Saturday, February 22, 2014

.Malaysia Very Hotlah.

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni cuaca kat malaysia tersangatlah panas. Rasa bahang sangat kot kalau dok kat luar tambah2 time tengah hari buta. Mau kena bakor dengan matahari. Dah elok2 kau putih tetiba jadi hitam per citer kan.

Sekarang ni kalau time nak tido mesti kena bukak dua kipas. Satu kipas syiling satu lagi kipas duduk. Kalau salah satu x bukak hurmmmm mau mandi peluh. Selimut sori dah lama aku simpan dalam almari. X koserr aku nak pakai time2 gini. Part mandi plak lepas je balik dari keje aku dah start rajin mandi sekarang ni. Kalau dulu liat yang amat. Husband suruh pun aku bole buat derkk je. Sekarang husband belum suruh aku dah amek towel. Pandai plak cari toilet kat mana. Panasss oiiii.

Ahad lepas husband OT. Balik dari keje tu husband nampak kete kat area parking umah kitorang ni berhabuk. Ingatkan satu kete tu je rupanya banyak lagi kete yang berhabuk. Aku baru teringat last two weeks aku ade tengok berita pasal ade habuk halus dalam udara kita. Means dat udara kita sekarang ni dah tercemar. Bahaya. Sebab tu lah ramai orang yang jatuh sakit. Pegi klinik mesti penuh. Tapi nasib baiklah last weekend hujan rahmat turun. Walaupun x lah lebat mana tapi cukup kot kurangkan sikit habuk halus kat udara kita ni. Rasa lama sangat x dengar bunyi hujan. Bila time hujan turun tu rasa seronok sangat sampai aku bole lepak sensorang kat tingkap sebab nak tengok hujan bhahaha..

Pape pun dalam keadaan cuaca kita yang panas dan tercemar ni banyak2 kan lah minum air masak. Bukan apa untuk gantikan balik air dalam badan kita. Xde lah rasa kering sangat kan. Aku ni dah nak dkt dua minggu batuk dan selsema on off saje. Yang paling penting kalau bole jalan lah bawak anak2 keluar jalan2. Udara kita ni x berapa nak sihat. Lepak rumah jela eyh.

Okbai

NotaKaki: minum air masak banyak2 salah satu tips untuk kurangkan berat badan ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.