Monday, October 26, 2015

.Musim Demam Hoii

Assalamualaikum

Jerebu kat malaysia ni dah teruk sangat. Last year pun ade gak jerebu singgah tapi xdela teruk macam ni. Tahun ni punya jerebu kussss semangat. Last week sampai 4 hari sekolah tutup. Aku n husband tetiap hari p keje naik moto. Bayangkanlah dok hidu asap tebal je kitorang ni. Beli face mask kena terbang dek angin. Dahla rm6 sekeping pfhtttt..

Hari ni aku el sebab jaga azhad. Masuk hari ni dah hari keempat dia demam. Azhad ni jarang sangat demam. Kalau demam pun sehari je esoknya dia dah sihat. Alhamdulillah.. Tapi kali ni punya demam lama nyaa. Kesian plak ummi tengok kamu sayang.. Hidung tersumbat, batuk.. Ni mesti sebab jerebu! 

Aku sempatlah gak buatkan garlic oil and garlic socks. Tetengah malam tido x lena sebab sikit2 bangun nak rasa suhu badan dia. Aku dah siap sedia air asam. Kalau panas sikit aku jelum. Risau sangat ni huhu. Alahaiiii anak..



Till then, bubye

Wednesday, October 14, 2015

.Azhad dah nak Makan.

Assalamualaikum

Aku penah cerita pasal anak teruna aku ni yang xnak makan kan. Bila suap bubur mesti uwek uwek. Tension ummi. Macam2 la aku buat. Dia xnak jugak sampai lah aku give up nak buat apa dah. Aku just bagi nasi putih lenyek2 suap kat mulut dia je. Tu pun dalam 3,4 suap je pastu dia xnak dah.

Baru ni balik teluk intan MIL buatkan bubur untuk azhad. Bubur kosong je pun sebab mak kesian tengok azhad dok perati kitorang makan je. Pastu skang ni pandai plak dia sebut mamam mamam kalau ade sapa2 makan. Kesiannya lahaii tengok dia. 1st time suapkan dia bubur MIL buat tu macam okay. Banyak gak dia makan tapi pastu dia uwek uwek gak haha.

Pas balik rumah semangat berkobar kobar nak masakkan bubur untuk azhad. Kali ni buat bubur yang kasar2 sikit sebab azhad dah nak masuk 10 bulan. Lagipun dia x suka bubur yang hancur. Geli agaknya. Kalau nak masak aku tumis dulu bawang merah n bawang putih. Tumis pakai minyak zaitun. Bila masak tu sedapnyaaaa bau. Pastu letak sikit ikan bilis yang dah siap blend. Rasa la masin sikit sebab dalam bubur memang aku x letak garam langsung. Bila makan  tu azhad berselera sungguh! Terharu mak dia ni haha! Alhamdulillah....

Since azhad ni masih ade eczema lagi, ade certain makanan aku x introduce kat dia lagi. Tengokla nty bila dia dah besar sikit baru la bole bagi kot. Alhamdulillah, banyak dah makanan yang dia dah x alergic. Ayam n ikan2 yang gatal memang aku dah x pantang sebab aku makan dia ok je. Xde naik alergic ke apa. So, aku simpulkan *ayattt* azhad x alergic on ayam n ikan2 gatal. Lega makkk hihi. Cuma seafood je aku still x berani nak makan lagi. 

For azhad memang tetiap hari aku gigih masakkan untuk dia. Banyak gak dia makan. Susu pun banyak gak *pitam*. Aku harap dia akan terus macam ni lah hendaknya. Senang sikit hati aku ni. Hoii! Jiwa mak2 sangat kan huhu.


Till then, bubye