Wednesday, October 14, 2015

.Azhad dah nak Makan.

Assalamualaikum

Aku penah cerita pasal anak teruna aku ni yang xnak makan kan. Bila suap bubur mesti uwek uwek. Tension ummi. Macam2 la aku buat. Dia xnak jugak sampai lah aku give up nak buat apa dah. Aku just bagi nasi putih lenyek2 suap kat mulut dia je. Tu pun dalam 3,4 suap je pastu dia xnak dah.

Baru ni balik teluk intan MIL buatkan bubur untuk azhad. Bubur kosong je pun sebab mak kesian tengok azhad dok perati kitorang makan je. Pastu skang ni pandai plak dia sebut mamam mamam kalau ade sapa2 makan. Kesiannya lahaii tengok dia. 1st time suapkan dia bubur MIL buat tu macam okay. Banyak gak dia makan tapi pastu dia uwek uwek gak haha.

Pas balik rumah semangat berkobar kobar nak masakkan bubur untuk azhad. Kali ni buat bubur yang kasar2 sikit sebab azhad dah nak masuk 10 bulan. Lagipun dia x suka bubur yang hancur. Geli agaknya. Kalau nak masak aku tumis dulu bawang merah n bawang putih. Tumis pakai minyak zaitun. Bila masak tu sedapnyaaaa bau. Pastu letak sikit ikan bilis yang dah siap blend. Rasa la masin sikit sebab dalam bubur memang aku x letak garam langsung. Bila makan  tu azhad berselera sungguh! Terharu mak dia ni haha! Alhamdulillah....

Since azhad ni masih ade eczema lagi, ade certain makanan aku x introduce kat dia lagi. Tengokla nty bila dia dah besar sikit baru la bole bagi kot. Alhamdulillah, banyak dah makanan yang dia dah x alergic. Ayam n ikan2 yang gatal memang aku dah x pantang sebab aku makan dia ok je. Xde naik alergic ke apa. So, aku simpulkan *ayattt* azhad x alergic on ayam n ikan2 gatal. Lega makkk hihi. Cuma seafood je aku still x berani nak makan lagi. 

For azhad memang tetiap hari aku gigih masakkan untuk dia. Banyak gak dia makan. Susu pun banyak gak *pitam*. Aku harap dia akan terus macam ni lah hendaknya. Senang sikit hati aku ni. Hoii! Jiwa mak2 sangat kan huhu.


Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.