Powered By Blogger

Monday, December 22, 2014

.Bubye Tahun 2014.

Assalamualaikum

Pheewww.. Bpe hari je lagi kita nak melangkah ke tahun 2015 kan. Kejap sangat kot aku rasa tahun ni. Kejap2 pun aku ni x beranak lagi.. Alahai adik.. Cepatlah keluar.. Xmo lah keluar time due date.. Ummi tatut kena induce huuuuu..

Yang sebenarnya aku nak cerita pasal tahun 2014 yang bakal pergi x lama lagi ni *cewahh sangat ayat tuh*. Tahun 2014 adalah tahun yang menggembirakan bagi aku sebabnya banyak gak benda2 yang manis singgah kat aku dan famili. Syukur Alhamdulillah.. Rezki Allah bagi. Rezki dapat anak2 yang sangat understanding dengan keje ayah n ummi diorang. Rezki keje. Erm.. Macam2 lah tapi memang tahun ni flow kehidupan aku sangat lah menyenangkan even ade banyak lagi benda yang aku belum dapat. Tu nty kena buat wishlist untuk tahun depan plak, hehe.. Tungguuuuuu..

Korang tau kan aku dengan husband keje 6am - 6pm. Dulu husband keje shift. Kalau keje shift ni gaji masyukkkk tapi sebab kan aku x bole nak handle zara's sorang2 time husband keje malam plus susah aku nak pegi keje sebab aku xde lesen. So husband decide masuk normal. Masa mula2 dulu aku sendiri yang nak resign. Ingat nak dok rumah jaga zara's sambil2 tu buat lah bisnes online ke apa kan. Tapi bila aku hantar surat resign kat boss dia x kasik plak. Boss pujuk aku. Macam2 lah dia pengaruh aku. Aku pun cakap okay tapi boleh x kalau husband masuk normal sebab aku xde transport nak pegi keje kalau husband shift malam. Aku dengan husband ni 1 department tapi boss lain2. Nasib lah boss kitorang masing2 bagi green light. Tu kira rezki jugaklah kan dapat boss sebaik ni hewhew.

Pasal zara's plak diorang tersangatlah adorable kat mata kitorang. Dulu masa kecik susah jugakla aku nak jaga. Well, experience langsung zero. Pastu terus dapat twin plak tu kan. Memang tersangatlah menguji kesabaran kitorang. Aku ingat lagi aku selalu nangis bila jaga zara's. Diorang dulu kuat nangis. Dua2 nak kena pegang pastu asyik menempek je. Tapi bila dah besar ni Alhamdulillah sangat2 senang nak handle diorang but ade la time2 diorang menempek jugak tapi tu biasa lah kan budak2. Biasa memang diorang main berdua je. Langsung x peduli kat aku dah. Lagi2 kalau weekend husband plak OT, boring sangatlah aku sebab diorang x pedulikan aku. Habes fb, ig aku godek sampai xtau nak buat apa dah hahaha. Rezki kan dapat anak2 camni.

Lagi satu benda yang buat aku hepi tahun ni aku dinaikkan gred. Yeayyyy! Terima kaseh boss sebab bagi aku peluang tu kat aku. Tahun lepas rezki husband tahun ni rezki aku plak. Syukur. Allah is the best scriptwriter kan. Benda macam ni lah buat lagi semangat aku nak keje. Keje aku ni bukan takat time waktu keje je kadang2 tu malam n weekend pun aku kena standby sebab plan semua kat tangan aku. Penat memang penat tapi husband penah cakap dengan aku buat keje biar ikhlas. Memang keje time weekend boss x bagi gaji tapi dah tu keje kita buat je mana tau nty boss nampak. Ikhlaskan je. Lagipun aku memang minat keje camni sebab keje guna otak.

