Saturday, February 22, 2014

.Malaysia Very Hotlah.

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni cuaca kat malaysia tersangatlah panas. Rasa bahang sangat kot kalau dok kat luar tambah2 time tengah hari buta. Mau kena bakor dengan matahari. Dah elok2 kau putih tetiba jadi hitam per citer kan.

Sekarang ni kalau time nak tido mesti kena bukak dua kipas. Satu kipas syiling satu lagi kipas duduk. Kalau salah satu x bukak hurmmmm mau mandi peluh. Selimut sori dah lama aku simpan dalam almari. X koserr aku nak pakai time2 gini. Part mandi plak lepas je balik dari keje aku dah start rajin mandi sekarang ni. Kalau dulu liat yang amat. Husband suruh pun aku bole buat derkk je. Sekarang husband belum suruh aku dah amek towel. Pandai plak cari toilet kat mana. Panasss oiiii.

Ahad lepas husband OT. Balik dari keje tu husband nampak kete kat area parking umah kitorang ni berhabuk. Ingatkan satu kete tu je rupanya banyak lagi kete yang berhabuk. Aku baru teringat last two weeks aku ade tengok berita pasal ade habuk halus dalam udara kita. Means dat udara kita sekarang ni dah tercemar. Bahaya. Sebab tu lah ramai orang yang jatuh sakit. Pegi klinik mesti penuh. Tapi nasib baiklah last weekend hujan rahmat turun. Walaupun x lah lebat mana tapi cukup kot kurangkan sikit habuk halus kat udara kita ni. Rasa lama sangat x dengar bunyi hujan. Bila time hujan turun tu rasa seronok sangat sampai aku bole lepak sensorang kat tingkap sebab nak tengok hujan bhahaha..

Pape pun dalam keadaan cuaca kita yang panas dan tercemar ni banyak2 kan lah minum air masak. Bukan apa untuk gantikan balik air dalam badan kita. Xde lah rasa kering sangat kan. Aku ni dah nak dkt dua minggu batuk dan selsema on off saje. Yang paling penting kalau bole jalan lah bawak anak2 keluar jalan2. Udara kita ni x berapa nak sihat. Lepak rumah jela eyh.

Okbai

NotaKaki: minum air masak banyak2 salah satu tips untuk kurangkan berat badan ;)

Thursday, February 20, 2014

.Teh Tarik Place.

Assalamualaikum

Dah lama kot aku x stress cenggini. Stress pasal keje. Time ni tetiba rasa macam besnyaaaa kalau jadi housewife. Xdak bos nak control. Xdak kena marah. Xdak orang dengki khianat. Aku ni jenis x bole nak control kalau stress. Kalau kena marah dengan bos cpt je air mata ni nak leleh. Tapi aku pandai kaber hahaha. Abes kena marah terus lari lelaju p toilet nangis puas2.

Cerita pasal stress tu kejadian dia semalam. Ari ni baru mampu aku tulis dalam blog. Lunch semalam aku ajak husband jalan2. Kunun nak release tension. Aku ni dapat jalan pun jadilah. Tu pun dah dapat kurangkan tension aku. 

Husband bawak aku p paradigm saja jalan2 p kaison n daiso. Kedai feveret aku buat masa sekarang sebab MURAH! Hahaha. Barang dia semua cun tapi harga berpatutan. Kena lah dengan aku kan.

Pastu kitorang lepak makan kat teh tarik place. Saja bawak husband makan kat sini sebab sebelum ni dia x penah datang. Cian b. Husband x bpe suka lepak kat kedai yang dalam mall ni. Dia lebih suka makan kat gerai2 biasa je sebabnya lagi sedap dan murah.


Teh tarik place ni harga dia okla xdak mahal sangat. Tapi makanan dia x bpe sedap huhu. Husband amek set combo nasi lemak letak sambal sotong. Set ni sekali dengan air. Bole pilih teh o ais or sirap ais. Husband pilih teh o ais sebab kan tengah makan kat teh tarik place harusslah try rasa teh dia bole?? Xdak alasan lain ke b hikhik..


Aku plak memula nak makan nasi kerabu. Tengok kat menu dia meleleh air liur tapI sekali order xde daaaa.. Ada hari2 dia nasi kerabu ni rupanya.. Last aku order meggi goreng sajo. Air mestilah teh tarik. Ni la baru kena b hehe.. 



Rasa meggi dia pun kurengg lah. Sedap lagi aku masak kot bhahaha.. Lepas ni tengok dulu la nak singgah makan lagi ke x.. Sebab sebelum ni aku penah makan kat sini. Time tu aku makan roti telur. Sedap jugak. Sebab tu aku confident ajak husband makan kat sini. Lepas makan tu husband x abes2 nak termuntah sebab teringat nasi lemak sambal sotong yang dia makan tu. Dia cakap x sedap hehe..

Xpe b.. Len kali kita order lain plak eyh. Jangan makan nasi lemak dia dah hehe. Environment kedai ni best. Tenang je. Hilang terus stress aku. Tapi makanan dia la agak spoil sikit kan. Kalau ikut aku ni semua aku hentam. Sedap ke x sedap ke masuk dalam perut jugak. Janji kenyang hikhik..



Okbai

NotaKaki: stress lah selalu for sure husband layan 

Sunday, February 9, 2014

.Hepi Weekend Uolss!!.

Assalamualaikum

Hye peeps!! Amacam weekend korang? Aku.. Setiap weekend sama je. Hari ahad je mesti husband amek kesempatan buat OT. Nasib lah ada rezki bole OT lagi. Kalau hari sabtu kaw kaw aku dengan husband berbonding time together gether. Penat kot weekdays bangun awal balik lambat time weekend ni la tambah2 hari sabtu kitorang nak spend time dengan zara's.

Aku plak kalau weekend ni aku banyak buat keja rumah. Biasa la kan sejak dah jadi isteri dan ummi ni semua keja kena buat sendiri. Dulu sebelum kawen bole la mak dengan kakak yang buatkan. Sekarang sorry la... Semua sendiri bikin. Masak pun xdaklah pandai sangat tapi husband selalu puji masakan aku. Confius gegurl!

Esok dah start bekerja. Dah lama aku cuti. Last week aku keje sehari je sebab kak wan sakit. So aku terpaksa cuti jaga zara's. Nak hantar kat orang sapa?? Diorang ni dah la takut dengan orang yang x kenal. Tok ngan opah yang selalu jumpa tu pun kena warm up dulu baru diorang okay. Apa saja lah anak. Nasib husband ada offer diri nak jaga diorang tu pun sehari jelah. Okay la dari xde kan.

Okbai

NotaKaki: weekend adalah hari yang terbest di donia!