Wednesday, April 9, 2014

.Berholiday di Pangkor Part 1.

Assalamualaikum

Pheww.. Lama jugak aku x update blog gara2 blog aku buat hal huhu.. Tu nty la aku cerita. Kali ni aku nak cerita yang lagi best. Last 3 weeks aku, husband dan anak2 p holiday kat pulau pangkor. Sebenarnya bukan nak berholiday sangat pun tapi kitorang p sana sebab husband ade reunion sekolah teknik dia dulu. Lebih 8 tahun rasanya diorang x jumpa. Ni lah 1st time kumpul sesama tapi tu pun x cukup korum. Biasa la kan.. Kalau nak buat reunion ni mesti ade punya yang x bole datang.

Kitorang gerak dari teluk intan hari sabtu pagi. Mak ngn azim ikut hantar kitorang sampai lumut pastu diorang tido rumah abg yen kat manjung. Untung ade abang yang tinggal dekat2 sini x pyh susah2 nak drive bawak kete ^_^. Sampai lumut kitorang makan jap sementara tunggu yang lain sampai. Perut aku ni x abes2 mintak makanan. Baru turun 5kg dah naik 6kg acaner tu? Ade yang nak kena potong usus ni kang huh!

Ni kawasan jeti sebelum kitorang nak gerak naik feri. Time ni feri dah sampai tapi husband kat toilet tengah basuh poo poo Amani. Sebelum tu aku dah basuh poo poo Amalia. Dah nama kembar beyakk pun nak sama. Nasib sempat kalau x tinggeiii hikhik.

Naik feri aku agak dalam setengah jam je kot sampai pulau pangkor. Nak tido pun x sempat sebab jakun haha. Zara's sempat tido. Diorang ni kalau naik kete ke ape ke mesti tido.





Anak beranak. Ni sebelum feri gerak. Dalam feri ni aku rasa aku kot orang paling galak amek gambar sampai husband pun malas nak layan aku sobs sobs




Hehe.. Sebenarnya husband pun nak jugak berselfie. Ingat bini dia sorang je ke bole? B pun nak jugak tau auww haha..

Sampai kat pangkor dah siap sedia teksi. Teksi ni dah termasuk pakej yang kitorang amek. Senang citer x pyh susah2 nak cari teksi lain dahla time tu tengah hujan, sampai2 terus ade teksi tunggu. Oh ya, kat pangkor ni van pink ni dipanggil teksi. Xde teksi yang macam kete tu. 

Kat pangkor kitorang tinggal kat hotel pantai indah. Hmm..quite gud untuk kitorang.. Tapi kalau holiday dengan famili yang saiz besar aku x syorkan tinggal sini la sebab bilik dia kecik nauu. Lagipun kitorang xde la lepak kat dalam bilik je. Bilik untuk tido, mandi dan tukar baju semata mata. So x jadi masalah di situ. Gambar lupa plak aku nak amek sebab bz dok layan zara's pastu bila nak amek gambar bilik dah jadi tongkang pecah. Malu la aih nak tunjuk bilik yang dah x serupa bilik tu. Kalau nak tengok sangat p google terus naa..

Petang tu sebelum p mandi kitorang lepak jap kat kedai makan depan hotel. Nasib baiklah aku dengan husband dah makan siap2 kat lumut sebab kawan2 husband yang lain makan kat kedai ni kena mahal kaw2. Nasi goreng seafood rm9.++.. Kedai warung tepi jalan je pun. Cekik darah betul.. Cekik leher tuan kedai tu kang ar.

 Apsal badan aku tegak semacam je ni. Dalam tahan nafas ni muahaha!!


 Syiok je aku tengok bila zara's seronok bila lepak kat tepi pantai ni. Dengan angin meniup sepoi2 bahasa lagi la senyum lebor diorang.

 Zara's with ayah.. Aku tengok husband ni dah makin tembun dah. Pandai aku jaga kan hikhik..

Amalia takut nak mandi. Petang tu aku dah bercita cita nak tejun laut tapi dah Amalia xnak mandi kena jaga dia jugakla. Menggeletar badan dia bila aku letak kaki dia kat air. Maybe dia takut ombak kot. Jadinya keje aku dengan Amalia berselfie lah bhahaha

Amani je yang cool mandi laut. Siap ajak ayah "jom". X sabar2 nak mandi. Seronok sangat lettew.

Sebelum balik jalan2 jap area hotel. Jumpa kedai makan yang jual laksa mee pangkor. 1st time aku tengok laksa mee pangkor ni kat tv9. Cerita ape nth dia p pangkor makan laksa mee pangkor ni. Nasib jumpa.

Ni lah rupa laksa mee pangkor. Biasa2 je. Sedap lagi laksa kita yang biasa tu. Mee dia pakai mee sanggul. Kuah rebus ikan je n letak sambal. Dahhh.. Rasa dia macam makan megi asam laksa huhu.

Bersambunggg..hehe..

"Thanks for reading my blog!"




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.