Dan last sekali tahun ni aku disahkan pregnant. Alhamdulillah.. Memang tahun ni plan nak pregnant dan Allah dah izinkan. Best lagi bila dapat tau gender baby is a BOY! Lepas ni nak rehat lama2 hehe.. Insha Allah penutup tahun ni dapat lah kami pegang baby lagi. Sekarang ni dok tunggu hari je. Bila la nak keluar baby ummi ni. Hari ni pun aku dah start cuti. Aku amek seminggu awal sebab dah x larat benor nak pegi keje. Dok rumah bole la aku rehat sikit tapi kena buat keje rumah jugaklah gagahkan diri sebab nak cuba bersalin awal tapi sampai sekarang still xde tanda2 bersalin lagi. Jenuh dah aku cuba macam2 petua, sigh.. Xpelah juju.. Bertabahlah.

So, for next year aku harap will be the best year jugaklah untuk aku dan famili. Mudah mudahan semua nya berjalan dengan lancar. Untuk azam tahun baru nty aku akan post kan, insha Allah.. hehe..

Till then, bubye

P/s: 2015, please be nice to me yaa.. :)

Saturday, December 20, 2014

.Tahniah Malaysia!!.

Assalamualaikum

Habes sudah piala AFF suzuki Malaysia lawan Thailand. Even kita kalah but still juara dalam hati setiap rakyat malaysia. Mesti bukan aku sorang je bangga dengan team HarimauMalaya tapi semua bangga dengan diorang. Xpela dah takdir kita kalah terima jela kan tapi malam ni HarimauMalaya memang power!

Aku dengan husband layan kat rumah je. X koserr dengan perut boyot ni nak p stadium. Bes gak tengok bola malam ni sebab husband masak rangka ayam.. Yummy angat! Adik ipar aku ade jugak malam ni tumpang tido sebab besok dia ada hal kat kl. So meriah sikitla. Siap tapaukan sate lagi. Kenyang perut. Lagi la budak dalam perut ni xnak keluar sebab dapat makan macam2. Jangan dik.. Keluar la cepat huhu! 

Till then, bubye

P/s: aku ni bab2 bola failed sikit tapi bukan penghalang untuk aku sokong HarimauMalaya hokay...


.Our 3rd Anniversary.

Assalamualaikum

Nak jugakk khenn hupdate pasal anniversary kittew. Wajib hupdate tau walaupun dah macam terlewat. Lewat bpe hari je. Lantok asalkan ade cerita pasal anniversary aku tahun ni.

Tahun ni x celebrate pun. Malam tu husband just wish kat aku je sebelum tido. Aku langsung x ingat esok tu anniversary kitorang. Maknanya husband la yang ingatkan aku. Thanks syg :) Even husband ni lelaki yang paling x romantik aku penah aku jumpa tapi apa yang dia buat ni touching la jugak kan. 

Esoknya tu macam biasa je x buat pape pun. Hari tu pun aku x keje sebab perut rasa x selesa. So aku amek cuti dok kat rumah saje. Ingat nakla masak special ke apa tapi keadaan x mengizinkan. Time2 sekarang ni nak masak pun dah x larat. Sori ye b. Memang tahun ni senang cerita x de la nak celebrate2 bagai. Ni baru 3 tahun, kalau 20 tahun akan datang camne la kan, ayoyo..

Alhamdulillah.. Sepanjang 3 tahun berumahtangga ni aku bahagia sangat2. Ade la gaduh tapi gaduh anje2 gittew. Tipu lah kalau xde gaduh kan. Tapi banyak manisnya dari yang pahit. Kitorang ni kawen muda. Umo 23 tahun dah gatai nak kawen. Orang cakap umo baru setahun jagung dah kawen tapi kalau tu yang sudah tertulis nak buat camne kan. Jodoh semua kat tangan Allah. Even kitorang kawen muda tapi husband try to be a gud leader in our rumahtangga. Memang 23 tahun tu nampak cam muda2 jerk tapi bila dah kawen terus je jadi matured. 

Setakat ni aku tengok husband x penah gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Bukan nak berbangga ke apa tapi aku bersyukur Allah izinkan aku bertemu dengan insan yang sebaik ni. Macam situasi aku sekarang ni, semua benda husband buat. Aku ni dia suruh duduk goyang kaki je tapi sikit pun dia x penah mengeluh. Sungguh aku x penah tengok dia mengeluh walaupun aku tau dia penat. Allah.. Terima kaseh sebab pinjamkan aku suami yang sebaik ni.






