Powered By Blogger

Saturday, December 14, 2013

.Famili Gathering Hajah Sariah.

'Assalamualaikum. 

Kejadian ni dah lama aku nak update tapi biasa lah sebagai wanita yang sangat bekerjaya semua benda yang nak diupdate terpaksa dipostpone. Kena tunggu masa yang sesuai baru lah bole update sikit2. Ni pun tunggu zara's tito baru lah aku bole bersenang lenang menaip blog. Dah lama jawi jemawi ni x exercise. Udohhh kasorrrr. Nasib iols selalu pakai losen vaseline. Lembut jugak ah! Ha kann dah kelaut. Nak cerita pasal benda lain tapi mukadimah dia panjang berjela. *tumbok kang nak?*

Ni festaim aku join famili gathering belah ayah. Biasa memang tiap2 tahun ada famili gathering tapi memandangkan last year aku tengah sarat mengandung, aku x dapatlah nak join. Tu kira kali pertama la dalam masa aku dah berkawen. Tahun ni buat kat janda baik, pahang. Nama tempat ni Wadi Samrah. Keluarga belah ayah besar sebab adik beradik ayah ramai. Xdaklah aku rajin nak kira tapi memang ramai lah! 

Wadi Samrah ni kawasan dia besar. X silap aku dalam kawasan ni ada 8 bijik rumah. Husband yang cakap. Kalau husband tipu makna aku pun tipu jugaklah. Suasana tenang. Sebijik kampung. Merata rata ada pokok buah buahan. Ada pokok durian, maggis, cempedak, bali, pisang dll. Tapi sayang buah durian x masak lagi time ni. Ikutkan masa kitorang datang tu dah cukup matang durian nak jatuh tapi xtaulah kenapa durian kat situ kecik lagi. Nasib baiklah cousin husband dah tempah awal2 mintak pekerja kat situ belikan durian pahang. At least bole lah merasa makan durian. Kunun2 durian dalam Wadi Samrah tu lah. Dalam Wadi Samrah ni jugak ada swimming pool dan sungai. Ikut suka kau lah nok nak mandi tang mana. X kesah. Kalau xnak mandi pun xpa. Air kat situ sejuk. Tu yang paling aku x suka! 

Okay, layan gambar lah. Sambil tu aku bebel sikit.























Nah kau makanan selambak! Ni semua potluck. Masak sendiri makan ramai2. Jenih famili yang muda2 macam aku ni x payah bawak pape. Kalau bawak pun bikin malu je hikhik. Mak mentua lagi senang. Semua dia beli. 




Amalia. Suka duduk atas kerusi goyang ni. 



Welcha pun amalia hentam. Tu opah chor punya welcha amalia...



Famili kitorang duduk kat rumah ni. Gambar ni je yang sempat aku snap. Yang lain x sempat sebab zara's sebok menangis je. -_-'











Petang tu dalam pukul 3 semua berkumpul kat swimming pool. Ada acara sukan air. Niat hati aku memang nak terjun mandi tapi mood zara's petang tu x berapa nak okay. Diorang ni x penah masuk pool. Jakunnn sangat. Kalau suka xpa. Ni takuitt. Menangis bila orang masukkan dalam air. Macam air tu makan dia. 


Ni amalia lagi. Kena buli dengan ayah.


Acara sapa berenang paling laju versi veteren lelaki. Ayah dapat no 3 hikhik. 


Mak pun join. Dapat no 3 jugak.


Ni acara kutip duet syiling. Semua yang join budak lelaki yang muda2 gittew. Kelakar hakhakhak

Dah selesai acara sukan air, ikut suka la lepas tu nak buat apa. Ada yang p mandi sungai. Yang ni aku x turun hukhuk. Zara's nangis lagi.



Malam tu ada solat maghrib berjemaah. Lepas tu ada ustaz yang datang bagi ceramah. Dah selesai solat isyak, semua pakat p berkumpul kat menara. Ada bbq. Bbq ni pekerja kat situ yang uruskan. Kita tukang bawak bahan dan bawak perut saja. Malam tu ada kambing golek, sosej, udang, ikan. Yang paling sedap ikan haruan la. Ni ayah yang bawak dari teluk intan. Memang terbaeeekkk!!




Lepas abes makan ada aktiviti sikit. Ada upacara bagi hadiah untuk sukan air tadi. Lepas tu ada acara teka teki, tukar2 hadiah. Setiap seorang kena bawak hadiah. RM5 jew. Tapi kan mak dapat dapo gas. Tu RM5 jugak ke? Aci ke x aci hikhik..

Hari kedua, breakfast nasi goreng, lontong. Ni semua wan chik yang masak. Kalau nak mintak pekerja situ masak pun bole. Ni kira sukarela nak masak lagi lah bole. Pinggang x payah rajin sangatlah nak cuci. Dah abes makan tu tinggal je dalam sinki, nty pekerja situ yang tolong basuhkan. Mudah x? Hikhik



Pagi tu lepas breakfast ada acara sukaneka plak. Ni sebelum sukaneka. Buat senam robik dulu. Kasi keluar peluh. Xdaklah nty time main tetiba kejang kan. Aku semangat.. Pakai jubah pun okay.


Amalia je kan. Dah pandai main bola. Dengan kaki x pakai kasut. Anak dara anak dara *geleng kepala banyak kali*. Time ni amani tido. Tu je la keja dia. X tido nangis. 



Sebelum check out tangkap gambar ramai2. Kenangan famili hajah sariah. (Dah macam nama mak aku). Semua pakat pakai baju kaler merah.







Kami sekeluarga ^_^

Okbai

NotaKaki: enjoy sangat bila sesekali dapat berkumpul macam ni. Even dengan famili belah husband. Sama ja. Famili aku jugak kan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.