Thursday, December 12, 2013

.Aku Mak.Aku Isteri.Aku Anak.

Assalamualaikum

Sepanjang 25 tahun aku hidup kat dunia ni aku dah melalui setiap fasa kehidupan. Aku penah jadi anak. Aku penah jadi isteri. Aku penah jadi mak. Walau x sehebat mana cerita hidup aku tapi aku bersyukur perjalanan hidup aku  ada bahagianya dan aku x tahu cerita hidup aku kelak. Moga sentiasa ada sinar bahgia bersama insan yang aku sayang. InsyaAllah.

Aku x penah sangka dalam usia aku yang bole lah muda gittew aku dah memikul tanggungjawab untuk membesarkan dua malaikat kecil, zara's. X penah terlintas dalam fikiran aku dapat peluang dari Allah untuk mengandungkan benih kembar dalam rahim aku. Sekarang zara's dah besar. 14hb ni dah setahun 3 bulan. Gembira sangat bila tengok anak2 membesar depan mata. Bila balik keja penat tengok anak2 hilang semua tu. Best tauuuu ngeeee..

16hb dec ni genap 2 tahun aku jadi isteri kepada aizat. Fuhhhh.. Banyak benda lagi yang aku nak kena belajar ni. Bukan senang kalau nak jadi isteri mithali. Kena jaga makan pakai husband. Tambah2 aku ni isteri yang bekerja. Nak pikir pasal keja pasal rumahtangga. Bole bikin pusing nok. Tapi rumahtangga kena pikir dulu. Husband 1st. Kalau x jadi isteri derhaka woi. 

Aku anak yang cuma ada mak. Abah dah lama meninggal masa umo aku setahun setengah. Muka arwah abah sikit pun aku x ingat. Nasib mak ada simpan gambar lama arwah abah. Bole aku bayangkan kalau mak bercerita pasal arwah abah. Aku x penah rasa kasih sayang seorang ayah. Nak bergantung kasih kat ayah mertua, aku x berapa rapat. Pendam saja dalam hati. Sekarang hanya mak pengubat jiwa aku. Mak lah ayah mak lah ibu. Setiap saat aku akan kenang jasa mak membesarkan aku. Penat lelah mak menjaga aku. X terbalas rasanya apa yang mak dah buat kat aku. Mungkin suatu masa nty ada sesuatu yang bole aku buat untuk mak tercinta. Berbahgialah mak. Anak mu ini sentiasa ada dengan mak. InsyaAllah.

Okbai

NotaKaki: setiap fasa yang kita lalui, percayalah semuanya berbeza. Jadi bergembira lah selagi ada masa. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.