil tu aku bebel sikit.























Nah kau makanan selambak! Ni semua potluck. Masak sendiri makan ramai2. Jenih famili yang muda2 macam aku ni x payah bawak pape. Kalau bawak pun bikin malu je hikhik. Mak mentua lagi senang. Semua dia beli. 




Amalia. Suka duduk atas kerusi goyang ni. 



Welcha pun amalia hentam. Tu opah chor punya welcha amalia...



Famili kitorang duduk kat rumah ni. Gambar ni je yang sempat aku snap. Yang lain x sempat sebab zara's sebok menangis je. -_-'











Petang tu dalam pukul 3 semua berkumpul kat swimming pool. Ada acara sukan air. Niat hati aku memang nak terjun mandi tapi mood zara's petang tu x berapa nak okay. Diorang ni x penah masuk pool. Jakunnn sangat. Kalau suka xpa. Ni takuitt. Menangis bila orang masukkan dalam air. Macam air tu makan dia. 


Ni amalia lagi. Kena buli dengan ayah.


Acara sapa berenang paling laju versi veteren lelaki. Ayah dapat no 3 hikhik. 


Mak pun join. Dapat no 3 jugak.


Ni acara kutip duet syiling. Semua yang join budak lelaki yang muda2 gittew. Kelakar hakhakhak

Dah selesai acara sukan air, ikut suka la lepas tu nak buat apa. Ada yang p mandi sungai. Yang ni aku x turun hukhuk. Zara's nangis lagi.



Malam tu ada solat maghrib berjemaah. Lepas tu ada ustaz yang datang bagi ceramah. Dah selesai solat isyak, semua pakat p berkumpul kat menara. Ada bbq. Bbq ni pekerja kat situ yang uruskan. Kita tukang bawak bahan dan bawak perut saja. Malam tu ada kambing golek, sosej, udang, ikan. Yang paling sedap ikan haruan la. Ni ayah yang bawak dari teluk intan. Memang terbaeeekkk!!




Lepas abes makan ada aktiviti sikit. Ada upacara bagi hadiah untuk sukan air tadi. Lepas tu ada acara teka teki, tukar2 hadiah. Setiap seorang kena bawak hadiah. RM5 jew. Tapi kan mak dapat dapo gas. Tu RM5 jugak ke? Aci ke x aci hikhik..

Hari kedua, breakfast nasi goreng, lontong. Ni semua wan chik yang masak. Kalau nak mintak pekerja situ masak pun bole. Ni kira sukarela nak masak lagi lah bole. Pinggang x payah rajin sangatlah nak cuci. Dah abes makan tu tinggal je dalam sinki, nty pekerja situ yang tolong basuhkan. Mudah x? Hikhik



Pagi tu lepas breakfast ada acara sukaneka plak. Ni sebelum sukaneka. Buat senam robik dulu. Kasi keluar peluh. Xdaklah nty time main tetiba kejang kan. Aku semangat.. Pakai jubah pun okay.


Amalia je kan. Dah pandai main bola. Dengan kaki x pakai kasut. Anak dara anak dara *geleng kepala banyak kali*. Time ni amani tido. Tu je la keja dia. X tido nangis. 



Sebelum check out tangkap gambar ramai2. Kenangan famili hajah sariah. (Dah macam nama mak aku). Semua pakat pakai baju kaler merah.







Kami sekeluarga ^_^

Okbai

NotaKaki: enjoy sangat bila sesekali dapat berkumpul macam ni. Even dengan famili belah husband. Sama ja. Famili aku jugak kan.