Hihi.. Gambar time kawen, time pregnant zara's dan last sekali gambar zara's lahir. Kunun2 rentetan sepanjang 3 tahun usia perkahwinan kami. 


Till then, bubye

P/s: Rindu plak bila tengok gambar2 lama ni. Rindu nak kuruih hihi..

Monday, December 15, 2014

.Bila Nak Keluar?.

Assalamualaikum

Haha! Aku masih x bersalin lagi. Hari ni kandungan aku masuk 38 weeks 3 days. Alhamdulillah, setakat ni aku masih sihat dan xde komplikasi macam sebelum ni. Last week pegi hospital sungai buloh, kali ketiga appointment dengan doc. Doc check and scan baby semua normal. Berat baby time tu 2.9kg. Semuanya normal dan doc cakap lepas ni x payah datang buat appointment lagi cuma pegi check up weekly dekat KK je. Kalau xde rasa sakit ke apa nty 28 dec, tarikh due date aku kena datang hosp sungai buloh serah diri untuk di induce. Kan ke aku ni ade kencing manis, so x bole tunggu lebih tarikh due date huhu! 


Hari ni aku amek half day sebab x larat nak keje. Rasa xde semangat langsung nak keje. Dengan tension pasal keje, plan sana sini semua kucar kacir. Pastu hari ni tetiba plak ramai yang tegur aku eh ade lagi zu ni. Ingatkan dah cuti. Hmmm.. Lagi lah bertambah tension aku. Semua dok tanya macam2. Mana lah aku tau baby ni nak keluar bila. Nak amek cuti awal bos x kasi. Pegi toilet terus aku nangis. X bole nak tahan2 dah. Kalau aku tahan mau naik darah tinggi aku ni. Aku dah la ade history darah tinggi xmau la pregnancy kali ni bersalin sebab darah tinggi. Bagitau husband, dia swoh aku amek half day. Dok rumah rehat je. Pegi keje tambah tension buat apa. Aku pun setuju la. Kepala ni dah x bole nak pikir pasal keje dah. 

Sekarang ni hari2 aku dok tunggu tanda2 nak bersalin. Kalau bole xnak la bersalin time tarikh due date tu. Aku harap sangat aku dapat bersalin awal sebab aku nak bersalin normal. Doc cakap kalau ade keluar tanda sebelum tarikh due date tu peluang nak bersalin normal cerah sebab sebelum ni kan aku czer. Tapi sampai ke hari ni xde langsung tanda2 nak bersalin. Perut mengeras tu ade la. Nak kata contraction aku xtau sebab masa zara's dulu aku x sempat nak rasa contraction. Ade jugak hari tu perut aku mengeras lain macam. Sampai berpeluh jugakla. Aku dah pikir ni mesti contraction ni tapi sekali tu je sakit. Xde rasa sakit dah lepas tu. So, aku assume tu hanya lah braxton hicks. 

Pregnancy kali ni kaki tangan aku xde bengkak2. Jenuh jugakla tunggu kaki bengkak tapi sampai sekarang x bengkak2 pun. Alhamdulillah masih lagi bole solat macam biasa. Ade jugak aku solat duduk tu pun kalau perut aku sakit. Kalau x elok je solat macam orang lain. Aku ade sembang dengan mak aku apsal kaki x bengkak pun padahal dah masuk 9 bulan. Orang tua2 cakap kalau kaki bengkak tu dah surut tu tandanya dah nak bersalin. Habis aku ni kaki x bengkak2 pun camno nak surut? Mak aku cakap bukan semua orang macam tu.. Ade yang kaki bengkak ade yang x.. Owh, sekarang baru aku tau hehe.. Lagi satu ketiak dengan leher aku ni hitam sungguhla.. Malu bila nak bukak tudung time solat kat tempat keje. Bole hilang ke eyh? Masa zara's dulu xde plak jadi macam ni huhu!

