Powered By Blogger

Monday, December 15, 2014

.Zara's kat Kampung.

Assalamualaikum

Huarghhh!!! Sunyinya rasa dunia ni bila anak2 xde. Zara's sekarang ni ade kat teluk intan. MIL bawak balik kampung selasa lepas. Dah lama sebenarnya MIL nak bawak diorang balik kampung tapi saje je kitorang lengah2 kan. Takut rindu hehe.. Sekarang ni disebabkan aku dah makin sarat, husband setuju je bila MIL cakap nak jaga diorang kat kampung. Mungkin MIL nak kurangkan beban kitorang agaknyee. Aku tau husband pun penat nak jaga kitorang. Keje dia sekarang banyak. Kat tempat keje banyak benda yang dia buat. Balik keje terus masuk dapo masak untuk isteri dengan anak2. Aku nak tolong dia x kasik. Dia swoh aku rehat je. Pastu anak2 dia yang layankan. Sedih tengok husband sobs sobs..


Dah seminggu lebih zara's kat kampung. Alhamdulillah setakat ni MIL cakap diorang x nangis lagi cari kitorang. Bila diorang tanya mana ayah mana ummi MIL cakap ayah ummi keje, diorang senyaplah. Xde nak mencari cari pun. Sonok agaknya dok kat sana sebab opah dengan tok rajin melayan diorang. Pegi pasar dengan tok naik motor padahal sebelum ni punya lah xnak ikut tok naik motor hehe.. Dah besar dah anak2 ku ni.

Tiap2 malam wajib kitorang berfacetime dengan diorang. Mula2 dulu ingatkan diorang akan nangis tengok muka kitorang tapi hampehh.. Buat x heran ade lah. Aku je yang emo lebih. 3, 4 malam jugaklah aku nangis sebab rindu kan diorang. Dalam kepala aku ni macam manalah diorang nak tido xde kitorang kan. Pastu mesti kesian sebab xde mak ayah.. Sungguh aku sedih. Tapi husband selalu pujuk.. Husband cakap anak2 kita dah besar dah pandai berdikari. Diorang lagi seronok dok kat kampung sebab bole jalan2 kat luar. Kalau kat sini asyik terkurung je. Hmm.. Lega sikit hati ni kan. Lagi satu tiap2 hari mesti MIL akan hantar gambar and video diorang. Terubat lah sikit rindu ni. Xdelah terguling2 aku rindu kat diorang.





Ni gambar masa mula2 diorang sampai teluk intan. Sedih tengok gambar first yang berpeluk tu. Sumpah nak nangis tapi MIL cakap dari naik kete sampai la masuk dalam rumah sikit pun x nangis :')



Awal2 tido kat luar MIL temankan diorang. Lama2 MIL ajak tido dalam bilik mau plak hehe..

Baru aku tau susahnya peritnya bila berjauhan dengan anak2. Sebelum ni diorang dok merap dengan kita je. Bila dah jauh ni pastu lama plak tu hati ni rasa sesak sangat. Setiap saat asyik pikir pasal diorang je. Tengok bantal or baju diorang mesti aku peluk pastu nangis. Jiwa mak2 sangat kan huhu. Husband je rilex. Bila aku tanya b x rindu kat anak2 ke. Husband jawab rindulah tapi b ni lelaki kena tunjuk macho. Hahaha.. Jawapan x bole blah sangat. Malam tadi sibuk ajak aku p tengok wayang. Sonok eyh b anak2 xde huh! Dah lama kot kitorang x p tengok wayang. Malam tadi p dah macam jakun sikit hehe. Wayang start pukul 10pm abes dalam pukul 12.50am. Fuhhh.. X hengat dunia.. Dah macam orang bujang gayanyeeee..



Last week aku dengan husband balik teluk intan sebab hati ni dah rindu sangat2 kat zara's. Masa mula2 sampai tu zara's tengok kitorang macam x kenal je pastu masing2 peluk MIL. Dalam kete kitorang bayangkan zara's mesti melompat lompat kalau nampak kitorang tapi rupanya x. Husband dukung amani tapi muka amani macam nak nangis. Aku tengok pun tau dia sebenarnya merajuk sebab kitorang tinggalkan diorang. Amalia pun sama aku tarik tangan dia kat aku dia xnak. Dia nak pegi ke MIL. Rasa macam nak jatuh air mata ni. X lama lepas tu zara's dah ok. Kejap je diorang macam tu mungkin sebab terkejut ke or protes sebab tinggalkan diorang dengan opah n tok.


Malam tadi masa kitorang nak balik beria ria cakap nak ikut kitorang balik. Xnak tinggal dengan opah. Bila bagi ipad dengan tab terus xnak ikut kitorang haha. Nampak sangat ipad tu lagi penting dari ayah dengan ummi. Siap lambai2 lagi time kitorang nak balik tu. Aku dah pikir mesti nty aku nangis tengok diorang kena tinggal tapi bila dah jadi macam ni rasa kelakar pun ada. Nak nangis pun x jadi hahaha. Tengok diorang macam tu hati ni rasa lega sangat. Xde la aku risau. X sabar rasanya nak bersalin.. Hidup rasa x complete tanpa anak2.. Zara's tunggu ummi tau nty ummi balik bawak adik untuk zara's :)


Till then, bubye

P/s: Sayang anak2 ummi. Muah ciked!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.