Powered By Blogger

Monday, March 24, 2014

.Al Fatihah.

Assalamualaikum

Ya Allah.. X tertahan air mata aku. Rupanya macam ni pengakhiran cerita pesawat MH370. Siapa kita nak melawan takdir yang di atas. Semua sudah tertulis. Terus ingatan aku pada kak suhaili. Salah sorang mangsa MH370. Ya Allah Ya Allah Ya Allah..

Dalam 1 bulan ni macam2 dugaan yang Allah timpakan pada kita. Dengan keadaan cuaca yang sangat panas dan kejadian kehilangan pesawat MH370 betapa Allah telah tunjukkan kuasa Nya kepada kita tapi perlu kah kita buta lagi? Buta tentang wujudnya Dia. Tuhan kita. 

Berita ni sangat terkesan pada aku. Terkesan pada seluruh masyarakat dunia. Takziah kepada keluarga mangsa2 pesawat MH370. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al fatihah..

NotaKaki: tabahlah wahai manusia. Redha lah setiap pemergian mereka. Sesungguhnya Allah sedang menguji kita. Tatkala kita ditimpa kesusahan, pasti Dia yang kita cari. Dia cuma mahu kita ingat pada Dia, dekat pada Dia. Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.