Tuesday, December 24, 2013

.Risau,Apakah?.

Assalamualaikum

Perlu ke aku risau? Dah lama sebenarnya aku hantar anak2 kat kak wan. Sejak lepas pantang. X penah sikit pun zara's jadi pape. Sikit pun xdak masalah. Aku dengan kak wan okay. Kak wan pun anggap zara's macam anak sendiri (aku haraplah hmm). 

Semenjak dua menjak ni kan dah banyak isu pasal babysitter (x kesahlah ko hantar anak kat pengasuh or nursery) dera kanak2.. Fuhhhh.. Hilang semangat mak bila dengar kesah2 camni. Orang indon ka orang malaysia ka sama ja. X pikir eh budak2 tu kecik lagik? X kesian ke tengok budak tu ko dera cmtuh sekali? Budak kecik xdak daya nak lawan tenaga orang dewasa. Sejak jadi mak2 ni aku dah jadi sensitif sangat2 pasal isu ni.

Aku ni kalau dah memang dari azali kaya raya dah lama aku benti keja jaga anak2. Senang. Depan mata aku ada anak2 ja. Kalau nak pukul pun kita ada sebab. Lagipun kita mak bapak yang pukul sendiri. Tapi bila tengok orang lain pukul anak kita even anak kita yang buat salah kita tetap terasa kan. Tu ikut masing2 lah. Lain orang lain pandangannya. Bagi aku still okay lagi selagi ko pukul anak2 sebab memang salah anak2. Sebab anak2 ni kita kena ajar jugak kalau x senang je dorang terpesong. 'Kena ajar' tu maksud aku benda yang benda yang baiklah. Si 'ko' ni pun janganlah amek kesempatan bila mak bapak dah bagi kebenaran pukul anak2, ko suka hati je pukul budak tu sampai lembik. Sebab tu kalau nak jaga budak2 ni kena ada ilmu. Bukan ikut sedap tekak ko nak duet mak bapak tu je. Oooo pandaiiii.. Duet nak, jaga anak si mak bapak tu ko main bedal je. 

Aku xmaula mengungkit pasal bayaran mengasuh anak2. Tu kan memang tanggungjawab kita. Tapi kepada pengasuh2 tu ingatlah kami sebagai mak bapak kepada anak2 yang korang jaga cuba lah jaga anak2 ni dengan baik. Setimpal dengan apa yang kami dah bayarkan. Kita hantar anak2 kat pengasuh sebab kita percaya diorang bole jaga anak2 kita dengan baik. Macam kita sendiri jaga. Kalau xmau jaga bagitau awai2.

Okbai

NotaKaki: pliss be alert bila anak2 asyik nangis bila sampai kat rumah pengasuh/taska. Bila amek anak2 diorang masam je. Perangai dah berubah asyik nangis je. Tolonglah mak bapak. Kalau sayangkan anak2 kena alert tu semua sebelum berlaku apa2. Nasihat untuk diri sendiri jugak. Ingat, anak2 tu nyawa kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.