Sunday, December 29, 2013

.Sungguh Ku Terasa.

Assalamualaikum

Sungguh! Memang lumrah hidup perempuan macam aku ni ada jiwa sensitif. Kalau ada orang yang mengata, mengeji mestilah akan terasa. Tambah2 yang tukang kata, keji tu lelaki. LELAKI okay! Ingat lelaki zaman sekarang ni x pandai mengata, mengeji ke. Lagi teruk ngalahkan pompuan tahu! 

Malam tadi husband ajak lepaking dengan kawan2 dia. Besa lah orang x sempat nak enjoy. Dah kawen ada bini diajak sekali bini dengan anak2 lepak sama2. Aku dahla penin x cukup tido terpaksa jugak gagahkan diri. Kalau x ikut kang jadi isteri derhaka pulak. Maka husband pun heretlah kami anak beranak. Dah lama x lepak cenggitu sejak dah ada anak ni. Sekarang zara's dah besar. Dah pandai jalan. Kan dah lega sikit mak bapak diorang ekeke.

Nak cerita bab sungguh ku terasa ni. Adelah sorang kawan husband ni dok cerita pasal body isteri kawan diorang. Motippp sangat. Body si isteri kawan tu solid cantik terbaikklahh walaupun dah ada dua orang anak. Body macam orang x kawen lagi. Aku yang dok dengar ni macam terpukul je. Menangislah hati ni di dalam hati. Ko x terasa kalau ada orang cakap macam tu??? Aku pun dah kawen ada anak jugak tapi badan aku x solid bagai. Body aku alignment dah lari. Kalau nak kasik tutup semua alignment guna korset pun dah mampu. Mau nya korset tu koyak. Begitulah teruknya perumpamaan untuk body aku ni. Sadis x?

Ondaway balik ke rumah terngiang ngiang lagi mamat tu cerita pasal body isteri kawan. Sebelum nak tido aku cuba tanya husband pasal cerita body tu. X puas hati aku bila dok pendam dalam hati ni. 

Aku: "b malu x ada isteri gemuk macam ayg ni?"
Husband: "x malu pun. Npe ni?"
Aku: "yelah.. Tadi kan si polan tu cerita pasal body si isteri kawan. Ayg terasalah. Ayg kan gemuk. Mesti b malu kan."
Husband: "x malu lah. Kalau b malu dah lama b swoh ayg diet kan."

Begitulah gaya husband nak jaga hati aku. Xtaula iklas ke dak. Memang perkataan gemuk tu sensitif sangat kat aku. Bukan aku sorang je tapi semua pompuan. Xdak pompuan yang suka bila orang kata gemuk. Tapi kalau dah hakikat sapa pun x boleh tolak. Ingat aku xmau kurus ka? Dah macam2 benda aku cuba buat tapi semua x jadi. Aku kurang semangat dan cepat putus asa. Asal nak diet je mesti ada yang menghalang. Lecehlah!

Hmmm.. Sekarang ni aku dah ada plan sendiri. Memandangkan badan aku ni susah sangat nak solid balik aku plan nak tambah anak muahaha. Senang! Masa pantang nty aku dietlah kaw kaw gittew. Lagipun tahun depan umo aku dah masuk 26 tahun. Time muda ni kah nak tambah anak. Nty dah tua x larat. Sementara tu bole lah aku diet sikit2. Xmau lah gemuk sangat macam sekarang ni. Manyak susah lorr.. 

Okbai

NotaKaki: besok start diet kitew. Bekfes kitew makan oat+low fat milk jew k ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.