Wednesday, March 12, 2014

.Pray for MH370.

Assalamualaikum

Seperti yang sedia maklum Malaysia telah digemparkan dengan berita kehilangan pesawat MAS boeing MH370 pagi sabtu lepas. Aku tau pun dari husband. Dia yang hantar whatsapp kat aku. Kalau x sampai bila la aku xtau. Aku bukan jenih suka tengok berita. 




Sampai ke hari ni masih x dapat jumpa lagi pesawat tu. Masa mula2 dapat berita tu aku terkejut sebab ade penumpang2 MH370 tu antaranya pekerja freescale. Freescale ni tempat aku keje. 12 orang freescale malaysia. 8 orang lagi freescale tianjin. Diorang pegi sana sebab ada kaizen. Ada tugasan yang diorang nak present kat sana tapi x sangka..



Berita ni sangat terkesan dekat aku sebab ada relatednya dengan aku. Ada wajah2 yang aku kenal. Ada yang penah biasa aku breakfast sekali. Bila teringat mesti air mata ni nak mengalir tapi aku tahan. Sedih. Sebak. Macam mana keadaan diorang kat sana. Aku cuma mampu berdoa agar semua selamat. Cukup selamat dibawah lindungiNya. Maybe miracles can happen. Sapa tau kan. Semua atas kuasa Allah. 

Okbai

NotaKaki: aku penah tanya kak suhaili salah sorang penumpang MH370. Akak xnak kawen ke? Kak su ckp.."akak nak jaga mak akak". sebak.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.