Hari2 aku dok gugel baca pengalaman bersalin blogger2 lain. Dapat lah sikit ilmu2 yang aku xtau. Bila baca pengalaman bersalin orang lain rasa makin x sabar nak bersalin. X sabar nak bau baby. Cepatla keluar adik.. Semua tunggu adik keluar ni. Doakan aku cepat bersalin eyh. Dipermudahkan segalanya.. Insha Allah..

Bubye

P/s: Semua barang2 dah siap sedia dalam kete tunggu mak buyong ni sakit je.. Cepatlah keluar baby.. Sobs sobs 

.Zara's kat Kampung.

Assalamualaikum

Huarghhh!!! Sunyinya rasa dunia ni bila anak2 xde. Zara's sekarang ni ade kat teluk intan. MIL bawak balik kampung selasa lepas. Dah lama sebenarnya MIL nak bawak diorang balik kampung tapi saje je kitorang lengah2 kan. Takut rindu hehe.. Sekarang ni disebabkan aku dah makin sarat, husband setuju je bila MIL cakap nak jaga diorang kat kampung. Mungkin MIL nak kurangkan beban kitorang agaknyee. Aku tau husband pun penat nak jaga kitorang. Keje dia sekarang banyak. Kat tempat keje banyak benda yang dia buat. Balik keje terus masuk dapo masak untuk isteri dengan anak2. Aku nak tolong dia x kasik. Dia swoh aku rehat je. Pastu anak2 dia yang layankan. Sedih tengok husband sobs sobs..


Dah seminggu lebih zara's kat kampung. Alhamdulillah setakat ni MIL cakap diorang x nangis lagi cari kitorang. Bila diorang tanya mana ayah mana ummi MIL cakap ayah ummi keje, diorang senyaplah. Xde nak mencari cari pun. Sonok agaknya dok kat sana sebab opah dengan tok rajin melayan diorang. Pegi pasar dengan tok naik motor padahal sebelum ni punya lah xnak ikut tok naik motor hehe.. Dah besar dah anak2 ku ni.

Tiap2 malam wajib kitorang berfacetime dengan diorang. Mula2 dulu ingatkan diorang akan nangis tengok muka kitorang tapi hampehh.. Buat x heran ade lah. Aku je yang emo lebih. 3, 4 malam jugaklah aku nangis sebab rindu kan diorang. Dalam kepala aku ni macam manalah diorang nak tido xde kitorang kan. Pastu mesti kesian sebab xde mak ayah.. Sungguh aku sedih. Tapi husband selalu pujuk.. Husband cakap anak2 kita dah besar dah pandai berdikari. Diorang lagi seronok dok kat kampung sebab bole jalan2 kat luar. Kalau kat sini asyik terkurung je. Hmm.. Lega sikit hati ni kan. Lagi satu tiap2 hari mesti MIL akan hantar gambar and video diorang. Terubat lah sikit rindu ni. Xdelah terguling2 aku rindu kat diorang.





Ni gambar masa mula2 diorang sampai teluk intan. Sedih tengok gambar first yang berpeluk tu. Sumpah nak nangis tapi MIL cakap dari naik kete sampai la masuk dalam rumah sikit pun x nangis :')



Awal2 tido kat luar MIL temankan diorang. Lama2 MIL ajak tido dalam bilik mau plak hehe..

Baru aku tau susahnya peritnya bila berjauhan dengan anak2. Sebelum ni diorang dok merap dengan kita je. Bila dah jauh ni pastu lama plak tu hati ni rasa sesak sangat. Setiap saat asyik pikir pasal diorang je. Tengok bantal or baju diorang mesti aku peluk pastu nangis. Jiwa mak2 sangat kan huhu. Husband je rilex. Bila aku tanya b x rindu kat anak2 ke. Husband jawab rindulah tapi b ni lelaki kena tunjuk macho. Hahaha.. Jawapan x bole blah sangat. Malam tadi sibuk ajak aku p tengok wayang. Sonok eyh b anak2 xde huh! Dah lama kot kitorang x p tengok wayang. Malam tadi p dah macam jakun sikit hehe. Wayang start pukul 10pm abes dalam pukul 12.50am. Fuhhh.. X hengat dunia.. Dah macam orang bujang gayanyeeee..



Last week aku dengan husband balik teluk intan sebab hati ni dah rindu sangat2 kat zara's. Masa mula2 sampai tu zara's tengok kitorang macam x kenal je pastu masing2 peluk MIL. Dalam kete kitorang bayangkan zara's mesti melompat lompat kalau nampak kitorang tapi rupanya x. Husband dukung amani tapi muka amani macam nak nangis. Aku tengok pun tau dia sebenarnya merajuk sebab kitorang tinggalkan diorang. Amalia pun sama aku tarik tangan dia kat aku dia xnak. Dia nak pegi ke MIL. Rasa macam nak jatuh air mata ni. X lama lepas tu zara's dah ok. Kejap je diorang macam tu mungkin sebab terkejut ke or protes sebab tinggalkan diorang dengan opah n tok.


Malam tadi masa kitorang nak balik beria ria cakap nak ikut kitorang balik. Xnak tinggal dengan opah. Bila bagi ipad dengan tab terus xnak ikut kitorang haha. Nampak sangat ipad tu lagi penting dari ayah dengan ummi. Siap lambai2 lagi time kitorang nak balik tu. Aku dah pikir mesti nty aku nangis tengok diorang kena tinggal tapi bila dah jadi macam ni rasa kelakar pun ada. Nak nangis pun x jadi hahaha. Tengok diorang macam tu hati ni rasa lega sangat. Xde la aku risau. X sabar rasanya nak bersalin.. Hidup rasa x complete tanpa anak2.. Zara's tunggu ummi tau nty ummi balik bawak adik untuk zara's :)


Till then, bubye

P/s: Sayang anak2 ummi. Muah ciked!

Saturday, December 6, 2014

.Bengang Oiii!!.

Assalamualaikum

Sabaq mak buyung.. Huh! Pepagi husband dapat message dari owner rumah mintak bayar deposit tambahan. Waddehell kan. Tetiba je ribut xdak angin xdak nak mintak bayar deposit plak. Alasan dia every month kami bayar sewa rumah lewat. Patutnya bayar 20hb sebab masa mula2 dapat kunci rumah dulu 20hb so dia nak kami bayar sewa rumah pun every month 20hb. Sah2 lah 20hb tu gaji tu x keluar lagi kan. 

Selama ni memang kami bayar lewat tapi dapat2 gaji memang husband terus bayar. Lama dah kami bayar camtu tapi baru sekarang dia meroyan camni. Memang geram lah aku. Darah ni meluap luap naik. Macam2 rasa ade. Rasa nak nangis pun ade sebab susah sungguh hidup menyewa ni. Nak beli rumah x mampu lagi. Rumah sekarang ni melampau lampau mahalnya. So, terpaksalah menyewa. Dengan nak beranak lagi, dengan perangai owner rumah macam ni lagi. Serabut kepala otak aku. 

Ade jugak terpikir nak cari rumah lain tapi bila bukak kat mudah Ya Allah... Sewa rumah sekarang pun dah ribu riban. Mahai nak mampos! Lagi satu leceh kalau nak pindah2 ni. Nak kemas barang pastu nty nak susun balik. Banyak keje nak kena buat. So, plan untuk pindah rumah tu tolak tepi dulu. Buat masa sekarang ni hadap la dulu dengan owner rumah tu. Insha Allah ade rezki nty nak beli rumah bole pindah rumah sendiri terus. Sekarang ni kita ikut jela cakap dia. Kang x pasal kena halau plak khenn, huhu.. Xpela.. Anggaplah ni semua dugaan dari Allah. Syukurlah Allah masih ingat kat kami.

Bubye

P/s: Semoga dipermudahkan semuanya.. Amin..